Saturday, May 30, 2009

Happy 18th Birthday Sweety ...

Hari ni 30 Mei adalah birthday ke 18 my daughter, (Kak De). Semoga Kak De sentiasa diberikan kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat. Tahun ni jugak bermulanya Kak De duduk berasingan dengan emak dan abah demi mencapai cita-cita...Apapun emak dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Kak De dan belajarlah berdikari mulai saat melangkah ke alam kampus pula. Dan yang paling penting jangan abaikan solat serta banyak-banyakkanlah berusaha di samping bertawakal kepadaNya...

Kebetulan Kak De balik ke rumah setelah melalui Minggu Suai Kenal last week, emak mmg plan nk buatkan kek. So, hanya kek ini yang sempat dan mampu emak buatkan sebab emak memang x pandai deco kan, dan harap Kak De puas hati menikmatinya, salah satu tanda kasih dari emak...nanti potong kek eh..tayang kat orang luar sana....hehehee..Apapun ini kek strawberi yang diceduk dari dapur Uncle Mat Gebu lah Kak De..mesti sedap!!! Nanti kita sama-sama rasa eh..Say thanks to Uncle okayyyy for the very nice recipe...hehee..Duk bz je, dah petang baru sempat upload entry ni...sorry Kak De..

Friday, May 29, 2009

Fish Ball With Sweet Plum Sauce

Ni resepi campak2 jugak malam tadi...kes nak perabihkan fish ball yang duk bertapa lama dah dalam esbok tu...layaann je la yaa...hehe...ada sikit maleh dan campur penat rasa balik ofis hari ni...tapi licin gak tibai dek abanglong, kakngah n Aiman...
Bahan:-
  • 10 - 12 ketul fish ball
  • 1 labu bawang besar Holland - didadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 biji yellow capsicum
  • 1/2 biji green capsicum
  • 1 paket sweet peas
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • garam (optional sebab kicap cair sudah masin)
  • gula secukup rasa
  • sedikit air

(*boleh tambah lagi apa2 sayur seperti, karrot n baby corn atau yang sewaktu eh)

Cara-Cara:-
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan kesemua sos dan kacau sebentar. Masak dengan api sederhana dan tambah sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan fish ball, kacau rata.
  4. Masukkan sweet peas, garam dan gula secukup rasa. Masak sebentar biar agak pekat.
  5. Tutup api dan hidangkan.

Kari Sardin

Ni resepi ulangtayang je laaa..lama x masak kari sardin ni...yang betulnya dah xda stok ikan dalam fridge, tinggal daging n udang jek..tapi malas lg nak masak daging, baru je makan bone steak tu..so layan je laa favourite anak2 Ummi ni...makan dengan nasi putih atau roti pun sedap kalau kari camni kaan..nak menjala maleh le pulak...Untuk resepi sila la rujuk Sini ya..tapi Ummi campak je bahan apa2 yang ada..Jemput makan semua..

Wednesday, May 27, 2009

Strawberry Chocolate Marble Cake

Kek yang bertekstur lembut, gebu, sedikit moist dan memang sedap...abanglong suka sangat...adunan rasa yang ngam tau...Lagi satu resepi dari kak Fida@MyR, nombor dia tengah naik kat dapur Ummi ni agaknya..hehee...Resepi pun senang jek..kan, kan..Buat half adunan je, sebab dah x ramai kat rumah..abanglong n kakngah kerja sambilan dalam cuti semester ni..x duk rumah laa sangat, malam baru ada..dah nak sangat kerja..boring agaknya sebab maknya pun keje x berjalan ke mana lagi..kena tunggu Aiman cuti sekolah dulu laa..hehe

Bahan:- (untuk half resepi ni Ummi guna loyang bulat 7 inci)
  • 10 biji telor
  • 85 ml air
  • 450 gm gula halus
  • 420 gm tepung hongkong )
  • 115 gm tepung gandum ) ayak bersama
  • 2 sk baking powder )
  • 1 1/2 sb ovalette
  • 400 gm mentega
  • 1 sb. strawberry paste
  • 1 sb. chocolate paste
  • sedikit pewarna merah
  • 2 sk esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk, pukul mentega sahaja sehingga kembang dan putih. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan, kecuali strawberry paste, pewarna dan esen. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega tadi dan kacau rata - sebati. (ummi putar perlahan).
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bubuh satu bahagian dengan strawberry paste dan pewarna merah, kacau sebati. Satu bahagian lagi diletakkan chocolate paste, kacau rata. Biarkan satu bahagian dengan warna asal dan letakkan esen vanila, kacau rata.
  5. Gris loyang dengan butter dan alas dgn baking sheet.
  6. Untuk separuh adunan ni, Ummi letak 1 1/2 sudu adunan di tengah2 loyang bagi setiap warna. Mulakan dengan warna putih, merah dan coklat berselang-seli. Ulang hingga habis.
  7. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau hingga masak (apabila dicucuk dengan cake tester, ianya keluar licin).

Bone Steak

Malam kelmarin Ummi masak bone steak ni...dah lama teringin nak buat, tp selalu lupa je nak beli tulang..baru ni beli setengah kilo tulang n setengah kilo daging cincang (tetel) untuk masak ni...Jadi Ummi masak setengah kilo tulang campur sikit daging tetel. Sampai malam tadi Ummi panaskan ni..kebetulan nak masak pun balik kerja semalam air masih xda lagi..dari pagi tu...terbantut nak masak untuk tambah lauk sikit...Hubby pun xda, abanglong n kakngah kata xyah masak lah, lauk ni ada lagi..jadi malam tadi panaskan lagi dan layan dengan roti pulak laaa...memang waallaaaahhhh!!! sedap giloossss!!! Memang killer dan kena dgn tekak...Resepi dari kak Fida@MyR tu laaa..thanks kak Fida..Ummi kopipes je resepi kat sini yaa..Sapa yang dah cuba tentu tau camne rasa, kalu yang belum cuba baik buat cepat! Pi cari tulang cepat, tulang lembu ke, tulang kambing ke, tp jangan tulang ikan dah laaa..haha..

Bahan:-
  • 1 kilo tulang *- cuci bersih
  • 3 helai daun pandan*
  • 1 btg serai*
  • 4 ulas bwg putih* -diketuk
  • 1 ibu jari halia* -diketuk
(Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
  • 2 sb ketumbar biji*
  • 1 sb jintan kasar*
  • 3/4 sb jintan halus*
  • 1/2 sb lada hitam/putih*
  • (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bwg merah
  • 5 ulas bwh putih
  • 1 botol tomato sos
  • 2 sb kicap manis
  • kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
  • 1-2 biji bwg besar - dibelah
  • cili hijau - dipotong
  • 2 biji telur - di kocok
  • daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • 1/2 cwn kacang peas -utk tabur
Cara-Cara:-
  1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
  2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
  3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata. Masukkan kobis, cili hijau, carrot, kentang, bawang hiris, sos tomato, kicap, garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
  4. Tambahkan 1/2 bahagian daun sop, daun bawang(daun ketumbar) dan bawang goreng dan gaul rata lagi.
  5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
  6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
  7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ada dijual.

Tuesday, May 26, 2009

Bermulanya Di Sini...Terserempak Setelah Lebih 20 Tahun..

Najiha yang snap gambar ni..sekeping ni je dia snap? ish ish..
dari kiri, me, Encik Jamaluddin, Farah dan 2 orang anak buahnya..

Tengok title entry cam jejak kasih jek...Hari ni Ummi letak citer lain sikit la eh...Ummi pun x tau nak mulakan macamana ni...Kisah ni sebenarnya Ummi nak tujukan juga kepada geng2 di blog BUDIMAN yang merupakan untuk bekas2 pelajar ITM (dulu punya nama) Pahang sekitar 1985 - 1987. Pada hari pendaftaran anak Ummi, Najiha Elyani di Uitm Kuantan pada 23 Mei 2009 (Sabtu) baru ni Ummi rasa sungguh terharu...Ada kisah di sebalik cerita, hehe....Pada hari pendaftaran tu Ummi hantar Najiha terus ke Uitm di Bukit Sekilau. Hubby x ikut n xda pun sebab perlu bertugas untuk XPDC Berakit Sungai Pahang, sejak pagi Jumaat dah berlepas ke Temerloh. Xpa lah, dekat je, sendiri urus la kan..Selepas sesi mendaftar di Bukit Sekilau, Najiha perlu mendaftar di kolej kediaman Asrama Remaja, Jalan Padang Lalang sekitar jam 12 tengahari gitu..

Tau tak, sampai je di pintu masuk Asrama Remaja ni lah terasa emosi yang Ummi x dapat tahan..sebak rasanya. Siapa sangka, Ummi akan datang kembali ke pintu pagar ini dan memasuki ke dalam kawasannya. Kemudian terpandang pulak ke susuk seorang lelaki beruniform biru berdiri tercegat dengan senyumnya, terus mengingatkan Ummi kepada beberapa orang lagi rakannya, Encik Rosli, Encik Hamdan, dan Guru Kesatria kami Sarjan Harun dan Sarjan Dollah yang memang selalu berada di Pos Pengawal kawasan asrama dan bangunan kuliah di Taman Gelora. Kawasan asrama yang jauh tidak berubah dan masih mengekalkan nama Asrama Remaja.

Di sini lah juga pertama kali hampir 24 tahun lalu, Ummi dan geng2 BUDIMAN batch Julai 1985 melalui hari pertama sessi orientasi yang sungguh2 mencabar di kawasan asrama ini. Melalak menyanyi siang dan malam, mendengar taklimat, menghafal nama2 OC..menghafal lagu patriotik ITM - "anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi...", kena denda...adusss sadisnyaaa...di sini bermula kehidupan kampus yang penuh kenangan. Tapi masa tu, ramai geng2 Ummi seperti Elly, Rashidah, Roliza, Lia, Muzlina, Ana (Cikgu Bedah), Anis, Muslim, Ana (makde), Hanizam, Z.Rosemina, Shamsia, Rahman, Mat Trouble, Amin, Kudin, Fid, Firdaus, sape lagi haa...ramai lg ni..blank dah ni...Muslim tolong ingatkan akak...huhuuuu, sori selori...yang duduk di blok ini...
Ummi pun terus menyapa lelaki tersebut...dia senyum menjawab salam..wajahnya x jauh berubah, masih sangat2 boleh dikenali...Encik Jamaluddin...tetap setia di situ setelah hampir 21 tahun Ummi meninggalkan ITM (now Uitm) semenjak Disember 1987. Ummi berborak panjang dan bergelak ketawa dengan beliau. Dia agak terkejut bila Ummi masih mengenalinya..memang lah dia tidak perasan Ummi yang dah jauh "berubah inci dan kilo" ni..tapi dia boleh igt dan biasa dengan Ummi jugak. Bila sebut je geng2 Ummi yang nakal2 macam Amin (vocalist), Syed Mahadi dan Kudin, dia ingat sangat2 dan bertanyakan juga di mana mereka sekarang. Dulu dia ditugaskan di Uitm Jengka, now balik semula ke kampus Kuantan.

Dan waktu yang sama Ummi ternampak seorang lagi rakan ex-itm jugak, Farah aka Rambo....masih x banyak berubah...Now dia jadi bertugas di Pahang Skill Development Centre (PSDC), kalau tak silap as a Lecturer kot..Dia jugak menemankan anak buahnya. Farah ni masih solo lagi...eh betul ke Farah?
Dan pada hari tersebut....Ummi memperkenalkan kepada Encik Jamaluddin anak Ummi pulak yang akan belajar di Kampus Kuantan ni...suh dia tengok2kan jugak..hehe..Najiha tersenyum simpul jek...Tapi yang paling sebak Ummi rasa bila Ummi hantar Najiha ke biliknya di tingkat 4, Blok A (Girl's Row). Sepanjang menaiki tangga tu, satu persatu kenangan tiba-tiba datang...masuk je ke bilik Najiha rasa macam nak nangis pulak sebab ditangga tu la kami freshie dulu duk berlari turun naik tangga kena pekik dengan OC suruh turun cepat, memang haruuu..Nasib baik, Ummi masa tu dapat ground floor, so kalu nak keluar pun dpt cepat sikit, kalu nk blk ke bilik pun sempat lama sikit dari geng2 yang duk di atas. Minggu Orientasi yang sungguh mengharukan, tetapi meninggalkan kenangan cukup manis dan indah untuk dikenang. Xkan ada 2 3 kenangan seperti itu. Sungguh mengusik jiwa!! Rasa macam nak belajar semula pun ada...tp xnak orientasi dah! Boleh gitu?

Melihat keadaan katil, meja study dalam bilik sedikit pun x berubah..Satu bilik berdua (katil double decker) dengan bilik air di dalamnya...kipas di siling. Cuma ada sedikit kelainan dengan tiles dalam bilik air yang telah ditukar dan langsir cantik sikit laa..dulu guna mozek kecik2 tu jek..Almari kayu telah ditukar kepada almari besi...kecik jek! Lain semua sama...Bila Ummi duduk sekejap di katil, hati rasa sayu semacam jek...Di tingkat 4 ni lah ramai antara geng2 Ummi duduk, selalu jugak merayap ke tingkat 4 ni..Ummi cakap kat Najiha..kenangan mak belajar di sini, memang terpahat rapi. Sekarang dia pula sambung belajar di sini. Mana pernah terjangkau di fikiran Ummi dan tak pernah disangka-sangka yang Ummi akan menghantar anak Ummi belajar di sini dan memasuki kawasan ini buat kali keduanya...Buat Najiha, teruskanlah perjuangan di sini hingga ke peringkat yang lebih tinggi...amiiinnn, insyaAllah..

Monday, May 25, 2009

Nasi Goreng Nampla

Ingat nak posting ni semalam..tapi mata mengantuk sangat2 dah, keletihan byk urusan weekend semalam...Pagi tibai pankek, tengahari Ummi makan kenduri, malam tu Ummi goreng nasi ni je untuk anak2 for dinner (mak dia x makan dah laa..kena diet la sikit..hehe). Sempoi habis..Resepi dari Irose@MyResipi...

NASI GORENG NAMPLA
Resepi: Irose@MyResipi

Bahan:-
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi hijau (tumbuk)
  • 5 senduk nasi putih (akak buat 2 mgkuk)
  • 2 ekor sotong (bersihkan dan potong)
  • sedikit kicap cair (akak letak 2 sb. )
  • sedikit sos nampla (sos ikan) - (akak letak 2 sb.)
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa
  • sedikit minyak masak
  • sayuran (ikut suka)

Cara-Cara:-
  1. Gaulkan nasi putih dengan cili padi yang ditumbuk tadi hingga rata. Ketepikan. (kalau x tahan takut pijar tangan, gunakan senduk)
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sotong, kicap cair dan sos nampla. Goreng sekejap saja - jangan smpai keluar air sotong..kalu byk air, keluarkan airnya, baru masukkan nasi.
  4. Masukkan sayur jika ada, kemudian masukkan nasi, garam dan serbuk perasa. Goreng rata hingga nasi meletup2/berasap menandakan nasi sudah masak.

Banana Pancake

Pagi semalam Ummi buat pancake jek untuk bekfes...masak sempoi jek...hb xda ni gi outstation for Petugas XPDC Berakit Sungai Pahang dari Temerloh ke Pekan...lama jugak kena tinggal ni..huhuuu...nak masak pun xda mood, nak makan ada mood sokmo..hehee...tengahari ada kenduri kat lorong rumah Ummi...tu pasai layan ni jek...Resepi dari dapur Alongroz...thanks Along..ceedaaappp! Anak2 makan dengan maple syrup la, Hershey's syrup segala...Ummi makan dengan kiwi n strawberry filling ni..best!

BANANA PANCAKE

Bahan:-
  • 1 cawan tepung gandum (*)
  • 1 sudu besar gula (*)
  • 2 sudu teh baking powder (*)
  • 1/4 sudu teh garam (* - campurkan bahan ni, ummi ayak dulu tepung & baking)
  • 1 biji telor
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 2 biji pisang ranum - lecek (akak guna 6 biji pisang lemak manis)
Cara Menyedia:-
  1. Dalam mangkuk adunan, pukul telor sekejap.
  2. Masukkan susu, minyak dan pisang lecek.
  3. Masukkan bahan kering dan kacau sebati. (akak biarkan adunan sebentar lebihkurang 10 - 15 minit)
  4. Panaskan non-stick pan (akak guna pan kecil spt gambar), dan tuangkan 2 -3 sudu besar adunan.
  5. Masak dengan api perlahan sehingga timbul gelembung2 di permukaan pancake. Terbalikkan sebelah lagi dan masak hingga warna keemasan.
  6. Hidangkan dengan jam atau maple syrup/chocolate syrup/madu dsb.nya..
Bila telah mengelembung begini menunjukkan bahagian bawah sudah masak..bolehlah diterbalikkan..

Chocolate Chips Muffin

Ni entry masak2 malam Jumaat kelmarin buat bekal Najiha ke Uitm...saja lah untuk kudap2...pagi Sabtu tu Ummi goreng mee jek, dia bawak bekal jugak....Dah penah buat dah muffin ni...Resepi kak Liza, so layan kat Sini ya..

Saja wat dua papercup berlainan..

Saturday, May 23, 2009

Garlic Chicken Parmesan

Selamat berhujung minggu semua..Ummi ni baru je balik dari daftar Najiha..alhamdulillah dah siap dan selamat semuanya. Mulai esok dia akan bertolak ke Uitm Jengka untuk menjalani sesi mesra siswa/i di sana dan akan balik semula ke Kuantan pada 27 Mei untuk memulakan kuliah Asasi TESL di Uitm Kuantan selama 1 tahun sebelum sambung Bachelor nnt...Ok tinggal dulu citer dia k, nnt later eh..lgpun lupa nk amik gambar2 dia que masa register td, Ummi pun dgr taklimat utk parents, manusia ramai sgt, segan gak..hehe...Pastu sibuk angkut barang2 dia ke bilik dan keluar beli sikit2 lg barang..pun lupa jugak nk snap gambor...aiisshh..kamera bawak pun, x teringat lgsung..

Ni baru sempat letak entry...Ayam parmesan ni memang sedap..lebih sedap dari KFC tau...Semua anak2 suka.. Lauk dinner semalam jugak ni...Nak buat senang dan sedap...itu mmg "trademark" Ummi la kaan..X caya, cuba try...memang recommended! Resepi dari dapur Aymy ni. Terima kasih banyak Aymy..Kalau rasa nak makan KFC or nak wat birthday untuk budak2 better buat ni, lebih baik sebab ianya dibakar tapi ranggup sungguh! Ummi ada jugak goreng ayam ni 2 ketul, cuma bila digoreng warna luarnya lebih gelap, kurang cantik..tp rasa not bad!! Ok meh tgk resepi...

Bahan:-
  • 4 keping dada ayam saiz sederhana - bersihkan (*akak guna dada + paha semua)
  • 2 sb air perahan lemon
  • 1 ulas bawang putih - diparut
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • 2 sb daun parsley - dicincang (*akak guna dried parsley je)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk roti (breadcrumbs)
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/2 cawan parutan parmesan cheese
  • 1 sb minyak zaitun
Cara Memasak:-
  1. Gaulkan ayam dengan sebahagian (1 sb.) daun parsley, bawang putih, minyak zaitun, serbuk lada hitam, garam dan air perahan lemon. Perap selama 30 minit - 1 jam (*akak perap 1 jam..lebih sedap dan lembut ayamnya).
  2. Dalam bekas lain, gaul rata breadcrumbs, baki 1 sudu besar daun parsley dan parmesan cheese. Ketepikan.
  3. Toskan ayam. Gaul dengan tepung gandum.
  4. Celup dalam telor dan golekkan rata ayam tadi dalam campuran serbuk roti. Buat hingga ayam habis semua disalut.
  5. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit minyak zaitun.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit (x perlu diterbalikkan/dialihkan semasa membakar). Biar masak.
  7. Hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Ni layan gambar je la yaaa...lauk dinner semalam...rasanya dah lama x makan sambal tumis udang dengan petai ni...dah beberapa kali buat, so xyah resepi la yaaa...cuci2 mata je laaa...sambal udang ni memang favourite anak2 tapi bila letak petai tu...diaorang makan semua tolak petai ke tepi..hehe...Yang terkejutnya...hb duk ajar Aiman suh rasa petai tu...eh beriya pulak dia makan...Ummi gelak je bila dia kata sedap...sikit2 je la Aiman..nasib hari ni cuti, xpun gi sekolah berbau mulut lak cakap dengan cikgu..hehee....Tapi elok gak ajar2 bebudak ni makan ulam2 kampung camni sesekali...ada khasiat tersendiri petai ni kaannn...tapi lepas tu jangan x gosok gigi dah laaa..Petua orang tua2, kalau nak kurangkan bau petai ketika buang air kecil, kenalah dimakan bersama dengan terung kan, x kira la terung bakar ke, buat sayur ke...asalkan terung..Betul kan? Tak caya, cuba tanya pakar..heheh..

Friday, May 22, 2009

Puding Roti Laici

Semenjak musim panas je ni...suka betul nak wat dessert...nak menyejukkan tekak...kali ni try puding dari dapur Kak Hanieliza jugak...kira adik beradik puding laici...tp x dangdut laaa..yang ni kenyang sikit makan sebab campur roti....Meh je la layan...sapa rajin, buatlah eh..hehe
Bahan:-
  • 1 buku roti saiz kecil (450 gm) (*ummi guna Gardenia)
  • 1 tin susu cair (*ummi guna Ideal)
  • 1 tin air (sukatan tin susu di atas)
  • 1 tin buah laici
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telor
  • 2 sb rata tepung jagung

Sos Karamel:-

  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan air
Cara Membuat:-
  1. Koyak isi laici dan roti kepada saiz kecil2, campurkan keduanya dalam bekas dan ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan cecair dalam bekas dan tuangkan ke dalam roti tadi.
  3. Rendamkan selama 1 jam.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang (*ummi griskan loyang dengan butter dulu).
  5. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam.
  6. Sejukkan dan potong. Hidangkan bersama sos karamel.
  7. Masak bahan sos karamel dengan api perlahan hingga agak pekat/likat. Tutup api.

Thursday, May 21, 2009

Honey Sesame Chicken (Ayam Madu Bijan)

Malam tadi masak lauk ayam madu tabur bijan ni...emmm nasi x berapa laku..lauknya tinggal 2 ketuiii jek kena ratah...aiihhh...Memang sedap, ala-ala sticky caramel chicken gak laaa...Tapi ayam ni sedap dimakan dengan bijan tu...Resepi nih tibai dari dapur Gert ...kalau masuk dapur dia rasa nak try belaka2...hehe..thanks Gert...akak kopipes je laaa yaaa...u all translate sendiri la ya...

Ingredients :
  • 3 pieces of chicken breast or 1/2 chicken - cut to bite size pieces
  • 1 tbsp of light soy sauce
  • 1 tbsp of cooking wine (*akak tukar dgn cuka makan)
  • 1/2 tbsp of sesame oil
  • 1 tsp of sugar
  • 2 tbsp flour
  • 1 tbsp rice flour or cornstarch
  • Salt & pepper to taste
Sauce:
  • 3 tbsp of sweet chili sauce
  • 2 tbsp of tomato ketchup
  • 1- 2 tbsp of honey (depend on how sweet you want)
  • 1 tbsp of oyster sauce
  • 2 tbsp of light soy sauce
  • 1/4 cup of water
  • some toasted sesame seed
Method:-

  1. Marinate chicken with soy sauce, wine, sugar, sesame oil, salt and pepper and set it aside for at least an hour. Just before frying mix the 2 type of flour together and mix it into the chicken.
  2. Prepare oil for frying. Fry chicken until golden brown, dish out and drain the oil in paper towel. Remove all the oil from the pan.
  3. Mix all the sauce ingredients together and pour it back into the pan. Bring it up to a boil and let the sauce thicken a bit.
  4. Add in the chicken and toss it gently until the chicken are evenly coated with the sauce. Sprinkle the sesame seeds to the chicken. Serve with warm rice.

Sweet Bread

Kelmarin rasa rajin sikit nak menguli roti...lama dah x buat roti...teruja tgk gambar roti manis ni kat dapur Noreen...gebus semacam, bersarang2 je tekstur dia...alhamdulillah menjadi sangat2 walaupun uli guna BM brand Tangan...hehee..Ummi wat bekfes pagi semalam sebelum ke ofis...tapi x isi apa2 filling pun, ok dah cukup sedap dengan rasa lemak2 manis gitu...Mari adik2, kita menguli..hehe..Noreen, Ummi C & P jek cara2 tu eh..x larat nak taip dah..

Bahan A:-
  • 240 gm tepung roti
  • 60 gm tepung gandum
  • 50 gm gula kastor
  • 10 gm tepung susu
  • 2 camt. yis segera
  • 5 gm garam
Bahan B:-
  • 1 biji telor
  • 150 gm susu segar/air
Bahan C:-
  • 20 gm mentega tanpa garam (unsalted butter)
Topping (optional):-
  • black & white sesame seeds
  • raisins
  • almond flakes
Filling - ikut suka (akak x letak pun)

Cara Membuat:-
  1. Masukkan bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaulkan rata.
  2. Kemudian masukkan pula bahan2 B dan uli sehingga terbentukkan doh.
  3. Selepas itu masukkan mentega dan uli lagi sehingga elastik dan tidak melekat di tangan. semasa menguli doh jangan tambahkan lagi tepung walaupun ianya agak melekit di tangan
  4. Buatkan bentuk bulat doh tadi dan masukkan semula ke dalam mixing bowl dan tutup supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam.
  5. Setelah siap keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin. semasa proses ini bolehlah ditaburkan sedikit tepung tetapi jangan banyak.
  6. Bahagi2kan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola yang kecil. setelah siap biarkan doh rehat selama 10 min lagi.
  7. Setelah itu isikan doh tadi dengan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola dan susukan ke dalam loaf pan atau springform pan.
  8. Sapukan permukaan doh dengan telur yang telah dipukul atau dengan susu segar dan kemudian taburkan dengan topping.
  9. Bakar pada suhu 180-190C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan.

Wednesday, May 20, 2009

Dadih Strawberry

Sebenarnya Ummi wat dadih ni 2 hari lepas daahhh...xda masa nak letak kat sini...now masa macam cepat je berlalu...banyak hal nak kena setel...Apapun memang tangkap lentok betul bila makan dadih ni...Resepi dari Mat Gebu yang dah mula terkena angin kumpul barang-barang antik sekarang nih..hehee...Meh layan...sedaaapppnyaaaaa....Time kasih Mat! X cukup la, nanti nak wat lagi..makan hari-hari pun xpa nih!

Bahan:-
  • 6 cawan air (1 cawan = 250 ml)
  • 200 gm gula pasir
  • 3 gm serbuk jelly konyaku
  • 100 gm susu cair
  • 100 gm coffeemate
  • 3/4 - 1 camca teh strawberry emulco
Cara Membuat:-
  1. Satukan semua bahan-bahan kecuali strawberry emulco dalam periuk, kacau dengan whisk hingga benar-benar sebati.
  2. Jerang atas api sederhana sambil dikacau hingga adunan mendidih.
  3. Matikan api dan tapis adunan ke dalam jug. Tambah strawberry emulco dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam bekas2 kecil atau yang bersesuaian. Sejukkan.

Tuesday, May 19, 2009

Ikan Bersos Thai

Dulu pernah masak resepi Cik Mat Gebu ni...tapi rasanya dah setahun dulu...weeee...tengok kelmarin terliur pulak lagi...malam tadi pekena lauk nih untuk dinner! So layan resepi kat Sini ya...betul lah, tengok tarikh masak dah lama dulu..Mac 2008..hahaaa..padan lah puuunn terliur semula... sedap nih..memang world!!! (*kuat promote nih...ekekeke...Mat mst bg royalti lebih..hehe)

Kuih Bom Pisang




Ok, xyah citer pjg la eh...layan la kuih bom pisang ni...memang lembut dan mudah nak buat...cuma lambat nak kena perap 2 jam tu jek...Resepi dari Chef Norz yang terkenal itewww...
Bahan:-
  • 600 gm pisang ranum (*ummi guna pisang berangan)
  • 1 biji telor
  • 120 ml susu segar/santan
  • 60 - 70 gm gula pasir
  • 210 - 230 gm tepung gandum (leh adjust laa)
  • 1 camca teh soda bikarbonat
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Dalam mangkuk, lecek pisang dan masukkan telor, susu dan gula.
  2. Ayak tepung, soda dan garam ke dalam adunan. Kacau rata. (Adunan hendaklah agak keras, jika lembik bentuknya tidak akan bulat semasa menggoreng).
  3. Biarkan adunan selama 2 jam barulah bentukkan bulat dan goreng dalam minyak panas hingga berwarna kecoklatan. Toskan minyak dan hidang.

Monday, May 18, 2009

Persediaan Awal Untuk Najiha..


Hari ni saja nak masuk entry pasal g shopping barang-barang Najiha sebagai persediaan memasuki UiTM Kuantan pada 23 Mei ni....Sabtu baru ni lepas zohor Ummi n hubby keluar temankan dia...sakan jugak membeli dia ni..tunjuk itu, tunjuk ini...haaa...ni lah antara barang2 keperluan tidak termasuk pakaian dan barang yang malu nak sebut...heheee...Ahad pulak dia keluar lagi dengan kawan nak beli kasut sukan dan kasut ke kuliah pulak...bagi RM120...licin...Dah pesan jangan cari yang maheii, maheii eh...Boleh teka tak harga untuk semua barang2 dalam gambar ni saja dah berapa "hengget" jumlahnya..tu pun kira habis murah daaahhh...Macam x percaya, RM400 lebih...ntah apa2 ek? Last year masa kakngah (Najwa) Ummi x sempat pun nk letak citer camni...hahaa..Ni belum masuk kegunaan laptop lagi...waktu terdekat kena beli jugak..now abglong n kakngah dah ada sorang satu..sekali diaorang balik, boleh wat "cybercafe" la kat rumah ni..ekekee..

Ni bukan nak mengungkit ke apa ke, just buat panduan jugak kepada parents lain yang akan menghadapi situasi sama macam akan di masa akan datang...Ni belum masuk fees yang dah di online...So, adik-adik semua sila kumpul duit banyak2 eh..ambik education insurance or mulakan mencarum simpanan anak2 banyak2 eh, sejak lahir...hehee...Ummi ni dah berturut tahun, abanglong masuk matriks last 2 years x rasa sangat..last year Najwa, this year Najiha...tp tahun ni abanglong pun maybe masuk U gak dah..tengok la result matriks dia kuar esok lusa...haiiyyaaaa...mau melatah akak dibuatnya... Nasib beringat dari mula melahirkan diaorang..Apapun, demi anak-anak ibu bapa sanggup berkorban dan dah jadi tanggungjawab pun kan...
flusk, mineral bottle..toiletries, cadar, hanger..apa lg ek, boleh intai2 laa..haha

facial tissues pun? small tupperwares, "centong" sabun, baldi, bla..bla..bla..

ni lagi, penuh satu bakul kecil ni haa...

sterika pun...belum masuk iron board lg..xda lak nk beli aritu..

Towel, small towel, baju2 tidor (habis murah pnya ni..)

emmm..x termasuk kasut2 dia beli semalam, ada lagi nak beli ni..cermin, iron board, bla..bla..bla..ntah laaa..ada lagi sikit2 rasanya...Tapi xpa..1st year ni dia duk Kampus Kuantan jek..nnt baru sambung kat PJ kot..K, renung-renungkan..selamat beramal..hahahaa..

Sunday, May 17, 2009

Lemon Yogurt Muffin



Petang semalam balik dari shopping barang2 Najiha, Ummi sempat buat muffin ni...dah lama simpan resepi..ni baru dapat buat...heeee...Resepi dari Aunty Yochana tu...memang best betul muffin ni...lemak2 dengan rasa lemon...sedaaaappp!! Abang long sekali tibai 5 ketul...iissshhh..Ummi wat 2 x dari bahan asal ni...

Bahan:- (lebih kurang 8 ketul muffin cup spt gambar)
  • 100 gm tepung kek/tepung naik sendiri
  • 1 tsp. baking powder
  • 2 tsp. lemon juice
  • 1/2 tsp. lemon paste (optional)
  • 100 gm plain yogurt
  • 50 gm gula kastor
  • 50 gm mentega
  • 1 biji telor
Cara-Cara:-
  1. Campurkan mentega dan gula dan panaskan secara "double boil" atas api perlahan. Kacau dengan whisk hingga adunan sebati. Biar sejuk sebentar.
  2. Sementara itu, ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Masukkan yogurt, jus lemon, lemon paste dan telor ke dalam adunan mentega tadi dan kacau hingga adunan sebati, jangan terlalu lama.
  4. Masukkan tepung dan kaup balik sebati.
  5. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin (lebih sikit dari separuh bekas) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit. (bergantung kepada oven masing-masin).
  6. Sejukkan atas wire rack.

Telor Dadar Udang


Ni kes nak perabihkan udang yang tinggal beberapa ekor dalam fridge tu...layan laa telor dadar dengan udang ni wat makan dengan nasi lemak kat bawah tu...jamu mata...xyah resepi la eh..semua orang reti dah nak wat ni...hehee

Nasi Lemak Ala Kampung Dengan Telor Dadar Udang

Pagi semalam Ummi masak nasi lemak biasa aje, ala kampung tu laa....hehee..Ya laa..cara masak dan bahan pun biasa macam mak kita buat dulu tu laaa...masuk aja semua sekali rice cooker, kalau orang dulu-dulu masak atas dapur gas or nak lagi ori guna dapur kayu/dapur arang..haaa lagi best kan..walaupun berkerak sikit...tp sedap dan nasi pun tahan lama...now masak nasi guna rice cooker, kadang2 kalau kena beras yang x elok sikit (*kira kureng kualiti sikit laaa...) mesti cepat je nak basi..Ni resepi xda apa yang pelik pun..kalau ala kampung mesti guna beras biasa kan, ni nak perabihkan beras basmathi tu haa..pastu letak santan, bawang, halia, garam, daun pandan, serai then masak je...

Selalu Ummi wat telor rebus, kali ni saja Ummi mendadar telor pulak sebab nak habiskan udang yang tinggal beberapa ekor tu haa...then layan dengan sambal tumis ikan bilis, timun dan kacang panjang yang dicelor. Ada kangkung lagi best eh! Ok layan....pastu tengahari klps zohor, kitaorang keluar cari barang keperluan Najiha sebelum melapor diri ke Uitm Kuantan next week...petang le baru balik..