Wednesday, December 31, 2008

Cream de Parisienne Bread


Rasanya dah lama sangat dah x menguli roti..maleh betul...Xda ke orang nak hadiah BM kat Ummi ni..nak mula semula malas jek! Tp bila tengok roti ni kat rumah Noreen, teruja betul nak rasa..emm..lembut dan sedap dan sedap dan sedap..hehe...Ummi ada adjust sikit bahannya, memandangkan nampak lembik je masa adun..mungkin sbb dalam resepi Noreen tu kena guna Bread Machine, so ada lari sikit la sukatannya..hehe..but no harm! Lembut walaupun 2 3 hari simpan. Ummi buat 2 adunan dari adunan asal ni...bawak balik kampung baru ni..sume family merasa laa..
Bahan-bahan:- (8 biji)
  • 250 gm tepung roti (ummi tambah lagi 50 gm untuk 2x adunan)
  • 3.5 gm ( 1 1/8 sudu teh) yis segera
  • 50 gm gula kastor
  • 2.5 gm (1/2 sudu teh) garam
  • 7.5 gm tepung susu
  • 25 gm mentega tawar
  • 25 gm (1/2 biji) telor
  • 130 ml air
  • 1 sudu teh bread improver (*ummi tambah ni)
  • 1 sudu teh bread softner (*ummi tambah ni)

Filling (ikut suka):-

  • kastad
  • kacang merah
  • tuna
  • sardin
  • mixed fruits
  • raisins

1/2 biji telor - dipukul sikit untuk sapuan atas roti
almond flakes - tabur atas roti

Cara Menyediakannya:-
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting "Dough", tunggu hingga siap dalam 1 jam 30 minit.
  2. Cara Ummi tanpa Bread Machine - Gaul rata semua bahan kecuali mentega, air dan telor. Kemudian masukkan telor dan air. Uli hingga sebati. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari dan bekas. Bulatkan doh dan letak dalam mangkuk adunan. Tutup dengan plastic cling dan biarkan doh naik hingga 2 kali ganda (lebihkurang 40 minit).
  3. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin.
  4. Potong/Bahagikan doh seberat 60 gm setiap satu dan bentukkan bulat. Biarkan doh rehat selama 25 minit.
  5. Kemudian canaikan setiap satu doh kepada ukuran 10cm x 14cm.
  6. Letakkan inti kesukaan dan potong/kelar pada sebahagian doh. Kemudian gulungkan doh.
  7. Buat sehingga habis dan susun ke dalam loyang yang telah digris.
  8. Biarkan doh naik sekali ganda (lebihkurang 45 - 1 jam)
  9. Sapukan telor ke atas doh dan taburkan almond flakes.
  10. Bakar pada suhu 190 - 200 C selama 15 - 20 minit atau hingga kuning keemasan. (Ummi set suhu 180C dan bakar selama 15 minit)

Ikan Keli Goreng Berlada


Ok ni masakan terperap 3 4 hari dah..masak untuk bekal buat my dotter Najwa masa balik semula kolej ari tu..My kids' favourite nih! Licin...
Bahan:-
  • 2 ekor ikan keli sederhana besar.
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 5 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara Memasak:-
Bersihkan ikan dengan air asam limau dan garam.. Perapkan lebihkurang 20 minit. Basuh dan toskan. Kelar ikan dan lumurkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Goreng garing. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar dan perlahankan api. Masak dan kacau hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Bila telah hampir kering, masukkan ikan dan balik-balikkan ikan sebentar biar rata dengan cili. Tutup api dan hidangkan.

Monday, December 29, 2008

Najwa Masuk Semester 2 Dan Makan-Makan Di Segamat

Masuk je bilik, Ummi buka tingkap le dulu...Hubby duk tolong pasangkan rak untuk Najwa..Tengok tu, abanglong dengan Aiman just hanging around and siap posing lagik!!!

Sabtu kelmarin jam 10.30 pagi, Ummi n family telah ke Uitm Segamat semula menghantar Najwa mendaftar untuk Semester 2. Alhamdulillah..she got 3.9 pointer for her first semester result. So proud...!! Dia dapat Anugerah Dekan laa...Harap dia boleh maintan...Sampai di sana dia hanya daftar untuk kolej penginapan dan dapatkan kunci bilik saja. Kami pun memunggah le barang-barangnya yang penuh satu bonet kete tuh!!! Emm..dia bertukar bilik lain x jauh dari bilik lamanya jugak...Geng dia pun tukar bersebelahan je dengan bilik barunya. Kitaorang semua masuk lah ke bilik tu. Tolong susun barang-barang semua. Memandangkan class akan hanya bermula pada hari Selasa, so Najwa ikut kitaorang balik semula la ke Kuantan dan malam tu jugak kitaorang balik ke Temerloh untuk kenduri my cousin pada hari Ahad.. Malam Ahad balik Kuantan dan pagi tadi hantar semula Najwa ke kampus. On the way balik Kuantan terus singgah hantar abanglong pulak ke Matrikulasi Gambang tu..Take care and muaaahhhh to both of you!!

Singgah di Pizza Hut, Segamat...Najwa sakan duk bercerita dan sempat posing lagi dengan Najiha tuu sementara makanan sampai..

Ummi order Bolognaise Spaghetti je..Diaorang sume hentam 2 tray pizza with different flavour, double ice cream, mushroom soup and bread stick. Mango ice-blended tu untuk Ummi dan hb.. Ummi memang kureengg sikit apa2 air gas nih! X suka..

Haa..makan jangan x makan eh...habiskan..!! Aiman, apa senyum2 lagi tuu..!

3 orang anak-anak remaja Ummi...besar dah kan..!!

Apam Keledek

Alahaiii, minggu ni rasanya paling sibuk..x tau nak citer camne laa..Ni pun baru je balik dari Segamat hantar semula Najwa ke Uitm bagi Semester 2. Kelmarin dah pergi daftar kolej penginapan je, pastu dia ikut balik semula untuk turut serta kenduri my cousin di Temerloh..Ni pun apam yang dah habis kena telan..hehe..baru sempat nak update...Memang sedap apam ni..igt dulu Ummi penah masukkan entry Apam Kentang..now buat Apam Keledek..sama2 sedap..try laa..!! Ni hasil ronda-ronda dan intai kat dapur MaDiHa Fp dulu...thanx MaDiHa.. :D

APAM KELEDEK

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 200 gm keledek (dikukus) (Ummi guna keledek kaler oren tu)
  • 180 gm gula kastor (Ummi kurangkan 150 gm ikut MaDiHa gak)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

Rendang Ayam Ala Kampung

Weekend baru ni Ummi bz teramat dengan urusan family dan ke Segamat hantar Najwa daftar Sem. 2 dan juga majlis kahwin cousin di Temerloh. Duk ulang-alik je ke sana-sini, x sempat nak update. Jadi cuci mata jelah dengan menu yang dah lepas ni yaa..Ummi buat rendang ni hari Jumaat kelmarin, makan dengan pulut kuning kegemaran semua dalam family Ummi ni..Resepi rendang ni Ummi collect dari dapur Noris geng internet jugak. Dalam resepi memang xda gambar, try je buat. Fullamak!! Memang x menghampkan...2 thumbs up!! Thanx Noris!

Bahan Kisar:-
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana besar)
  • 3 senduk cili dikisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia (ummi letak 3 cm)
  • 6 batang serai
  • 2 sudu besar ketumbar *
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar jintan putih*
  • 2 sudu besar lada hitam (ummi letak 1 sudu besar je - dan goreng tanpa minyak dulu bahan bertanda (*) sebelum dikisar)
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 1 senduk besar (6 sudu besar) kerisik
  • 1 sudu teh gula halus (ummi letak 2 sudu besar)
  • Garam
  • 4 helai daun kunyit - dihiris halus


Cara Memasak:-

  1. Sediakan kuali dan masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali bersama santan dan masukkan ayam. (Ummi tumis dulu bahan kisar sebentar kemudian baru dimasukkan santan dan ayam). Gunakan api yang sederhana besar dan kacau sesekali.
  2. Apabila sudah pekat, masukkan gula.
  3. Bila santan sudah hampir pekat, masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
  4. Apabila rendang hampir kering, masukkan daun kunyit.
  5. Seimbangkan rasa dan tutup api.

(Nota: Serai juga boleh dihiris halus dan ditumbuk saja untuk menambahkan lebih lagi aroma pada rendang).

Friday, December 26, 2008

Murtabak Cracker Lapis

Ini memang favourite Ummi sebab dulu-dulu selalu makan kat ofis lama di Muadzam Shah. Masa tu teringin nak tanya resepi, tapi malu la pulak...Dah lama tercari-cari resepinya...emmm aleh-aleh resepi Kak Liza jugak yang Ummi terjumpa...sukanyaa..dapat makan ni sehari suntuk x makan nasi pun xpa...sedap!! Thanks a lot Kak Liza...muaahhhh!!!


Bahan:-
  • 45 keping biskut cream crackers
  • 4 biji telor (dipukul sedikit)

Bahan untuk celupan biskut:-

  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan Inti:-

  • 400 gm daging kisar Ramly
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar marjerin
  • garam
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu/mayang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 cm halia - tumbuk

Cara Membuat:-

  1. Alaskan loyang 4 segi 25 cm (ummi guna 22 cm) dengan kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Panaskan minyak dan marjerin dalam kuali. Tumis bahan yang dimayang/dadu hingga wangi.
  3. Masukakn rempah kari dan kacau sampai wangi.
  4. Masukkan daging dan kacau sekejap. Masukkan air dan reneh hingga air tinggal sedikit dan daging masak. Biarkan pekat dan kering sedikit. Masukkan sos cili dan garam, gaul rata.
  5. Kacau bahan celupan dan celupkan biskut.
  6. Susunkan biskut di dasar loyang anggaran 9 keping bagi setiap lapisan.
  7. Taburkan 1/4 daripada bahan inti dan taburkan juga 1/4 bahagian telor yang telah dipukul.
  8. Ulang lapisan sehingga menjadi 5 lapisan.
  9. Tuangkan lebihan susu yang digunakan untuk celupan biskut tadi.
  10. Letakkan sedikit mentega atas lapisan biskut yang akhir.
  11. Bakar dalam oven selama 1 jam atau murtabak kelihatan masak.

Ikan Kuah Lada

Salah satu menu yang memang mencairkan tekak Ummi bila melawat dapur pemuda peranakan kita Mat Gebu aritu..walaupun nampak biasa, tetapi rasanya luar biasa..betul kata Mat, ngam dengan tekak! Thanx Mat..
Bahan:-
  • 1 kg. ikan pari (ummi guna tenggiri)
  • 1 biji terung panjang - potong 4, belah 2 setiap potongan pastu belah 2 lg jgn putus
  • 2 - 3 kuntum bunga kantan - belah 2 (puas ku cari kat pasar, habis la pulak)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • garam dan secubit gula
  • 1 camca teh serbuk kunyit (ummi tumbuk kunyit hidup)
  • 7 biji cili merah - kisar
  • 5 tangkai cili kering - kisar
  • Air secukupnya (anggaran 800 ml)
  • 3 biji bawang merah - dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih - dihiris halus

Bahan ditumbuk:

  • 1/2 camca teh lada hitam biji
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hirisan nipis lengkuas
  • 1 hirisan nipis halia
  • 1/2 inci belacan

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam periuk (nak sedap guna periuk tanah), masukkan bawang hiris dan goreng hingga perang. Masukkan bahan tumbuk dan goreng hingga wangi.
  2. Tuang cili kisar dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang air, kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan.
  5. Bila mendidih masukkan terung dan perasakan dengan garam dan secubit gula.
  6. Masak hingga ikan masak dan terung lembut. Matikan api. Sedia untuk dihidangkan.

Banana Muffin

Rasanya lama dah x buat apa-apa muffin, asyik buat kek jek! Malas nak remeh2 sebenornya..hehe..Kelmarin buat jugak la bila jalan2 rumah MadihaFP ternampak dia buat muffin ni..terliur la pulak! Time kasih Madiha..
Bahan:- (Ummi buat separuh dari adunan ni)
Bahan (A):
  • 400 gm butter dicairkan
  • 300 gm telor (6 biji gred A)
  • 200 gm fresh milk

Bahan (B):

  • 600 gm (10 biji) pisang dilecek (Ummi guna pisang emas)
  • 400 gm gula kastor (dikurangkan kepada 350 gm)
  • 2 gm garam
Bahan (C): (diayak bersama)
  • 550 gm tepung superfine
  • 10 gm (2 tsp.) baking powder
  • 10 gm (2 tsp.) soda bikarbonat (ummi letak 1 tsp.)

Cara Membuat:-
  1. Cairkan butter secara double boil hingga larut dan sejukkan. Masukkan telor yang dipukul sikit dan susu segar. Kacau hingga sebati dengan whisker.
  2. Masukkan garam dan gula ke dalam pisang yang dilecek dan kacau hingga gula larut.
  3. Campurkan langkah 1 dan langkah 2. Masukkan bahan C dan kacau rata adunan. (Jangan terlebih kacau, sekejap saja sebaik adunan bercampur).
  4. Masukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 cawan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 18 - 20 minit.

Thursday, December 25, 2008

Buttery Orange Cake

Ummi memang suka buat kek, sebab senang, hehe..bancuh adunan dan tinggal je dalam oven sampai masak...x gitu?? Hehe..Resepi ni hasil intai dari dapur Noreen la niii...Ummi memang suka kek yang berbau oren camgini...yang cukup gebu, lembut dan sikit moist...suka ulang-ulang makan...Thanx Noreen!
Bahan:
  • 250 gm mentega - biar pada suhu bilik
  • 2 camca besar parutan buah oren
  • 330 gm gula kastor
  • 4 biji telor
  • 225 gm tepung naik sendiri
  • 75 gm tepung gandum (ummi tukar superfine)
  • 180 ml orange juice
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 C.
  2. Griskan loyang kek size 22 cm (Ummi guna loyang square 8 inci) dan taburkan sedikit tepung supaya senang untuk mengeluarkan kek nanti. (boleh juga ikut cara masing-masing)
  3. Ayakkan kedua-dua tepung dan ketepikan.
  4. Dalam mangkuk besar, masukkan mentega, parutan oren dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu.
  5. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
  6. Kemudian masukakn tepung berselang seli dengan jus oren sebanyak dua peringkat.
  7. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
  8. Tuangkan adunan ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 150 - 160 C selama 1 jam 10 minit atau hingga kek masak (my oven took 50 minutes only)
  9. Setelah masak tutup suis oven dan biarkan kek di dalam oven selama lebih kurang 10 minit baru dikeluarkan dan biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.

Roti Kerca

Hasil ronda-ronda rumah Zai Dapur Impian ni jugak, maka roti kerca ni terhidang..hehe.. Bahannya sempoi betul, macam nak wat kuih dadar jek! Tapi Ummi buat half je dari adunan asal ni.
Bahan:-
  • 1 kg tepung gandum
  • 5 biji telor
  • sedikit garam
  • air secukupnya

Cara Membuat:-

Satukan kesemua bahan di dalam mesin pengisar dan kisar sebati. (tuangkan air sedikit-sedikit sehingga adunan seperti membuat lempeng). Panaskan non stick pan dan tuangkan adunan. Lenggangkan adunan biar rata dan masak atas api perlahan. Angkat dan gulung. Potong menyerong ketika menghidang.

Kari Daging Ala Mamak

Hari tu ada lah jenjalan kat rumah Zai dan tengok dia buat kari daging ni untuk makan dengan roti kerca kat atas tuh..kari ni x pakai santan pun...ala-ala mamak style kan..So Ummi try..emm best jugak bila dah letak tomato puree tu..thanks Zai...bagus untuk orang diet eh (*not me..) hehe..

Bahan:-
  • 1/2 kg. daging cincang
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1 paket kecil serbuk kari daging
  • sedikit air (jika terlalu pekat)
  • bawang goreng dan daun bawang untuk ditabur

Bahan tumis:-

  • 8 ulas bawang merah - tumbuk
  • 5 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk (*ummi tambah ni)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum cengkih
  • 1 inci kayu manis - (*ummi tambah ni)

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah biji serta bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan biarkan rempah masak sambil dikacau.
  3. Tuangkan tomato puree dan masukkan daging cincang.
  4. Masukkan sedikit air dan masak daging hingga empuk.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Reneh hingga kuah agak pekat
  7. Taburkan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.

Stir Fried Sausage with Lemon Juice

Sebenarnya ni menu lepas yang dah lama terperap, x sempat nak wat entry...nak menghabiskan mana2 stok yang dah lama dalam fridge tu..masak sosej camni...Aiman suka laa..Aiman x kesah..hehe
Bahan:-
  • 8 batang sosej lembu - dikerat menyerong
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 10 batang kacang buncis - potong serong
  • 1/2 biji green capsicum - potong dadu
  • 2 biji cili merah - hiris
  • 1/2 batang carrot - hiris memanjang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar lemon juice
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, masukkan sosej dahulu dan goreng sambil dibalik-balikkan sebentar. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih dan kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan carrot, capsicum dan cili merah. Kacau dan masukkan kacang buncis pula.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap cair, garam dan gula sucukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan sosej tadi dan kacau rata.
  6. Tutup api dan masukkan lemon juice sambil dikacau. Hidangkan.

Monday, December 22, 2008

Pertemuan Paling Dinantikan Pada 20 Disember 2008

Taraaaa...!!! Hai semua...jangan jeles, jangan jeles...haha...ini lah dia pertemuan yang paling dinantikan oleh Ummi sejak seminggu yang lepas...Rasa macam dah x perlu cerita panjang je kat sini kalu uols tengok gambar-gambar ni kan...tapi xpalah...citer jugak la al kisahnya bermula pertemuan penuh mesra ni...antara Ummi, Kak Hanieliza (Sifu Masak2 kat dunia siber ni, sape x kenal kan..) dan Sally (Sifu Jahitan Manik) yang Ummi x pernah bertegur di dunia siber, tiba-tiba berjumpa dan berkenal mesra pulak..hahaa..terbalik pulak..selalu bertegur di dunia siber dulu then baru set untuk jumpa kan..?
Beberapa minggu lepas Kak Liza ada mention kat blog dia yang dia akan bercuti ke Kuantan dan nak berjumpa dengan Ummi...Ummi pun reply kat shoutbox Kak Liza...teringin betul nak jumpa.. dari situ kami saling bertukar nombor handphone dan sejak itu Ummi ternanti-nanti dan amat berharap supaya rancangan Kak Liza nak mengikuti suaminya outstation ke Kuantan ni menjadi...
Alhamdulillah, rabu lepas Kak Liza call Ummi dan maklumkan yang dia akan turun ke Kuantan pada hari Jumaat tu...punyalah suka dapat bercakap dan borak-borak sekejap dengan Kak Liza. Ummi pun bagitau hubby, dia kata ok lah tu ada jugak sifu terkenal macam Kak Liza nak kenal Ummi..hehee...Then hari Jumaat baru ni, Ummi call Kak Liza nk confirmkan plan dia jadi ke tak..terus Kak Liza bagitau yang dia akan jumpa Ummi dan Sally sekali...waaahh ini sudah bagus..Ummi pun minta Kak Liza sms nombor Sally...dapat je terus Ummi call Sally..siap cakap loghat Kedah lagi budak ni..hehee...Ummi pun terus tukar slang Utara jugak laa..seronok bukan main lagi..Pastu Sally bagitau yang dia dan suami dah book tempat untuk makan-makan. Ummi pun kira setuju je lah dengan plan dia...
Lantas hari Sabtu 20 Disember 2008, masa diatur dan panggilan demi panggilan dibuat. Tempat yang dijanjikan iaitu di New Horizon Restaurant, Jalan Tun Ismail (hadapan Megamall), Kuantan telah ditempah oleh suami Sally. Ummi tiba awal dari masa yang dijanjikan dan tak lama kemudian Sally pula tiba bersama suami dan 2 orang anak-anaknya yang masih kecil beserta Pembantu Rumah beliau. Kami berjabat salam, berpeluk cium dan berborak panjang macam dah kenal lama jek sementara menunggu Kak Liza tiba! Suami Sally, Encik Saifulizam ni rupanya bertugas sebagai Jurutera JPS Negeri Pahang dan selalu jugak meeting kat ofis Ummi. Dan jam lebihkurang jam 1.00 tengahari Kak Liza tiba bersama 3 orang heronya Azib, Azmil dan ala x igt pulak la namanya (sori Kak LIza). Ummi dan Sally punyalah excited dan seronok sangat-sangat lah haiiii...Kami berjabat salam dan berpeluk cium lagi...wahahaa..Kak Liza terus je hulur buku resepi sebagai hadiah kepada Ummi dan Sally...waaahhhhh, sukaanyeeeeee....
Dan dari sini semuanya bermula...makan-makan, borak-borak, gelak-gelak, santai habis!!! Hampir 3 jam kami duduk di dalam restoran ni...Pastu kitaorang keluar dan menaiki Sorento Sally je ke Megamall pulak kerana anak-anak Kak Liza duk menonton wayang kat situ selepas makan-makan...Saiful siap hantar semula pulak kitaorang ke parking di depan New Horizon tu..
Inilah dia wajah kesayangan hamba...Kak Hanieliza...sentiasa ketawa dan sangat humble orangnya..tidak lokek menurunkan pelbagai tips dan petua masakan semasa kami makan-makan dan borak-borak ni..

Kak Liza bersama 2 daripada 3 orang hero yang dibawa bersama...

Antara makanan yang dipesan...pakej makan tengahari, kitaorang ikut je
selera suami Sally...hehe...Ummi dan Kak Liza tibaiii jee..

Siakap Stim...perggghhhh!! sedaapp..

Ini lagi...!!! Tomyam putih tu memang sedap..Kak Liza pun setuju..sedap eh!!

Dan yang ini sebagai pencuci mulut..double icecream...

Anak Kak Liza ni tempah makanan ala-carte aje...nasi goreng cina

Tengok tu..suami Sally duk melayan anak-anak Kak Liza...baik sungguh!!
Ini lah dia wajah pasangan yang begitu sporting..Sally dan Saiful yang sentiasa tersenyum..Terima kasih banyak-banyak kerana sudi belanja kitaorang makan ni yaa...

Sally bersama anaknya Saddiq Danish..betul ke nama ni..
Confuse lak..yang sulung Saddiq Danial ek..hehe
Ni saje je gambar kat Megamall sementara menunggu anak-anak Kak Liza
habis menonton movie...nasib baik kitaorang x main bowling sama..ekeke..
(sorry la..gambar yang blur sikit...minta Saiful tolong snapkan..ada la x kena tu or DGcam Ummi yang x berapa canggih kot, tuan dia je yg tau nk guna..hehe)
Buku Resepi yang dihadiahkan oleh Kak Liza..thanks so much Kak Liza...ada masa mesti try punya...tengok gambar pun terliur dah!!
siap dengan signature Kak Liza lagi..tu yang mahaiii tuu..hehe


Moga kita akan berjumpa lagi di lain masa ya Kak Liza dan Sally...

Sunday, December 21, 2008

Kentang Oregano


Resepi ni dari sifu kita yang duk di pantai timur tu...sape lagi..Kak Hanieliza..(bestnya jumpa kak Liza...jumpa 5 jam pun x habis borak..hehe..) nnt Ummi letak entry gathering kitaorg eh...ooppsss! jangan jeles tau..banyak petua dia bagi kat Ummi dan Sally...Thanx a lot kak Liza..love u...muaaahhhh!!!

Bahan:-
  • 500 gm kentang
  • 1 biji cili capsicum - potong dadu
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 biji cili hijau - potong serong (*ummi tambah jugak cili merah :D)
  • 1/2 cawan kacang merah besar dalam tin (ummi xda ni..)
  • 2 sudu besar roasted cashewnuts
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar dry oregano
  • garam

Cara Memasak:-

  1. Kentang dibuang kulit, potong kecil dan rebus hingga masak. Toskan.
  2. Panaskan butter dan gorengkan kentang tadi hingga nampak keperangan.
  3. Masukkan bawang besar, cili capsicum, cili hijau dan garam. Kacau rata.
  4. Taburkan dry oregano dan kacau rata. Tutup api.

(Note: Menurut kakliza, boleh dimakan dengan ayam panggang...Ummi makan dengan bubur nasi jek..lain kali la ku panggang ayam..hehe)

Bubur Nasi

Prepared ni untuk breakfast pagi semalam sebelum Ummi keluar gathering dengan sifu dapur kita Kak Liza dan Sally..Best betul jumpa, makan2 dan jenjalan (jangan jeles..!!hehe...) Nanti Ummi letak artikel dan gambar kitaorg eh.. Bubur ni kalu pekena sesekali musim hujan ni..memang best kan..xyah resepi la ek..ikut je lah nak makan dengan apa2 pun...Ummi makan dengan ikan bilis dan tempe goreng dan kentang oregano kat atas tu....kenyang sekalik!!! Cuma rebusan nasi tu Ummi letak 1 paket sup bunjut, 1 kiub pati ayam dan garam secukup rasa...senang jek kan..

Ikan Bilis Dan Tempe Goreng Pedas

Yang ni untuk breakfast my family yesterday...ate with porridge...so yummy...sesuai jugak untuk diratah/dikudap..hahahaa...senang je nak prepare ni kan..sempoii nk buat, gerenti habisss...selalu dah buat..tp xpalah, Ummi letak jugak bahannya...yang ni paling ringkas..
Bahan:-
1 mangkuk ikan bilis - digoreng garing terlebih dahulu
2 keping (paket) tempe - hiris nipis dan goreng garing
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
5 sudu makan cili kisar
sedikit air asam jawa
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
bawang goreng untuk taburan
Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan sedikit air. Perlahankan api dan masak cili hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan agak kering dan masukkan kedua-dua ikan bilis dan tempe. Kacau rata. Tutup api.

Udang Lima Rasa


Udang lagiiiikk??? Apa nak kata..now udang tengah murah kan..musim udang...hehee..Ni try resepi Che'iza ambil dari MR.

Bahan:-
  • 300 gm udang
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 2 hiris halia
  • 3 sudu besar lada boh (ummi guna cili kisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu kecil rempah Lima Rasa (5 Spices)
  • garam dan gula secukup rasa
  • Tomato dibelah 6
  • 1 labu bawang besar dibelah 6
  • daun bawang - potong 1 inci

Cara Memasak:-

  1. Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Bila lada sudah garing, masukkan udang.
  2. Bila udang setengah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan rempah lima rasa.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan tomato, bawang besar dan daun bawang bila udang hampir masak. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Ikan Kerisi Masak Taucu Dengan Nenas

Banyak hari dah x update, masakan hari Jumaat kelmarin..I was quite bz plus the internet line was very slowwww...so I given up to do any editing on pictures...so stressed and better take a rest, right?? My another simple dish for dinner.
Bahan:-
  • 2 ekor ikan kerisi (ikan apa2 pun boleh..)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 3 cm halia - tumbuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu makan taucu (Ummi guna jenama Yeos)
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 2 biji tomato - belah 4 setiap biji
  • sedikit nenas yang telah dipotong kecil2
  • sedikit gula
  • garam (optional - taucu dah masin dah)
  • 1/4 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • 2 biji cili merah - belah 2
  • 2 biji cili hijau - belah 2

Cara Memasak:-

  1. Ikan dibersihkan, dikelar dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan dan tumis bahan tumbuk, kacau hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili kisar, kacau sebentar hingga cili masak. Masukkan taucu dan air asam jawa. Tambahkan air dan biarkan mendidih lalu dimasukkan ikan dan bawang besar. Perlahankan api dan balikkan ikan. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato dan nenas. Biarkan sebentar dan tutup api.

Thursday, December 18, 2008

Cream Cheese & Mixed Fruit Butter Cake

Satu lagi kek buah yang sedap...ya laa guna cheese ni semuanya sedap dimakan kan..dan sedap untuk menaikkan badan..wahahaa...Satu lagi resepi dari Aunty Yochana...best nih!!!


Bahan:-
  • 125 gm butter
  • 125 gm cream cheese (i used Philladelphia)
  • 185 gm gula kastor
  • 3 biji telor (size B)
  • 200 gm tepung kek ) diayak bersama
  • 1 sudu teh baking powder )
  • 150 gm mixed fruits - rendam semalaman dengan 2 sudu besar jus lemon (resepi asal guna rum/brandy)
  • 50 gm walnut cincang - ummi x letak ni, my kids x suka
  • 50 gm cherry hijau - ummi guna cherry merah

Cara Membuat:-

  1. Pukul butter, cream cheese dan gula kastor hingga berkrim.
  2. Masukkan telor satu persatu. Pukul sebati setiap kali telor dimasukkan.
  3. Sementara itu, dalam bekas lain gaulkan mix fruit dengan 2 sudu besar tepung tadi rata-rata agar buah2an tidak mendap dalam kek nanti.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan buah-buahan campuran, cherri dan walnut. Gaul rata dengan spatula.
  5. Tuangkan ke dalam loyang empat segi ukuran 7x7" yang telah dilenser dan dialas dengan baking sheet.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175 C (ummi set 165C je) selama lebih kurang 45 minit/hingga masak.
  7. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas wire rack.