Sunday, August 31, 2008

Nasi Impit dan Kuah Kacang (2)


Ni Ummi masak Jumaat malam kelmarin, dah draf tp baru ni sempat posting...Kuah kacang resepi Ummi bese buat lah ni...sape nak cuba silakan...x nyesal pnya..hahaa...promote sendiri pulak...Apapun sedap je di tekak family ni ha!


Bahan:-
300 gm kacang tanah - goreng dan kisar kasar
4 sudu besar cili kering kisar
10 ulas bawang merah - kisar
2 cm lengkuas - kisar
3 cm halia - kisar
3 batang serai - kisar
2 batang serai - ketuk
2 sudu kecil biji ketumbar - tumbuk
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk
1 sudu kecil jintan putih - tumbuk
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/4 cawan gula melaka (boleh tambah lagi)
1/3 cawan gula pasir
3 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa


Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan serai ketuk. Kemudian masukkan bahan kisar semua dan kacau dengan api perlahan sehingga naik minyak. Masukkan air sedikit2 dan masak lagi hingga semua bahan mesra. Masukkan gula melaka, gula pasir dan air asam jawa. Tambah air ikut keperluan dan masak lagi hingga mendidih. Bila kuah agak pekat tambahkan santan dan biarkan mendidih atau pekat sedikit ikut suka. Seimbangkan rasa. Biarkan mendidih dan tutup api.

Daging Masak Kicap Berempah


Resepi dari BroRozzan ni memang sedap, xleh sangkal lagi..secukup rasa betul!! Tk banyak2 kat Bro ek...lain kali nak buat lagi laa..Ni Ummi buat half je..Meh tengok bahan dia, memang dah tau sedap..

Bahan:-
1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
(*rebus hingga empuk dan biarkan airnya untuk digunakan nanti)

12 tangkai cili kering (rendam)
3 sudu teh lada hitam
2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
2 biji bawang bear
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji buah pala
(*Kisar sume bahan di atas hingga halus)

2 biji bawang besar (potong bulat dan goreng sebentar)
6 sudu besar sos tomato
5 - 6 sudu besar kicap lemak manis
3 biji kentang (potong wedges)
3 biji buah tomato (setiap biji potong 2 atau 4) *ummi guna tomato cherry je..
1 batang lobak merah (potong kecil2)
3 sudu besar bawang goreng (optional)
sedikit daun ketumbar
secubit garam dan sedikit gula
minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya. Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang dan kentang wedges dan kacau sebentar. Akhir sekali masukkan buah tomato dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan matikan api. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Friday, August 29, 2008

Puding Roti Caramel

Sori lah lambat letak resepi...puding pun dah licin...wahahaa..sori ek..Anak2 sume balik ni semalam pergi shopping2 lak sikit..hehe..K, meh salin resepi dari KakHanieliza ni..sedap, terima kasih bebanyak la Kak Liza sudi berkongsi..sedap weeee..!!
Bahan-Bahan:-
Bahan A
1/2 cawan gula - dicairkan buat gula hangus dan tuang dalam loyang kukusan yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dulu. Ketepikan.
Bahan B:-
1 buku roti (*ummi guna 10 keping roti Gardenia)
1 tin susu cair (*ummi guna Ideal Nestle)
1 tin air buah dan fruit cocktail/peach
2 biji telor
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar rata tepung kastad
Hiasan:-
1 tin buah koktel/peach (*ummi guna peach je)


Cara Memasak:-

Panaskan kukusan. Gaul rata semua bahan B kecuali fruit cocktail dan tapis (*ummi blend sekejap). Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang diisi gula hangus tadi. Tutup loyang dengan plastic glaze nipis (cling film). Kukuskan selama 30 minit. Sejukkan dahulu dalam fridge baru diterbalikkan ke dalam pinggan puding bersesuaian. Susun buah-buahan perlahan2 atas puding. Hidangkan...Mesti terangkat berbuka puasa nih!

Ayam Goreng Rangup Berempah

Ayam goreng ni sebenarnya Najiha yang minta buatkan, teringin sgt dah lama x makan ayam goreng berempah gini..Ni pun buat lauk dengan nasi lemak ni...Amboii anak daraku meng"order" sesedap rasa tekaknya je ek..Kuturutkan jua...muahahaaa!! Resepi dari PutriMaizura@resipi.net ni. Tapi Ummi wat 1/3 je dari bahan asal ni.
Bahan:-
1 ekor ayam (potong ikut suka)
Minyak banyak untuk menggoreng (deep fry)
Garam, serbuk kunyit dan sedikit gula (gaul bersama ayam)
2 biji telor
Tepung jagung (agak-agak, asalkan dapat menyaluti ayam)
Bahan Tumbuk/Kisar:-
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 inci halia
cili kering kisar/cili boh (agak2 je agar nampak merah)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
Cara Memasak:-
Bahan yang ditumbuk tadi digaul bersama ayam dan diperap selama 3 jam (*Ummi perap 1 jam je..maklum balik keje, terus le kena masak terus). Kemudian digoreng hingga hampir garing dan masukkan helaian daun kari ke dalam kuali. Angkat sebelum daun kari tu hangus, x sedap lak rasa nanti.

Sambal Tumis Pekat Sotong

Lauk sotong ni wat makan bersama nasi lemak sapi semalam..best bila kena dengan sambal sotong masak pekat cam ni..

Bahan:-
7 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
3 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil serbuk kari daging
1/4 cawan gula melaka
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
1 labu bawang besar - potong bulat

Cara Memasak:-
Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sebentar, angkat dan toskan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

Nasi Lemak Sapi


Malam semalam Ummi masak nasi lemak je..dah lama x buat, anak2 pun dah sebut..aah laa, hari minggu pun x buat jugak..layaaann

Bahan:-
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan santan
3 sudu besar minyak sapi Ghee
2 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - kisar
2 cm halia - kisar (ketuk pun boleh)
3 helai daun pandan
garam

Cara Memasak:-
Basuh beras dan toskan. Masukkan santan, garam dan daun pandan. Sambil itu, panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau. Bila nasi mendidih, masukkan bahan tumis, kacau rata. Biarkan nasi masak seperti biasa.

Thursday, August 28, 2008

Oreo Cheese Cake

Kelmarin sempatlah buat cheese cake ni...memang family's favourite nih! Resepi dari Joyce (Jthorge) nih memang best n killer u!! Sekejap je tinggal separuh tau..

Bahan:-
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-

  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.


Yong Taufu Sauce


Semalam Ummi satu family makan yong taufu je..Ahad lepas gi pasar tani dan beli macam2 bahan seafood, fish, prawn, crab sume2..memang fresh pnya..Orang melayu kita yang buat...Kali ni Ummi try fesepi sos kutip dari dapur Jun pulak..sedap!!! Thanx Jun...

Bahan:-
2 1/2 sudu besar kicap hitam
1 sudu besar kicap
1 sduu besar sos tiram
2 sudu teh gula (*ummi letak 3 sudu)
1/2 sudu teh garam (*ummi pun x letak)
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh tepung jagung
1 cawan air
1 ulas bawang putih - tumbuk
beberapa titik minyak bijan
pepper

Cara Menyediakan:-
Tumis bawang putih, masukkan air dan lain2 bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga mendidih. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam kuah. Bila pekat sikit, tutup api.

Untuk bahan seafood tu Ummi rebus dengan air yang dicampur dengan sedikit perencah sup dan garam.

Arte y Pico Award Given By MamaFami

This one was given by MAMA FAMI. First of all, thank you sooo very much for remembering me and I must apologise coz I've forgotten to collect it for quite long. Yesterday, Mama came by again and asked me to collect...wahahaa...yaahh, yaahh..So I think, I must write this entry separately...Thanx again MamaFami...muaahhhh!! Love u!!


These are the rules of the award ~

1. Choose five blogs you consider deserving of this award. (Creativity, interesting material, etc.)

2. Each award includes the name of the owner of the blog and his/her link.

3. Each award winner has to show the award and put the name and link to the blog that has given her or him the award itself.

4. Award winner and the one who has given the prize have to show the link of “Arte y Pico” blog, so everyone will know the origin of this award.


Sekarang suka hati sangat nak pas award ni kepada :-

(1) MAT GEBU of Dapur Tanpa Sempadan - Masakan mengalahkan chef dan presentation cukup menarik..xyah citer laa..pegi tengok sendiri kalu x caya!

(2) BRO ROZZAN of Rozzan's Shared Recipes - Masuk sini, macam2 resepi dan tips ada - memang famous nih!

(3) KAK NINA a.k.a KAKMON of Nina Suria - Kalu masuk sini pasti terpegun dengan hasil tangan kak Nina yang memang cukup kreatif, berseni dan hebat juga di dapur.

(4) KAK RINN of Apron of Love - Kalu masuk sini memang susah nak keluar balik..resepi semua "pelik tapi benar". Cukup rajin dan kreatif Kak Rinn nih!


(5) NOREEN of My Home Cooking Blog - Noreen ni cukup rajin duk di perantauan..Ummi suka cari resepi roti2 dan kuih kat sini..Rajin sungguh Noreen nih! Kreatif dan cantik makanan kat dapur Noreen ni..Buat orang terliur jek! hehe..
Pastu nak tambah tambah satu lagi..xpakan lebih 5 ek:
(6) VG of My Household Capers - Suka masuk sini, kalu nak cari Indian recipes..better cari sini..Betul kan Vin..hehe - Masuk sini byk quote yang boleh dikongsi bersama.

Ikan Celup Tepung

Semalam makan sempoi je...x larat nak makan nasi je..Jadi kira santai je lah makan dengan yong taufu kat atas tu...No rice k! Tapi Ummi xlah buat banyak, separuh je dari resepi ni...Kutip dari majalah Saji, resepi kakLiza punya kalu x silap..

Bahan:-
6 ekor ikan kembung
250 gm tepung beras
sedikit kapur makan
1 biji telor
Air secukupnya
Minyak masak
Garam
Sedikit serbuk kunyit (*ummi tambah ni)

Cara Memasak:-
Bersihkan ikan dan toskan airnya. Bancuh tepung beras, air kapur, air, telor dan garam. Jangan terlalu cair. Panaskan minyak yang banyak. Celup ikan dan goreng hingga agak garing. Bolehlah dimakan begitu saja panas2 ataupun cicah dengan sos kesukaan. Ummi cicah dengan sos keropok lekor. Best!!

Award - Manyaaaknyaaa...Thank you, thank you..

Spread the Love Award Daripada Sakura

Tweety Hugs daripada Siti Khuzaimah

Bulan ni punyalah banyak dapat invitation untuk pergi ambil award ek, hehe..Sori banyak2 lewat ambil ni..bz ke terlupa ke..First of all, Terlebih dulu nak ucap terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga kepada Sakura dan Siti Khuzaimah atas ingatan kepada kak Ummi ni..Akak terima dengan besar hati..Semoga silaturrahim ni berpanjangan dan diberkati hendaknya..Satu harapan kak Ummi, moga kita semua dapat berjumpa juga di alam nyata satu hari nanti, insyaAllah...Terima kasih sekali lagi!!! Muaaahhhh, love u!!

Wednesday, August 27, 2008

Udang Goreng Bercili Ala Minang

Resepi asalnya dari Nosrmasri tp Ummi terjumpa kat dapur KakB nih! Sedap banget!!
Bahan:-
1/2 kilo udang besar (*ummi guna sederhana je)
1 labu bawang besar - hiris
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Bahan Kisar:-
7 biji cili merah
1 biji tomato merah
3 ulas bawang merah
gula
Cara Memasak:-
Udang dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang telah digoreng udang tadi, tumiskan bawang besar dan bahan kisar. Goreng hingga garing dan pecah minyak dgn api perlahan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika ingin sedikit masam bolehlah dimasukkan sedikit air limau nipis. Akhir sekali masukkan udang goreng tadi. Balik-balikkan biar bahan mesra dan bolehlah diangkat.

Acar Rebung

Hari minggu hari tu beli rebung ni kat Pasar Tani. Semalam baru ada peluang nak masak ni..
Resepi ceduk dari dapur Che De Sam's Fp ni...Emm sedap..Merasa la adik ipar makan datang dinner kat rumah Ummi semalam. Kalu ikutkan takde sukatan..Tp ni Ummi buat sukatan Ummi ek.. Sedap, thanx Che De.

Bahan:
Rebung - (RM2.00) potong memanjang dan ambil bahagian lembut sahaja.

Bahan untuk rendam rebung:-
250 ml air
2 sudu besarcuka
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Masak bahan hingga mendidih dan tutup api. Masukkan rebung, biar celur dan ketepikan (rendamkan).

Bahan kisar:-
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 cm lengkuas
2 biji buah keras
2 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil biji ketumbar (*ummi x letak ni)

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis biji sawi, biji ketumbar dan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Bila mendidih, masukkan rebung. Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya. Seimbangkan rasa. Masak rebung hingga lembut. Bila kuah hampir kering bolehlah ditutup api dan hidangkan.

Ikan Masak Paprik

Semalam ada adik ipar datang, makan malam kat rumah ni..Masak sempoi2 je laa..
Sumber resepi dari WanNor.

Bahan:-
5 ekor ikan kembung
15 ulas bawang putih (tumbuk)
15 biji cili padi (tumbuk)
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 - 3 tangkai daun sup
2 - 3 tangkai daun bawang
air perahan dua biji limau nipis
1/2 cawan air
sedikit gula, garam dan serbuk perasa

Cara Memasak:-
Ikan kembung dibersihkan, lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng keemasan. Ketepikan. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga garing. Masukkan air dan air perahan limau nipis dan garam. Masukkan ikan, tunggu hingga mendidih. Masukkan daun sup, daun bawang dan seimbangkan rasa. Tutup api dan taburkan bawang goreng ketika menghidang. (*xletak pun bawang goreng).

Tuesday, August 26, 2008

Meat Potato Puff



Hari tu tengok Cik Mat buat puff rasa cam terliur lak..Pastu g la cari pastry puff ni kat Cold Storage..nasib baik ada. Tapi Ummi buat inti daging dengan kentang..Aiman dengan Abang Long suka sangat!
Bahan:-
1 paket pastry puff jenama "Kawan"
250 gm kentang - potong dadu
2 labu bawang besar - potong dadu
2 sudu besar udang kering - tumbuk
1 1/2 sudu besar rempah kari
2 tangkai daun kari
250 ml air - untuk rebus
sedikit garam

Cara:-

Kentang di potong dadu dan rebus dengan daging hingga benar2 empuk. Masukkan rempah kari, daunkari, udang kering dan sedikit garam Gaul sebati. Masak dengan menggunakan api kecil. Tambah air jika perlu. Kacau hingga kering. Sejukkan untuk dibuat inti.

Ambil pastry puff dan kerat 2 secara tiga segi. Satu bahagian dikelar dan satu bahagian lagi dibiarkan asal. Letakkan inti di atas bahagian asal dan tutup dengan bahagian yang dikelar. Tekan tepi pastry dengan menggunakan garfu. Letakkan dalam dulang yang telah digriskan dengan mentega. Buat sehingga habis. Sapu dengan kuning telor dibahagian atas pastry. Bakar pada suhu 180 deg celcius selama 25 minit/hingga kuning keemasan.

Nasi Beriani Goreng

Resepi ceduk dari rumah Za-JournalRasa ni. Cara baru makan nasi beriani ni..Kita kasi goreng sama dia..hehe..sorilah, gajusku hangus sikit..
Bahan:-
2 pot beras basmathi
2 1/2 pot air
4 ketul ayam
4 sudu besar rempah beriani (*ummi guna Faiza)
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 cm kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
1 bunga lawang
2 sudu besar tomato puri
2 sudu teh air mawar (*ummi xda ni)
1/2 kiub pati ayam
segenggam kismis
sedikit gajus - digoreng
sedikit kacang peas
Cara Memasak:-
Basuh bersih beras kemudian masak dengan air. Sejukkan nasi seelok2nya 8 jam sebelum dibuat nasi goreng.
Panaskan minyak dengan sedikit minyak sapi. Masukkan kulitkayu manis, bunga cengkih, dan bunga lawang. Bila dah berbau, masukkan bawang putih dan bawang merah, kacau hingga garing. Masukkan rempah beriani dan kacau cepat-cepat. Bila naik bau, masukkan sedikit air. Masukkan ayam, garam secukup rasa, kiub ayam, tomato puri, kismis dan air mawar. Kacau dan tutup kuali. Biarkan hinga rempah naik minyak dan ayam empuk.
Keluarkan ayam dan letakkan dalam pinggan. (supaya ayam nampak effect berkuah mcm lauk beriani tu..). Kemudian masukkan nasi ke dalam kuali dan goreng kacau hingga rata. Masukkan kacang peas dan seimbangkan rasa garamnya. Untuk menghidang, letakkan seketul ayam, tabur gajus dan daun sup. Sedia untuk dimakan.

English Pancake

Resepi dari internet, tak ingat kat mana...duk jenjalan merata...terserempak resepi ni..Best sangat2!!
Bahan:-
1 pint susu segar (550 ml)
2 biji telor
1 sudu besar gula
1 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1 cawan whipping cream
secubit garam


Cara-Cara:-
Ayak tepung, garam dan baking powder. Ketepikan. Pukul telor dengan gula dan masukkan susu dan whipping cream. Pukul sebati. Campurkan bahan kering yang diayak tadi dan tambah susu atau cream jika perlu. Griskan non-stick pan dengan butter dan tuangkan adunan. Masak dengan api perlahan, dan terbalikkan pancake bila bahagian bawah telah berwarna kuning keemasan. Masak sebelah bahagian lagi. Angkat dan hidangkan dengan jam/maple syrup/madu kegemaran.

Sunday, August 24, 2008

Friendship Award From Shima

Weeee, dapat award lagi niiiii....ish ish..rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..Kecil tapak tangan, sungai Kuantan Ummi tadahkan...eh eh, tenggelam la pulak kang...Terima kasih dan penghargaan x terhingga buat Shima yang sudi menjalinkan persahabatan dengan akak di alam maya ni...semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa juga...chewah, chewah..dialog apa ke pulak!

Dengan ini Ummi pun berbesar hati mengisytiharkan sesiapa sahaja yang sudi bertandang ke dapur Ummi ni agar angkut jugaklah award ni. Tak payah announce la ya, sebab semua yang sudi menjalinkan silaturrahim di sini, Ummi rasa terharu dan hargai sangat2...Sudi-sudikanlah amik award ni okayyy..Ummi sayang semua, muaahhhh!!!

Gulai Lemak Merah Udang & Nenas

Ummi masak gulai ni masa ramai family adik2 datang kat rumah kelmarin..bz sikit, tu pasal lambat update ni.. :) . Bz jugak cari barang keperluan Najwa sebab dia nak balik semula ke U pagi Sabtu semalam. Hari ni pun Abang Long pulak nak balik...huhuuuu, sekejapnya seminggu berlalu..

Bahan:-
1/2 kilo udang sederhana besar - bersihkan, x perlu buang kulit.
1/4 biji nenas - potong kecil
2 sudu besar cili kering kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm kunyit hidup - tumbuk
1 cm lengkuas - ketuk
2 batang serai - ketuk
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 sudu besar minyak masak
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan cili kering. Perlahankan api dan masak hingga cili benar2 masak dan naik minyak. Masukkan lengkuas dan santan cair (*tak perlu banyak, kerana nenas akan mengeluarkan air lagi). Masukkan nenas dan garam, kacau sebentar. Masukkan udang, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau dan bila mendidih sikit, tutup api sambil dikacau-kacau lagi agar santan tidak berkepala.


Ayam Bakar Bumbu Bali

Sejak akhir2 ni family Ummi duk demand ayam bakar je...Puaslah duk browse cari resepi ayam bakar..Ni satu lagi Ummi ceduk dari dapur Jan's Kitchen yang x kurang enaknya..Ummi jamu kat family adik2 datang kelmarin. Emm licin....

Bahan:-
1 ekor ayam
3 - 5 sudu makan minyak - untuk tumis bahan kisar
400 ml santan
2 helai daun salam
1 - 2 batang serai - ketuk
1 sudu kecil air asam jawa

Bahan Kisar:-
5 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji buah keras
1 sudu kecil pes udang (belacan)
1 - 2 sudu kecil gula melaka (gula pasir)
1 sudu kecil garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan daun salam dan serai, goreng hingga sumenya lembut. Masukkan santan dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Renehkan hingga bahan sebati dan meresap. Biarkan kuahnya agak pekat dan berkurangan sikit. Tutup api. Keluarkan ayam dan letak atas alluminium foil atau pemanggang. Panggang/bakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Balikkan dan biar ayam masak dan bersalut kering.

Ikan Cermin Goreng

Ikan ni goreng sempoi je..saja je dah lama tak makan ikan cermin ni..kebetulan yang besar ni, sedap betul isinyaa...hb suka goreng camni je..tabur bawang n cili hijau yang digoreng layu ala cincuan gitu.. :)

Saturday, August 23, 2008

Beautiful Site Award - Just Nice Photos

Billion thanks to Vin(VG) of My Household Capers for remembering me. Wow!..it's such a beautiful n nice award..Just love it!! I've no idea whether my blog is really a beautiful site ..I've always tried to come out with my best photos taken to share with all of you here.. Muaaahhhhh... :)).

Now I would like to pass along this award to:-

(1) Nita - SUDIPKAYU
(2) Sitiazma - FOOD RESEARCH
(3) Rozie Mama Vogue - VANILLAESEN
(4) Jeni - JENILICIOUS

Hopefully, all of you will enjoy this whole nice world of cooking here!!

Thursday, August 21, 2008

American Chocolate Cake

Kelmarin ramai ada kat rumah Ummi ni..dua orang adik Ummi n family masing-masing datang dari Gombak bawa anak2 diaorang jalan kat Kuantan ni..Ummi buat kek ni dua adunan sebenarnya..kalu satu adunan harus mak-mak n ayah-ayah x merasa hehehe...padan ke budak2 je la duk makan nanti. Resepi oleh Alan Ooi (Easy Bake) ni Ummi ceduk dari dapur Jan's Kitchen.
Bahan:-
Cake:
125 gm butter
175 gm gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
2 biji telor
35 gm serbuk koko (*ummi guna Vouchelle)
130 gm air suam
140 gm tepung naik sendiri
Chocolate Ganache:-
60 gm Dairy Whipping Cream
110 gm dark chocolate


Cara Membuat:-

Cake

Preheat oven pada suhu 180 deg. celcius. Satukan serbuk koko dengan air, kacau sebati. Pukul mentega dengan gula hingga ringan dan kembang. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul. Masukkan esen vanila, pukul hingga sebati kesemuanya.

Masukkan sebahagian bancuhan serbuk koko dan tepung, kacau perlahan dan masukkan lagi sebahagian serbuk koko dan tepung. Kacau hingga sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan baking sheet. Bakar selama 10 - 15 minit.

Chocolate Ganache:

Panaskan whipping cream dengan api perlahan sehingga hampir mendidih. Tutup api dan masukkan dark chocolate, kacau hingga sebati.

Bolehlah disapu di atas kek. Boleh juga dibelah dua kek dan letakkan di tengahnya dan lapiskan semula kek. Sapu lebihan ganache di atas kek. (*ummi terus sapu atas kek jek, hehe..anak2 buah dah x sabar nak makan)

Sayur Betik Tumis Lada Hitam

Ni nak citer sikit, Ummi simpan betik ni asalnya memang muda laa, bergetah gitu..nak masak tumis ni laa..duk dlm fridge, hampir terlupa dah beberapa hari..aleh2 bila nak masak, tengok dah jadi mekal gitu..nasib x ranum..hehe..Jadi dah xda orang yg suka sangat betik ni..Ummi masak jugak la walapun dah bertukar oren sikit kalernya, tp buahnya still keras lagi, sedap menghirup kuahnya!!...You all kalu nk masak ni, cari yang muda betullah yaa...Resepi dari majalah Saji ni..

Bahan:-
300 gm betik muda (dihiris)
5 ekor udang basah
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk kasar)
1 sudu besar udang kering (tumbuk sikit)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 mangkuk air
Minyak masak
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Pijarkan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan lada hitam dan udang kering. Kacau seketika. Masukkan betik dan air. Bila mendidih masukkan udang dan biarkan betik empuk. Tambah garam secukupnya.

Bawal Goreng Berlada

Masak ikan pedas-pedas camni memang laku kat rumah ni...Aiman n Najiha memang bertambah makan nasi.

Bahan:-
1 ekor ikan bawal besar - bersihkan dan kelar
5 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
2 batang serai - ketuk (kalu serai besar 1 pun cukup)
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar gula pasir/gula melaka
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak

Cara Memasak:-
Bawang digaul rata dengan garam halus dan serbuk kunyit. Goreng garing sikit, angkat dan letak dalam pinggan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah hiris dan goreng hingga layu dan kekuningan. Masukkan serai, bawang putih dan halia. Kacau dan masukkan cili kisar dan rempah kari. Perlahankan api masukkan sedikit air dan masak cili hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak biar kuah agak pekat. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan yang diletakkan ke dalam pinggan tadi.

Sambal Belacan Dengan Perut Rebus

Masak perut rebus, potong kecil-kecil dan cicah dengan sambal belacan cair camni ataupun dengan air asam memang favourite Ummi, berselera kalu makan dengan nasi... :))

Tuesday, August 19, 2008

Pengat Keledek

Ummi buat ni masa my parent datang beberapa hari lepas..duk draf lama, tapi baru ni sempat update..bz terlampau! Pengat ni xdalah sukatan sangat, Ummi masak adjust sendiri2 je.. tapi lebihkurang lah ni ya..


Bahan:-
1 kilo keledek - kupas basuh dan kerat kecil ikut suka
2 keping gula melaka
4 sudu gula pasir
2 helai daun pandan
3 cawan santan pekat
secubit garam kasar
2 cawan air/santan cair

Cara Memasak:-
Dalam periuk, rebus keledek hingga lembut dan bila airnya telah mula berkurangan, masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Renehkan hingga gula hancur dan sebati. Masukkan santan pekat dan garam..Kacau hingga mendidih dan agak pekat. Seimbangkan rasa. Angkat.

Lemak Cili Padi Sotong dengan Nenas

Menu ni Ummi masak masa mak n abah datang ke rumah tempohari..sorilah baru boleh posting..bz teramat bila anak2 ramai balik kat rumah ni..Pastu line internet punyalah slow, geram betul, last-last tertunda..dan naik malas nk buka pc.

Bahan:-
3 ekor sotong besar - kerat-kerat 1 inci
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
8 biji cili padi - tumbuk
2 cm kunyit hidup - tumbuk
3 bij bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 cm lengkuas - tumbuk
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - (tp Ummi xda ni)
2 biji cili merah - belah 4
garam

Cara Memasak:-
Masukkan kesemua bahan2 tumbuk bersama santan cair dalam periuk. Didihkan dengan api perlahan. Masukkan serai juga. Kemudian masukkan nenas dan masak sebentar hingga nenas separuh masak. Masukkan sotong dan pati santan. Masukkan garam dan kacau selalu hingga mendidih. Jangan terlalu lama, nanti sotong akan liat pulak! Seimbangkan rasa dan masukkan cili merah dan tutup api.

Monday, August 18, 2008

Cucur Udang - Resepi Noreen

Resepi cucur udang ni Ummi nampak kat dapur Noreen kat London tu haa..jauh berjalan, luas pemandangan, perut pun kenyang heheh...sedap nih! Tak caya try laa..maybe sebab bawang diblendkan..Noreen, ampun ek..Ummi kopipes je laa..loteh bonar badan den nih!! Raso cam nak domam yo!
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
daun kucai, taugeh, cili merah (cincang)
garam,
serbuk kunyit
minyak
udang (tak ada udang bukan namanya cucur udang hehe..botuii tu noreen!!)
Bahan mesin:
sikit udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air
Cara-Cara:-
- Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang
- panaskan minyak, panaskan senduk
- sendukkan adunan ngan senduk panas tadi dan letakkan udang
- curahkan adunan biarkan ia meluncur jatuh dlm minyak
Bahan Sos cili:-
10 biji cili merah (buang biji)
1 cawan air
2 sudu besar cuka
1 ulas bawang putih (kalau suka)
3 sudu besar sos tomato2 sudu besar gula
garam
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air (utk kepekatan kuah)
Cara:-
- mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung
- masakkan sehingga mendidih
- masukkan bancuhan tepung jagung dlm adunan sos cili
- masakkan sehingga nampak pekat

Ayam Percik

Ni pun resepi kak Hanieliza yang diambil dari majalah Saji. Mak dan abah datang Ummi datang semalam pun sempat la merasa jugak. Simple dan tentunya sedap..yang x sedap Ummi x buatnya..heheheh :D
Bahan:-
1 kg. ayam (potong 4 keping) (*ummi potong 8)
3 cawan santan pekat
125 ml air asam jawa
1 sudu kecil gula
1 sudu besar halba
sedikit tepung ubi kayu - untuk basuh ayam
garam
Bahan Kisar:-
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 cm halia
5 batang serai
Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dengan melumurkan dengan sedikit garam dan tepung ubi kayu untuk menghilangkan bau hanyir (*ummi guna tepung gandum je). Kisarkan kesemua bahan kisar halus dan tuangkan ke dalam kuali. Masukkan ayam, santan, halba dan asam jawa. Gaulkan sebati dan masak seketika. Pastikan rempah sebati dengan ayam. Angkat ayam, panggang dalam ketuhar pada suhu 200 deg. celcius sehingga ayam masak.

Singgang Asam Pedas

Resepi kak Hanieliza dari majalah Saji.

Bahan:-
1 keping kepala ikan merah (*ummi guna ikan tenggiri)
5 keping asam gelugor
2 tangkai daun kesum
6 biji kacang bendi (*ummi tambah ni)
air secukupnya
1 sudu besar minyak
garam

Bahan Kisar:-
3 tangkai cili merah - buang biji
1 cm belacan
3 ulas bawang merah

Cara Memasak:-
Bersihkan ikan dan toskan airnya. Satukan kesemua bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan air secukupnya dan asam gelugor. Reneh hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan, minyak, daun kesum dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika selama minit. Masukkan bendi dan tutup api.