Assalamualaikum warahmatullah....apa khabar? Salam Rejab yang mulia, bulan Allah yang penuh barakah dan pahala kepada yang mahu mencari dan mendapatkannya....semoga kita semua dipanjangkan umur untuk melaluinya sehingga ke bulan Ramadhan jua hendaknya...Ameen.. Bersyukur kerana masih diberi ruang dan kesempatan biarpun tidak semeriah dahulu, namun perkongsian harus diteruskan andai terdaya. Itulah yang sebaiknya kan...
Ha, kenapa pulak gambar bapa hensem ni ada kat sini eh....Siapa yang tak kenal dia kan. CHEF AMER, menyebut namanya sudah tentu terbayang coklat, coklat, coklat kaaann...maklum Sifu/Chef Coklat atau lebih commersial lagi disebut sebagai Chocolate Connoiseur..! Salah seorang dari 9 Chef ternama di Malaysia. Seorang Chef yang tidak jemu-jemu berkongsi dan berkongsi bermula dari coklat terangkai ke dalam pelbagai kek, biskut dan tak ketinggalan handal dalam masakan barat, nasi dan lauk-pauk jua. Bukan memuji tetapi kagum dengan sentuhan dan kelas yang dikendalikan...tidak jemu langsung, pelawak sungguh Chef ni taaauu...
Alhamdulillah, baru-baru ini pada 4 Mei 2013 sekali lagi akak telah dijemput Chef ke Bengkel Sehari Berinspirasi Bersama Chef Amer untuk bersama dengan 15 orang pemenang-pemenang peraduan Chef di dalam majalah SAJI dan ianya ditaja bersama oleh Utusan Karya dan Le Bourne jenama coklat ternama. Permulaannya, masa dan ruang seperti tidak mengizinkan akak untuk hadir sama memandangkan anak-anak semua akan balik mengundi, tetapi janji Allah siapalah yang tahu, sementelah suami juga begitu sporting dan understanding untuk mengiringi isteri tersayang (*chewaahhh..), memikirkan juga ilmu yang bakal terhidang yang mana bagi akak hanya perlu peruntukan masa dan perjalanan sahaja ke sini, maka dengan takdirNya, sampailah juga akak ke Akademi Chef Amer.
Benarlah kata bidalan, jika menuntut ilmu biarlah kena pada tempatnya dan orangnya. Bila belajar dengan yang pakar, habis segala tips, panduan dan misteri didedah, diselongkar, dikongsi. Tidak sama memandang resepi dengan menghadiri kelas sebegini. Terlalu banyak teknik pembuatan yang membuatkan kita ternganga, eeemm begituuu...emmm begini....pastu mulut tersebut "patut laaa".. Sejak pertama kali menghadiri kelas Chef di Kuantan tempohari, pelawaan Chef bagaikan pucuk dicita ulam terhidang...hehehee...
Menghadiri kelas Chef Amer, anda akan disogokkan dengan pelbagai demo dan hands-on yang amat mengujakan. Teknik dan rahsia terpacul satu persatu dari mulut Chef, anda tanyalah apa sahaja, dalam lawak jenaka yang tidak pernah lekang dan deraian ketawa, anda akan dapat jawapannya. Kelas sehari terasa begitu cepat berlalu ke petang.
Suasana kelas memang sungguh selesa : berhawa dingin, nota resepi yang disediakan dalam warna warni, dan bagi kelas kali ini apron disediakan dengan nama kami semua tersulam...terima kasih Chef... Selain itu, kemudahan bilik solat dan bilik rehat di tingkat atas juga disediakan Anda hanya perlu datang dan menyiapkan diri untuk menerima ilmu.
Intro Chef mmg menarik tentang pembabitannya selama 21 tahun dalam dunia coklat dan anda akan tahu betapa tingginya ilmu Chef yang pernah mengkaji tentang pembuatan coklat dan teknik menghasilkan pelbagai jenis kek, biskut yang menggunakan coklat. Beliau merupakan Duta Le Bourne, jenama coklat yang memang diakui sangat sedap dan anda hanya mampu tersenyum membiarkan coklat cair di dalam mulut....
Di dalam kelas, anda akan ditunjukkan dengan segala jenis bahan dan anda dapat mengenali, memegang, menghidu dan merasanya dengan tangan dan lidah. Tidak cukup dengan itu,
Chef akan lakarkan, agar anda faham dan tahu apa yang sedang dilakukan...
Skrin tv besar juga disediakan untuk memudahkan kelas, tak perlu lah nak terjenguk-jenguk...boleh duduk dan ikuti kelas dengan kusyuk.
Dan ini adalah hasilnya....sama-sama buat dan siapkan...dan hasilnya, indah sekali. Chef siap berikan bunga-bunga utnuk diikat dengan coklat-coklat yang telah disiapkan...cantik kaaann...!
Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang dibentuk sendiri oleh pelajar dan bahan-bahan peralatan adalah disediakan sepenuhnya. Dan yang paling best, makan tengahari siapa yang masak.....Chef laa yang masak...best sungguh! Air tangan Chef meleleh2 masuk dalam tekak, tu pasal la sedap...hahaha
Hidangan tengahari bukan sempoi-sempoi punya... Seperti biasa, hidangan tengahari akan dimasak sendiri oleh Chef, (*psst...kalau nak request menu pun boleh Chef kata...kan Chef kan...hehe). Hari tersebut Chef masak Asam Pedas Kari Ikan Merah (meletoppssss...sedapnyaaa), puyuh goreng berempah, sotong bakar cili, sayur, telor masin, sambal belacan limau dan dessert sekali...Adoooii kenyang Chef, nasib akak tak ngantuksss sesi petang...
Makan time....
Macam biasalah Chef, kalau suruh posing, lagak ngeri siap dia bagi....sporting habis...!! 4 resepi baru telah di"hadam" pada hari itu.... MasyaAllah, Tabarakallah... Chef ni kalau mengadun, siap baca doa untuk resepi yang bakal dibuat dan doa untuk semua yang berada di dalam kelas, Barakallah...
Bagi sesiapa yang mengikuti Bengkel di Akademi Chef Amer, sudah tentulah diberikan Sijil oleh Akademi sendiri dan yang penting, ilmu yang ditimba, dan anda berbayarpun tentunya lah ia sebagai pelaburan atau "ibu duit". Keyakinan telah diperolehi juga, tinggal lagi untuk melaksanakannya....insyaAllah.
3 bloggers jemputan tak lepas peluang bergambar....lupa nak tarik Chef hari tu kan Kak Wan & Azlita kan....bz kemaiin... dan yang paling kelakar, akak tertinggal beg sumbangan/cenderahati dari Le Bourne dan SAJI (Utusan Karya) serta ADABI...Terima kasih kepada semua yang menyumbangkan cenderahati...adeeeiii gara-gara banyak angkut makanan yg dibuat hari tu... Terima kasih Chef sudi bawakan nnt....hehe
Kepada yang berminat untuk memulakan bisnes atau mendalami lagi dunia masakan, bolehlah menghubungi Akademi Chef Amer sendiri di talian 019-2776996 atau email kepada chefamer@gmail.com yeaa. Sesuatu yang menarik dan menguntungkan menanti anda, pastinya..! Akademi Chef Amer terletak di Lorong Raja Nong 1A, Off Jalan Raja Nong, Klang. Berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Jusco Bukit Tinggi. Jika tersesat, silalah jangan malu-malu hubungi talian Chef, beliau sangat membantu..
Akhir sekali, terima kasih daun keladi kepada Chef kerana sudi menjemput kami sama-sama buat kecoh dengan pembaca2 SAJI... ^___^, Bukan Memuji, Tetapi Kagum dengan kepakaran. Semoga Chef sentiasa diberikan rezeki yang melimpah dan dikurniakan kesihatan yang sihat walafiat untuk terus menyampaikan ilmu dan berkongsi. Jazakallah!