Thursday, June 30, 2011

Kuih Lompat Tikam Sagu

Assalamualaikum.....hari ni hari yang sungguh meletihkan akak taauuuu....rasa sungguh "flat" x tau laaa...vitamin makan, madu telan, agaknya cuaca yg panas gak kan..buat kita cepat letih....xpun maybe sebab kena drive balik sendiri bila encik abg outstation pulak ke Rompin...pagi tadi pergi ofis sama-sama lagi laa...dah tengahari dia kena pi sana dah, ada Sukan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan....adeeehh...dah la kat Kuantan ni kan, asal hari khamis petang jek jammed gilosss....nasib baik kete auto, xpun lagi lenguh la kaki menekan brek n clutch... Ni pun duk menaip, mata ngantuksss dah ni...kalau ada kesilapan ejaaan kang...faham-faham je la eh...bagitau laaa... Ambik gambar pun nak cepat-cepat jek...balik tenghari td baru snap, terliuk, terlentuk...xdan fikir segala props bagaii..hahaha

Okay laa kakak-kakak (*ada ke..) dan adik-adik sayang...jom layan dulu dessert atau kuih favourite akak dan family nih....sengaja akak buat ni semalam, lepas masak tuk dinner teringat tengok resepi ni kat dapur AlongRoz yang cantik jelita tu.... memang sungguh sedap....kuih-kuih bersagu ni mmg x pernah x abis....terutama kalau dapat kat Najwa, kalau x tahan2 dia...habis dia duk ulang-ulang tu 2 hari pun xpa...hehehe.. Terima kasih pada Along sebab kongsikan resepi marbelesss nih.... Lebih senang bila akak gunakan sagu pink siap dah masa beli. dan ada adjust sikit penggunaan santan tu.... Izinkan Ummi copy n share kat sini pulak ya Along...muaaahhh!

TAK CUBA TAK TAHU,
DAH CUBA TAK CUKUP SATU...hehe

KUIH LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi: AlongRoz @ HomeKreation

BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
  • +/- 400g Sagu
  • Pewarna Merah
Lapisan Atas:
  • 160 g Tepung Beras
  • 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 800ml Air
  • 1 sb Pes Pandan
  • 1 st Air Kapur
  • 1/2 st Garam
Kuah Santan:
  • 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 250ml Susu Segar
  • 1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:
  • 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
  • 3 sudu besar Gula
  • Daun Pandan

CARA-CARA:
  1. Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
  2. Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
  3. Kukus 20 min.
  4. Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
  5. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
  6. Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
  7. Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  8. Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut. ENAAAAKK BANGAATTT!
jemput jeling-jeling yeaa...tadi hantar satu bekas ke rumah family adik...hehe


Wednesday, June 29, 2011

Maggie Goreng Bersosej Kari

Assalamualaikum....hari ni akak hanya sempat buat tayangan maggie goreng je la eh....kemalasan melanda sungguh-sungguh ni....tapi masak tetap masak walaupun sempoii... Tapi akak xkan mengenepikan citarasa anak-anak kat rumah laa...kalau diaorg suka pedas, so pedas la akak masak, kalau suka ala-ala mamak, kita wat ala2 mamak...kalau nak rebus jek..kita rebus kan....x susah....

So, semalam setelah ditanya, semua mintak maggie letak sosej pulak...so akak layan....pedas tetap pedas...so kepada yang beranak kecil tu, jangan la letak banyak2 cilinya eh...fengsaaan kang...hehe Okayy, meh layan resepi dulu....Aiman kata, mcm perisa maggie asal lak, wpun akak buang terus sume perencah dalam paket yg disediakan tuh...x main nooooo...! hehee...cubalah, anak2 mesti teruja...pheewwww!


MAGGIE GORENG BERSOSEJ KARI

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (untuk 6 - 8 orang)
  • 6 paket maggie kosong (dipatah-patahkan kecil)
  • 5 batang sosej ayam - dipotong kecil menyerong
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 5 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang lobak merah - dihiris halus
  • secekak sawi - dikerat-kerat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis ABC
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 2 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau sebentar.
  3. Masukkan kicap, sos cili dan sosej ayam dan gaul sebati.
  4. Masukkan lobak merah dan air secukupnya.
  5. Bila mendidih, masukkan maggie yang dipatah-patahkan tadi dan kiub pati ayam. Gaul rata hingga maggie nampak sudah kembang masak dan mengering.
  6. Masukkan sawi dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga maggie benar-benar masak.
  7. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, June 28, 2011

Buat Kerja Tidak Seperti Prinsip Yang Tertera

Assalamualaikum....

Waaaaaa....ada sikit panaaazzz la malam ni....menyampaaaaahhh dah tau nak citer balik-balik benda yang sama jek...tp tu laaaa...nak menyedarkan or ambil pusing tabiat orang ni memang kita x suka taaauuu, kita pun x pandai. Tapi dalam berblog ni harap-harap sebelum buat kerja ni, biarlah mengikut prinsip kita berblog seperti yang tertera di profil tuan blog masing-masing.... Ni tak, menyimpang jauh dari apa yang ditepek di Profile....huk alaaaahhh!

Sebagaimana kita semua tau, kes main taram or hentam ambik saja gambar-gambar ni memang selalu sangat terjadi kan....selalunya di kalangan blogger2 yang baru laah.... Kalau boleh biarlah berblog tu ikut etika sikit kan.. Memanglah gambar tu bukan mahal, bukan cantik dan bukan ada harga pada orang lain, tp itu melambangkan cara kita bekerja....buat kerja biar ada maruah sikit....Adeehh malas lah nak citer panjang-panjang. Korang pi la jenguk, kot ada gambar2 korang ditepek untuk melariskan jualan ke apa ke kat Sini. (*tu pun kalau tuan punya blog ni x remove lg la url dia...) Akak x kuasa nak bebelsss...Adeehhh...terbantut akak nak siapkan tugasan akak mlm ni...huhhh! Apapun terima kasih kepada Oh Oeya yang bagi info pasal kerja-kerja yang kita tak berkenan ni kat Sini...


Pastu cuba korang tengok link resepi akak di Sini pulak....sama ke x sama...siap dia "sunatkan" watermark akak tuh...kejiiii kaaannn...

Kalau tengok kepada prinsip yang tertera komaiiinn...bersandarkan Sabda Rasulullah s.a.w lagik....macam2 la la depa ni...akak malas lah nak kutuk2...dapat dosa jek...

Ini header blog si Pemuda Kampung ni....Jemput Datang ke Dalam Hidupnya...waaaaahhh...So akak pun dah menjemputkan diri akak dan tinggalkan komen kat link bubur tuh...hehe

Harap En. Pemuda ni xyah la teruskan kerja2 "senang" beliau tu kat entry blog...kena kerja kuat sikit laaa...cara nak dapatkan bahan....kan..kan..


Pai Pisang Badam

Assalamualaikum....Sorilah lambat bersiaran dengan entry baru....ntah apasai la akak ni rasa malas jek 2 3 hari ni, nak update punyalah liat tau....mata ni pulak macam kelayuan x sudah-sudah....malam lepas Isyak jek kalau baring kat depan tv tuh....sah-sah terlelap punya...terlebih makan ke, kurang rehat ke, atau sindrom M dah menyerang nih? Nak je cuti panjang rasanya dari berblogging...boleh kot eh...

Ni pun just nak masukkan entry lama sebenarnya ni. Asalnya nak KIV untuk satu projek, tp macam malas pulak...Resepi ni saja-saja try n error jek....aleh-aleh sedap la pulak...filling badam yang padat dan lemak gitu...ditambah rasa pisang di atasnya tuh... So jom layan jek eh....jangan mintak2...memang dah habis...tengok dan ambik bau jek laaa...boleh bau x...xleh kan..tengok je laaa...hehehehe..

Pastry pai ni memang sangat rapuh dan sedap...akak suka pulak.... Okeh, jom salin resepi..SELAMAT MENCUBA...



PAI PISANG BADAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Doh:-

125 gm mentega tanpa garam
75 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
2 biji telor gred C

Bahan Untuk Filling:-

175 gm mentega

100 gm gula kastor
100 gm badam kisar/serbuk
50 gm tepung gandum
3 biji telor gred B
pisang secukupnya - dihiris nipis menyerong


Cara-Cara (Untuk Doh) :-
  1. Dalam bekas, satukan mentega dan gula kastor dan pukul hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telor satu persatu dan pukul lagi.
  3. Seterusnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
  4. Uli biar jadi doh yang lembut dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan canai doh kira-kira setebal 5 mm.
  6. Angkat doh dan masukkan perlahan-lahan ke dalam acuan pai dan tekan-tekan biar kemas. Cucuk-cucuk sikit permukaan doh dengan garfu baru dituang filling.
Untuk Filling :-
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
  2. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata.
  4. Masukkan ula badam hancur tadi dan gaul rata dan sebati.
  5. Tuangkan filling ke dalam doh pai tadi, ratakan.
  6. Atur hirisan pisang ikut cara sendiri dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit/masak sepenuhnya hingga berwarna kuning keemasan.
  7. Hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang...Enaaaakkk bangeett!



Sunday, June 26, 2011

Kita Makan Lauk Lebih Kenduri Je Hari Ni..Hehe

Assalamualaikum.....Adeeeii malas betul taauu nak update...x tau la nape, mata ni kan asal baring jek kat depan tu...terus layu...kepala pun macam bingai jek...Keletihan jugak bertugas di Majlis Perkahwinaan Anak Ketua Jabatan akak ditambah banyak makan daging jugak kot..hehee... Alhamdulillah segala berjalan lancar dan bos pun nampaknya gembira, pastu siap suruh petugas-petugas bungkus lauk pauk jugak. Lauk pauk untuk 2 keluarga besan bawak balik pun beres. Urusan goodies yang dipertanggungjawabkan pun berjalan lancar bersama semua adik-adik staff yang cukup memberi kerjasama kepada majlis kenduri anak Dato' ni...Beliau nampak cukup berpuashati.

So dari dinner semalam akak and family makan lauk lebih kenduri ni je laaa...Tuang dalam caserol dan panaskan aje dalam microwave....berlebih sampai ke tengahari ni, panaskan lagi ...akak just masak nasi putih je tengahari ni. Nasi minyaknya dah habis malam tadi (lupa nak snap gambar). So you all layan je laa eh...amik gambar lauk-pauk ni pun guna camera cik abg yang akak mmg x reti nak handle laa, jenuh kena edit sana sini...camera akak abglong bawak pi KL lak...adeeeiii...Layan je la eh..

Gambar majlis xda sangat akak ambik, x sempat la..sebab bertugas, tp gambar persiapan dlm dewan sebelum bermulanya acara, sempat akak ambik guna henfon cap ayam akak. InsyaAllah kalau rajin dan gambar elok, akak tayang la eh...




Alhamdulillaaaaahhh...x payah masak dari malam tadi sampai ke hari ni seharian. Akak dan anak2 dara pun apa lagi, pi shopping kain pasang kami, kain baju melayu Aiman, pastu anak2 dara nak pulak baju pasang ready made punyer....kebetulan diaorg try dan berkenan, size ngam dan sambar lee...adeeehh kopaaaakk cash lebih sebelah tangan petang tadi....sabau je laaa..hehee. Tapi suka hati sebab x perlu nak keluar cari dah bulan puasa, selalu camtu laa..senang kan..

Friday, June 24, 2011

Ayam Hitam Cili Kering

Assalamualaikum....semoga kita semua diberi kesihatan yang baik-baik sahaja, diberi kelapangan fikiran dan masa untuk sama-sama mengharungi kehidupan ini di samping keluarga tercinta. Bersyukur kerana masih bernafas dan diberi peluang untuk menyumbang apa yang termampu oleh kita kan...Okay entry ni maybe last la untuk sehari dua ni, sebab malam nanti mungkin x masak ada jemputan majlis akad nikah anak big bos dan esok pagi dah kena ke Dewan Konvensyen untuk bertugas sempena keberangkatan Sultan Pahang ke Majlis Perkahwinan 2 pasangan anak bos pejabat akak. Kira official event la kan bila Sultan dah berangkat tu. So tutup dapur la kot seharian esok...hehee...

So di kesempatan ini akak kongsikan lauk dinner akak masak malam tadi dan masih berbaki untuk tengahari ni...so panas-panaskan aje la dan tambah sikit sayur lemak dan ikan goreng dah memadai laaa kan.. Jom layaaann... Resepi ni hasil campak2 dan yang pastinya rasa dia x akan buat kita campak ke tong sampah...campak ke perut jek...hehehe...faham la maksud akak tu kan...kan..hehehee...So, enjooooyyyyyy... ^____^

AYAM HITAM CILI KERING
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 4 ketul peha ayam (bole jugak guna semua bahagian lain pun)
  • 2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 10 tangkai cili kering - dikerat-kerat serong
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah daging
  • 2 biji ubi kentang - dipotong kecil dan digoreng dahulu.
  • sedikit air (jika terlalu pekat, tambah)
  • garam secukup rasa
  • gula (optional)
  • daun bawang untuk tabur
Bahan Sos:-
  • 4 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar kicap manis Kipas Udang
  • 2 sudu besar kicap masin Kipas Udang
  • 2 sudu bear sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu teh cuka makan
Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan perap sekejap. Kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng pula ubi kentang, angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar dan tumis bawang, bahan tumbuk, cili kering dan serai hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau lagi.
  5. Masukkan air dan kacau sekejap.
  6. Masukkan ayam dan kacau balik biar mesra sekejap.
  7. Masukkan semua bahan sos dan masak atas api perlahan. Balik-balikkan biar bahan bergaul sebati dengan ayam.
  8. Masukkan garam dan seimbangkan rasa. Tambah apa yang perlu ikut tekak (*bole jgk letak sedikit gula)
  9. Akhir sekali masukkan kentang dan gaul rata. Tutup api dan tabur daun bawang. Hidangkan.. SELAMAT MENCUBA...!

Thursday, June 23, 2011

Fruity Bread Triffle

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang masih sudi menjengah....rasanya masa akak macam tak cukup jek seharian, balik pejabat terkejar-kejar je masuk dapur dan masak untuk dinner, lepas solat maghrib dan sealiran dengannya, on aircond jap tadi baring kejap rasa liatnya nak bangun solat Isyak. Teringat pulak menu ni tak letak lagi, ku gagahi jua sekejap...pasni rasanya nak pengsan awal sikit laaa...letiihhhh...

Okay lah asal resepi ni nampak kat Kongsi Resepi dan didatangkan dari dapur Treat n Trick...Tengok sungguh mengancam tekak dan senang nak buat. So ,let's those pictures do the talking.... I don't have an idea to mumble right now yeah! Here we go for the recipe and thanks to Treat n Trick for sharing this simply delicious dessert..owh no....I've to type it here, not permitted to C n P...uwaaaaaa...letiiisss, so sleepy..

FRUITY BREAD TRIFFLE
Source: Treat n Trick
Terjemahan: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 4 keping roti putih/roti wholemeal - sapu mentega dan jem, potong kiub
  • 2 biji pisang saiz sedang - dilecek
  • 1/2 - 3/4 cawan buah peach - dicincang
  • 150 ml plain yogurt
  • sirap dari buahan dalam tin


Cara-Cara:-
  1. Susun roti yang dipotong kiub di bahagian bawah gelas tinggi.
  2. Basahkan dengan sirap buahan biar rata dan roti tenggelam sedikit.
  3. Lapiskan dengan pisang lecek dan buah peach yang dicincang tadi.
  4. Tutupkan dengan yogurt dan letakkan hirisan buah peach.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang.
SEDAAAAPPP WOOOOO.....BERBALOI-BALOI...hehe









Telor Dadar Pecah Serangkak

Assalamualaikum...

Semoga di pagi khamis ini membawa seribu rahmat dan ketenangan untuk kalian semua yang masih sudi mengunjungi Home Sweet Home dan akak amat hargai. Dalam keadaan tugas di pejabat dan terus dengan kerja rumah yang memang tak pernah ada kesudahannya, akak cuba jugaklah update blog kesayangan akak ni...walaupun sekadar menu sesimple telor dadar ini.. Telor lagiiikk...eh!

Cuma this is the best ever of telor dadar yang akak buat rasanya....anak-anak duk puji sakan....mmg diaorang suka laa...dadar 3/4 masak begitu...dengan perencah ayam sedikit berempah dan ditabur bawang goreng...wallaaahhh....mmg kembang montot kena puji... Idea spontan datang sekadar untuk menambah lauk pauk biasa2 yang akak masak.. Namun resepi telor dadar ini agak istimewa pada akak..kalau sudi cubalah ya...Nama resepi pn datang tiba-tiba jek...wpun bukan kesemua rangkak telor yang pecah...hehehe


TELOR DADAR PECAH SERANGKAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
  • 4 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
  • 2 sudu teh rempah kari daging
  • 1 tangkai cili merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • sedikit minysk untuk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
  3. Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
  4. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
  5. Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.



memang sangat sedap walaupun diratah begitu sahaja....SELAMAT MENCUBA!!


Wednesday, June 22, 2011

Segmen Blog Pilihan : Kenali Mereka - Terima Kasih Ben!

Assalamualaikum.....Entry penghargaan kepada Ben Ashaari atas ingatan beliau kepada geng-geng blogger masakan yang sempat beliau kenali....Terharu akak melalui Segmen Blog Pilihan - Kenali Mereka kerana telah memilih blog akak sebagai permulaan. Akak perasan ada blogger-blogger baru dah terjah masuk bertanya khabar ni.... moga terpaut rasa persahabatan sesama kita selepas ini.

Sesungguhnya kami blogger masakan pun tiada masalah untuk berkenal dan saling bertegur sapa, berkongsi idea dan ilmu dengan blogger-blogger yang berlainan bidang blog masing-masing. Inilah kelebihan dunia cyber di mana kita boleh merasakan mereka yang kita kenali di sini sentiasa hadir memberikan inspirasi dalam kehidupan seharian dan mengubah persepsi kita sendiri terhadap silaturrahim alam maya ini....

Semoga kita sama-sama memberi dan menerima...itu sebaiknya...Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan....Moga kita sama-sama dapat saling menegur, memberi kata nasihat dan perangsang di dalam dunia blogging ini....amiiinnn..

Sekali lagi, terima kasih Ben!

Lemon and Passion Butter Cheese Cake


Assalamualaikum...morningggg!! Hehe, dah sarapan ke belum...hehe...akak mmg kalau nak pi kerja mesti kena sarap-sarap dulu...xleh perut kosong...dapat seketul kek pun jadi lah. Macam kek ni kalau dimakan...padat masuk tekak, gebusss dengan rasa cheese dan bauan lemon campur markisa (passion juice) tuh....moisstttt, lembuuuutttt dan sedaaaaaapppp!

Kali kedua dah akak buat kek nih, tapi yang pertama kali pun dah lama dah, tahun 2009. Sumber resepi ceduk ambik kat rumah Jun dulu. Cuma kali ni akak tambah sedikit jus pekat markisa keluaran Leno yang akak beli kelmarin.....mmg sedap jus tu buat air...cukup "pure" tau...tak payah tuang banyak-banyak. Okaayy la jom layan resepi, akak tepek sekali lagi la kat sini eh..







LEMON AND PASSION
BUTTER CHEESE CAKE

Ubahsuai dan sumber: Ummi @ Home Sweet Home & Jun

Bahan A:-
  • 225gm tepung
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam

Bahan B:-

  • 200gm butter
  • 175gm cream cheese
  • 1/2 sudu teh lemon zest
  • 2 sudu teh jus markisa (*akak tambah ni)
  • 175gm gula (akak letak 160 gm je)
  • 5 biji kuning telur

Bahan C:-

  • 5 biji putih telur
  • sudu teh jus lemon
Cara-Cara:-
  1. Pukul butter dan cream cheese hingga kembang.
  2. Masukkan gula, pukul lagi.
  3. Masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi.
  4. Masukkan bahan A dan gaul rata.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.
  6. Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi dan kacau rata.
  7. Masukkan ke dalam loyang ukuran 7 in x 7 in yang telah digris dan dialas dan bakar pada suhu 180'c selama 30 minit.






Tuesday, June 21, 2011

Keropok Opak Ubi - Sedap Sekali!!

Assalamualaikum....petang ni just nak share je tentang sejenis keropok yang pertama kali akak makan sepanjang riwayat hidup akak ni, hehe....kesian kaann... Mujurlah ada hamba Allah baik hati bagi akak keropok ni...hehehe....Terima kasih la Mat, takpun kempunan akak agaknya...dgr ko citer makan kopok tu sedap komainn...rasa rempah2 gitu... Akak dah goreng keropok ni minggu lepas dah....baru nak masukkan entry dan kongsi di sini....kot ada yang x kenal dan x pernah merasa, rupa asalnya seperti di Sini, maybe orang sebelah Johor dah biasa kot dengan keropok ni...sebelah pantai timur ni biasa dengan keropok ikan jek kan...Apapun, sangat sedap dan akak suka, hb dan anak2 pun....makan camtu jek la kan Mat, xyah cicah sos pun dah sedap daaahhh...kan..kan..

MAKAN DIKALI MEMANGLAH ENAK
ANGIN BERTIUP MENERJAH SESEKALI
KIRIMAN OPAK UBI DARI SEDENAK
TAKKU SANGKA SUNGGUH SEDAP SEKALI

Monday, June 20, 2011

Sambal Telor Kasturi

Yuhuuuuu...apa khabar? Waaah mcm lama x jumpa...hehe, mmg x jumpa pun kita sume ni kan...tp hubungan rapat sampai ke hati....baguskan! Kalau dah jumpa x tau la camne....dpt peluk cium, kiri kanan, laga2 pipi, laga2 montot..hehe.. Okayy laaa, jom layan jek resepi sempoi dan teramat senang ditambah pulak dengan ribut malas akak nih...hehheee... Meh rasa kelainan masakan sambal telor dengan rasa limau kasturi....lg enak! Boleh tukar kepada udang atau sotong gak...mmg best...tau-tau dah licin jek lauk..hehe

SAMBAL TELOR KASTURI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan: (anggaran)
  • 5 biji telor - digoreng mata kerbau/lembu (hehe..)
  • 2 tangkai cili merah *
  • 2 tangkai cili hijau *
  • 4 - 6 tangkai cili padi *
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *
  • sedikit belacan yg dibakar * (bahan * dikisar kasar)
  • sedikit air (jika perlu)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana, kacau hingga bahan pecah minyak. (jika terlalu kering boleh tambah sedikit air).
  2. Bila nampak pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan pula telor yang telah digoreng tadi dan kacau balik perlahan biar rata.
  4. Tutup api dan masukkan jus limau kasturi dan kacau rata-rata sikit.
  5. Hidangkan bersama nasi putih.