Monday, September 29, 2008

Green Princess Cookies


My 5th cookies yang sempat Ummi buat sebelum balik kampung...Kebetulan anak daraku yang minat bab-bab cookies ni dah balik bercuti..hehe..ada la geng..So Ummi serah kat dia je lah deco atas cookies tu selepas dibakar...Buat hari Sabtu malam Ahad kelmarin..mata mengantuk sangat dah! Resepi dari Kak Liza ni...Sori Kak Liza, izinkan Ummi copy-paste je yaa..n thanks a lot!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI BERKUNJUNG KE DAPUR UMMI NI...MAAF ZAHIR DAN BATIN YA...SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI NANTI...HAPPY HARI RAYA HOLIDAYS AND TAKE CARE...MUAAHHH!

Meh tengok resepi...Sedap niiii!!!

Bahan A

  • 100gm mentega
  • 75gm minyak sapi
  • 60gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B

  • 50gm serbuk badam
  • 15gm tepung beras
  • 220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-

  • coklat masakan putih (*ummi tukar coklat)
  • manik gula warna warni

Cara-Cara:-

1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.

3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan

4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

Biskut Kelapa Delima CMG

Taraaaa...nilah ke"bz"an yang melanda Ummi weekend semalam..Kak Ngah ada balik dah..so sonok sikit sebab dia memang minat buat biskut2 ni...Hiasan atas biskut tu dialah yang sudahkan..Ummi tolong terap je...Terima kasih lah kat Mat Gebu @ CMG yang sudi share resepi ni...Sesiapa yang nak buat tu, silakan tengok resepi ke rumah Mat la ya..Ummi x sempat lagi nak letak kat sini..gambar pun snap dalam tray je, berterabur kelapa parut tu..hehe..

Kek Prune Kukus


Ok ni lagi sebiji kek untuk bawak balik kampung....Resepi ni Ummi ceduk dari rumah Rinn tuu..resepi asalnya rasanya dari Kak Leen...Nanti Ummi letak resepi eh..X rasa lagi kek ni, nnt Ummi bagitau feedback eh..Apapun suka tengok kek ni elok je menjadi, naik cantik sekali masa mengukus tu...hehe..Terima kasih Kak Rinn sebab sudi share..x sabar nak rasa nih!!

Sumber : Leen Omar

Bahan:-

250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
¼ tin besar susu pekat manis – kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup
20 biji prune – blend + sedikit air (≈ 100ml), setakat boleh kisar dah cukup
5 biji prune – hiris kasar
5 biji telur

Cara Menyediakannya

Didihkan air dlm pengukus. Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan. Putarkan butter, gula dan susu sehingga sebati.
Masukkan telur satu per satu dan putar lagi. Masukkan prune yang telah di blend. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sebati. Last sekali masukkan prune yg dihiris kasar & kacau dengan senduk dah memadai. Tuang adunan ke dlm loyang dan kukus selama 1½ jam.

Note:- Kalau nak bagi cantik sikit, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Chocolate Rice Cake


Jamu mata la yaa...kek ni Ummi buat petang semalam untuk bawak balik kampung ni...so xda gambar yang dah dipotong la yaa, kalu sempat nnt snap gambar bila dah potong eh, tu pun kalu ku tak terlepas pandang..takut2 dah licin baru teringat..hehe...Nanti bagi resepi k..Ok ni resepinya..
Bahan:-
  • 200g butter
  • 200g gula
  • 4 biji telur
  • 200g tepung penaik
  • 1 camt baking powder
  • 1 camt esen vanilla
  • 100g coklat rice

Cara Menyediakan:-

1) Panaskan oven 170c.
2) Pukul semua bahan kecuali coklat rice sehingga gebu (dalam 5 minit dengan kelajuan tinggi)
3) Masukkan coklat rice, gaul perlahan.
4) Bakar dalam acuan yang dilengser selama 45 minit (ikut oven memasing).

Asam Pedas Mak Lang

Baru ni try pulak resepi asam pedas Maklang ni, sedap dengan aroma lada hitamnya...Ni kes nak clearkan apa2 yang ada dlm fridge tu..Meh layan resepi terus eh!


Bahan:-
1 kilo ikan (apa2 je)
1 ikat daun kesum
1 keping asam/1/4 cawan air asam jawa
2 biji tomato
10 batang bendi (*ummi xda stok ni - letak bunga kantan)


Bahan Kisar:-
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 - 2 senduk cili kering kisar
1 inci kunyit hidup
1 - 2 sudu kecil lada hitam biji
Belacan sebesar ibu jari
Buah keras - kalu nak pekat


Cara Memasak:-
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air dan air asam jawa/asam keping. Biarkan mendidih dalam sikit. Masukkan ikan, daun kesum dan garam. Bila ikan telah masak, masukkan tomato dan kacang bendi. Kacau sebentar, tutup api.

Mee Jepun (Sukiyaki)


Menu berbuka hari Sabtu kelmarin..Malas2 pun masak sendiri jugak yang sedap kan..simple2 je lah dah hujung2 puasa ni...hehee...nak wat biskut raya punya pasal laaa.. :D Resepi mee ni Ummi ceduk dari dapur Bro Rozzan yang terror memasak kek2 dan kuih2 tuuu..! Terima kasih BR..Minta izin copy-paste je yaa..

Bahan-Bahan:-

1 1/2 kg mee kuning (cuci dan toskan)
300 gm sawi (potong ikut suka)
1 btg lobak merah (hiris)-optional
2 biji bawang besar (hiris bulat, goreng sebentar)
3-4 ulas bawang putih - tumbuk
3-4 ulas bawang kecil - tumbuk
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula (abt 1-2 sudu teh)
garam secukup rasa
kicap manis (abt 1/4 botol besar)
minyak utk menumis
daging lembu (abt 500 gm, hiris nipis & rebus dgn 1 1/2 liter air)
secukup udang (bersihkan, tinggalkan ekor jer)
fish cake (hiris)
crabstick (potong ikut suka)
cendawan butang (hiris)-optional
telur burung rebus (optional- ni isteri I yg pandai2 taruk, nak lawan tokeh gak!)
Cara Menyediakan:-
Rebus daging lembu dgn air di dalam periuk hingga daging empuk. Ketepikan. Kita akan memerlukan stok dari rebusan daging ini utk membuat kuahnya.
Di dalam kuali besar, panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang kecil tadi hingga garing. Kemudian masukkan sedikit air rebusan tadi. Selanjutnya, masukkan hirisan lobak merah, sawi, cendawan, udang, fish cake, crabstick dan daging. Kacau sehingga sayur empuk.

Kemudian masukkan lebihan stok air daging tadi bersama mee, kicap manis, gula, serbuk lada putih dan garam. Sesuaikan rasanya, jika perlu boleh tambah lagi air. Jgn terlalu manis atau masin. Akhir sekali, masukkan gegelang bawang yg telah digoreng tadi dan juga telur burung. Mee Jepun ini sedap dimakan dgn lada hijau jeruk.

Nota:
Mee Jepun ini ala-ala mee kicap dgn menggunakan stok daging lembu sebagai asas utk kuahnya. Sesuaikanlah rasanya dgn citarasa anda. Anda bebas utk menggunakan bahan2 perencah yg anda suka seperti daging, udang, sotong, dll.
Actually, cara kami menghidangkan Mee ini ialah, kami sediakan kuahnya bersama daging dahulu. Bahan2 lain kami tidak campurkan. Bila nak makan barulah kami ambil secukup kuah kicap tadi, panaskan dalam kuali dan masukkan bahan2 sprti lobak merah, sawi, udang, fishcake, dll. Kemudian masukkan mee dan gaul rata.

Citarasa Di Akhir-Akhir Ramadhan (*_*)

Nasi Beriani Kukus dgn Ayam Berempah

Pizza


Murtabak Pekan

Bila dah saat2 akhir ni..macam maleh je dah nak masak..Jumaat kelmarin, ada yang dah nak makanan import dari luar dah..hehee...ada yang nak pizza la, murtabak laa, anak2 la tu..Ummi n hubby lak dengar orang ofis ni citer pasal nasi beriani kukus ayam berempah, teringin jugak...so layaaaannnnnn Murtabak Pekan..uuiiiii..RM6.00 satu, Pizza (set utk 4 org) dr Pizza Hut tu Najiha yang beli dan Nasi Beriani Kukus, Ummi beli 2 bungkus leh makan 4 orang oooo..x terabih!!heheee...

Friday, September 26, 2008

Terima Kad Raya Lagi..Thanks So Very Muchhh!!


Daripada Azza


Daripada Ummi Eyna, JB

Daripada Ela, Doha, Qatar

Daripada VG (Vin), Canberra

Untuk semua, terima kasih tak terhingga..Love u all!! Muaaahhhh!!

Tag dari Mama Anis

Oklah ni Ummi nak selesaikan hutang tag dari Mama Anis ni..kebetulan dah xda entry masak2 rasanya nk post...Masak pun dah maleh...Semalam beli je, hehe...Mood raya sungguh dah ni...
a. My top 10 most favourite food:-
  1. Kuih-muih kampung/tradisional (sume ku bantai/try..jgn pelik sgt dah laa esp. pulut panggang, kuih sagu, kuih kaswi, kuih rengas, byk laa nk mention)
  2. Semua jenis nasi rasanya...(jgn yang basi dah laaa)
  3. Lauk-Pauk ( x memilih sangat pun)
  4. Cendol Kacang Merah
  5. Fresh Manggo Juice/Ice Cream
  6. Jenis kekacang - selalu makan bila travelling
  7. Jeruk-jeruk buah fresh (yang maheeiii tuuu..)
  8. Cake, ciskek/donut/roti - tu pasai badan ku naik dah ni...huhuuu
  9. Seafood
  10. Satay/Serunding/Daging Dendeng

b. 10 things i love to do:

  1. Mengemas rumah/alih-alih perabut (kalu kaya, tukar2 perabut eh..)
  2. Suka buat kerja yang melibatkan air (basuh porch, kete, kain2 buruk, cuci bilik air, siram bunga etc. - tp basuh pinggan x berapa suka laa..hehe)
  3. Memasak (ya la, kalu x suka pun, kena gak masak..hehe)
  4. Makan2 la...(dah masak, kena la makan)
  5. Shopping/Window Shopping
  6. Mengusik/menyakat suami/anak2
  7. Belek2 majalah deco/masakan
  8. Berjalan2/Makan angin (kalu duit lebih laa..minyak mahaiii ooo)
  9. Balik kampung (borak2 dan melepak/baring2 dgn mak)
  10. Mencuba apa2 yang difikirkan perlu/nak tau..

c. 5 types of guys I adore: - (apasai tanya 5 je..byk nk tulis ni.. :D)

  1. Tidak merokok
  2. Berlembut dengan isteri/pandai ambil hati/suka membantu/meneman isteri ke mana2 bila diperlukan
  3. Pembersih
  4. Tidak banyak karenah
  5. Tidak kedekut

d. 5 things i love doing when I'm emo:

  1. Nangis laaa...
  2. Buat je keje x berhenti2
  3. Malas nak bercakap dengan sape2 pun
  4. Dengar lagu
  5. Susah sangat, tidur laaa..

e. 5 things I love doing when I'm happy:- (ooo..macam2 leh terjadi ni, hehe)

  1. Kalu perlu citer la kat hb ke, anak2 ke..
  2. Belanja family/kawan makan
  3. Dengar lagu & bernyanyi kecil
  4. Buat kerja dengan penuh minat
  5. Menonton

f. 10 ways to win my heart:

  1. Tunjukkan kasih sayang dengan ikhlas
  2. Suka memujuk/tak kesah mengalah
  3. Jangan sorok perkara yang perlu tau
  4. Tidak berkira kudrat/duit
  5. Jangan "mata keranjang/menggatal...hehe
  6. Sayangi anak2/my parents
  7. Bawa berbincang sebelum keputusan dibuat
  8. Penyabar
  9. Tidak cepat melenting (*cukup ummi sorang je lah..hehe)
  10. Rela berkorban

g. My top 5 most favourite junk food:-

  1. Kek/Ciskek
  2. Jenis kekacang/Kerepek
  3. Ais krim
  4. Keropok Lekor
  5. dan lain-lain (asal sedap dan boleh makan laa)

h. 5 things I wish it could happen:-

  1. Tiba-tiba rezeki melimpah-ruah
  2. Ke Mekah menunaikan Haji
  3. Anak2 semua berjaya dalam hidup/jadi orang berguna
  4. Kasih sayang bersama pasangan sentiasa berkekalan ke akhir hayat
  5. Doa dimakbulkan

i. My top 10 - recently most addicted songs:-

  1. Game of Love - Santana
  2. Ketulusan Hati - Annuar Zain
  3. My Valentine - Martina McBride
  4. My All - Mariah Carey
  5. This I Promise U - Nsync
  6. Winter Sonata
  7. Eh tiba2 je otak blank, ni je lah yang ingat...pendek kata sume soft music laa..

j. 10 person u wish to tag:-

Memandangkan sume orang nak balik raya...x yah la kott...kasi sume senang hati eh!!! Okayy..Selamat hari raya Aidil Fitri..Maaf zahir dan batin ya..

Wednesday, September 24, 2008

Udang Nestum

Sumber Resepi - Mesra.net Resepi - Mesti try ni..sedap sgt!!
Bahan:-
15 ekor udang sederhana
3 sudu besar marjerin/butter
2 tangkai daun kari (hiris)
3 biji cili padi (hiris bulat) - ummi letak 5 biji
5 - 7 sudu besar bijiran nestum
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng udang



Cara Memasak:-

Lumur udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar. Toskan. Kemudian cairkan marjerin di dalam kuali yang bersih. Tumis daun kari dan cili padi hingga wangi. Masukkan udang dan gaul sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa...gaul. Masukkan nestum dan gaul sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Ayam Asam Pedas Tanjung Bidara

Sumber Resepi : Mesra.net Resepi...Best!!
Bahan A:-
1 ekor ayam (buang kulit dan bersihkan)
2 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
1 cawan air untuk kuah
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Bahan B:- (kisar halus)
10 bij bawang merah
5 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia muda
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
belacan

Cara Memasak:-

Tumis bahan2 kisar sehingga naik minyak dan masukkan air dan air asam jawa. Apabila mendidih dan kuah agak pekat masukkan ayam, garam dan gula. Kacau dan masukkan daun limau purut. Biarkan ayam masak dan kuah agak pekat. Angkat.

Mee Taiwan

Satu je nak bagitau...aroma limau purut dengan bunga kantan tu buat mee ni sedap dan licinnnn...!!! Resepi dari MR ni..Kalu nk buat banyak, adjust la yaa..

Bahan:-
1 mangkuk mee kuning @ meehoon
1 keping fish cake - hiris kecil
5 ekor udang (sederhana)
1/4 mangkuk isi ayam (ummi tukar daging)
1/2 biji bawang besar - hiris
1/2 batang carrot (potong memanjang)
1/2 mangkuk kobis
1/2 mangkuk taugeh
2 helai daun limau purut (dihiris)
sedikit bunga kantan (hiris halus)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap sotong (x letak ni)
1 camca kecil kicap pekat
2 camca besar cili boh/cili kering kisar
1/2 camca kecil lada hitam - kisar/tumbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang besar. Masukkan cili boh, sos tiram, kicap sotong dan sedikit garam. Masukkan fish cake, isi ayam dan udang. Masak seketika dan masukkan mee, kicap pekat, carrot, kobis dan bunga kantan. Kacau selama 2 minit. Masukkan daun limau purut dan taugeh. Kacau sekejap saja dan tutup api.

Tuesday, September 23, 2008

Kad Raya dari Suzi, Bungaros, Zira, Zana & Hana

Daripada Suzi di Adelaide

Daripada Bungaros di Oman sana...
Daripada Zana di Batu Pahat..

Daripada Zira..

Daripada Hana di Japan tu..

Salam dan terima kasih yang tak terhingga kepada Suzi, Bungaros, Zira, Zana dan Hana yang sudi menghantar kad untuk akak di Kuantan ni...Maaflah lambat benar datang ambik, maklumlah bz je memanjang, ntah apa2..Ada lagi ke yang kak Ummi tertinggal ni..jangan rajuk eh..bagitau laa..kot ada yang dah terlepas tu...x perasan..Apapun Salam Aidilfitri jugak dari akak untuk sume...muaahhhh! Love u!!!

Kuey Teow Kerang Pedas


Ni pun menu berbuka Jumaat lepas tp weekend Ummi balik kampung, so ni baru sempat posting..jamu mata je lah ek..Nak resepi jugak ke? Nanti lah yaa..nak siap pergi kerja pulak ni..bye!!

Kentang dan Tempeh Bercili


Masakan simple je hari Jumaat kelmarin dah....tempe ni Ummi wat saja je nak meratah/kudapan. Malas nak masak lauk-lauk takut berlebih pulak sebab pagi Sabtu tu dah nak balik kampung...jamu mata je lah ya..dah licin pun..hehe

Friday, September 19, 2008

Crunchy Chocolate Chips Cookies

Buat cookies ni 2 3 hari lepas dah...baru sempat nak posting..Resepi ceduk dari rumah Mamafami ni..hehe..Mama, suka masuk dapur Mama...thanx for sharing...sedap cookies ni..tengok bahagian bawahnya bersarang2 gitu dan really crunchy!! Ummi buat 2 kali ganda dari adunan asal ni..Ok jamu-jamu mata k..Ummi nak balik kampung esok..Rindu tak buka pose dengan mak n abah kat kampung lagi ni...Happy weekend! Muaahhh!!

Bahan A:-
125 gm butter
125 gm marjerin (*ummi guna sume butter)
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
230 gm tepung gandum ) ayak
20 gm serbuk koko ) bersama
100 gm chocolate chips
50 gm white chocolate chips (boleh gantikan dengan chocolate rice)
50 gm badam cincang (roasted)
50 gm nestum (*ummi ganti dgn cornflakes..)

Cara Membuat:-
  • Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.
  • Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Kuih Lompat Tikam


Resepi ni Ummi ambil dari kakfida@MR . Memang sedap..x keras, x lembik sangat...makan sejuk-sejuk, emm..slurrrpp masuk ke tekak...best!!

Bahan (lapisan bawah):-
62 gm tepung beras (*ummi letak 65 gm)
660 ml air
62 ml air pandan + 1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

Bahan (lapisan atas):-
25 gm tepung beras
600 gm (625 ml) santan pekat
1/2 sudu kecil garam

Bahan (Air Gula Merah):-
250 gm gula melaka
500 ml air
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan lapisan bawah ke dalam periuk, kacau rata dan masak dengan menggunakan api perlahan hingga adunan pekat dan berkilat (meletup-letup). Matikan api.
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk2 kecil hingga setengah bahagian mangkuk. Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas dengan cara yang sama hingga pekat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi. Sejukkan pada suhu bilik.
  4. Masak air gula hingga mendidih. Tapis dan sejukkan. Tuang ke atas kuih ketika menghidang. Lebih sedap disejukkan di dalam fridge dulu.

Kerabu Epal Hijau

Ni pun kes malas nak wat acar untuk makan dengan nasi tomato tu...Ummi try kerabu epal hijau dari dapur Mamafami yang terror memasak tu... :D, thanx Mama...sedap!
Bahan:-
2 biji epal hijau - sagat/hiris halus
1 biji cili merah - hiris
1 labu bawang besar - dadu
1/2 biji carrot - hiris halus2
daun pudina (*ummi xletak, anak2 xnak)
1 sudu teh jus limau nipis/limau kasturi
gula dan garam secukup rasa.
lada hitam - ditumbuk (optional)
olive oil
Cara Menyediakan:-
Campurkan epal hijau, cili merah, bawang, carrot dan daun pudina dalam mangkuk. Kemudian sediakan bahan gaul dengan mencampurkan jus limau, garam, gula, lada hitam dan olive oil. Campurkan ke dalam mangkuk bahan2 kerabu tadi. Gaul rata-rata dan seimbangkan rasa. Biarkan dalam 15 minit sebelum dihidangkan.

Nasi Tomato (Resepi II)

Masak nasi tomato ni hari Rabu kelmarin, hehe..baru sempat nk posting...Resepi ceduk dari rumah Che De Sam ni..Ummi masak half je dari bahan asal kat bawah ni..
Bahan:-
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi
5 sudu besar minyak
garam
air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)
daun pandan/daun sup
Bahan Tumis:-
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara Memasak:-
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biar mendidih. Masukkan beras dan daun pandan. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan-lahan. Hiaslah dengan bawang goreng dan tabur daun sup.

Ayam Pedas Bersos

Ni lauk untuk hidangan bersama nasi tomato kelmarin...Masak ayam sempoi gini je..licin...Ayam ni memang lebih rasa sos pedasnya...x banyak gunakan cili.
Bahan:-
1/2 kg ayam - potong kecil
2 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
1 sudu makan cuka
3 sudu makan gula
garam secukup rasa
sedikit air
Bahan Tumis:-
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
5 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar

Cara Memasak:-

Ayam dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng kekuningan dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan bahan kisar. Kacau hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan sedikit air dan biarkan cili masak sambil dikacau. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau dan masukkan cuka, gula dan garam. Masukkan sedikit air lagi dan biar kuah didih. Masukkan ayam dan kacau balik hingga kuah agak pekat. Seimbangkan rasa. Angkat.

Anugerah Blogger Paling Cun 2008

Award ni diterima dari Hana yang duk di Jepun sana...Sori lambat ambik, sampai Hana dah 2 kali sound suh ambik...alahaiiii...weeee, biar betul Hana...blogger yang cun ke, blog yang cun??? wakakakaa...Sebab akak ni bukan blogger paling cun...blogger habis cun daahhh...hehe..Apapun terima kasih x terhingga buat Hana kerana sudi bagi kat akak...Akak nak jugak pass award ni..tapi tengah bz dan xsempat nak fikir calonnya lagi...So, akak tepek dulu...nanti announce ek..Ke ada sape2 rasa layak tu, meh datang cakap kat akak laaa...senang keje... :D

Wednesday, September 17, 2008

Ikan Masak Lemak Jintan


Ni pun lauk berbuka semalam...Ummi ni pun x berapa sihat lagi nak masak macam2, hidung ku tersumbat dan batuk pun belum hilang lagi...Tengok resepi ni kat rumah Che De Sam dan terasa lak nak try...emmm...sedap, lain dari gulai lemak lain nih! Tapi resepi ni kena agak2 sendiri la yaa..Ni sukatan ummi k..

Bahan:-
2 keping ikan jemuduk (*ummi ni nak perabihkan stok ikan jemuduk)
1 keping asam gelugur
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil biji sawi
6 tangkai cili kering - goreng kejap dalam minyak
garam secukup rasa
gula (ummi x letak)

Bahan Tumbuk:- (*ummi kisar)
2 sudu besar cili kisar
1 cm halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup

Cara Memasak:-
  1. Ikan digoreng hingga masak, tetapi tidak terlalu garing
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumbuk serta jintan manis, jintan putih dan biji sawi hinga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan asam gelugur, biar mendidih.
  4. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga masak.
  5. Bila mendidih, masukkan cili kering yang telah digoreng tadi.
  6. Akhir sekali masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa.

Daging Masak Hitam Manis

Lauk berbuka petang semalam ni...resepi ni Ummi tengok banyak dah geng duk buat...Yang ni resepi dari dapur Maklang...sedap...senang pun senang....hehe..Thanks Maklang..
Bahan:-
1/2 kati daging batang pinang - dipotong dan direbus bersama kicap (air rebusan disimpan)
1/2 cawan kicap manis (cap Kipas Udang)
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar (Kalu nak pedas, tambah lagi)
Bahan A - (asingkan kepada 2 bahagian)
  • 3 sudu besar jintan manis ] disangai dan
  • 3 sudu besar jintan putih ] dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih }
  • 4 ulas bawang merah } dikisar
  • sedikit halia }
  • Bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • asam keping
  • Minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Daging yang dipotong/dihiris nipis direbus bersama kicap (simpan air rebusan)
  2. Bila daging telah empuk, gaul dengan sebahagian bahan-bahan A. Goreng sekejap sahaja.
  3. Asingkan daging ke dalam pinggan. Tumis pula lebihan bahan A tadi. Masukkan cili kering, kacau sebati.
  4. Masukkan daging dan air rebusan tadi. Gaul rata. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  5. Masukkan kicap pekat manis jika ingin nampak daging lebih hitam.
  6. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. Angkat.

Tuesday, September 16, 2008

Kek Marie Batik (Lagiii..!!)


Ummi buat hari Ahad kelmarin sebab abanglong nk bawa balik ke hostel..favourite anak2 nih! Lambat posting ni sebab xda mood je bila kena selsema dan batuk2 ni..dah penah buat sebelum ni..ulang tayang la kiranya..hehe...Resepi di Sini ya...

Sausage Puff

Ni sempoi je...nak menghabiskan sosej dalam fridge tu haa..buat sikit untuk Aiman. Xyah resepi lah ek..Cari je pastry puff (*ummi guna jenama Kawan), rebus sekejap sosej, belah tengah dan letak sos cili + mayonis, letak atas puff, gulung dan kelar2 sikit. Sapu kuning telor dan bakar selama 20 minit/hingga kuning keemasan.

Mini Murtabak Fiza

Mini murtabak ni Ummi hari Ahad kelmarin...Sori lambat posting sebab x berapa sihat, kena selsema teruk sampai naik merah dah hidung ni dan sekali la dengan batuk...adeeehhh..terawih pun x pergi...huhuuu...Petang Isnin Ummi buat nasi lemak je...nak masak pun xda mood dah..Resepi asal dari Fiza tapi Ummi ambil kat dapur Hajar, Thanks Hajar! Resepi ni dia punya sukatan main agak2 je ni tau..
Bahan:-
Kulit popia secukupnya.
Filling:-
Bawang putih - blend/tumbuk
Halia - blend/tumbuk
Serbuk karidaging (*ummi guna Adabi)
Serbuk kari kurma (guna Adabi jugak)
Garam masala
serbuk jintan putih
serbuk kari Madras (*x letak ni)
isi ayam cincang
sedikit air
garam
telor (*ummi letak 2 biji)
Bawang besar - potong nipis2.
Cara Membuat:-
Bancuh serbuk kari daging, kurma, garam masala, kari madras dan serbuk jintan putih dengan sedikit air menjadi pes. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes, kacau seketika. Masukkan isi ayam cincang dan masukan sedikit air. Gaul-mesrakan. Kacau sekali-sekala dan perasakan dengan garam. (sedikit saja garam, kerana kulit popia suda ada rasa masin). Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan dalam mangkuk. Kemudian pukul telor, masukkan telor tadi dan bawang besar ke dalam mangkuk inti tadi. Kacau rata. Letakkan inti atas kulit popia dan lipat menjadi 4 sei. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan goreng murtabak menggunakan api yang sederhana kecil. Goreng hingga kedua-dua belah keperangan.

Kari Ikan My Style (Again)

Kari ni Ummi biasa masak dah, sentuhan kari pertama masa mula-mula kahwin dulu, duk bese masak diwarisi dari mak...Hubby memang suka..Kari ni kalu Ummi masak kat rumah sapa-sapa pun, dia mmg boleh kenal kalu Ummi yang masak...hehee. Katanya, rasa x penah berubah...Tengok resepi kat Sini ya..

A Thank You Note From Suhana

Baru-baru ni salah seorang geng blog kita Suhana telah melalui dugaan dan kepayahan yang agak berat juga dan dengan izin Allah swt. serta dorongan/sokongan semua kawan-kawan, Ana dapat menghadapinya dengan tabah dan telah sihat untuk kembali semula ke dunia blog ni..Nota ni Ummi terima sebagai tanda terima kasih dari Suhana:-


Assalamualaikum.

I'd like to take this opportunity to express my hearfelt thanks to my dearest fellow friends for your kind words and support for me for the last couple of weeks,...well, as they said,everthing happens for a reason and I should believe that behind every cloud is a silver lining...the sky is at its darkest before dawn,...but as day breaks....the ray of the sun brings new hope and gives new life another chance..So, thank you again for being such loyal visitors and friends,...I shall continue to finish my Ramadhan and at the same time, spread food on the table..(sounds horny right?..)...**smiling**....and so will u....a special thank u to the following friends, pls accept my thank u note and paste it on yr blog..