NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili)
Sumber : Aidah
Bahan-Bahan:
(yang bertanda * dalam column tu, sukatan bahan ikut 2 cawan beras)
- 1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
- Air mengikut paras beras (* akak masak 2 cawan beras, airnya letak 3 cawan)
- 1 ekor ayam - potong ikut suka (*4 ketul ayam)
- 5 biji bawang besar - potong dadu (*akak guna 1 biji bawang besar)
- 8 ulas bwg putih - dicincang (*akak letak 2 ulas)
- 2 jari halia muda - dihiris (* akak letak 2 cm)
- 10 biji tomato segar - dipotong dadu (*akak kisar 2 biji tomato sederhana)
- 1 tin kecil tomato puree (*akak letak 2 sudu besar)
- 10 biji buah pelaga -dipecahkan (*2 biji)
- 5 kuntum bunga cengkih (*2 kuntum)
- 5 cm kayu manis (* 1 inci )
- 1 sudu teh serbuk lada putih (*1/4 sudu teh/secubit dua)
- 1 cawan minyak conola - (*akak guna 2 sb. butter)
- 1/2 cawan hirisan daun ketumbar (* akak x hiris pun, letak je 2 3 btg gitu)
- 1/2 caw daun pudina (* 1 sudu besar )
- garam secukup rasa
Bahan hiasan untuk ditabur:
- 1/2 cawan bawang goreng
- 1/2 caw hirisan badam goreng (* akak x letak, ganti raisins)
- 1/2 caw gajus goreng (*akak x letak pun)
Cara-Cara:-
- Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
- Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
- Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
- Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).
- Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
- Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
- Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
- Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
- Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.