Friday, May 30, 2008

Oatmeal Butter Fish

Resepi dari dapur Gert yang memang sedap sangat!! Thanx Gert!!

Bahan:-
2 keping isi ikan - potong saiz kecil
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji putih telor
2 sudu besar tepung jagung

Campurkan sume bahan dan goreng ikan hingga masak kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.

2 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - cincang
8 helai daun kari
3 biji cili padi - cincang (ummi letak 6 biji)
1/2 cawan quaker oats
1 biji kuning telor - pukul sikit
2 sudu besar butter
1/2 sudu teh gula
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara Memasak:-
Panaskan butter dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan daun kari, chili dan kacau beberapa minit dan masukkan kuning telor. Teruskan mengacau selama 10 saat dan masukkan oats. Kacau goreng hingga oats bertukar kuning keemasan dan tambahkan gula, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Masukkan isi ikan tadi dan gaul rata. Hidangkan.

Ez Treats For Kids During School Holidays

Ni antara bekfes kegemaran my kids...senang dan mengenyangkan...! Tengok je lah ek..cuti-cuti n makan-makan, lepak depan tv, depan pc, tu je lah kejenya..hehe..Ini kes virus M dah merebak le ni...

Happy Sweet 17 Birthday

Happy Sweet 17 Birthday My Dearest..!
How hard I tried to prepare this cake even I always bz and lack of time..
This shows that how much I do care and love u my girl..!!

You're such a wonderful daughter and I'm proud of you..! Since, you've been listed as one of 6 those excellent malay students for State PIBG Excellent Award in your coming SPM, I really hope u can grab this as a challenge! Prove that u're the one!!
Now you can have it and eat as much as you can...hehe..muaahh!


I made this Chocolate Gateau Cake last night and took the recipe from the book by Angela Nilsen and Sarah Maxwell. This one tastes so delicious!! It's really different bcoz of using wholemeal flour...never use it for cake before.. hehe.. I'll give u the recipe later k..I've to get back to my office in a while..bye..!!

Thursday, May 29, 2008

Carrot and Apple Cupcakes

Ni ummi baru buat malam ni, panas-panas lagi...Resepi asal dari Kak Rinn, tapi ummi cedok dari rumah Cek De Sam Fp. Uiih memang sedap la sangat-sangat...anak2 pun suka betul..Saja buat kudapan diaorang duk kat rumah musim cuti ni.. tapi sorilah ummi ada adjust sikit bahan..hehe..:p


Bahan:-
Diayak:-
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus


2 biji telor saiz A /3 biji telor biasa B
1/2 cawan gula perang halus (ummi letak 3/4 cawan)
3/4 cawan minyak canola (ummi guna minyak sayuran)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk kayu manis (ummi letak 1/4 sudu teh je)
1 1/2 cawan carrot parut
1 cawan epal merah - kupas dan parut (ummi guna epal hijau)
1/2 cawan walnut - cincang dan panggang
1/2 cawan kismis
1 biji lemon - parut kulitnya.


Cara Membuat:
Pukul telor dan gula hingga sebati. Masukkan minyak masak, esen vanila dan serbuk kayu manis. Pukul hingga benar2 sebati. Sendukkan bahan yang diayak tadi dan terus memukul. Masukkan carrot, epal, walnut, kismis dan parutan lemon. Gaul sebati. Masukkan 3/4 paras paper cup dan bakar pada suhu 175 C selama lebihkurang 15 - 18 minit/hingga masak.

Wednesday, May 28, 2008

Pais Tempoyak Ikan Sungai

Hah..minggu ni Minggu Ikan Sungai Sedunia lah kat rumah ummi ni..hehe..banyak2 kan makan ikan sungai, berkhasiat kann...Resepi cedok dari rumah Jun ni....Ummi adjust guna ikan sungai iaitu ikan krai, byk tulang tp manis dan sedap..Meh salin resepi ek...
Bahan:-
2 ekor ikan kembung (ummi guna ikan krai)
4 sudu makan tempoyak
gula dan garam secukupnya
1 helai daun kunyit - hiris halus
jus dari 1 biji limau kasturi
3 sudu besar santan pekat
Bahan Kisar:-
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit
8 biji cili padi - ikut pedas
Cara Menyedia:-
Campurkan semua bahan kisar dengan tempoyak, garam, gula, jus limau dan santan. Gaul dengan ikan dan perap selama 2 - 3 jam. Letak ikan dan baki bahan perap dalam alluminium foil/daun pisang (ummi guna daun kunyit dan letak dalam alluminium foil). Bakar hingga masak kurang lebih 20 minit.

Ikan Sungai Pekasam

Ni saja je nak tayang sini kepada penggemar2 ikan pekasam ek...lauk ni Ummi memang suka, kena dengan nasi panas..huiiihhh..Ikan ni sebenarnya emak yang bagi..ikan sepat....wallaaahh! Xyah resepi la ek..xkan tak reti goreng dan tabur bawang dan cili kering yang digoreng menggunakan minyak ikan tu semula.

Mee Goreng Mamak

Ummi letak gambar dulu la ek..Ni resepi dari Mamafami.

Bahan:-
500 gm mee kuning
100 gm daging lembu - potong nipis (ummi guna ayam :D)
100 gm fish cake - potong nipis
1 cawan taugeh
1 mangkuk bak choy (ummi guna sawi je)
3 sudu kecil chilli paste (tambah jika ingin pedas)
1 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang - potong dadu
1 cawan putih telor
3 biji cili hijau - potong

tambahan:-
Bawang goreng
tomato

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, chilli paste dan serbuk kari. Goreng hingga wangi. Masukkan hirisan daging dan kacau. Masukkan fish cake, kacau. Masukkan kicap dan mee kuning. Kacau rata. Masukkan bak choy dan taugeh. Tolak sume bahan ke tepi kuali dan masukkan putih telor. Biarkan telor masak sebelum digaul dengan mee tadi. Kacau rata dan angkat. Hiaskan dengan bawang goreng (*ummi x buat pun), tomato dan bawang besar dipotong bulat.

Monday, May 26, 2008

Jom Makan-Makan Kenduri Di Jerantut - Selamat Pengantin Baru Mazian dan Ruwaidi

Wajah gembira dan aura pengantin baru..
Semoga berbahgia buat Mazian dan Ruwaidi
Cakpung..Cakpung...meh masuk..

Haa..bukalah plastik tu, boleh makan dah ni..
Ish ish berabuk nnt pinggan ni, telungkup dulu la ek..Hai, kena siapkan meja makan pengantin la pulak...dah 3 orang anak kak ipar ni,
asyik Mak Anjang ni je duk contract kat meja pengantin..aiiii..
Ok, kak ngah g susun sebelah sana tu ya.. :))
Emm...kena bagi buah tgn untuk tetamu ya Kak De (Najiha)..
hah, jgn duk saja..
Ish ish, my dotter, Najwa ni..belum masanya la,
nnt hilang seri lak awal2 duk kat situ..hehe
My dotter, Najiha..amboii tumpang sekaki gak..
Masa bila depa duk buat keja ni, x perasan la pulak...

Mufin Blueberi Resepi Chef Noraini


Jumaat baru ni Ummi bercuti sehari sebab nak buat muffin sikit sebagai buah tangan kepada kakak ipar untuk kenduri anak perempuannya di Jerantut. So pagi tu Ummi membakar la (*banyak jugak dapat, 5 bekas cam dlm gambar tu). 3 bekas choc chips muffin dan 2 bekas blueberry muffin. Choc chips muffin tu dah ada resepinya dalam entry terdahulu. Tapi untuk blueberry muffin ni Ummi try lak resepi dari dapur Chef Noraini. Memang sedap, lembab dan gebu gituuu...Tk kepada Chef sebab sudi berkongsi resepi dari Allrecipes yang telah diubahsuai mengikut citarasa beliau. Ummi buat 3 bancuhan dari resepi asal nih...adodoiiii puas gak nk menghabiskannya.. :))
Bahan:-
125 gm butter
150 gm gula kastor
2 biji telor
250 gm tepung kek/tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar UHT
1/2 cawan inti blueberi
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:-
Preheat oven pada suhu 180C. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan putih. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul sebati. Masukkan esen vanila. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Masukkan ke dalam adunan mentega tadi berselang seli dengan susu sambil digaul rata. Sudukan ke dalam acuan kertas separuh cawan kertas dan letak filling. Kemudian letak sedikit adunan lagi di atas cawan kertas. Bakar pada suhu 180C selam 20-25 minit.

Yang ni sajalah Ummi nk tayang gambar je...Resepi Jun ni Ummi dah selalu buat dan ada dalam entry terdahulu ek..Untuk Choc Chips Muffin ni Ummi buat 5 bancuhan - adehhh, sakit pinggang rasa nak menyiapkannya...eh eh..!

Kembung/Selar Masak Kuali

Ni pun menu tengahari Jumaat baru ni, ceduk dari rumah Maklang. Resepi asal dari Che'iza@MR. Tk Maklang & Che'iza. Sedap masakan ni, berselera sungguh rasanya..pedas berlemak gitu..Ummi buat half je dari resepi asal ni dengan menggunakan ikan selar je..hehe

Bahan:-
1/2 kg ikan kembung (ummi guna ikan selar)
4 sudu besar lada boh/cili giling
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
1 sudu kecil halba
1/3 cawan santan pekat
2 sudu besar air asam jawa
garam, gula secukupnya.

Cara Memasak:-
Ikan dibersihkan dan digoreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Sementara itu, kisar bahan2 bertanda (*). Dengan mengguna lebihan minyak menggoreng ikan tadi, (keluarkan jika terlalu banyak), tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan lada boh dan kacau hingga garing. Masukkan air asam jawa dan halba. Jika tumisan agak kering, masukkan sedikit air. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan tuang santan. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa (ajinomoto - ummi x guna ni). Masak agak pekat, tutup api dan hidang.

Stir Fry Crabstick Wif Brokoli

Ni resepi tengahari Jumaat lepas, xdan nk posting pun sebab petang tu Ummi n family balik ke Jerantut untuk kenduri anak sedara perempuan hb....masak simple2 nak menghabiskan apa2 yang ada dalam fridge tu..sukatan pun lebih kurang je lah..

Bahan:-
Beberapa batang crabstick (potong 2 in)
Sayur brokoli - potong kecil
1/2 btg carrot - potong bulat
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 labu bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - ketuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
sedikit air
sedikit garam (optional)

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga naik bau dan masukkan carrot dan brokoli dan kacau sebentar. Masukkan sos tiram, kicap cair dan sedikit air. Masukkan crabstick, kacau rata. Seimbangkan rasa dan angkat.

Thursday, May 22, 2008

Killer Cheesecake..!!


Ni dia santapan manis (dessert) yang memang laku teramat di rumah Ummi ni..siap sejuk je memang menyantap terus...hehe..Resepi dari dapur Ami ni dah lama Ummi simpan..memang killer u...try lee..senang jek!

Bahan:-
Base:
1 paket (1 1/5 cawan) graham cracker - hancurkan. (ummi guna biskut oreo)
2 sudu besar kastor sugar (ummi letak 1 sudu besar je)
1/2 cawan butter - cairkan
1 1/2 sudu serbuk kayu manis

Filling:
8 oz cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula kastor
3 biji telor
1 1/2 sudu kecil esen vanila
16 oz sour cream - ummi guna plain yogurt je
3 sudu kecil gula kastor
1 sudu kecil esen vanila

Cara Menyedia:-
Preheat oven ke suhu 190C. Hancurkan biskut dan campurkan gula dan butter yang dicairkan, gaul rata. Tuang ke dalam loyang bulat 8x3" dan ratakan biskut tadi..tekan2 sikit biar padat. Ketepikan. Sementara itu, satukan cream cheese, gula, telor dan esen vanila. Pukul pada kelajuan tinggi hingga rata dan licin. Tuangkan ke atas base tadi dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk selama 2 jam. (wajib sejuk dulu baru mulakan proses seterusnya.) Kemudian satukan sour cream, gula kastor dan esen vanila, pukul sebati dan tuangkan ke atas cheesecake yang disejukkan tadi dan bakar lagi dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 10 - 15 minit.
(*seeloknya biarkan sejuk semalam di dalam fridge, baru lah dipotong agar cantik potongan nanti). Tapi kat rumah ni, sume x sabar, xdan lah tunggu semalaman pun, sedang elok sejuk je, dah ngaappp!!

Super Cheese Omelet With Chicken & Tomatoes


Ni saja je menambah lauk, resepi simple tap sedap, nak makan dengan nasi ke, roti pun ok! Resepi asal adalah dari Food Republic. Thanx Narien, sorry la akak dah adjust n tambah2 sikit bahan ikut apa yang ada kat dapur ni..best masuk dapur Narien ni..byk western food kegemaran seisi rumah..

Bahan:-
Beberapa batang sosej pilihan (ummi guna isi ayam dipotong halus)
Tomato - dipotong
2 biji telor
garam
serbuk lada hitam
extra virgin olive oil
parutan cheese (ni ummi saja tambah)

Cara Memasak:-
Potong sosej kepada 1 hingga 2 inci dan goreng dalam non-stick pan dengan tomato. Kacau2 dan bila sosej separuh masak, pecahkan telor dan tuangkan ke atas bahagian sekeliling sosej hingga menenggelami sosej. Biarkan masak atas api perlahan dan sosej bersama telor akan bercampur sekaligus. Letakkan garam dan serbuk lada hitam. Kemudian ummi letak parutan cheese dan tutup kuali, biarkan benar2 masak. Angkat perlahan dan hidangkan.

Nasi Bawang

Sebenarnya tak rancang pun nak masak nasi bawang ni semalam...igt nak masak nasi bese je..tp saja lah pulak nk try, so walaupun resepi asal guna beras basmathi, tp xda stok dah..ummi bantai je guna beras bese...semacam jek sedapnyaa...janji nasi...xpa lain kali guna basmathi ek..Hehe..minggu resepi Saji la kot..yang ni pun... ;) Ummi makan dengan ayam masak hijau dan sambal kentang bilis tu..

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - (cuci dan toskan)
4 cawan bawang besar - hiris
5 cawan air
4 ulas bawang putih - hiris
4 cm halia - hiris
Daun pandan
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Margerin untuk menumis (ummi guna butter)

Cara Memasak:-
Panaskan margerin dan tumiskan daun pandan, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan hallia. Tumis lagi hingga bawang kekuningan dan naik bau. Masukkan beras, gaul rata dan tuangkan air. Gaulkan. Bubuhkan garam dan gula (optional) secukup rasa dan masaklah seperti biasa.

Ayam Masak Hijau

Emm lama jugak x masak ayam...kali ni try masak ikut resepi dari majalah Saji gak ni...sedap sesekali berubah warna dan rasa..hehe..Aiman panggil ayam "hulk", wakakaaa...

Bahan-bahan:-
500 gm ayam
7 tangkai cili hijau (kisar)
150 ml susu cair/santan (*ummi guna santan kotak)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 tangkai cili hijau (hiris)
2 helai daun limau purut
2 batang serai (mayang kasar)
Minyak masak
Garam
Gula (0ptional) - ummi letak gak 1 sudu kecil

Bahan Kisar:-
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

Bahan perap (dikisar):-
2 cm halia
1 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
garam

Cara Memasak:-
Bersihkan ayam, kemudian gaulkan dengan bahan perap yang dikisar dan perap selama 1 jam atau lebih (lebih lama lebih sedap). Goreng ayam hingga kekuningan. Kemudian pijarkan minyak dan tumis kesemua bahan kisar serta cili hijau kisar hingga garing dan berminyak. Masukkan susu cair/santan. Masukkan daun limau purut dan kacau hingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan ayam, hirisan cili hijau dan merah, sedikit gula dan gaul sehingga sebati dan kuah agak pekat.

Sambal Kentang Ikan Bilis

Salah satu resepi dari majalah Saji ni...laju makan nasi ada lauk camni..hehe

Bahan:-
1/2 kg. kentang (potong dadu besar2 dan goreng)
7 tangkai cili merah (kisar)
1 labu bawang besar (hiris)
70 gm ikan bilis (goreng garing)
1/2 sudu besar cuka
gula dan garam

Cara Memasak:-
Tumis bawang besar hingga naik bau dan kekuningan. Tuangkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan cuka, gula dan garam. Tumis hingga garing dan seimbangkan rasa. Masukkan kentang dan ikan bilis dan gaul rata-rata.

Tuesday, May 20, 2008

Cheese Fruit Cake


Ni pun satu lagi resepi kek sempoii tapi sedap Ummi cedok dari rumah MaklangAzie, saja buat bekal tuk abang long kenduri kat bilik dia hehehe....

Bahan:-
170 gm buah-buahan campuran
2 sudu besar jus oren
(*gaulkan bahan di atas dan perap selama 2 jam)

70 gm butter
70 gm krim keju
70 gm gula perang
2 biji telor
1 sudu kecil pes lemon
80 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder

Cara Membuat:-
Pukul butter, krim keju dan gula hingga kembang. Masukkan telor dan pes lemon dan pukul sebentar. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama berselang-seli dengan campuran buah-buahan yang diperap tadi. Gaul sebati. Tuangkan ke dalam loyang empat segi berukuran 6x3 inci dan bakar pada suhu 170C - 180C selama 30 minit/hingga masak.

Apple Pie Goreng Bebop

Cuti semalam ummi buat apple pie ringkas ni tuk minum petang sebelum hantar abang long balik ke kolej dia..diangkutnya juga ke kolej hehe...menjamu la kat bilik tuuuu..Resepi ni ummi ternampak kat rumah Liana, tapi Liana kata dia cedok dari rumah Jun. Kebetulan bahan sume ada, so buat jelah..Apapun time kasih la tuk kedua-duanya...muaahhh!!

Bahan:-
1 cawan tepung
1/4 cawan shortening atau butter (kalu butter guna yg beku)
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan air sejuk (dari fridge)

Filling:-
2 biji epal hijau
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Cara Menyedia:-
Kupas epal, potong dadu. Campurkan dengan gula dan serbuk kayu manis. Masak atas api perlahan hingga lembut, Lenyet 1/4 bahagian daripada epal dengan garfu. Sementara itu, ayam tepung dan garam. Potong shortening/butter dan gaul dengan tepung hingga jadi bergentel. Masukkan air sejuk dan gaul menggunakan garfu hingga doh terbentuk bulat. Canai atas papan, potong panjang segiempat tepat, letak inti dan tutup. Sapu air kelilingnya dan tekan dengan garfu di bahagian tepi yang terbuka. Sejukkan 15 minit dalam fridge dan goreng dengan api sederhana. Angkat bila kekuningan.

Butter Prawn

Kelmarin jalan2 rumah Mamasya, Ummi ternampak la resepi ni, baru teringat dah byk kali nak buat, x lepas2 hehe..so Ummi habiskanlah udang dlm fridge tu..tp udang ni sedang2 saja besarnya, x mcm Mamasya pnya guna udang galah lagik!! hehe...tapi resepi yang ni memang best giler..!!

Bahan:-
Bahan A
600 gm udang besar (ummi guna sederhana je)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan

Bahan B
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari ikan

Bahan C
3 biji kuning telor
1 sudu besar susu cair
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar butter

1 sudu besar bawang putih - cincang
2 sudu besar cili padi - cincang
1 sudu besar daun kari - cincang
2 sudu besar butter

Bahan perisa:
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula
1/4 sudu besar lada hitam

Cara Memasak:-
Bersihkan udang, keringkan dengan kitchen towel. Perap udang dengan bahan A selama 20 minit. Satukan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga udang masak dan toskan. Kemudian gaul rata bahan C, ketepikan.

Panaskan kuali, masukkan butter, kemudian masukkan bahan C, kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telor goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.

Panaskan lagi kuali dengan 2 sudu besar butter, masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari serta kacau hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telor yang digoreng tadi. Gaul rata dan hidangkan semasa panas.

Meehoon Goreng My Style..(*_*)

Ni breakfast sempena cuti Wesak semalam...balik dari kg hari Ahad tu dah malam sgt sampai, x sempat nk g kedai..so pagi Isnin tu ummi selongkar le tengok apa2 yg boleh dimasak..so ada la terjumpa sebungkus meehoon hehe..tgk bahan ada lah lebih kurang so, ummi goreng je lah ikut cara dan bahan ummi yg ada..

Bahan:-
1 bungkus meehoon - rendam dgn air suam2 panas
15 ekor udang sederhana
3 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah - kisar/tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
1/2 batang carrot - hiris halus
1/2 biji kobis - hiris
2 pokok sawi - hiris
garam
sedikit air
2 biji telor - goreng dadar dan hiris halus2
cili merah/hijau - hiris

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar, kacau hingga masak/naik minyak. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat dan kicap cair. Masukkan udang dan carrot. Masukkan garam dan sedikit air. Masukkan meehoon dan kacau goreng rata-rata. Jika perlu tambahkan air untuk melembutkan meehoon. Bila meehoon hampir masak, masukkan kobis dan sawi. Kacau hingga meehoon masak. Angkat dan hidangkan dengan telor dadar yang dihiris serta cili merah/hijau.

Monday, May 19, 2008

Blueberry Choc Cake


Ni resepi kek sempoi ummi cedok dari rumah MaklangAzie. Buat hari Jumaat ari tu, hubby balik dari Tioman terus je menjamah.. ;))

Bahan:-
150 gm mentega
50 gm gula halus
100 gm susu pekat manis
3 butir telor
120 gm tepung
30 gm serbuk coklat
1/4 sudu teh baking powder
50 gm choc chips
75 gm jam strawberryy (ummi tukar blueberry)

Cara-Cara:-
Pukul mentega, gula halus dan susu pekat manis hingga lembut. Masukkan telor satu persatu sambil terus dipukul adunan. Ayam tepung, serbuk coklat dan baking powder dan campurkan ke dalam adunan mentega 3 peringkat. Tambahkan coklat chips dan adun rata. Griskan loyang bulat berdiameter 20 cm dengan butter (ummi guna loyang empat segi 5 x 4 in) dan alaskan dengan baking sheet. Tuangkan separuh adunan. Lapis dengan jem dan ratakan. Tuangkan lagi baki adunan dan bakar selama 30 - 35 minit (bergantung kepada oven) pada suhu 180C. Selamat mencuba!! Ummi parut sedikit coklat masakan atas kek, lebih umphh!!

Sambal Crabstick (Jejari Ketam)

Anak2 ummi mana boleh kalu makan nasi xda pedas2, so dah x tau nk wat sambal apa dah..so keluar sambal ni jelah..hehe...licin jugak..

Bahan:-
10 batang crabstick pjg - kerat 2 inci
3 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
2 - 3 sudu besar gula
1 sudu besar madu
1 sudu besar air asam jawa
1/4 cawan air
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis cili kisar, bawang merah dan bawang putih dengan api perlahan. Kacau dan biarkan hingga naik minyak. Masukkan gula, air asam jawa, madu dan garam. Tambahkan air dan biarkan kuah agak pekat. Masukkan crabstick..kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api.

Nasi Goreng Cenderawasih

Ni breakfast pagi Sabtu baru ni..permintaan hubby yang baru balik dari Tioman, katanya lama dah tak pekena nasi goreng ummi hehe...layaannn..Special untuk hubby, nasi goreng ni..

Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
4 biji cili merah - tumbuk kasar
5 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris2
10 ekor udang sederhana besar
50 gm snap peas
6 batang baby corn - kerat halus
1 pokok sayur sawi kerinting (sawi bese pun boleh)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur - pukul sikit
garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Dalam non-stick frying pan, panaskan minyak (ummi guna myk zaitun) dan goreng telur buat scramble egg. Angkat & ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah. Kacau 2-3 minit. Masukkan udang dan baby corn, snap peas, kacau sebati dan masukkan sos tiram dan kicap cair. Masukkan nasi dan goreng selama 5-8 minit dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan scramble egg, kacau rata. Masukkan sawi dan kacau sehingga agak-agak layu sahaja. Tutup api dan hidangkan.

Kung Pao Chicken

Ni resepi Kung Pao dari geng@MR sape ek, Rai kot, sedap!!

Bahan-bahan:-
Bahan A
600 gm ayam
Tepung jagung
garam

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng & toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 & potong dalam 1-1.5 inci panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji lada bengala hijau - potong lebar2 sedikit
2 inci halia - ditumbuk halus
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam - jika perlu

Cara Memasak:-
1. Untuk Bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng lada kering sehingga garing dan ketepikan.
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bengala, isi ayam, sos tiram, sos cili dan sedikit air.
5. Biarkan kering, masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Angkat dan hidangkan.

Gulai Lemak Tumis Lengkuas Dengan Belimbing Raja

Mggu lepas balik kampung kutip kat rumah mak belimbing raja ni, kenal x? alah cam belimbing buluh warna hijau tu gak besarnya, tp yang ni warna putih..hehe..keturunan raja la tu..kulit putih, darah putih..haha..Actly ni menu hari Jumaat baru ni, tp biasalah selalu x sempat nk posting..heehee..posting ke perut je yang sempatnya... :D, gulai ni lain sikit cara memasaknya dari gulai lemak yang bese ummi buat tu, yg ni tumis pnya..tp ummpphh!

Bahan:-
2 cawan santan pekat
2 Keping ikan tenggiri
3 Biji cili merah - kisar
4 biji cili padi - kisar
1 in kunyit hidup - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
1 cm lengkuas- ketuk
1 keping kecil asam gelugur
7 biji belimbing raja - belah 2
Sedikit minyak
Garam
1 helai daun kunyit - simpulkan

Cara Memasak:-

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar, perlahan api, kacau hingga naik minyak. Masukkan ikan, renehkan sebentar, masukkan santan dan asam gelugor. Kacau-kacau hingga mendidih dan masukkan belimbing raja, garam dan daun kunyit. Sesuaikan rasa. Tutup api dan angkat.

Wednesday, May 14, 2008

Abang Long Masuk Matrikulasi Semula

Ni lah my eldest son, Amirul Hazmi..emm amacam handsome x..ada macam Shah Rukh Khan ka, Amitha Bachan ka.? hehe..Pagi semalam 13 Mei Ummi bercuti menghantar abang long masuk semula ke Matrikulasi setelah sebulan lebih bercuti...Sempat lagi Aiman ajak abang long posing dulu..Memandangkan hubby outstation ke Tioman, so terpaksalah Ummi yang hantar n driving..emm malas betul, nasib dekat je..kat Gambang tu..xpun x tahan jugak...Kesian kat Aiman, dia ni memang close dengan abang long..macam2 citer dikongsi bersama..cite apa lg..citer kapalterbang, cite kete, macam2 dua beradik ni, memang x lekang...Jadi malam tu Aiman merayu kat Ummi xnak g sekolah sebab nk ikut hantar abang long...sian pulak...so ponteng la pulak Aiman semalam...xpalah...sian nnt teringat lak kat abang long..layaaannn...

Ez Doughnut

Resepi ni ummi ternampak kat MR, Sitiazma pnya, thanx Siti sudi kongsi kat MR tu...Ummi buat malam semalam tuk my kids bawak bekal ke sekolah pagi tadi..siap je salut cokelat tu, my doter Najiha yg taburkan colourful rice atas tu..hehe..
Bahan (12 - 16 biji):-
250 gm tepung
1/2 sudu kecil garam
25 gm gula
1 biji kuning telor
1 sudu besar minyak
2 sudu kecil yis
62.5 ml susu suam (untuk breadmaker guna 125 ml)
Cara-cara:-
Gaul sebati tepung, gula, telor kuning dan minyak. Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung. Uli sampai doh tak melekat di bekas. Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastic wrap, letak tempat panas. Biar naik sekali ganda (lebihkurang 1 jam). Keluarkan doh dari bekas, tumbuk2 keluarkan angin. Leperkan doh lebihkurang 1/2 inci, potong dengan donut cutter (ummi guna mulut gelas je..hehe) Buat lubang di tengah. Biarkan naik sekali ganda lagi (lebihkurang 30 minit). Kemudian bolehlah digoreng dengan api sederhana sahaja, agar donut tidak mudah pecah. Bila kekuningan, angkat dan toskan. Bila telah sejuk, hiaslah dengan topping kegemaran.

Kari Devil Portugis

Ni resepi dari majalah Saji...emm bagus jugak sesekali x payah pakai santan..nak kata masak pedas pun bukan jugak..ala-ala rendang tapi xda santan...emm licin jeee..kat rumah ni..

Bahan:-
1 ekor ayam - potong 12
3 labu bawang besar - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
3 cm halia - tumbuk
5 tangkai cili merah - hiris
5 sudu besar cili kering kisar
3 biji buah keras - tumbuk
3 cm kunyit hidup - tumbuk
1 sudu kecil biji sawi
sedikit gula
sedikit garam
1 sudu besar cuka

Cara Memasak:-
Bersihkan ayam, toskan. Tumis semua bahan kisar dan biji sawi sampai pecah minyak. Masukkan ayam dan masak sampai kecut. Boleh juga tuangkan secawan air. Tutup periuk agar ayam cepat masak. Masukkan semua bahan tumbuk dan gaul rata. Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa. Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasa. Biarkan mereneh dan agak pekat. Siap untuk dihidang bersama nasi atau roti.

Nasi Goreng Ikan Masin Thai Style

Resepi dari MR ni, sedap lah, macam kat kedai duk bese2 makan tu..

Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
8 biji cili padi - diketuk
2 inci ikan tenggiri masin - potong kecil2
(*ummi guna ikan talang masin)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar nampla (sos ikan)
2 helai kailan - potong 2 inci
1 batang kacang panjang - potong kecil
(*ummi guna kacang buncis lee..)
1 batang lobak merah - hiris halus
sedikit garam (optional)

Cara Memasak:-
Tumis ikan masin, tekan2 sikit dengan sudip biar dia hancur2 sikit. Bila ikan masin nak garing, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau dan masukkan sos tiram dan sos ikan. Masukkan kacang panjang, lobak merah dan nasi, gaul rata. Boleh letak garam sikit kalau belum cukup masin. Bila nasi dah hampir siap digoreng, baru letak kailan. Siap..

Tuesday, May 13, 2008

Pertemuan Dua Ibu sempena Hari Ibu..

Hehe..xtau lak nak snap pict, xpun leh make-over dulu muka Ummi
yang berminyak2 keluar dari dapur tu.. :D

Bergambar ketika dah nak balik dah...! Ni jelah yang sempat ya Jun, asyik sgt berborak..hehe..Di bawah nilah, buah tangan dari Jun..tk byk2..sedap cookies tu, anak2 Ummi suka..






Jumaat lalu Jun ada sms Ummi bagitau dia nk balik ke Kuantan hantar in law dia dan bagitau kalu boleh nak jumpa Ummi..Sukanya..dah lama x jumpa Jun, rasanya hampir 2 thn dah..dalam aktiviti Budiman pun Jun n asben dia tak berkesempatan nak join..So, Ummi jemputlah dia ke rumah hari Ahad 11 Mei (Mother's Day) baru-baru ni..Weee, jam 11.30 pagi, Jun n family pun tiba....Ummi pun jamulah seadanya saja...x berapa sempat nk prepare banyak2 untuk Jun sbb hari Sabtu petang tu pergi rumah my brother malam baru balik. Hanya spaghetti with cream soup of tamato dan ez triffle je sempat Ummi buat...Sori lah, gambar makanan n masa makan2 lupa nk amik sebab bz berborak dengan Jun, kan Jun kan??...Dan buat Lan yang sporting teman kitaorang berborak, tk banyak2....Lan, maaf banyak2 ya kebetulan Abang Nu dah berlepas ke Tioman, x sempat jugak jumpa, harap2 jumpa lain kali..jangan serik datang ya...Walaupun Jun balik dah pukul 1 lebih, still x puas borak..hehe..Tk banyak2 Jun sudi menziarah ke rumah kecil Ummi (^_^) tk juga membawa cookies, apam coklat dan acuan muffin...suka sangat2!!! Muaahh!!