Monday, February 28, 2011

Sup Pasta Ringkas

Salam dan selamat petang....dah Isnin balik dah eh..rasa baru jek cakap dah nak wiken kelmarin...tiba2 dah kena keje balik dah...hehehee...Okay meh layan sup pasta sempoi akak ni....sekadar nak habiskan stok elbow pasta hari tuh....sup pun mudah2 jek..ikut tekak akak je...


SUP PASTA RINGKAS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm elbow pasta (atau apa2 jenis macaroni/pasta)
  • 300 gm daging - dihiris nipis
  • 5 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sup bunjut Adabi
  • 1 sudu kecil biji lada hitam yg dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 biji lada benggala kuning - didadu
  • 200 gm kobis bunga - potong kecil
  • 1 paket putik jagung - belah dan kerat
  • 3 - 5 sudu besar kicap masin
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Untuk Hiasan/Taburan:
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit hirisan daun bawang
  • bawang goreng
  • hirisan cili merah/cili padi
Cara Memasak:-
  1. Masak air secukupnya hingga mendidih, masukkan sedikit garam dan minyak zaitun. Rebus elbow pasta/macaroni hingga lembut dan toskan.
  2. Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kacau sebentar.
  4. Masukkan air secukupnya, sup bunjut, serbuk lada sulah dan lada hitam. Masak hingga daging lembut.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan semua jenis sayuran menurut turutan (yang mudah lembut letak la kemudian eh).
  6. Tutup api dan hidangkan dengan pasta yang direbus tadi panas-panas dengan bahan lengkapnya....sempoiii jek kan...

Sunday, February 27, 2011

Murtabak Maggie Mini

Salam dan selamat berhujung minggu....huuiiihhh...rasa x cukup cuti diberi 2 hari, macam2 kerja rumah yang x penah habis nak dibuat....keje ofis ada gak penyudahnya...kerja rumah mmg kan...x penah habis-habis, tambah2 wanita kerja pejabat mcm akak nih, tambah2 Sabtu semalam sekerat hari mmg x duk rumah, ada urusan untuk kami suami isteri nih,. Pastu petang semalam lepas jek masak kek kukus mak telefon nak singgah tdo kat rumah.... Parents akak and 2 orang adik pergi ke rumah adik di Kelantan sejak khamis hari tu...jadi malam td, adik bujang akak tu x larat dah nak drive terus ke Temerloh, so jam 12 mlm tadi sampai dan tdo di rumah...Jam 10 pagi tadi diaorang baru balik ke Temerloh....Jadi wiken camni, bukan rehat pun...kena beriya la mengemas, mengemop, menggosok, melipat kain, masak tu xyah cakap laaa...mmg major task...hehee...Ni pun baru sempat nak update menu pagi semalam nih...

So, meh layan resepi sedap dan ringkas nih, penah jugak dah buat dulu...ada beza sikit2 gitu laa, x igt dulu resepi sapa....Kebetulan ada baki 2 paket maggie lgk...Menu ringkas camni akak suka, aiman pun suka...hehe, hb semua dia tibaiii..hehe....Akak adjust sikit dari resepi asal tuh...terima kasih kepada Chef Zaidah atas resepi nih...

MURTABAK MAGGIE MINI

Resepi: Chef Zaidah dari Majalah SEDAP
Dirujuk dan Diolah: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (utk 4 - 5 kpg saiz gambar di atas)
  • 2 bungkus maggie - dipatah-patahkan
  • 1 paket perencah maggie kari
  • 4 biji telor
  • 1/2 biji bawang besar - didadu
  • sedikit daun bawang - dihiris halus
  • 1 tangkai cili mera - dicincang/hiris halus
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak
Cara Membuat:-
  1. Didihkan air dalam periuk, masukkan maggie dan masak hingga lembut. Toskan. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan lain kecuali minyak masak.
  3. Masukkan maggie tadi dan gaul sekata.
  4. Panaskan beberapa titis minyak dalam non-stick pan mini (*atau boleh jek guna kuali, ikut suka laahh), tuangkan adunan maggie tadi dan masak dengan api perlahan. Balikkan kedua-dua belah dan masak hingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan sos cili kegemaran.

Beeeessst laaaaa....Aiman cakap..hehe

Friday, February 25, 2011

Kuih Lapis Kacang Hijau




















Salam.....maaf lah baru nak share kuih buat malam tadi, wat bekfes pagi tadi nih....bz sikit balik kerja tadi, masak-masak sempoi dan buat kek lak haa...hehee...Baru jek siap kukus tadi, pastu lipat kain segala....begitulah harian akak, orang dah rehat2 jek bila malam kan...akak lak siang bereskan keja ofis, bila petang ke malam...haaa baru la nak setel keje rumah....tu pun ada hati nak berblogging kan..kan.....jawabnya x lama lagi stop la kalau x larat....huhuuu...Okaylah meh layan resepi ceduk dari dapur Yatie tuh, tengok dia buat berminyak jek kuih tu, ngencess tul bak kata Hana, hehe...cuma akak derhaka la guna santan kotak jek...tu pasal x nmpak berminyak sangat spt guna santan dr kelapa parut kan...tp rasa tetap sedap...mengukus malam tadi sampai kul 11 baru siap, sebab menggodek pun dah kul 9 mlm....ada hati nak melapis lgk..hehehee...Layan la eh...Yatie, thanks eh..akak C n P kat sini lak laaa..

KUIH LAPIS KACANG HIJAU
Resepi: Akma
Sumber: Yatie

Bahan-Bahan:
  • 250 gm gula pasir*
  • 1200 ml air*
  • 300 ml santan pekat*(* di masak dan biarkan suam) - akak guna santan kotak Kara jek
  • 75 gm tepung kacang hijau (saya letak 100 gm sbb suka rasa kcng hijau lebih)
  • 85 gm tepung hoen kwee (putih)- saya guna 65 gm je (*akak pun)
  • 100 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
  • 3 helai daun pandan
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-Cara:
  1. Masak 400 ml air bersama gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja, padamkan api.
  2. Tuangkan 800 ml air lagi ke dalam campuran santan agar ia menjadi suam. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Campur semua jenis tepung dan tuangkan ke dalam pengisar yang berisi santan tadi. Kisar hingga sebati (saya tak blend cuma kacau dengan hand whisk saja...nak cepat).
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
  5. Dengan api kuat, didihkan air kukusan.
  6. Sapu loyang (9") dengan sedikit minyak dan panaskan seketika. Saya alas plastik dan sapu sedikit minyak di loyang.
  7. Tuangkan lapisan hijau sebagai lapisan pertama dan kukus selama 3-5 minit.
  8. Setelah lapisan hijau masak, tuangkan pula adunan kuning sebagai lapisan kedua dan kukus lagi 3-5 minit.
  9. Ulangi proses berselan-seli, diakhiri dengan lapisan hijau. Untuk lapisan terakhir setelah 3-5 minit, gunakan api sederhana dan teruskan mengukus sehingga 20 minit lagi.

Maggie Goreng Hijau Pedas @ Berapi

Assalamualaikum.....meh la sini akak nak hidang maggie nih....nak ke xnak...xnak eks...xpa laaa..jamu mata je laaa...mmg dah habis pun, resepi sempoi dinner semalam nih...heheee...Rasa malas tul nak masak lauk pauk 2 3 hari nih....Kebetulan memang ada beli 1 paket maggie hari tuh...hb duk tanya jek bila nak masak maggie tuh...dia kata kalau xnak masak, dia yang masak...hahaa....tau dah, dia bkn akan masak, dia akan celor maggie dengan perencah-perencahnya sekali yang akak x suka sangat tuh...perencah akak lg sedap...hahahaa....Meh layan Maggie Goreng Hijau Pedas @ Berapi akak nih....lg best taaaauuu...hahaa, kalau x caya try laaa...terangkat perisanya uuuuuu...hehee...layyyaaaannn...

MAGGIE GORENG HIJAU PEDAS @ BERAPI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (untuk 4 - 5 orang)
  • 4 bungkus mee Maggie - patah-patahkan (x perlu ambil perencahnya)
  • 2 pokok daun bawang *
  • 1 pokok daun sup *
  • 5 tangkai cili padi *
  • 1 cawan air * (bahan * dikisar bersama)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 200 gm isi ayam - dipotong kecil
  • 1 ikat sawi - dipotong
  • 1 sudu kecil lada hitam biji yang telah dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 keping tauhu - digoreng dahulu dan dipotong nipis
  • 2 biji telor - digoreng scramble
  • 1 biji lada benggala - dipotong dadu
  • 2 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit daun bawang - untuk tabur
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, lada hitam dan serbuk lada sulah, kacau.
  3. Masukkan daun bawang dan daun sup yang telah diblend tadi.
  4. Tambah juga 2 1/2 cawan air lagi dan kicap cair,
  5. Bila telah mendidih, masukkan maggie dan garam secukup rasa, kacau gaul maggie hingga lembut dan airnya kering.
  6. Masukkan tauhu dan lada benggala, kacau rata.
  7. Bila telah hampir masak, masukkan pula sayur sawi dan telor scramble dan kacau lagi biar semuanya rata dan maggie betul2 masak elok.
  8. Tutup api dan hidangkan dengan taburan daun bawang... selamat mencubaaa...!!

Thursday, February 24, 2011

Strawberry Smoothie and Peppermint Ice-Cream

Salam....dah makan tengahari ke tuh...or bz lgk masak2 tuh....xpa laahh, pencuci moloottnya biar akak sediakan eh...senang banget! Semalam balik lunch tengahari, akak tengok ada stoberi x banyak dalam 12 biji gitu jek....dah nak ranum dah tgk....apa lg, akak blend terus jadikan smoothie, pastu tambah pulak peppermint icecream yang sedap itewwww....waaah sakan menghirup...slurp, slurp...sampai sejuk naik ke kepala...rasa sejuk otak sekejap...ekekekee....Apapun layaaan lah eh...Pastu sakit kepala sampai ke petang taauuu, balik kerja petang tuh...goreng maggie jek pulak..hahahaa...nnt akak letak resepi maggie spesel tu eh..

STRAWBERRY SMOOTHIE AND PEPPERMINT ICECREAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 12 - 15 biji buah strawberi segar (buangkan pangkal daunnya)
  • 2 cawan susu segar
  • 100 ml whipped cream
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan ais kiub
  • aiskrim perisa peppermint/pudina
  • hirisan strawberi
Cara-Cara:-
  1. Basuh buah stoberi dan potong kecil sedikit. Masukkan ke dalam blender.
  2. Masukkan bahan-bahan lain kecuali aiskrik dan hirisan hiasan, ke dalam blender dan kisar hingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam gelas atau bekas sesuai.
  4. Letakkan 2 skop aiskrim perisa pudina (peppermint) ke atas smoothie tadi dan letakkan juga hirisan strawberi.
  5. Sedia untuk di sluuurrrppppp!! Selamat Bersmoothie....hehe

Wednesday, February 23, 2011

Nasi Goreng Kobis Ungu Dengan Cendawan

Salam....Alahaaaiii tengahari ni akak mampu tayang nasi goreng je la eh...tp masak untuk dinner semalam la nih...igt nak masak lauk mcm biasa, sekali tu tengok nasi mlm tu banyak lagi masa akak balik tengahari intai2 kat dapur plan nak masak.....pastu cakap kat hb goreng nasi jek la mlm nnt...dia kata ok sangat2...hehee...pastu terpkir nak goreng style apa pulak laaa..nak kasi kelainan kata org kan..kan..hehee....So ini lah hasilnya....tp bukan nak masuk bakul angkat sendiri laa...orang lain yang angkat...so paham la kan, sempoi tp sedap!.....hehehee...Layan...


NASI GORENG KOBIS UNGU DENGAN CENDAWAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 mangkuk nasi putih
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 200 gm isi ayam - potong kecil-kecil
  • 1 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 biji kobis ungu - dihiris halus
  • 1/2 biji capsicum kuning - didadu
  • 1 tin cendawan butang - dibelah 4
  • 3 sudu besar kicap cair
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak utk menggoreng

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan lada hitam kisar dan serbuk lada sulah. Kacau.
  3. Masukkan isi ayam, cendawan dan kicap cair, kacau.
  4. Masukkan lada benggala dan juga nasi putih. Kacau rata.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau semua biar sebati.
  6. Bila nasi nampak berasap, masukkan pula kobis ungu. Kacau sekejap, jangan sayur terlalu layu (*sedap rapuh2 camtu). Tutup api.
  7. Hidangkan panas-panas dengan sedikit kobis ungu sebagai ulam...waaallllaahhhhh, sedaaapppp.




Yuukkk makan nasi goreng yuukk...hehee...airnya buat sendiri eh..

Mini Nutella n Blueberry Loaf

Salam sayang semua...terima kasih lah rajin berkunjung ke dapur akak nih...mintak maaf banyak2 sebab x sempat nak reply satu persatu mesej2 kat shoutbox tuh....adeeiii iklan pun banyak betul masuk....rasa nak delete jek pulak shoutbox tuh...tinggal komen kat entry je la kot..ok tak? Bkn apa, kesian komen2 u all tak terbalas...apapun akak cuba blogwalking la mana yg ada blog tuh...kalau yg xda pun, akak try la balas kat situ nnt.... x sempat sungguh-sungguh...Nak letak entry pun alahaaiii...banyak tertunda....al maklumlah je lah akak nih...kerja, balik bersilat sakan kat dapur, pastu nak buat kerja lain lagik...uiiishhh...sabaaauuu je laaa..Namun ku gagahi jugak demi menjamu mata pengunjung-pengunjung setia akak nih...sayang u all...muaaahhhh!

Meh la layan Mini Loaf ni...amik resepi dari dapur adinda Mat Gebu tu haa, asalnya dari basic bread oleh Norzailina Nordin yang terkenal tu...sori lah gambar roti tu comot sikit..nak cepat2 jek potong dan snap gambar sebab nak bekalkan tuk Aiman lak lepas tuh...hehee, x kesah laaa..janji roti ni lembuuuuuuttt.....sedaaaaaaaappp...hehehe























Roti ni akak letak filling nutella dan blueberry....belen blueberry pun x banyak dah...setakat nak menghabiskan stok jek...tu pasal letak nutella jugak....Aiman suka nih...Mat, akak C n P je la eh...tqqqqqq....baaaaaiiiiii...hehhehee

MINI NUTELLA & BLUBERRY LOAF
Resepi Asal: Norzailina Nordin
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 270 g tepung roti (high protein flour)
  • 50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
  • 60 g gula halus
  • 1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
  • 2 1/2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 1 biji telur gred C (*akak guna telor gred B)
  • 140 ml air (*akak letak 120 ml air jek)
  • 30 g mentega
  • Blueberry filling secukupnya
  • Nutella filling secukupnya (*ni akak tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 - 1 1/2 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh dan bagi kepada 4 - 5 bahagian yang sama besar (bergantung pada saiz tin masing2), uli 5 minit setiap bahagian, canai dan sapu bluberry filling secukupnya, gulung seperti swiss roll dan alihkan ke dalam "mini loaf pan" yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Boleh lihat disini contoh mini loaf pan....
  3. Biar naik 1 jam dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong...

Tuesday, February 22, 2011

Ayam Goreng Berempah (Kuzie Catering)

Salam....para suri rumah mesti tengah bz masak2 kan...bersilat sakan kat dapur...Kalau akak macam tu laah..balik kerja petang...time suri rumah dah relax2 sikit, akak baru la nak menjengah dapur dan kelentung-kelentang.....sabaauuuu je laaa...Nak ngisi perut suami dan anak-anak punya pasal, ikhlas hati kita masak...kan..kan.....Okay meh layan lauk ayam goreng berempah ni haa....Resepi ni tgk rata-rata rumah dah masak....Resepi asal dr Pak Engku...tp akak kopipes dr dapur Izzah..

AYAM GORENG BEREMPAH (KUZIE CATERING)
Resepi: Pak Engku (Kuzie Catering)
Sumber: Wattie, Izah & Chik Mimi

Bahan:-
  • 4 labu bawang merah
  • 6 batang serai
  • 2 tongkol lengkuas
  • 3 sudu rempah kari ikan
  • 3 sudu kunyit babas
  • 5 sudu cili kering (blend)
  • 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
  • sedikit serbuk perasa
  • *saya tambah:1 sudu beso biji ketumbar+jintan manis+jintan putih
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
  2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
  3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat...sedang sedap makan..hehe)
  4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
  5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.
waaaaaaaaaaaa..best gilooosss makan serdak2 tuh....belum lg dengan rasa ayam yg lazat...Thanks to Pak Engku yang sudi share resepi nih...

Asam Pedas Sotong

Yuhuuuuuu...waaaah nampak semua geng2 masak2 menghadap FB la pulaak...duk melayan diaorg ni ada kang x berhapdet entry akak...Mat ko borak je la dgn Mama tuh...hehe...Okay adik2 semua...malam ni kita jamu mata dengan sesuatu yang berkaler merah...isi dalamnya adalah yang berjanggut...bukan kamben eh, ni yang boleh berenang punya...kamben takut air kan..hahahahha...kita jamu Asam Pedas Sutun...masak sempoi-sempoi punyerrr, tp best wooooo...hehehehe

ASAM PEDAS SOTONG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 ekor sotong - sederhana besar, bersihkan dan potong ikut suka
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 6 biji bawang merah )
  • 2 ulas bawang putih )
  • 1 biji buah pelaga ) dikisar
  • 1 inci belacan dibakar )
  • beberapa tangkai daun kesum
  • 1 tangkai bunga kantan - akak xda stok
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 2 keping asam gelugor
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 2 cawan air/secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan kisar dengan api sederhana. Masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya (tak perlu banyak, sebab sotong akan mengeluarkan air juga nnt)
  3. Masukkan asam gelugor, bunga kantan (jika ada) dan daun kesum biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan sotong dan perlahankan api.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah mereneh sekejap hingga naik kemerah-merahan.
  6. Kemudian masukkan tomato dan terus tutup api agar tomato tidak layu sangat.

Monday, February 21, 2011

Jemput-Jemput Udang Kering

Salam....hari akak xda apa sgt nak share citer...citer basi ada laa..hahaha....citer makan jemput-jemput pagi semalam je....baru ni nak posting....que byknyaaa....bz sungguh kalau duk rumah...sampai letih malas lak nak on9...sedap jek landing kat dpn tv eks...hehehe...Okay laa...layan jemput jek laaa..ni pun dh lambat punya entry...patut pagi2 tadi kan..petang2 tayang lauk...hehee...ah gasak laaa....kot ada yg nak buat jemput-jemput petang nnt kan...jemput-jemput ni mmg lembut, tidak berminyak dan lembut hingga ke petang....hehe, layaannn...



JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan (anggaran):-
  • *1/2 kg. tepung gandum
  • *1/2 sudu teh baking powder (*diayak bersama)
  • 1 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 tangkai cili merah - dicincang
  • sedikit daun bawang
  • 3 sudu besar udang kering (yg fresh) - rendam dengan air panas dan tumbuk kasar
  • air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan)
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak untuk goreng terendam

Cara-Cara:-
  1. Campurkan tepung yang diayak dengan soda tadi bersama garam, serbuk kunyit dan gaul rata.
  2. Masukkan air dan gaul sebati dan seimbangkan rasa garamnya.
  3. Kemudian masukkan bawang, udang kering, cili dan daun bawang, gaul rata biar sebati dan adunan biarlah lembik sedikit (untuk dapatkan jemput-jemput yang lembut).
  4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan (*kena cepat2 jemputkan kerana adunan lembik) dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Balik-balikkan selalu agar jemput elok masak dan rangup. Bila kekuningan, bolehlah diangkat, toskan dan hidangkan dengan sos cili kegemaran.

Sunday, February 20, 2011

Pengat Labu Oh Labuuu..

Salam sejahtera.....sihat ke...akak kepenatan lg ada laa..hehee...sakan sikit masak2 bila abanglong ada balik...nak nak pulak wiken ni kan...xda kemana pun...so masak je laaa....perut reti jek berdondang sayang....Okay akak isytiharkan minggu labu la wiken ni eh..hehee...Actually buat pengat labu ni dulu semalam...pastu malam baru buat apam tuk makan pagi nih...Ini adalah favourite hb kita...memang dia makan sungguh2 la haaaiii...puashati katanya...heeheee...Jom layan mata....baru sempat nak posting..!

Sebenarnya dah pernah letak resepi dah rasanya...hampir sama jek dengan cara membuat pengat keledek ke, ubi ke...xpa laaa...tengah rajin ni akak taip semula..


PENGAT LABU

Resepi: Ummi@Home Sweet Home

Bahan:-

- 1/2 biji labu - dikupas dan potong kecil
- 1/3 cawan gula melaka
- 1/3 cawan gula pasir
- 2 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu teh garam halus
- 2 helai daun pandan - disiat dan simpul





Cara-Cara:-
  1. Dalam periuk, campurkan santan cair, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan labu. Didihkan biar gula larut dan labu lembut.
  2. Kemudian masukkan santan pekat dan garam. Masak sekejap hingga nampak mendidih, terus tutup api dan kacau-kacau sekejap kuah pengat agar santan tidak berkepala.
  3. Kemudian bolehlah dihidangkan.

Apam Labu

Salam hujung minggu....ke mana hari ni? Dah siap2 nak kuar makan tengahari ke, akak lepak kat rumah jek laaa..jemu dah tengok bandar tu....hari-hari duk keluar pergi kerja...dapat duk rumah lg best....tp kalau yang suri rumah tu kan biasa mesti cik abang bawak pi jalan2 makan ke kan...akak kalau keluar pun biasa sebelah petang2 la menghala ke pantai, ambik angin sikit...saja laaa kan...dapat angin segar sikit...

Kalau ada yang sudi jenguk sini, meh layan je la apam labu yang akak buat petang semalam nih...hb beli labu sampai sebiji, half dia suh wat pengat...dah siap pengat semalam dia bantai cukup2...haaa suka betul dia.... Pastu lebih half lg x tau arah dah akak nak buat apa...so akak mula la menggodek wat apam lak laaa...tengok ada 2 3 orang bloggers dah buat apam...so akak pun modified la dari Apam Keledek yang pernah akak try dulu....eeemmm enak lembut banget...!!

APAM LABU
Adaptasi dari: Apam Keledek

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Nota:
Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lubang2 besi (seperti gambar di atas). Jika menggunakan acuan lompang, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat....lihat perbezaan gambar di bawah.


Saturday, February 19, 2011

Telor Dadar Berempah

Salam...hehehee....resepi sempoi jek akak nak tayang ni pun....ntah laaa...malas tul nak masak beriya-iya...janji leh masuk tekak sudah laa..hehee...Malas gak nak bebel pun...Jom layan teloooqqq dadar dah la eh...dah macam-macam pesen gak goreng telor ni, letak rempah kari laa...letak udang laaa, letak mayonis laa dan macam2 nama ada....hehe, tp ni spesel punya tau...goreng bukan sebarang goreng....Idea resepi ni ternampak kat dapur Yana@Sweet Memories.......sedap jugak untuk sesiapa yang inginkan kelainan....terangkat jugak...! layaaaann...

TELOR DADAR BEREMPAH
Sumber: Yana @ Sweet Memories

Bahan:-
  • 4 biji telor
  • 1 sudu teh ketumbar biji
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • sedikit daun sup/daun bawang - dihiris halus
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 biji cili merah - hiris nipis
  • 1 sudu teh kicap
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak
Cara Memasak:-
  1. Tumbuk lumat ketumbar biji, bawang merah, bawang putih dan halia (blend pun boleh).
  2. Pecahkan telor dalam mangkuk, masukkan bahan tumbuk, daun sup, daun bawang, bawangbesar, cili, kicap dan garam secukup rasa.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (*senang guna non-stick pan), tuangkan adunan telor dalam kuali.
  4. Balikkan telor untuk bahagian atasnya pula (jangan sampai pecah...hehee)
  5. Biarkan hingga kedua-dua bahagian betul-betul masak. Padamkan api, angkat dan potong-potong.
  6. Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

Friday, February 18, 2011

Strawberry Milk Fresh Fruit Pudding

Salam....Sebelum kalian semua menutup mata dan mimpi yang indah-indah, jom jamu mata dengan pudding sempoi ni dulu...teramat senang dan pernah buat dah dulu kat Sini....Idea asal dari Maz@IlhamDapur....tapi kali ni akak tukar pulak kepada susu segar berperisa strawberi...yang lain-lain tu ada la adjust sikit...Akak buat ni semasa birthday adik n anak sedara hari tuh...cepat betul licin...ni petang tadi Aiman dah request suh buat lagik...dah buat lagi daahhh..hehe...

STRAWBERRY MILK FRESH FRUITS PUDDING
Resepi : Maz @ IlhamDapur
Adaptasi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan (tiada sukatan tepat)
  • 1/2 tin susu cair
  • 50ml susu segar (*kali ni akak tukar susu segar perisa strawberi)
  • gula secukupnya (ikut selera nak manis macamana)
  • sedikit garam (nak bagi rasa lemak yang seimbang) (akak x letak nih)
  • 1 sk. esen vanila (*ni akak tambah)
  • 3 sudu besar whipped cream (*ni akak tambah)
Buahan segar secukupnya (didadu kecil) :-
  • buah kiwi
  • strawberi
  • mangga
  • pisang
  • atau boleh guna apa-apa buah yang sesuai
Cara-cara:
  1. Masukkan susu cair dan susu segar dalam periuk, panaskan dengan api perlahan. Masukkan gula dan sedikit garam (sikit je ye). Kacau sehingga sehingga gula larut. Padamkan api.
  2. Sejukkan dulu susu, masukkan whipped cream dan masukkan buahan yang telah didadu tadi. Sejukkan dalam peti ais (bukan sejuk beku ye).
  3. Masukkan buahan segar tadi dalam cawan atau bekas yangs sesuai, tuangkan susu cair tadi hingga menutupi buah. Sedia untuk dinikmati.

Ikan Tenggiri Masak Hijau

Salam Jumaat....harap semuanya sihat2 hendaknya yea...sekejap jek terasa masa berlalu kan...dah hari Jumaat...eemm... Sepatutnya akak masukkan entry ni malam tadi, tapi balik kerja dah masak2 segala, lipat kain, sidai kain dan kemas-kemas dapur, badan terasa "flat" betul laaa...malas terus on9...agaknya dah ke penghujung wiken ni...letih dah kot...tp bila kenang esok wiken rasa sihat jek...hahahaha...Okay meh la layan lauk semalam...akak panaskan tengahari ni leh santap lagik...hehee, then tambah2 sikit lauk...Resepi asal dari dapur Yatie nih...tp tengok Mat masak tukar ayam, jadi merah la pulak...hahahaa.. tu la ko Mat, menderhaka lagik! Ni cuba Yatie tengok, akak masak serupa x dengan Yatie...akak derhaka sikit jek, tukar ke ikan tenggiri, hehehee...Thanks ya Yatie...sedap dan nak C n P je laaa...

IKAN TENGGIRI MASAK HIJAU
Resepi: Yatie@SinarKehidupan

Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan (*akak tukar ikan tenggiri)
  • 2 ulas bwng putih*
  • 3 biji bwng merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 4 tangkai cili merah*
  • 4 tangkai cili padi merah*
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.