Tuesday, February 28, 2012

Kek Coklat Puding Karamel

ASSALAMUALAIKUM...

Waaahh banyak jugak dah sawang2 jatuh ke lantai ni haaa...baru 4 5 hari x update...rasa aman damai kat luar sana...jenguk dapur alam maya rasa malas-malas je dah... Maaflah yea...akak sedang dalam proses memperlahankan entry-entry blog dek banyak tugasan di luar sana yang menuntut perhatian dan keutamaan yang lebih lagi.... Harap you all x kesah la kaaann....

Setakat ini akak akan selesaikan jugak entry2 yang tertunggak tu...now pun akak dah stop jugak la mencuba resepi-resepi baru. Masak yang biasa-biasa aje untuk santapan hari-hari. Dah xda masa sangat nak menjenguk dan menyelongkar resepi-resepi baru ataupun mencubanya. Bukan x teringin, tapi masa sekarang sangat terbatas untuk akak. Selepas ini mungkin seminggu akak letak 2 3 entry je la kot...ataupun seminggu sekali jer...

Kecuali kalau teringin sangat nak try resepi baru2, akak share la...tp x tau la bila...hehe..Ok la kan, daripada xda langsung eks...wat pengubat mata-mata yang masuk menjengah ke sini....maaf yeaa, akak harap kalian semua faham...xpun buat-buat faham je la kan... Tak selamanya jadual hidup kita sama je kan, ada masa kita kena buat dan dahulukan mana-mana yang lebih penting...isyaAllah ada kesempatan dan masa, ada lah ruang akak di sini...

Okeh, berbalik kepada resepi Kek Coklat Puding Karamel yang sedap sangat2 nih...akak nak ucapkan terima kasih kepada Chahaya Sheila yang telah berkongsi resepi dari rakan FB beliau kalau x silap...memang marbelesss...! Jom buaatttt.... ^__^

KEK COKLAT PUDING KARAMEL

Sumber : Chahaya Sheila

(A) Bahan (Gula Karamel) :-
  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
Cara-Cara:-
  1. taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)
(B) Bahan Puding Karamel :-
  • 3 biji kuning telor
  • 1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal)
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)
yang dalam bekas ni kecil ni, adunan puding agak lembik sikit...tp best jer...

(C) Bahan Kek Coklat:-
  • 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit)
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 4 biji telor - blend hingga halus
Cara-Cara:-
  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
  5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.




Rasa kek coklatnya puuunn...mmg mantoppsss!!! Pasti akan buat lagi nnt...!

Thursday, February 23, 2012

Ayam Panggang Halia

ASSALAMUALAIKUM....

Mohon maaf ya akak terlewat nak masukkan lauk yang digandingkan bersama Nasi Bukhari akak kelmarin....ingat nak entry malam tadi, tp syioookk pulak layan drama Amarah Hawa kat TV9, pastu sambung pulak 30 Minit Ustaz Don tu ha, ralit betuii....adeeeii... santai sungguh... Ni la antara tanda2 blog dah slow tp steady...wakakkakaa, perasan! K xyah bebel panjang, org mesti penat mata nak baca tengahari ke petang dah ni....tambah2 kalau baru pas makan nasi kan....layuuuu jer..hehe

Terima kasih banyak kepada Chef Hanieliza cayanggggg (*yang kehangusan periuk gara2 ralit mengedit kerja2 pembikinan buku beliau baru-baru ni...hehe, xyah cari Bibik tolong sental la kak Liza, cari baru ajer...hehe) Kak Liza telah memperkenalkan resepi berasaskan halia di dalam Majalah Saji keluaran Februari 2012 baru-baru ni.. Memandangkan masa borak panjang dgn Kak Liza sebelum tu, dia dah hint resepinya akan keluar, so akak grab je la bila jumpa....banyak lauk pauk baru jugak yg Kak Liza sharekan....

Ayam ni mmg sedap sesedap rasa taaauuu...mmg berbaloi,..bahan senang, cara nak buat pun senang...lalu ke tekak tip top!!! Tapi nak mintak maaf kat Kak Liza sebab cara masak tu Ummi buat cara nak cepat, Express Rakyat gitu....tp bahan tetap menten.... Terima kasih sekali lg Kak Liza cayanggg... Tumpang bangga dengan jualan buku 1 Hari 1 Resepi yang meletup2 di Indonesia....LAKU KERAS gitu...hehehe

K, jom layan Ayam Bakar/Panggang Halia ni...sori tertulis "panggang" la kat gambar tu Kak Liza...no harm kan.. ^__^

AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah


Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!
Ratah aje pun sedaaappp...!

Wednesday, February 22, 2012

Nasi Bukhari - Enak Berperisa

ASSALAMUALAIKUM....

Salam sejahtera buat semua akak2 dan adik2 yang sering berkunjung, terima kasih masih sudi menjengah walaupun tuan dapur agak slow jer menghapdet.... Mohon maaaf berbanyak2 jua kerana ada komen-komen yang tidak langsung sempat dibalas...kesuntukan waktu lah jawapannya kaan..harap-harap kalian faham akan situasi akak yea..

InsyaAllah akak cuba respon dengan menyusul dan bertegur ke dapur kalian semua....rasanya itu lebih baik dan tips yang baik dr seorang blogger terkenal untuk mengeratkan silaturrahim....agak sukar seseorang yg sudah meninggalkan komen akan datang kembali untuk melihat respon dari tuan blog, so lebih baik buat kunjung balas dan komen di blog kalian pula kan.... harap-harap faham akan situasi akak yea...

Ni pun tengah bertatih nak slow2 sebelum berehat sementara untuk waktu yang agak lama atas sebab-sebab yang lebih menuntut keutamaan dan keperluan akak....insyaAllah dalam waktu terdekat jua la. Harap kalian x lupakan akak la bila sampai waktu itu kan...xleh bayangkan tanpa kalian yang disayangi dan blog ini...huhuuu...

Okay laaa...xnak berceloteh panjang...jom berbalik kepada menu Nasi Bukhari ni.. Dah lama akak beli rempah bukhari Faiza ni, baru sekarang akak sempat buat. Banyak sangat waiting list...ntah bila nak habis dan ditunaikan kan...tengok sana sini, semua rasa nak buat. Okeh jom layan resepi yang akak buat untuk santapan seisi family yang agak ramai jugak la sekarang ni sebab anak2 dara masih ada bercuti semester...insyaAllah akhir bulan ni diaorg balik lah ke U masing-masing...

Nasi Bukhari ni sedap pada tekak kami, cukup rasa lemak dan berperisa nasi ni....akak makan tenghari sampai ke malam dengan sukatan di bawah....Cara masak lebih kurang jer la dengan nasi beriyani ke, nasi mandhi ke, nasi arab ke....bezanya rempah2 tu jer laa...Layaaann... ^____^

NASI BUKHARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (untuk 8 - 10 orang)
  • 3 1/2 cawan beras basmathi (akak guna basmathi Moghul Faiza)
  • rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari Faiza (atau jenama lain)
  • 3 biji cili hijau - dibelah
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji
  • sedikit gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur - akak x buat pun
  • hirisan daun bawang - tabur (akak x letak)
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Enak dimakan bersama ayam panggang halia resepi Chef Hanieliza
(nnt akak masukkan resepi dlm entry selepas ni ya...xdan laa ni.. )

Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
  7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. (*akak makan dengan kari ala dalca daging dan ayam panggang halia) - SELAMAT MENCUBA...

Akak buat kari ala dalca daging....sebab xda kacang dhal pun, penuh sayuran jer...hehe

Enak lemak berperisa dengan bau rempah bukhari yg enak...ala2 nasi arab pun ada..

Monday, February 20, 2012

Nutella Marbled Banana Bread - Marblenya Xda Pun, Hehe

ASSALAMUALAIKUM....

Salam petang isnin....dah lama akak x buat roti....nak keluarkan cik puan sri BM tu malasnya, nak pasang segala alatan....so kita cari la cara buat roti ala kek yang mudah nak buat, sedap dimakan...lalu terjumpa lah kat dapur Angie ni...

Tengok Angie wat marble effect tu mcm syioookkk jer nutella tu blend dgn adunan roti tu kan.... tp mine was so so je marblenya...hahahhaa.. Agaknya x melt betul2 masa warm up tu.....bila swirl jek dgn chopstik, x turun ke bawah sangat.....hahaa, gassaakk lerr janji rasanya sedap kan...moh layaann.. Sedap sangat bread cum cake ni.... nak kata roti bukan, nak kata kek pun bukan. Aroma pisang + cinnamon powder tu mmg best masa tunggu masak..... Thanks to Angie for this great superb bread..!! Syioookk wat sarapan or minum petang... Sapa nak tengok marble effect yang elok je kejadiannya click kat dapur Angie k..


NUTELLA MARBLED BANANA BREAD
Source: Angie's Recipe
Tested by: Ummi @ Home Sweet Home

Ingredients:-
  • 220 g German #405 flour (*akak guna tepung serbaguna biasa tu la)
  • 3/4 tsp Baking soda
  • 1/2 tsp Salt
  • 120 g Golden caster sugar (*akak guna brown sugar)
  • 50 g Kellygold Butter, softened (*akak guna SCS butter)
  • 3 Ripe bananas

Method:-
  1. Preheat the oven to 175C/350F. Butter and flour a loaf pan. Whisk together the flour, baking soda, and salt in a mixing bowl.
  2. Stir the softened butter and sugar until they are well mixed. Add in bananas, eggs, vanilla extract and vanilla yogurt. Mix well. Sift in the flour mixture and mix until just incorporated and free of lumps. Pour the batter into the prepared pan.
  3. Warm up the nutella with a bowl of hot water until it reaches the runny consistency. Swirl the Nutella with the batter to create the marble effect. (My marble effect was just on top only, just a so so...hehe, maybe my nutella was not melt enough)
  4. Peel and slice the banana. Place them on the center of the batter, sprinkle with the cinnamon sugar and bake in center of the preheated oven for 45 minutes.

Saturday, February 18, 2012

Kek Batik Arora - Penuh Aura, Sedap Aromanya

ASSALAMUALAIKUM....

Semoga hari Sabtu ini memberikan seribu keceriaan kepada kalian semua dan segala yang dirancang untuk dilakukan hari ini berjalan dengan lancar hendaknya. Begitu jugalah akak pun ada kenduri nak kena attend, ada byk perkara jugak cadang nak dilakukan..aduhaaiii.. Harap-harap semuanya boleh ikut perancangan.

Okeh lah, sementara tu akak nak kongsikan jugak la Kek Batik Arora yang telah menarik pandangan akak semasa mula-mula lihat di dapur Cida De Nuanza nih...baru jer salin resepi, akak tengok Ady Greatswood dah buat dulu dah...kemudian Azlita jugak, pastu Yatie... Pastu akak buat x sempat nak entry lagi, dah makan...akak usha2 Mat Gebu suruh buat, dia buat dan dah entry dulu...hahahaha. Ha, baru sampai turn kek akak ni nak entry....so faham2 je la yea...dah licin...hehehe..Mungkin ramai yang dah try jugak, tu antara yg sempat akak tengok laa...

So jom layan mata je la yeaa...sedaaap, lembut, moissttt kek nih.. Kalau taruk perisa mcm2 mmg masa bakar tu aromanya sangat sedap...bila makan macam datang satu aura....aura sedap laaa..hahaha..Layaaannn... Sapa x buat lg, sila la try...aura sedap tu ikut tekak memasing la kan.. Okeeh akak chow dulu laaa..byk nak buat kat dapur tuuu...

KEK BATIK ARORA
Resepi: De Nuanza

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa
Cara-Cara:-
  1. Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
  2. Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
  3. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
  6. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.
  7. Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing (*akak tompokkan jugak - 2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).
  8. Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (akak bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).

Memang berbatik-batik sungguh la rupanyaaa..hahahaa, x tau la batik Indonesia ke batik Malaysia ni..wahahaha


senang nak buat, berbaloi-baloiiii... ^___^ i liiiikkkeeeee...

Wednesday, February 15, 2012

Ikan Masak Taucu

ASSALAMUALAIKUM....

Mintak maaf lah yea sejak akhir-akhir ni akak slow sikit nak menghapdet, x rajin sama...masak pun sempoi-sempoi je sebenarnya... Hb pun cakap, kalau x sempat nak masak yg pelik2 tu, masak yg mudah2 dan resepi selalu2 masak tu jerk...masak ikut bahan yg mudah , biasa-biasa dan ikut bahan ada stok je, xyah nak singgah kedai beriya2 setakat nak cari satu dua bahan, janji masak, panas2...pasti menyelerakan kan... Okeh laaa, Ummi ikut menu abang la....lama dah x masak taucu ni pun...jom layaaannn..hehe

IKAN MASAK TAUCU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan selar (saiz besar) - cuci bersih, kelar dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit...biarkan 10 minit dan goreng 3/4 garing, letakkan di dalam pinggan yg sesuai
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 cm halia - hiris batang mancis
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar taucu
  • 1/3 cawan air
  • 2 tangkai cili merah - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau - belah 4
  • 4 tangkai cili padi - ketuk sikit
  • 1 labu bawang besar - potong gegelang bulat
  • garam (jika perlu, taucu dah masin)
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Ambil 1/4 cawan minyak gorengan ikan, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau lagi biar cili masak.
  3. Masukkan air asam jawa dan reneh biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan ikan tadi beserta taucu dan bawang besar dan cili hidup. Boleh tambah sedikit air lagi dari sukatan di atas, jika ingin kuah yg banyak.
  5. Masukkan gula dan seimbangkan rasa, jika x cukup masin boleh tambah sedikit garam.
  6. Reneh sebentar hingga ikan lembut dalam kuah. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih..

Tuesday, February 14, 2012

Double Chocolate Cupcakes

ASSALAMUALAIKUM....

Petang ni masak apa tuk minum petang...dah ada kek ke, ada jemput2 ke atas meja tu...nak tumpang semeja eh.. Kalau xda apa2, makan biskut jek laaa...cicah teh O pun ok gak kan.. Kalau xda gak cuci mata jek la kat sini.... Double Chocolate cc ni akak tertengok kat dapur Jun hari tu...baca bahannya tu mcm sedap sgt, rupanya resepi asal dari dapur Rima, cuma akak click link Jun letak tu, xda la resepi tu, puas scroll kat dapur Rima x jumpa gak.....hehehee. Apapun thanks to Jun dan Rima yg mmg world kalau bab baking2 ni.... Memang moist cc ni... anak2 suka, tambah2 pipe kan chocolate ganache tu....lakuuuuu..hehe


DOUBLE CHOCOLATE CUPCAKES
Resepi: Rima (*thanks Rima bg link entry tu..hehehe)
Sumber: Jun @ Yummylicious

Bahan:-
  • 275 gram gula
  • 180 gram butter
  • 3 biji telur
  • 225 gram yogurt atau sour cream (akak guna sour cream)
  • 1 sudu besar pes coklat
  • 250 gram tepung
  • 20 gram tepung jagung
  • 30 gram serbuk koko
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada 180'c dan sediakan bekas cupcakes/muffin.
  2. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  3. Pukul butter dan gula hingga sebati dan keputihan.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga ringan.
  5. Masukkan campuran tepung yang telah diayak berselang-seli dengan yogurt/sour cream.
  6. Masukkan pes coklat dan kacau rata.
  7. Masukkan ke dalam cawan cake/muffin hingga 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 min.
  8. Sejukkan dan hias dengan chocolate ganache.


CHOCOLATE GANACHE

Bahan:-
  • 450 gram cooking chocolate bar - potong kecil
  • 300 ml whipping cream
  • 50 gram butter
Cara-Cara:-
  1. Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih) di dalam bekas tahan panas dengan api perlahan.
  2. Curah atas coklat masakan tadi dan biarkan sekejap, kemudian kacau hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan butter dan kacau sebati.
  4. Biarkan beberapa jam hingga nampak pekat membeku dan paipkan ke atas cupcake dan hias ikut suka.

Sebenarnya piping ni pun dalam masa yang terhad sangat....lama nak tunggu ganache tu membeku sikit, rushing jek buat kerja itu ini.....anak2 pulak dah x sabar nak ngap...dari awal tengok terkedip2 duk fikir bila la leh makan...hehehhehe, sampai hati maknya kaaann...

Toppingnya pun mmg sedap....boleh buat lagi lain kali...try la yea...

Monday, February 13, 2012

Nasi Goreng Yong Chow

ASSALAMUALAIKUM....

Salam petang isnin yang sungguh ceria dan redup jek di Kuantan nih... Pagi2 nak pergi kerja adeeii malasnyaaaa...badan kepenatan dalam bercuti 2 hari...waktu terasa berlalu sungguh cepat, cuti 2 hari macam dapat 1/2 hari jek....dassaaatt kaaann... Macam sibuk benar tuan dapur ni... Eh mmg sibuk pun ke hulu ke hilir...dengan abanglong nak balik ke U dah petang smlm...hari sabtu tu baking2 sikit tuk dia... pastu kuar bandar cari keperluan rumah yg di hujung bendang seberang Kuantan sana....hahaha. Mengemas rumah yg nampak x kemas-kemas jugak tu pun satu hal....hahahhaa....kemas dapur jek setengah hari kaaann... Kebetulan anak2 dara xda ni, pi jalan ke KL sekejap....Bila weekdays mmg sekadar masak, lap lebih kurang jer balik kerja....uwaaa bunyi citer mcm akak sorang jek sibuk kaan...menyampah baca... xpa xpa...stop sini...

Meh layan nasi goreng yg sedap berperisa ayam bbq nih... tp tuan dapur malas nak merencah ayam bbq, kita pakai instant ayam bbq madu jenama 5Star tu jerk...mmg sedap laa..ayamnya lembut...boleh la kalau utk org nak cepat2 merangkap malas mcm akak nih...hehehe.. Resepi asal dari Restoran Mohd Chan Abdullah tp akak cilok reseip dr Resepi Online....laaayyyyaaaan...

NASI GORENG YONG CHOW
Asal resepi nasi goreng ni adalah dari Restoran Mohd. Chan Abdullah
Sumber: Resepi Online

Bahan-bahan:-
  • 1 Keping ayam barbeku (akak goreng ayam barbeku segera jer dan potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar- di tumbuk - akak dadu halus
  • 10 gm sayur campur
  • 6 keping hirisan kek ikan
  • 2 ekor udang saiz sederhana (*akak tukar dgn crabstik je)
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil kicap
  • minyak masak secukupnya.
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Gorengkan telur hingga wangi.
  3. Masukkan bawang besar, di ikuti dengan kek ikan, udang, ayam barbeku dan sayur campur.
  4. Kemudian , masukkan nasi,kacau biar rata.
  5. Perasakan dengan lada sulah dan kicap, gaul sekali lagi dan biarkan hingga benar-benar masak...Sedia untuk di hidangkan..

Akak just gunakan isi ayam barbeku dari paket ayam barbeku madu jenama 5star....ayam ni sedap jugak dan boleh diterima tekak bila pertama kali akak makan kat rumah adik ipar bila dia gandingkan dengan nasi ayam yang dimasaknya....

yuuukkk goreng nasi yuuukk...hehe


Terung Sambal Tumbuk

ASSALAMUALAIKUM

Petang ni akak just nak share resepi sempoi ntah masak bila punya x hengaattt daaahhh... Bizi sangat sekarang ni...tambah2 start minggu ni, hari minggu bakal memberikan suasana yang sangat sibuk dan mungkin kurang berkesempatan sangat nak bereksperimen or mencuba resepi-resepi baru....huhuuu..

Mula lah terpikir-pikir untuk ku noktahkan blog ini.....semacam sangat perlu titik noktah ini sehingga ke suatu pengakhiran yang tak tau sampai bila... Sangat perlu ku tinggalkan, tp terasa sayangnya....Sanggupkah aku?? Seperti kata-kata Dr. Mahathir, berhenti makan sebelum kenyang, tinggalkan ketika sayang, pergi sebelum ditinggalkan......oooowwwhhh...huhuuu. Xpalah, akak update dulu sementalah senggang masa, jika tidak, jangan diharap adanya entry akak okeehhh...faham-faham sahaja. ^___^

Lauk/sayur sebegini memang favourite akak....kalau pekena dengan nasi putih panas-panas, ada ikan goreng jek lawannya....sah-sah 2 pinggan tanpa prejudis...hahahhaa. Masak terung camni biar kering-kering merah berminyak sikit, ada rasa pedas-pedas masam maniss sikit...garam kurangkan okeh...! Laaayyyyaaannn.. *berderetnya list masak2 nak diupdate....huhuuu..

TERUNG SAMBAL TUMBUK

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 20 ulas terung ungu mini (boleh jgk guna terung2 lain)
  • 3 tangkai cili merah (dibuang biji) *
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan yg dibakar * (bahan * ditumbuk2 kasar)
  • 1 - 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 6 tangkai cili padi thai - diketuk
  • 2 sudu besar gula/secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan pula cili kering kisar dan kacau hingga naik minyak (guna api perlahan).
  3. Masukkan gula dan air asam jawa, kacau.
  4. Masukkan terung diikuti dengan garam secukup rasa.
  5. Masukkan cili padi thai dan kacau balik terung dan cili padi hingga sedikit layu sahaja (rasa keras2 sikit bila dimakan) dan seimbangkan rasa. Tutup api.
sedapnya dapat makan dengan nasi putih panas-panas....

Friday, February 10, 2012

Waffle Again n Again Upon Request

ASSALAMUALAIKUM....

Dah petang baru sempat nak letak entry.....adeeeii punya lah bz yang x tau dari mana asal usulnya...tiba2 buat akak jadi sibuk semacam jer.....melayan anak ke hulu ke hilir gak rasanya ni...pastu sonok2 lepak jer dgn diaorg... sembang2, borak2......tengok movie sama2....layan mcm2 citer diaorg....sambil terlentang tergolek akak....hehehhehe

Ingat nak entry malam tadi, pastu teralit pulak tengok siaran Al Hijrah, Ustaz Don duk bercerita pasal Cinta Rasul....gugur juga air mata ku...siaran sampai jam 10 mlm, ....maleh dah update...sambil ke hulu ke hilir kat dapur tu mengemas sikit2 dah jam 11 lebih...tituuunn je laaa...

Okay laaa....jom layan waffle yang jadi kesukaan anak2 akak kalau diaorg balik belaka....satu adunan xkan cukupnya....makan ni dr pagi sampai petang pun xpaa....dasssaaat tak? hehehe.. Dah beberapa kali buat...akak suka keduanya.... Tapi resepi Hajar tu boleh dibuat pancake jugak dari adunan yang sama....boleh dipelbagaikan....beberapa pancake yg akak buat pun menggunakan resepi Hajar ni... Tp resepi Southernfood ni akak x penah la buat pancake lgk.. sapa nak try silakan la yea....


WAFFLE (RESEPI 1)
Sumber: Southernfood.com
Tested by Home Sweet Home : Here

Bahan:-
  • 2 cawan tepung *
  • 3 sdt. baking powder *
  • 1/8 sdt. serbuk kayu manis * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sb. gula
  • 1/2 sdt. garam
  • 3 biji telor - asingkan putih n kuning
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 5 sb. shortening (lemak sayuran) - dicairkan.
  • 1 1/2 cawan epal yang dicincang dadu
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk, campurkan bahan yang diayak dengan bahan kering lain.
  2. Pukul putih telor hingga kental (soft peak).
  3. Dalam mangkuk lain, pukul sedikit kuning telor dan campurkan susu, shortening dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam adunan kering tadi dan pukul hingga bahan sebati.
  5. Masukkan epal cincang dan gaul.
  6. Perlahan-lahan masukkan putih telor dan kaup balik hingga rata.
  7. Panaskan waffle iron dan sudukan adunan, ratakan. Tutup acuan waffle dan tunggu hingga masak dan garing (kecoklatan).
  8. Hidangkan dengan syrup or filling kegemaran dan makan ketika masih panas n rangup.
BUTTER PANCAKE & WAFFLE (RESEPI 2)
Resepi : Hajar Fotopages
Tested by Home Sweet Home : Here & Here

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat


Kat rumah ni kalau semua anak2 ada, akak kena buat 3 adunan sekali round tauuu....mmg x pernah cukup....nak2 makan dgn Nutella tu haaa... Akak suka sapu peanut butter + jem bluberi....besssttt sesangat rasa...

Wednesday, February 8, 2012

Asam Pedas Ikan Dengan Kantan & Tomato

ASSALAMUALAIKUM....

Semua dah siap makan dah ke....mesti duk lepak2 bersama keluarga tercinta... Akak ni adeeiii, malas tul nak update taauuuu...apasai laaa.. Kelmarin rasa rajin, ni hari dah start malas jerk.... X tau laa sebab kepenatan ke, atau sebab mood nak berblogging tiba2 disambar kemalasan.... Ni dengan penuh keterpaksaan (*xda sapa paksa pun kaaann...sendiri cari susah...hehe) akak update gambor je la yeaaa... Sapa2 nak resepi...boleh klik di Sini dan Sini... boleh adjust la bahan2 dan resepi serta segala khazanahnya ikut tekak masing-masing yeaa..... Dah banyak kali sangat masak asam pedas...mcm2 jenis, macam2 gaya, macam rupaaa....

Asam pedas memang all time fav kalau ada anak2 ramai kat rumah ni...selalunya mmg kena masak nasi lebih dari biasa la jawabnya...hehe... Layaaannn...

Tuan dapur dah nak mengambil gambar pun ala-ala malasss jekk...hehe

Tuesday, February 7, 2012

Kuih Talam Suji Lapis

ASSALAMUALAIKUM....

Apa khabar? Dah mula kerja dah hari ni....adeei lomaaah semangat rasanya... Cuti panjang pun, menjadi cuti yang bizi buat akak... Malam tadi lagi dah masukkan gambar-gambar ni dan copy paste resepi, pastu duk melayan movie Telekung Untuk Mama tuh...tertangguh lak nak entry...hehehee...

Okeh xnak taip panjang2 tanpa arah tanpa tujuan...hehehe... Jom layan resepi Kuih Talam Suji Lapis yang teramat sedap berlemak nih....tu pun akak guna santan kotak Kara jek...apapun kejadiannya mmg diterima baik oleh anak tekak hb dan anak2...paling terkejut sebab Aiman suka pulak rupanya, sibuk lagi bertanya ada ke x lagi kuih ni... Dia ni jarang makan kuih2 kukus camni...kecuali seri muka...hehehe... Itu menandakan kuih ni mmg "layaaaannn habiiissss". Akak buat ni pun sebab dulu Mat Gebu ada cakap, kuih ni sedaaaapp laaaaa... So akak save resepi Mat dan baru sempat try. Resepi Mat ambik dr dapur AlongRoz yang sumbernya dari dapur Bdaria... Terima kasih kepada semua yang sudi share dan rekomen talam lapis sedap nih.... Akak C n P dari Mat....thanks ya Mat, x kuasa aii nak menaip dah taauu...hehe

KUIH TALAM SUJI LAPIS
Sumber: Mat Gebu & AlongRoz

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
  • 90 gram sugee @ semolina*
  • 225 ml air*(*disatukan dan rendam 30 minit)
  • 110 gram gula halus (mat letak 100 gram)
  • 1 biji telur
  • 100 ml santan pekat (*akak guna santan kotak Kara je)
  • 125 ml air
  • Beberapa titik pewarna kuning
  • 1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
BAHAN LAPISAN ATAS :-)
  • 150 gram gula melaka, potong kecil*
  • 25 gram gula pasir*
  • 250 ml air*
  • 1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan)
  • 75 gram tepung gandum
  • 1 1/2 biji telur (mat letak 1 biji + 1 kuning telur)
  • 125 ml pati santan (akak guna santan kotak Kara jer)
  • Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2 1/2 inci dengan plastik bersih. Ketepikan.
  2. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Satukan semua bahan2 lapisan bawah kecuali sugee, kacau hingga gula larut dan tapis adunan tadi. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kental. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tudung periuk masa mengukus.
  3. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api. Berhati2 tuang atas lapisan sugee tadi (gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang di letak atas lapisan sugee, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera), tutup kembali permukaan tin dan kukus 30 minit pada api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk sebelum dipotong....Selamat mencuba..
Memandangkan akak guna loyang empatsegi kecil 5 x 5 inci jer, lebihan adunan tu akak curahkan je dalam acuan-acuan kecil pulak....senang nak makan... ^__^

Sedaaappp...walllaahhh, x sangka Aiman yang selama ni kurang makan kuih2 lapis camni pun komen sedap...banyak dia makan...berbaloii-baloooii..