Ni saja-saja lah nak letak gambar masa "dine out" malam minggu baru ni...kebetulan abanglong dan Najiha ada balik sekejap, so malam tu mengisi perut di Lebak Cafe, Bandar Indera Mahkota, Kuantan (di belakang bangunan Bank Rakyat) yang baru beroperasi 3 or 4 bulan lepas kalau tak silap. Hubby suruh ajak family adik akak sekali, hubby belanja...hehee...Owner cafe ni (suami isteri) kebetulannya adalah sekampung dgn hubby di Kg. Lebak, Temerloh iaitu Dato' Mufti Pahang. Kebetulan pulak malam tu dia ada, so dia berborak panjang ler dengan hubby citer hal kampung dan Datin pun siap datang kat meja kitaorang lagik sembang2...Sebenarnya hubby mmg dah lama nak makan sini sebab bila tengok nama cafe ni dia duk terpikir gak dan ada cakap dengan akak, mesti orang2 yang terlibat dalam pengenalian cafe ni berasal dari kampung tu kan..hehe...memang betul pun rupanya...
Okayyy nak cerita kat sini menu utama yang paling best adalah Mee Udang. Memang pergghhh betul, sebijik macam mee udang Sungai Dua, Pulau Pinang sana...Tukang masaknya pun bekas kawan sekolah dan sekampung hubby. Kuah udang disediakan di dalam periuk besar dan akan dimasak bersama mee dan tambahan udang lagi bila ditempah...wpun udangnya taklah sebesar di Sg. Dua, tp rasanya mmg class ala2 Mee Udang Sungai Dua, P.Pinang tuu jgk..Kali pertama datang dulu, kitaorang memang dah hentam mee udang (lupa nk amik gambor nk promote sini dulu) so baru-baru ni pergi, masing2 nak merasa makanan ala-carte yang lain pulak...so xda orang makan mee udang la malam ni eh....lain kali akak makan mee udang, akak tayang eh..hehe..Jom layaann..
tema merah putih yang cukup cantik...selera makan terbuka terus..
Antaranya, kuey teow tomyam, adik lelaki akak order...
Mee hongkong, my sis-in-law order ni..
Kuey teow kantonis...ni akak punyer..hehe
Dan antara yang istimewa di sini Nasi Goreng Lebak, hubby order ni....siap ada rebung la dalam nasi ni...hehe..akak pun rasa, sedap jugak..x mengecewakan.
Jus durian belanda, akak n hubby order..air org lain lupa nk snap gambar..hehe
My anak sedara, Aina dgn sirap bandungnya...
Tu dia, Najiha dgn cousins - Izzati n Aisyah duk makan, diaorang ni order apa eh..x tanya pulak..hehe, ada yg makan mee mamak jgk rasanya.
Aleeya...x banyak karenah, ummi dia duk suap makan..
Dua beradik yang sering jadi penghibur akak, hubby dan anak2 akak jugak...suka bergaya diaorang nih! Suka dengar Aleeya nyanyi..."
nenek, nenek si boookoooqqq tiga"..hehe
Okaayy till then...