Saturday, May 29, 2010

Asam Pedas Ikan Dengan Nenas

Ni kan sebenarnya masak camni sebab byk sangat borak dengan Mat laa, asyik citer asam pedas la...asam kari laaa...heheee..pastu kita pulak yang terliur....So akak pun layan la asam pedas versi Mat Gebu nih...lebihkurang jek dengan yg bese akak buat cuma yg Mat ni xda letak daun kesum dan akak guna separuh cili merah dan separuh cili kering..heheee..kes nak perabihkan cili kering kisar yg tinggal sikit jek...tu pasal kuah dia xdalah merah menyengat sangat kan...apapun sodaaapppp! Thanks ya Mat, pastu agenda seterusnya biasalah, C n P ek..

ASAM PEDAS IKAN DENGAN NENAS (versi CMG)

Bahan:-
  • 3 - 4 kepingan ikan merah (kalau kepala ikan lagi besss)
  • 1 biji nenas madu, kupas dan potong serong
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3/4 cawan cili kisar (akak guna 3 biji cili merah kisar + 1/3 cawan cili kering kisar)
  • 1/2 inci halia, diketuk
  • 1/2 inci lengkuas, diketuk
  • 800 ml air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)

Cara Memasak:-
  1. Ikan dicuci bersih dan toskan. Nenas dicuci, kupas, buang empulur dan potong serong. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan kacau hingga rata dan masak sekejap.
  3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan biar ikan masak. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin rasa (sesapa nak letak serbuk perasa pun ok). Biar mendidih perlahan 1 - 2 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
huk alaaa...lada hitam yg x berapa nk hancur tu duk enterframe pulakss...hehe

Friday, May 28, 2010

Bilis Dan Petai Berlado

Okayyy ni nak buat siaran lauk malam semalam....masak sempoi gilerr...sebenornya malas nak masak...tapi ntah laaa..termasak jugak...wahahaaa....xleh duk diam betul tangan ni...tp masak sempoi2 je la, kata orang lauk tambahan...yang lain tu lauk biasa2 dah posing..lauk ni walaupun sempoi tp x penah posing lg rasanya...so layaaannnn...hb suka sangatlah lauk kampung camgini...habis separuh piring tu dimakannya, ntahlah berapa pinggan nasi...hehee...

BILIS DAN PETAI BERLADO

Bahan:-
  • 250 gm ikan bilis yang agak besar, disiang dan dibelah dua (akak beli yg dah siap belah)
  • 2 papan petai - belah dua dan ambil isinya
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 15 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 3 tangkai cili merah - ditumbuk
  • 1 sudu besar air asam jawa/cuka
  • gula dan garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dengan api sederhana.
  3. Masukkan air asam jawa/cuka, garam dan gula secukup rasa. Masak biar kering sikit.
  4. Masukkan petai dan kacau rata sebentar.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau sebentar hingga bergaul mesra. Tutup api dan hidangkan.

Mee Hailam

Ni masak ala-ala orang malas jek...penat betul balik dari ofis semalam...lepas masak xda mood jek nak ngadap komputer ni haaa...akak tido awal semalam...keletihan sebab cuaca yang amat panas sangat kot...mata cam xleh celik n rasa pedih jek...Ni pun ceduk dari Try Masak sebab akak tengok sempoi jek bahan-bahannya...sedap jek kena dengan cili potong n kicap tu...liciinnn tauuuu...akak masak 1 1/2 paket mee...ha tu laaa...anak2 kata sedap...hehe

MEE HAILAM

Bahan:-
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm isi ayam - dipotong kasar
  • 50 gm bebola ikan - dipotong kasar
  • 1 ikat sawi - dipotong kasar
  • 1 biji cendawan kering - direbus dan dipotong nipis (*akak xda ni, tukar dgn cendawan butang jek)
  • 1 inci halia - ditumbuk hancur
  • 2 ulas bawang putih - dipotong kasar
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram, isi ayam, kicap cair, lada hitam, bebola ikan, cendawan dan air rebusan ayam. Masak hingga ayam empuk.
  3. Masukkan garam, kicap pekat dan mee. Kacau rata.
  4. Masukkan batang sawi. Biar hingga batang sawi layu.
  5. Curahkan minyak bijan dan masukkan daun sawi. Kacau sebati.
  6. Hidang bersama hirisan cili dan kicap cair.


Sempoi kan nak masak??? Tapi tetap sedap ni...

Thursday, May 27, 2010

Salad Pudina Timun

Ni menu kelmarin rasanya...malam tadi ingat nak letak entry..tapi malasnyaa..malam ni pun rasa nak santai-santai jek...tapi akak merajinkan diri gak...aiiihhh...letih betul hari ni, x tau la nape....Meh la jamu mata yaa....ikut resepi asal nama Salad tp akak rasa ala-ala Acar jek...So kita tengok resepi Salad Pudina Timun ni...Resepi dari Try Masak ni. Sedap jugak...


SALAD PUDINA TIMUN
Bahan:-
  • 1/2 biji timun
  • 4 - 5 tangkai daun pudina
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
Cara-Cara:-
  1. Kisar cili hijau yang dipotong kasar bersama sedikit air hingga lumat.
  2. Setelah itu potong dadu timun serta bawang besar.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam mangkuk diikuti dengan bahan-bahan yang dikisar, gula garam dan cuka.
  4. Gaul semua bahan hingga sebati dan biarkan seketika.
  5. Salad pudina timun sedia untuk dihidang. Makan dengan nasi putih pun sedap...

Wednesday, May 26, 2010

Austrian Bread Kugel

Maaflah lambat letak entry sebab dah ada yang tanya bila akak tayang kat FB akak..hehee...Okaayyy resepi ni adalah dari dapur orang-orang Austria la kot...tp tengok ala=ala bread pudding je...cuma lebih sedap dengan campuran epal dan kismis....sangat2 terasa basah2 epal tu...bessttt laaaa...Resepi ceduk dari Majalah SEDAP...Akak buat 2 kali ganda bahan asal ni...xpun x cukup weeyyy..hehee...k, layaaannn...

AUSTRIAN BREAD KUGEL
Sumber: Majalah SEDAP (anggaran 8 potong)

Bahan:-
  • 6 keping roti tawar - dicarik2 (x perlu buang kulit)
  • 200 ml susu segar
  • 3 biji telor - pukul ringan (*utk 2 adunan akak letak 4 biji telor jek)
  • 100 gm gula pasir (*akak kurangkan jd 80 gm jek)
  • 100 gm epal (*dikupas dan dipotong dadu 1cm)
  • 100 gm kismis
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 100 gm mentega tawar - potong dadu kecil
  • 1 sudu makan gula pasir untuk taburan
  • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis untuk taburan
Cara Membuat:-
  1. Rendam roti yang dicarik-carik tadi dalam susu segar selama 10 minit.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan telor dan gula pasir. Kacau rata biar gula larut. Tuangkan ke dalam roti tadi.
  3. Masukkan epal, kismis dan serbuk kayu manis. Kacau rata.
  4. Sapukan loyang/caserol tahan panas dengan sedikit mentega dan tuangkan adunan ke dalamnya. Ratakan. (*biar ada lebihan lebih kurang 2 inci pada tepi loyang, adunan akan naik semasa membakar, xpun melimpah keluar air gula + susu nnt).
  5. Taburkan atasnya dengan potongan mentega dan gula pasir. Ayakkan juga serbuk kayu manis di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 170C selama 50 minit (*akak biar garing sikit tepinya, tambah lg 5 minit masa bakar tu)
  7. Sejukkan pada suhu bilik atau boleh juga dimakan setelah chilled dlm fridge.

Tuesday, May 25, 2010

Mocha Bun

Okayyy ni baru nak tayang bun yang akak buat untuk bawak balik kampung weekend baru ni...cuci mata je ya....jgn mintak, dah licin...hehee...Resepi angkut dari dapur Mat Gebu yg asalnya dari Mamafami yang memperkenalkan kaedah ulian menggunakan "water roux" tu ...mmg sedap lembut la kan...Okay Mat, akak nk copy n paste sini pulak la yaa...thanks to Mama n Mat...
MOCHA BUN

BAHAN-BAHANNYA :-)


190 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
2 g garam halus
6 g instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 g susu segar (mat guna "nescafe mocha" dlm tin)
1 camca besar serbuk koko + 1 camca besar air panas
60 g "water roux" (resipi di bawah)*
1/2 camca teh coffe emulco
30 g mentega

BAHAN "WATER ROUX" :-)
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan anjal (kurang lebih 20 - 25 minit), kemudian alih adunan ke dalam bekas dan tutup dengan plastic, biar kan 1 jam hingga adunan kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Biar hingga siap, dari proses mengadun, menguli dan memerap mengambil masa 1 jam 30 minit....(ikut BM memasing yeaa).
  2. Keluarkan adunan, uli sekejap untuk membuang udara, biarkan 10 minit. Bagi2 adunan ke beberapa bahagian yang beratnya setiap satu 35g. Bulat2kan dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus keluar dari oven. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang....

Monday, May 24, 2010

Harta Idaman Milik Orang Lain....Huhuuu

Salam semua...sihat ke? Harap semua sihat la ya...Akak je mcm meroyan balik kampung baru ni...tau pasal apa? Pasal ni laaa...Hari ni xda entry masak2 lg laa...esok la akak letak ek...memandangkan baru-baru wiken baru ni akak balik kampung, akak nak share la apa yang telah merobek perasaan akak tau..huhuuu....cuba tengok ni semua harta-harta karun ni ha....punyalah cantik, pastu sekali dapat banyak pulak tu....Maaatttt...ha, cuba tengok..x ke haru akak...meleleh air mata darah pun x guna...uwaaa...Nak tau citer, baru ni akak balik kampung, adik akak yang Gombak pun balik tau..pastu dia pergi rumah peninggalan mertua dia kat Jengka....dia pi kemas-kemas rumah tu laa..pastu pi kutip buah kuini gugur lagik...habis langgar pantang akak tau...kalau jumpa sambal kuini..alamat, tambah inci je ler.. Eh ni citer pinggan kan..pastu asben adik akak tu suh adik akak angkut bawak balik semua pinggan-mangkuk n segala set yang ada kat rumah tu...takut nnt pecah lg sayang...Haa, akak sampai je kat kampung petang tu..apa lagi..adik akak wat tayangan amal laa...Meh tengok.....Tapi maaf laa yaa..pinggan ni posing semuanya tak mandi tau..akak lap2 je lebih kurang laaa untuk posing ni eh...sebab nak masuk bakul balik pastu....Layaann...Amacam Mat?? Heheee...

Terliur tul tengok turen ni tau..bunga ros hijau gitu...cantik tauuuu....

Ni pun set rose hijau tu jugak..

Yang ni bunga apa ek..ntah..Tapi mmg ori tau..sebab bila dipegang, ringan jek..

Tengok set pinggan2 bujur dan mangkuk basuh tangan ni...haaa susah nk cari yang terlekat camni kan..kalau ada mesti mahal...aiiihhh sengsara akak tengok..

Ni pun antara yang tinggal, tp pinggan bulat tu ada 10 keping, adik akak bg akak 2 keping...arrhhh, jadi laaa...

Yang ni pun cantik kan...betul2 China mari...

Tengok bekas pyrex ni..pattern n shape dia..ada sekat gitu...still cantik, warnanya pun kan..

Ha...ni lah rupanya masa baru bukak dari kain2 buruk n suratkhabar2 tu haa...mmg x basuh lg semua ni...excited tul akak...

Tapi yang buat akak sengsara adalah ianya bukan milik akak...milik adik akak yg Gombak tu...uwaaaaa....dia pun x sanggup nk bagi or jualkan kat akak wpun puas pujuk...maklum mertua punya kan...kena la jaga elok2...aiiih bertuahnya la Andak....sub, sub...Sebenarnya ada byk jugak lg set loose yg ada seperti teko kangkung yg dah menjanda, caserol pyrex kaca jernih dan beberapa pinggan bujur besar brand Dumex...hehee...geraaammm aiiiiiihhh..

Saturday, May 22, 2010

Lempeng Pisang Di Pagi Sabtu ^__^

Hehee..kita cakap semalam nk balik kampung, tp belum balik-balik lg ni...dah siap buat puding n baru je siap bakar roti tuk bwk balik kampung..ni duk tunggu Aiman habis tusyen 4.30 ptg japgi..so sempat la akak tayang lempeng pisang pulak daahhh...sedapnyaa...lembut, lemak bersari uuuuuu....kaya dengan pisang tau...tp takyah resepi la kot...semua org reti nak tempek atas kuali lempeng ni kan...hehee...Jemput makan yaaa....air wat la sendiri...teh dari Cameron Highland aritu ada macam2 perasa dalam pantry tu, buat sendiri la ya...jgn lupa kemas balik dan cuci kilat sinki akak lepas basuh gelas semua eh...heheee, k, byeee...(*macam xnak balik kampung je ek...eh, naaak, naakkk...akak dah siap dah ni..)

cukup ke tak? ada lg tu, akak sorok...hehhee, cari lah bwh tudung saji ek..

Friday, May 21, 2010

Tongseng Tempe Dengan Udang

Okayyy nak masukkan last entry la kot...esok x tau la sempat ke idak....petang nak balik kampung menatap wajah mak abah kesayangan akak tu haaa...rindu sangat dah lama gak x berkesempatan nak balik...hb asyik outstation jek...nak balik anak beranak cam x best jek...hehee...yang ya nya maleh nak drive....Ni semua anak2 ada duk cuti Semester, seronok sikit balik. Okay layan satu lagi resepi sempoi yang x mengecewakan...anak2 kata sedap! Akak pun x makan nasi, meratah ni jek....x tau la apa makna tongseng tu..tanya Mat, dia ada jawapannya kot..hehee. Alaa ni masak ala-ala ikan cincuan gitu la kot..Resepi dari Majalah SAJI, laayaaannn...

TONGSENG TEMPE DENGAN UDANG
Sumber: Majalah SAJI

Bahan:-
  • 200 gm tempe - hiris nipis
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • 9 tangkai cili padi - dihiris
  • 200 gm udang
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 biji tomato - didadu
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing sikit. Angkat dan ketepikan. Kemudian gaul udang dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan serbuk cili. Goreng sebentar, angkat dan ketepikan. (dalam resepi asal x goreng dulu)
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga kuning dan terbit aroma.
  3. Masukakn tempe dan kacau balik sebentar. (kalau x goreng dulu, masak selama 10 minit)
  4. Masukkan pula gula, garam, tomato serta cili padi. Masak lagi biar tomato hancur.
  5. Akhir sekali masukkan udang dan air asam jawa.
  6. Masak hingga kuahnya kering. Angkat dan hidangkan.

Award Lagiiii..Thanks

Terima kasih buat Hana yang hadiahkan Supermom Award ni kat akak...Ni kalau tak ambik kang dia merajuk 2 tahun ni kang...aiseyyyy..hehee..Thanks Hana...am I the right one?? Huk alooo..

Yang ni pulak dari Ina Faizul, sori akak lambat sikit ambik...terlupa pun ada..huhuu..besarnya bunga tu..kalau betul-betul le buat payung kan Ina....hehe, thanks a lot for remembering akak..

Tumis Bayam Tauhu Kering (Fucuk)

Okayy ni sayur untuk dinner malam tadi sebenornya...jarang2 sangat akak wat sayur berpasal camni...selalu main goreng bodo je, nak cepat kata orang..hehe...Tapi mmg sedap ni sebab resepinya berasal dari Majalah SEDAP hahaa...Alaaahh wat sayur tumis pun tengok resepi ek...bkn apa, kadang2 ketandusan idea gak nak match or gandingkan sayur2 ni kan....actually akak pun x sure tauhu kering tu fucuk ni eh...hehe, rasa lain...layan je ler...

TUMIS BAYAM TAUHU KERING
Sumber: Majalah SEDAP

Bahan:-
  • 2 ikat bayam - disiang
  • 1/2 keping tauhu kering, rendam dan potong-potong
  • 75 gm jagung manis pipil (babycorn)
  • 3 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1/2 bij lada benggala merah - potong memanjang (akak guna yg hijau)
  • 1 biji tomato - dibelah-belah
  • 75 ml stok ayam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 batnag daun bawang - potong serong (*lupa nk letak..hehe)
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan lada benggala dan tomato. Kacau layu.
  3. Masukkan jagung manis pipil. Kacau rata.
  4. Masukkan stok ayam, garam, serbuk lada sulah, sos tiram dan serbuk paprika.
  5. Masukkan bayam dan tauhu kering yang direndam tadi. Masak hingga matang.
  6. Masukkan daun bawang, kacau rata sekejap dan angkat.

Thursday, May 20, 2010

Kuih Lapis Pisang

Adalah sebab keterjadiannya kuih ni adalah tidak disengajakan tau...hehee..Balik dari Pasar Rabu petang semalam akak beli pisang berangan dan pisang tanduk...pastu kan, tengok pisang terasa pulak nak buat kuih lapis pisang ni...tapi kelapa memang xda...apa lagi, akak bantai santan kotak Ayam Brand jek...tak mengecewakan langsung dari segi rasa...sesedap tekak betul! Hari tu ada tengok kat dapur CT Delima punyalah nampak sedap lapisan kaler merah menyala gitu....so akak pun belek buku Aneka Talam dan Kuih Lapis Kak Liza lagik....Tapi kelapa x beli pulak, so akak tengok ada santan kotak Ayam Brand dlm stok..apa lagik..lg senang kerja, dari segi rasa memang tak mengecewakan langsung...sesedap rasa sungguh!! Then bila dah buat ni baru perasan, sama je sukatan dengan yang CT buat tu, maybe buku yang sama la CT ek..hehee...So akak pun start mengukus jam 8.30 mlm tadi dan buat breakfast bersama pisang tanduk goreng sekali. Bawak pi ofis sikit...sedap sangat...tapi kaler kita x merah sgt laa...pinky gitu..hehe

KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)

Bahan A:-
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
Teramat sedap walaupun menggunakan santan kotak je..

Roti Kasih Mesra

Hah!!! Ada siapa2 yang rasa belum mesra alam lagi dengan pasangan ke, kekasih ke, family ke, mertua ke, besan ke...tunang ke...meh kita buat Roti Kasih Mesra nih, kiranya roti kasi mesra la kot...kasi makan, gerenti jatuh kasih terus...hehee...dah la senang nak buat...sedap sekali pada tekak family akak tau...diaorg xnak makan nasi tau..akak ingat suka2 je buat malam tadi, aleh2 laku la pulak...Lenkali wat untuk bekfes lak...mmg sedap di makan semasa roti tu tengah panas garing...jadi bila gigit tu, krup krap jek....layaaannn...Resepi dari Majalah SAJI dan akak adjust sikit...Akak buat 2x ganda dari resepi asal tu...maklum tengah ramai kat rumah ni..hehe

ROTI KASIH MESRA
Sumber: Majalah SAJI

Bahan A:
  • 6 keping roti
Bahan B:-
  • 250 gm isi ayam/dikisar (akak guna jenama Ramly) tukar daging pun boleh
  • 1 biji telor
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili (akak tambah ni)
  • 1 sudu besar sos tomato (akak tambah ni)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • cili sos untuk drizzle
  • mayonis utk drizzle
Bahan C:- (tumbuk halus) - akak kisar kasar jek
  • 3 ulas bawang merah (akak guna bawang besar je)
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah (akak ada 2 tangkai cili merah je, jd + cili hijau + cili padi merah sikit)
  • 1 tangkai daun pudina (akak hiris je ni)
  • 1 biji buah tomato
  • sedikit halia
  • minyak untuk menumis
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan masak hingga airnya kering sedikit.
  3. Kemudian masukkan telor dan bahan-bahan lain.
  4. Masak biar kering sikit dan seimbangkan rasa. Angkat dan ketepikan.
  5. Sementara itu, terap roti dengan acuan bulat kecil. (*akak guna acuan bulat tuk masak telor/benjo tu).
  6. Sapu sedikit butter pada loyang dan susun roti di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 15 - 18 minit biar nampak garing cam gambar tu.)
  7. Keluarkan dari oven dan letakkan satu sudu besar inti. Ratakan. Boleh dibuat satu-satu lapis atau ditindih2 seperti akak buat ni...terpulang ya..
  8. Paipkan sos cili dan mayonis. Boleh dimakan dah lerrr....sedap ketika roti masih suam panas gitu...terasa rangupnya...Selamat Mencuba!!
untuk bekfes or minum petang pun sesuai...jemput makan...

Wednesday, May 19, 2010

Iklan - Jelajah Blog Versi 4.0 Ben Ashaari






Tengahari tadi akak sempat la online sekejap dengan Ben yang sekarang dah ramai peminat dan terkenal dengan siri Jelajah Blog untuk semua bloggers terutama yang baru, yang malu-malu kucing dan suam-suam gitu...So baru akak teringat untuk letakkan entry ni yang mana Ben akan mengusahakan sesuatu untuk menaikkan trafik blog anda semua sekiranya berminat, insyaAllah...So kepada adik2 bloggers yang ingin mendapatkan bantuan Ben bolehlah ketuk pintu rumah Ben dan ikuti syarat-syarat yang teramat senang dari Ben nih...Free of Charge, kan Ben kan....K, jom klik kat sini>>.

Nasi Ayam Original

Dah lama sangat rasanya x buat nasi ayam....u all perasan x? Hehee...lama x buat bukan maknanya lama x makan nasi ayam ni....duk makan orang lain masak jek..sebabnya anak2 akak ni memang kureenggg sikit bab nasi ayam, diaorang mmg x layan langsung kalau akak beli tau...rupanya bila akak buat, pulak dah!! pakat2 makan banyak komaiiinnnn....aihhhh..bior betul...yg orang jual tu x sedap ke...akak makan rasa sedap jek, hehe...akak suka la sebab akak xyah masak, xyah cuci pinggan, xyah kemas2 dapur..hahaaa...Tapi yang ni mmg best pada tekak akak..mmg ori laaa....betul-betul "ho liawwww" (*aihh dah macam mee udang pulak!)....K, layan la resepi dari Try Masak ni....so jom la pakat-pakat try resepi ni pulak...


NASI AYAM ORIGINAL

Resepi : Try Masak

Bahan untuk Nasi
  • 2 cawan beras
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 3 sudu besar mentega
  • Garam (secukup rasa)
Bahan untuk Ayam dan Sup
  • 500 gm ayam
  • 2 sb. kicap pekat
  • 1 sb. sos cili
  • 1 sk. minyak bijan
  • 20gm lobak jeruk
  • 1 inci halia dihiris memanjang
  • 1 ulas bawang putih dihiris memanjang
  • Garam secukup rasa
Bahan untuk Air Lada
  • 6 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 sk. minyak bijan
  • 1 sk. cuka
  • 2 sk. gula
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara Memasak:
  1. Renehkan ayam bersama sedikit garam hingga ayam masak dan empuk.

  2. Keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.

  3. Air rebusan selebihnya direneh lagi bersama lobak jeruk, hirisan halia, dan bawang putih untuk dihidang sebagai sup.

  4. Seterusnya, campurkan sos cili, kicap dan minyak bijan. Curah ke atas ayam dan gaul sebati.

  5. Goreng ayam tanpa minyak hingga kering bersama sos.

  6. Untuk nasinya - cairkan mentega dan tumis bawang putih, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.

  7. Curahkan 2 cawan air rebusan ayam tadi, masukkan beras dan garam.

  8. Untuk air lada - Kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam, dan air rebusan ayam.

    Hidangkan nasi bersama ayam, air lada dan juga kicap.


Tuesday, May 18, 2010

Kuih Bakar Pandan

Hari minggu baru ni akak wat kuih ni untuk minum petang...tekak teringin sangat pulak nk makan kuih bakar yang sedap, lembut, lemak dan kurang manis...So akak try la resepi dari Kak Wan (Citarasawan) ni...memang kena dengan tekak, pastu bakar pulak dalam muffin casing camni, kasi garing2 berkerak pulak...best weyyyyy...Terima kasih Kak Wan...Mintak izin C n P kat sini pulak la yaa...


KUIH BAKAR PANDAN
Resepi : Kak Wan

Bahan-bahan :
  • 250 ml air
  • 6 helai daun pandan(di blend bersama dan tapis) (*akak bancuh air dengan pandan paste jek)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 3 biji telor gred B
  • 2 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau epal
Sedikit bijan atau kismis untuk hiasan

Cara-cara :-
  1. Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
  2. Lenser acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c.
  3. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, tabur dgn bijan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dipotong.

sedapnya dimakan bila garing-garing berkerak camni....

Monday, May 17, 2010

Daging Hitam Berempah Madu

Salam Isnin...ingat nak letak entry ni malam tadi...tup-tup elektrik xda pulak hampir banyak tempat di sekitar Kuantan nih...pencawang kat Batu 4 Sg. Isap buat hal...so dari 8.30 mlm sampai 10.15 malam gitu xda elektrik...kira2 kitaorang dah buat satu sumbangan lg la untuk Earth Hour...hahaaa...terpaksa gitu!!! Tapi best gak, kitaorg anak beranak santai2 di bawah cahaya lilin, sembang-sembang n makan-makan ala2 candle light dinner la pulak..hahaa...Anak2 pun keluar macam2 citer, yg kelakor pun ada....bagus eh...mengeratkan silaturrahim gitu..hehe. Pastu ada elektrik dah lewat sangat, malas nak online...K, ni resepi hari sabtu punya lauk eh....masak cara akak laaa...tetapi satu rumah bagi pujian, betul nih! memang kena dgn tekak diaorg....ala-ala dendeng pun ada...tp xdalah nak kena menumbuk daging pulak. Apapun, mmg puashati, dpt pujian dari anak2 sebab diaorg makan licin...hehee


DAGING HITAM BEREMPAH MADU

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 inci halia - diketuk
  • air secukupnya
  • 2 sb. rempah kari daging
  • 1 sb. rempah kurma
  • 1 st. serbuk ketumbar
  • 4 sb. kicap pekat manis
  • 1 sb. serbuk cili kering (yg kasar2)
  • 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper (gambar di bawah/brand lain pn boleh)
  • 1 st. cuka
  • 3 sb. madu
  • 1 st. gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai dan halia yang diketuk. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan serai yang direbus bersama daging tadi. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!

Honey BBQ Black Pepper Sauce brand Ita