Saturday, December 31, 2011

Puding Jagung Lapis Biskut - Luahan Untuk Setahun

ASSALAMUALAIKUM....SELAMAT TAHUN BARU 2012...

Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan diberkati persahabatan di alam maya ini....Tahun 2011 juga semakin menambahkan memori suka dan duka dalam melayari dunia internet penuh misteri ini. Yang baik untuk diri akak dapat di sini, yang buruk untuk akak pun dapat di sini jugak...memang tidak dinafikan. Namun semua itu mematangkan fikiran dan membuatkan akak lebih kenal siapa diri akak dan di mana duduknya akak dan siapa akak di mata orang-orang di luar sana... Apapun yang terbaik adalah dari Dia yang menciptakan kita dan yang naif itu adalah diri kita sendiri.

Semakin lama di alam blogging semakin ramai yang mendekati dan menyukai...x kurang jugak yang menyakitkan dan membenci...itu kita kena terima bila sudah masuk ke alam penuh fantasi.. Seperti pernah diluahkan oleh seorang Sifu GMM pada akak, sebelum ni hari-hari jenguk muka, tegur sapa, bila dah lama....eeemmm...! Kita x tau apa yang terjadi di sebalik screen dan di luar sana. Hanya keikhlasan yang boleh menampakkan rupa dan bayang diri sebenar seseorang insan.

Apapun, prinsip akak berkawan mudah sahaja, biarlah boleh/sanggup/mampu saling memberi dan menerima nasihat/teguran/buah fikiran jika kita ada masalah atau berbuat salah tidak kira tua atau muda, kita bersahabat pun tidaklah sampai nak menyokong membawa rebah, semuanya nampak benar belaka kerana mereka kawan kita, biarpun ada cacatnya walaupun tak salah semua....Sebaiknya kita betulkan keadaan, jangan bila hal dan hak kita, kita pekik marah dan canang-canangkan, tetapi bila hal atau hak orang, kita pandang remeh sahaja. Usaha orang kita hargai biarpun tak sebesar mana. Akak tak pernah meminta sokongan yang sampai merebahkan dan yang salah pun kena dianggukkan oleh kalian...itu salah...not me!

Okeh cukuplah ayat-ayat cinta di penghujung tahun....setahun sekali jek nak cakap panjang dan luah perasaan kan...lepas ni terpulang kepada diri kita menilai apa yang baik kita ambil pendekatan, yang buruk kita jadikan tauladan. Ada beza antara kawan, sahabat dan teman sejati. Berkawan dulu baru dapat sahabat, mengenal sahabat dulu baru dapat teman...yang penting sejati..! Semoga keikhlasan bersahabat tiada akhirnya. Salam sayang dari Home Sweet Home... Jom layan puding dulu...Nak menghabiskan entry-entry tertunda jek sehari dua ni...lepas tu mungkin akak akan berehat lama jugak laaaa....muaaahhh!

Puding sedap dari koleksi Buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza cayanggg...yang semakin bz bertemankan cucu kesayangan....mulalah kerja x keruan ya k.Liza..hehehe... Puding ni mmg sedap sangat digandingkan dengan biskut cheese jenama Ritz tuh...mmg agak lembik, tp mantopss!! Maaf k.liza sebab kat gambar tu tertepek lapis cracker lak...lupa nak intai kat buku...hehee...MEMANG BESTTTT DENGAN RASA MASIN-MASIN BISKUT KEJU tu...

PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Dicuba Rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 1 1/2 cawan jagung krim (dalam tin)
  • 1 tin susu sejat (400 ml)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je)
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 2 sudu makan marjerin (akak letak mentega)
Bahan B:-
  • Biskut keju tawar secukupnya (akak guna jenama Ritz)
  • Buah-buahan koktel dalam tin
Cara Membuat:-
  1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau rata.
  2. Masak di atas api perlahan sehingga kelihatan pekat.
  3. Masukkan margerin/mentega dan kacau lagi sehingga kelihatan berkilat. Tutup api.
  4. Bahagikan adunan (akak bahagi kepada 3 bahagian), sendukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  5. Susun biskut keju di atas adunan puding dan ulangi melapis dengan adunan puding hingga siap. (akak buat 3 lapisan puding dan 2 lapisan biskut). Bahagian atas diakhiri dengan bahagian puding.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan buah-buahan koktel. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, December 30, 2011

Cheesy Macaroni

ASSALAMUALAIKUM....Masih lagi entry yang tertunggak, ntah la masak bila...x ingat daaahh...tp yang ingatnya utk dinner je nih....senang kerja.. Resepi campak-campak namun sedap sangat macaroni tu pada tekak kami sekeluarga....Kata Aiman, melekat-lekat dengan cheese disulami rasa masam-masam pedas....hehee...X reti dah nak bebel panjang...Layaaannn..

CHEESY MACARONI
Recipe: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (anggaran)
  • 250 gram macaroni - direbus bersama beberapa titis minyak zaitun dan sedikit garam hingga lembut, toskan.
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji tomato - dicincang/dadu
  • 6 batang sosej - dihiris (kalau ada daging kisar, boleh letak)
  • 2 helai daun salam (bayleaf) kering
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos puri tomato
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 biji lada benggala merah
  • 1/2 biji lada benggala kuning
  • sedikit bunga kobis
  • 1/4 cawan air
  • 4 keping slice cheese (akak guna Cheesedale)
  • 1 sudu besar daun parsley kering
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 - 4 sudu besar Parmesan Cheese - untuk tabur
  • 3 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali non-stick dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun bay hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tomato cincang, kacau sebentar.
  3. Masukkan kesemua jenis sos dan sedikit air. Masak rata bahan sos hingga mendidih sekejap.
  4. Masukkan sosej, diikuti bunga kobis dan lada benggala, kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila kuah pekat sikit, masukkan macaroni dan gaul rata-rata.
  7. Siat-siatkan slice cheese dan kacau rata.
  8. Akhir sekali taburkan daun parsley kering dan gaul lagi. Tutup api.
  9. Hidangkan dengan taburan Parmesan Cheese....
Aiman nak lagi...dan lagiii....dan lagggiiiiiii ^_^

Wednesday, December 28, 2011

Cherry Berry Streusel Squares

ASSALAMUALAIKUM.....Salam sejahtera buat kalian yang diingati....

Masih kurang sihat lagi nih, mata berpinar mcm letih saraf mata pulak duk tenung screen ni....tp ku gagah jgk...jenis degil.....huhu. Kepala mcm ting-tong jeee...Tu pasai macam malas jek dah nak jenguk blog sepanjang bercuti baru ni. Okeh la nak share menu yang dah berkurun jadi baja dah...dah seminggu... Akak buat ni sebab senang sangat nak buat dan nak menghabiskan buah2 segar dalam esbok tu...nnt kang kalau dah terlupa, kecut terus...

Untuk makluman, akak bawak sebahagian streusel squares ni ke ofis untuk dirasa oleh kawan-kawan rapat kita....waaaahh komen diaorang, terlalu sukakannyaaa....apa nak buat, xleh banyak2 laaa...wat merasa sepotong dua sorang dah la kaan...nak puashati kena buat sendiri...hehe. Resepi ni akak jumpa masa ronda2 dan tersesat ke dapur Angie nih, pastu tengok cara-cara nak buat mmg sempoi habis...tp mmg best...sangat sedap dan crispy!! Cuma akak terpaksalah adjust bahan-bahan ikut apa yang ada... tu yang nama pun sudah tukaaarrrr....hahaha...Buatlah, mmg sedap ni....! Happy trying... ^__^. Thanks to Angie..


CHERRY BERRY STREUSEL SQUARES
Sumber & Adaptasi dari : Angie @ Taste of Home
Diubahsuai oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm buah ceri segar - keluarkan bijinya, belah dua
  • 300 gm buah strawberi segar - belah empat
  • 2 sudu besar jus dari buah lemon
  • 150 gm Golden Caster sugar (akak letak 130 gm brown sugar)
  • 350 gm tepung serbaguna
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh baking powder
  • 200 gm mentega sejuk (akak guna SCS)
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:-
  1. Alas loyang bersaiz 30cm x 25cm dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 190 C.
  2. Campurkan buah ceri, strawberi, jus lemon, sebahagian gula perang dan 2 sudu besar tepung ke dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk berasingan, campurkan sebahagian lagi gula perang, tepung, garam, serbuk kayu manis dan baking powder. (kalau rajin, ayakkan tepung, serbuk kayu manis dan baking powder, biar rata).
  4. Potong mentega sejuk (keluarkan dari peti sebaik sahaja ingin diguna) dan potong kepada kiub kecil dan gaul-gaulkan ke dalam tepung tadi dengan hujung jari (jgn menguli) hingga adunan tepung menjadi seperti serbuk (crumbs)
  5. Masukkan telor dan esen vanila, gaul rata sikit sahaja.
  6. Masukkan sebahagian adunan crumb ke dalam loyang dan taburkan buah-buah tadi biar rata dan tutupkan dengan sebahagian lagi adunan crumb tadi.
  7. Bakar selama 40 - 45 minit hingga permukaan crumb nampak keperangan dan rangup.


Sekali hadap, x cukup 2 keping...mau berkeping2 jadinyaaa...hehehe

Monday, December 26, 2011

Caakkkk.....! Karipap Lagi..

ASSALAMULAIKUM....SALAM SEJAHTERA....SELAMAT BERCUTI...Dan buat semua yang masih sudi melangkah masuk ke dapur Home Sweet Home, terima kasih tak terhingga. Mohon maaf kerana akak bercuti online 3 4 hari ni....terasa aman damai sangat melayan mak abah yang datang ke rumah, dan dituruti pulak dengan family abang semalam. Jadi dapur alam maya ni tak berasap dan tak berupdate laaahhh...

Kebetulan akak pun x berapa sihat jugak...tp still under control la rasanya... Ni baru terasa nak nak duduk mengadap dan menghapdet blog nih. Slow-slow la yeaa....kalau masa dan kesihatan mengizinkan ada laaa...nak nak lagi mood pun macam hanyut ke laut jugak sebab terasa angin sepoi-sepoi malas bertiup lembut dan otak rasa lega dan ringan bila melupakan sebentar blog kesayangan yang x tau lama mana lagi nafasnya....

Layan je la entry tertunda lagi....karipap yang menjadi kegemaran Aiman...kalau buat banyak2 gini akak frozenkan aje untuk sarapan pagi... Mengaripap pun ikut musim gak, tengah ribut karipap rajin laaahh....esok lusa malas.....x tau laaa bila lg nak buat...hehe... Apapun terima kasih lagi sekali kat Tun Telani yang empunya resepi doh, dan Ros Jintan Manis untuk resepi intinya. Nak resepi klik Sini yea...malas dah nak salin...


Wednesday, December 21, 2011

Intai-Intai Pantry Magic @ Bangsar

ASSALAMUALAIKUM.....

Okeeehh kali ni nak tayang jek la gambar-gambar akak terjah salah satu tempat soping barang-barang dapur yang agak mewah nih.... PANTRY MAGIC...Ahad baru2 ni. Terletak berhampiran Bangsar Village Mall. Tau je la kan...Bangsar ni kawasan orang kaya-raya jek...kalau setakat kita kayap-kayap ni....banyak hidu jek dr makan...hahahhaha...faham lah maksud akak kan.

Yang jadi mengidam nak pergi sini lepas Anim tag akak kat FB x berapa lama dulu....siap kena racun lagi dengan Anim nih....hehhee. Sebelum pergi KL tu duk bercalling2 dengan Anim, rupanya dia nak terjah hari Sabtu....akak lak tak lepas nak pergi Sabtu tu sebab kena setelkan beli barang-barang penting dulu...pastu petang Sabtu tu ke rumah adik2 la pulak. Lagi satu bab, nak pergi sana rasa macam x lepas jek....so tunggu adik ipar lelaki akak guide ke sana la hari Ahad tu sebab dia off kerja. Jadi x dapatlah nak bertentang dengan Anim..

Anim pulak lepas jek jejak kaki situ petang Sabtu tu, siap mesej bagi tau pasal kedai tu, dan harga yang terpampang...mahal gilosss... Adeeeihh...mula2 macam terbantut jek nak pergi. Tapi adik akak kata, alah apa salahnya kalau nak pi jenguk2....ha, amik nak...kalau akak pergi mmg xda jenguk2 saja laaaa....mesti ada yg terikut balik sama...wakakkakaa....adeeehh sabaaauu jek laaa... Tp mmg cuuunn habisss....

Meh tengok apa yg ada kat kedai tuh.... ^___^



Kalau nak tengok gambar lagi banyak dalam Pantry Magic tuh...leh click kat Sini...memang meroyan masuk sini....adeeeii... sikit2 pun melayang gak ungu 2 3 keping....ntah apa2 kaaannn...hahahaha

Okey gambar yang bawah ni adalah dari salah satu kedai dalam Bangsar Village yang akak masuk sebab Aiman dan hb duk sibuk nak tengok pameran Lego kat concourse situ... Akak dgn adik perempuan akak pi tuju ke kedai nih.. Tp takut nak snap beriya2...sorok2 sikit...hehhee.. Kalau kat Pantry Magic tu, diaorg sume x kesaaahh...ya laa, kurang2 dpt promosi free kan...haha. Cantik gak barang2 dalam ni....tp rega pun boleh fengsaaan... Weeehh ni kan kawasan elit...merata-rata tengok kete Ferari, Porsche, Aston Martin, Audi, Lambo....nampak masing-masing 3 4 biji parking n lalu lalang situ....so sendiri la mau ingat ^__^. Tengok Bangsar Grocer dalam tu pun, sume mat dan minah saleh jek yang penuh.....adeeei...tapi tempat ni mmg tenang...tu pasal diaorg suka...x main lah diaorg ni pi Sogo ke, jalan TAR ke kaaann...huhuuu

cantik2 jugak kan sudu garfu dan macam2 cutter segala tu eh...

So sapa-sapa nak soping kat sini....bawak duit tebal sikit la eh....mmg meleleh jek tengok tak pun..kena gak amik satu dua....hehehhehee

Tuesday, December 20, 2011

Maltesers Square

ASSALAMUALAIKUM....apa khabar? Moga sihat2 semua hendaknya buat sesiapa saja yang masih sudi berkunjung ke dapur akak yg sepi 2 3 hari nih..... Penat terasa sebab pergi KL pun "on rush" jek nak beli kelengkapan rumah baru tuh.... Balik penuh bonet dan bahagian dalam kete dengan barangan...sampai Aiman pun duk tersempil jek kat belakang....sian anakku...hehhee. Apapun segala urusan dipermudahkan....poket pun telah dikempiskan...lepas ni nak kena urusan seterusnya lak...

Buat Anim, masih xda jodoh kita nak jumpa kat Pantry Magic tu kan...itulah, kita merancang Allah yg menentukan...insyaAllah ya Nim di suatu hari nnt.... Konon lak plan nak jumpa kat Mindef pun x dapat jgk....adeeiii... Dapat bercalling2 pun jadilah...hehhee. Memang boleh meroyan la masuk ke Pantry Magic tu eh Anim...sabaauu jek laaa... Mahal2 pun, gagahkan jugak sambar, wat dek n mengong2 jek bayor...hahahhahaha

Cuaca kat Kuantan ni pun masih hujan gak lagi....pi KL cuaca cerah jek wpun mendung dan hujan sikit2...Ni pun satu sebab tuan rumah lemau jek nak menghapdet...hehee..

Okeh, meh la layang Maltesers Square yang akak dah peram lama bila tengok Azlita @ Masam Manis buat dulu....macam mengidam nak telan jek tengok gambar2 Ita yg menawan tekak tuh...adeeeii, ni kes sabaauuu la ni...baru dapat buat last week....Kebetulan abanglong ada balik, adeeei suka betul dia mengulang2 mende alah ni....mmg besssttt sesangat pd tekak akak pun.. Aiman lak dah pesan suh buat lagik...nnt lah nak cari Maltesers tu semula.

Tetapi sorilah, Maltesers Square akak ni x secantik Azlita, sebab coklat masakan putih tu lepas jek masuk piping bag terus jek mcm membeku nak kuar....adeeeii, x semudah coklat masakan pink tuh...elok jek halus bila di sizzle....gasaaaakk.. Dah la tu, Maltesers tu x cukup pulak nak tabur....sepatutnya beli 4 paket hari tuh...ni beli 2 paket jek... Tp mmg nak cakap laaahh....sedap walllaaaahh weeeeyyyy ^___^. Sesekali santap manisan camni...makan sikit2...ulang2 gitu...best woooo... dengan syarat anda tiada Diabetes okeh... hehehe. Terima kasih banyak Azlita, izinkan akak share dan copy paste resepinya di sini lak yea....cayang muaaahhh!

MALTESERS SQUARE
Sumber : Dailydelicious & Azlita
Dicuba rasa: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:
  • 100 gm butter
  • 200 gm coklat masakan di potong kecil
  • 3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
  • 225 gm Digestive biskut - di kisar halus - ita guna biskut marie (*akak guna biskut oreo, agak manis lak rasanya)
  • 225 gm Maltersers
Untuk Hiasan
  • 100 gm maltersers (akak rasa kena lebihkan lagi, kurang cukup utk taburan atas tu...)
  • 50 gm coklat masakan putih - ita gunakan warna pink
  • 50 gm coklat masakan
Cara Menyediakan:-
(Untuk gambar coklat Maltesers dan step-by-step, sila rujuk di dapur Azlita k..!)
  1. Kisarkan biskut hingga halus.
  2. Sediakan loyang berukuran 8 inci, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe, ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
  3. Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut. Matikan api
  4. Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
  5. Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
  6. Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu ita masauk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru ita keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
  7. Tuangkan dalam loyang.
  8. Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hingga beku. (*akak punya Maltesers x berapa cukup utk semua permukaan loyang, jadi akak tabur separuh loyang jek hiasan Maltesers ni....hehehe, selebihnya xda taburan punya)

Memang teramat sedap....diulang-ulang mengunyahnya, terasa makan coklat gitu...

Saturday, December 17, 2011

Pitaya Sauce (Sos Buah Naga)

Assalamualaikum....Maaflah x reti nak bebel2 dah sehari dua nih....hehhehe...pantun-pantun duk melekat di hati...hahahhahaha

HATI-HATI LALU DI TITI
AIR DERAS DI SUNGAI CHINI
KATA DIKOTA JANJI DITEPATI
DIKONGSI RESEPI PITAYA SAUCE INI

MUSIM HUJAN MENEGUK KOPI
SAMBIL MENYANDAR DI TEPI JERIJI
CHEF HARUN YANG KONGSIKAN RESEPI
MEH SAMA2 TRY BARU KASI PUJI...hehehe

SOS BUAH NAGA
(PITAYA a.k.a DRAGON FRUIT SAUCE)

Resepi: Buku Nyaman Delicious Chef Harun
Dicuba rasa: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/4 biji buah naga (diparut)
  • 1/2 cawan air
  • 5 sudu besar gula pasir (sedang2 aje manisnya, kalau suka manis lg boleh tambah)
  • 2 tangkai daun pudina (akak x letak, daun yilleeekk..hehe)
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air hingga sebati)
Cara-Cara:-
  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk, kacau rata dulu.
  2. Kemudian masak atas api perlahan sambil dikacau selalu.
  3. Setelah pekat sedikit, tutup api dan sejukkan. (Jangan terlampau pekat, nnt berketul dan x mencair sosnya...) Selamat Mencuba... ^___^
Kalau makan dengan roti kosong pun best... (^_^)

Friday, December 16, 2011

Yogurt Butter Pancake With Pitaya Sauce

Assalamualaikum....

HARI JUMAAT PENGHULU HARI TIBA LAGI
MEMBAWA HUJAN LEBAT DI SUBUH PAGI
PENANDA KAN NAIK AIR SUNGAI DAN PERIGI
MAAFLAH BARU NAK TAYANG SARAPAN PAGI

PANCAKE HAJAR SEDAP DIMAKAN SEGERA
HATI DAH TERTAWAN RESEPI BEGINI
SESEKALI SEDAP BERTUKAR SELERA
MAKAN BERSAMA PITAYA SAUCE KALI NI.....hehehehe

Cuma kali ini akak tambah yogurt dan menjadikan tekstur pancake lebih berongga (fluffy), gebusss sekali.... Nak tengok resepi asal boleh click di Sini jugak...

YOGURT BUTTER PANCAKE
Adaptasi dr resepi asal : Hajar Fotopages
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
  • 2 sudu besar plain yogurt (*akak tambah kali ni)
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg telah panas (x perlu letak minyak jika guna
non-stick la eh).
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih.
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat. Hidangkan dengan maple syrup dan jem kegemaran.


mmg best makan dengan Pitaya Sauce nih....nnt akak letak resepi sos tu eh...

Wednesday, December 14, 2011

Ikan Tilapia Bersos Hitam

Assalamualaikum.....Rasa xnak membebel....rasa nak berpantun ajeee... ^__^

BUAT PENGUNJUNG DAN SAHABAT ALAM MAYA
SAYANGKAN KALIAN TAK PERNAH BINASA
BIAR PUN KEDERAT RASA TAK BERMAYA
KU GAGAHKAN JUGA MENJERAT RASA..... ^_____^

IKAN TILAPIA BERSOS HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor tilapia sederhana besar - cuci, tos dan kelar2.
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 cm halia - dicincang
  • 2 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh cuka makan
  • sedikit air (+- 1/3 cawan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 biji cili benggala merah - potong dadu
  • 1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu
  • 1/2 biji lobak merah - hiris bulat
  • daun bawang untuk hiasan
Cara Memasak:-
  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
  4. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi rata-rata. (boleh jugak masukkan sekejap ikan ke dalam kuali dan gaul sebentar). Hidangkan dengan hiasan daun bawang. Selamat mencuba....!!
Pasti jerat mengena binasa, yang makan duk memuja-muja....jari dijilat x jemu merasa....walaupun masak ala-ala kadar sahaja.... hehhee

Monday, December 12, 2011

Roti Polo

ASSALAMUALAIKUM....

Adeeeii jenuh nak mengedit gambar-gambar....baru sudah lipat kain segala....rasa malas mulanya nak update, nak lepak-lepaking jek...hehe, tp terfikir pulak kalau x update lg banyak la yang que dan tertunda....huhuu. Okeh laaa meh makan roti la dulu... Buat ni hari Sabtu kelmarin, ingatkan malas nak meroti hujan2 nih, takut x naik... tp gasak jek laaa...sbb tu akak tukar air dalam resepi tu kepada air suam....alhamdulillah menjadi jek. Ada jugak tips yg akak pernah baca di blog Noreen dulu2....orang2 negara 4 musim tu, kalau nak buat roti musim2 sejuk, diaorg letakkan dalam oven yang telah dipanaskan sekejap dan biarkan suam-suam kuku, baru masukkan doh yang diuli biarkan mengembang.... Tp belum pernah cuba pun... sebab xda musim2 pun kat Malaysia ni kan...yg ada musim hujan dengan panas dan musim malas dengan rajin jek...kaaannn :))

Okeeeh la nak bagi tau Roti Polo ni akak ceduk dari dapur Ayin @ Manis Manis. Mula2 baca resepi dia puas jugak la nak fahamkan bahasa ala2 Indon gitu... Tapi baca dan baca lagik, aarrggghh makin terasa2 kesedapan roti nih... Tengok Ayin tayang kat blog dia, xdalah tebal sangat kulit polo tuh...x merekah pun, maybe sebab akak mmg biarkan doh roti naik sampai merekahkan doh polo atas tuh.. X kesah laaahh... Nak habaq mai, roti ni ala2 mexican bun bahagian atas tu...sodaaaapp weeeyyy... Lembut biarpun dibiarkan sehari dua... mmg best... Aiman cukup suka... nak suh buat lagi sekali nih... Abanglong siap tapau bawak balik 2 ketuii besarr nih... Jom layan. Resepi tu akak taip ikut bahasa kita dah la yeaa...hehehe. Apapun, thanks to Ayin for sharing this nice n yummy bread....banyak lagi tertawan roti2 kat dapur Ayin nih... ^___^. Sorilah gambar x berapa cantik amik dalam rumah...masa tu kat luar ujan lebat gilosss...

Pekena sebijik nih...kenyang...hehe

ROTI POLO
Sumber: Ayin @ ManisManis
Diuji Rasa: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Roti:- (dapat 9 ketul besar)
  • 250 gm tepung protein tinggi/tepung roti
  • 20 gram susu tepung
  • 1 biji telor
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 50 gram gula kastor
  • 100 ml susu cair/air (*akak letak air suam)
  • 30 gram mentega tawar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver (*akak tambah)
  • 1 1/2 sudu teh bread softner (*akak tambah)
  • Naisu (filling/bahan isi) secukupnya - akak letak mentega Naturel digaul dgn sedikit gula kastor
Bahan Kulit Polo:-
  • 55 gram mentega
  • 55 gram gula kastor
  • 25 gm telor (lebih kurang 1/2 biji) - dipukul sikit dgn garfu
  • 2 sudu teh susu tepung
  • 130 gram tepung protein rendah/tepung gandum
Cara Membuat Kulit Polo:-
  1. Gaul mentega bersama gula kastor dengan whisk hingga rata.
  2. Masukkan telor dan gaul rata lagi.
  3. Masukkan susu tepung dan tepung, gaul rata doh dan bulatkan. Ketepikan.
  4. Canai nipis doh dan potong membulat dengan cutter dan letakkan di atas doh. (akak canai atas plastik agar senang nak ditelangkupkan ke atas doh roti nnt...)
Cara Membuat Roti:-
  1. Campur kesemua bahan kecuali mentega dan garam, diuli setengah rata.
  2. Masukkan mentea dan garam dan uli lagi sehingga elastik. Biarkan naik 1 jam. (Akak masukkan kesemua bahan ke dalam Bread Machine kecuali mentega. Masukkan bahan cair dulu baru diikuti bahan kering. Setelah proses uli 5 minit, baru masukkan mentega dan biarkan mesin menguli sepenuhnya hingga siap).
  3. Bila adunan telah naik (jika gunakan BM, setelah siap, keluarkan). Tumbuk-tumbuk doh sebentar untuk keluarkan angin. Uli sekejap.
  4. Bahagikan doh kepada 70 gm setiap satu dan bulat-bulatkan hingga habis.
  5. Kemudian ambil satu doh, leperkan dan isi dengan filling (naisu) kegemaran. Tutup kembali doh dan bulatkan. Letakkan di dalam loyang. (akak letak di dalam paper cup spt di gambar atas). Buat sehingga habis dan biarkan naik.
  6. Letakkan kulit polo yang dicanai tadi di atas doh roti dan buat garis silang dengan menggunakan pisau. Buat sehingga habis dan biarkan doh naik seterusnya hingga 2x ganda saiznya (akak biarkan 40 minit doh naik hingga nampak merekah pecah sikit kulit polo).
  7. Panggang hingga matang. (Akak panaskan suhu oven pada 175 C dan bakar selama 17 minit)
Sedap teramat, ala2 roti boy or mexicun bun gitu...

Sunday, December 11, 2011

Baked Mushroom Macaroni

Assalamualaikum.....salam hujung minggu buat semua...

Waaaaahhh hujan mencurah-curah turun tak berhenti-henti dari petang semalam hingga ke subuh tadi memang sungguh lebat...nak pejam mata pun mcm risau rumah hanyut ibaratnya...adeeeii.. Hingga ke waktu ini pun masih lagi hujan...sekejap2 jek stop, pastu hujan balik..lemaaauu tul mood dibuatnya...rasa nak ke dapur pun maleeehh...

Pagi semalam cuaca mmg mendung jek, so hb, akak, abglong kebetulan balik dan aiman semua ke rumah kami yang nan satu lagi mencabut2 sikit rumput dan anak2 lalang yang dah mula naik semula lepas sekian lama tuannya bz memanjang...huhuuu. Seronok lah buat kerja dr jam 9 pagi sampai ke 12 lebih pun seronok jek, x panas...hujan tempias2 jek turun.... mmg x berpeluh mana sangat, cuma penat laaa.. Balik rumah rehat jap, pastu masak lebih kurang jek. Petang mula dah la terasa jari2 ni mcm krem jek....lenguh mula dah terasa....ingat nak menghapdet semalam...terus malassss...lunjur kaki jek laaaa...hehehhee.

Okeehh meh la layan menu hari jumaat petang kelmarin....abanglong ada balik kejap ni...mentang2 U dekat dgn rumah, biasanya menu western mcm ni laaa dia nak makan... So, akak wat jek laaa Baked Macaroni nih... Resepi asal dari dapur Sheila @ Spices Journey, cuma akak lebih2kan dengan mushroom, tu pasal nama tukar sikit, senang untuk rujukan akak nanti.. Thanks buat Sheila dan izinkan akak share di sini yea....ringkas dan sedap...i liiiikkkeee...

BAKED MUSHROOM MACARONI
Resepi Asal : Sheila @ Spices Journey
Dicuba Rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 2 cawan macaroni (direbus lembut) - akak letak 2 1/2 cawan
  • 500 gram daging kisar (akak ada stok 300 gm je)
  • 4 batang sosej daging (ni akak tambah - hiris nipis)
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 5 biji bawang merah * (akak guna 1 labu bawang besar didadu)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia * (bahan * ditumbuk)
  • 1 tin susu sejat Ideal (akak guna susu segar)
  • 1/2 tin air
  • 4 biji telor (dipukul sedikit dengan garfu)
  • minyak untuk menumis (*akak guna minyak zaitun)
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 10 biji cendawan butang (dlm tin) - dibelah 4 (ni akak tambah)
  • 1 biji tomato - didadu (ni akak tambah)
  • sedikit daun sup/daun bawang dihiris halus
  • sedikit bawang goreng (akak x letak pun)
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
  3. Masukkan cendawan, tomato dan sosej. Kacau masak sebentar. (*akak tambah ni)
  4. Masukkan susu cair dan air, masak sekejap.
  5. Macaroni yang telah direbus di letakkan dalam mangkuk besar, ketepikan. Tuangkan bahan yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk macaroni, gaul hingga rata (boleh tambah cheddar cheese yg dah diparut skali (klu suka).
  6. Masukkan dalam bekas pembakar, tuang telur yg dah dipukul (tak perlu gaul, tuang rata2 kat atas macaroni tu).
  7. Boleh tabur cheese lagi jika suka. (akak guna slice cheesedale jek yang disiat-siat)
  8. Taburkan daun sup dan daun bawang.
  9. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit/hingga masak kuning keemasan. (bergantung kepada size bekas)
# Boleh letak mushroom, capsicum dan tomato yang dipotong dadu jika suka

Hangus pulak daun bawang tabur tuh...hehehe.. Sedap lagi selepas tu slurppp Tutti Fruiti yang dibeli dek Abanglong untuk kami, half price sempena pembukaan cawangan baru...hehhee.. xpun pokkaii kalau sebekas tu biasa harga RM20 lebih...ni dpt laaa RM12..hehhehee

Thursday, December 8, 2011

Orange Almond Choc Chip Muffins

ASSALAMUALAIKUM....SALAM SEJAHTERA....

Dah makan tengahari dah ke kakak2 dan adik2 semua...Mesti tengah menyandar kenyang tuh...takpun dah terpikir2 nak kudap apa pulak petang nih eh... Kita ni kalau senang hati, asyik nak makan jek...susah hati pun ada orang banyak makan, ada orang x lalu makan.... Apa2 sahaja, jangan jatuh sakit sudah la yeaa... ^___^

Okiesss...meh nak kongsikan muffin lak la petang ni... Rasanya dah lama jugak x memafin.... Actually akak pernah buat dah muffin ni dulu....resepi asal dari Chef Hanieliza fotopages, mmg moist dan sedap..harum dengan bau oren tuh..kalau dah jemu dengan muffin coklat, leh try pulak muffin perisa oren mcm ni...sungguh x mengecewakan... ^___^. Kali ni akak cuma tambah bahan hiasan, badam selain choc chips.... Nak buat pun mudah sangat....thanks kak Liza cayang...


ORANGE ALMOND CHOC CHIPS MUFFINS
(18 - 20 biji)
Resepi Asal : Chef Hanieliza Fotopages
Sumber & Adaptasi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sk. baking powder *
  • 1/2 sk soda bikarbonat * -(bahan * diayak 2x)
  • 1 cawan gula perang
  • 2 sb. chocolate rice
  • hiasan - choc chips & almond nibs

Bahan B:-

  • 1/2 cawan butter cair
  • 1 cawan jus oren (akak substitute dgn 1 cawan fresh milk + 3 sb. jus oren)
  • 1 biji telor (dipukul sikit)
  • 1 sk. oren paste
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 15 minit (api atas bawah)
  2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Curahkan bahan B yang telah disatukan dan kacau rata. (jangan kacau lama sgt, setakat bercampur elok je, dah la ok..)
  4. Masukkan kertas muffin dalam acuan muffin (akak guna muffin cups)
  5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh(3/4 cawan kertas), hias dengan choc chips. (akak gunakan muffin cups dan sudukan separuh dari cup tu jek, baru elok, takpun nnt meletuss..hehe)
  6. Bakar selama 20 minit / hingga masak kekuningan. (jangan sampai tergaring lak)
  7. Sejukkan atas redai.