Salam sayang buat insan-insan yang sering mendambakan ukhwah buat akak di Home Sweet Home dan wall FB yang sentiasa meriah...Betapa bersyukurnya hati ini diulit ceria, disapa rindu oleh adik-adik dan rakan yang belum pernah bertemu muka mahupun yang pernah jua, bagai semangat kembali walaupun akak perlahan... Masa 24 jam tetap sama diberikan, harap-harap masih ada yang tersisa untuk Home Sweet Home ini... ^___ @. Semoga kasih sayang ini kekal ke akhirnya... Ya Allah ampuni daku andai diri ini terkhilaf berbicara di ruangan yang tidak seberapa ini...Allahumma Ameen.
Dari Hasan, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim."
Sebenarnya tiada resepi istimewa yang akak masak sejak akhir-akhir ini, memandangkan masih sibuk, semuanya masak yang biasa-biasa sahaja. Apapun akak teringat untuk berkongsi satu resepi (*bukan nak kongsi satu rahsia ^_^ ala-ala iklan coklat oreo tu). Resepi sempoi sahaja tetapi deko agak beriya2 la kononnya sebab resepi ini pernah akak sumbangkan untuk Majalah Stailista suatu masa dulu...terlupa sungguh nak share. Jadi memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah dan ramai yang nak jadi pengantin or nak jadi mak andam waima tukang masak pengantin ker....boleh la try....
Masak pengantin ni biasa-biasa jugak la sebenarnya, cuma kreativiti menghias tu yang boleh buat tetamu yang intai pengantin makan terlebih berselera...Yang jadi pengantin x berapa selera sangat hari tu kan... ^__^. Xpa laaa...meh jenguk lauk udang ni dulu...
Kepada bakal pengantin akak doakan selamat melayari bahtera damai hendaknya, semoga perkahwinan diberkati dan menurut sunnah dan syariat sebaiknya. Di harap majlis berjalan lancar dan jangan lupa bersyukur atas jodoh yang dipertemukan, semoga mendapat zuriat yang baik2 dan sihat2 jua hendaknya. Buat mak-mak pengantin, boleh la mencuba sendiri salah satu lauk untuk dirasai oleh anak menantu di hari perkahwinan mereka...x susah pun lauk ni kan...Selamat Mencuba...!
UDANG SAMBAL BAHTERA DAMAI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 8 ekor udang galah sederhana besar
- 2 tangkai cili merah * )
- 1 biji bawang besar * )
- 3 ulas bawang putih * )
- 1 inci halia * )
- 1 inci kunyit hidup * ) bahan * dikisar
- 1 biji buah tomato * )
- 1 cm belacan bakar * )
- sedikit gula
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- Udang dibersihkan dan biarkan kulitnya jangan ditanggal. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sekejap. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dengan api sederhana. Kacau bahan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan udang dan gaul rata sebentar.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Gaul sebati biar udang bersalut dengan bahan.
- Seimbangkan rasa, tutup api dan hidangkan dan hias mengikut kreativiti.
Biarpun masakan biasa-biasa, kreativiti menghias itu yang penting untuk satu2 hidangan pengantin kan....kan...amacam berselera tak, selera tak? ^__^