Tuesday, November 29, 2011

Mixed Pasta With Blackpepper & Baked Bean Sauce

ASSALAMUALAIKUM.....selamat malam.....

Waaaah dah malam2 baru sempat nak mengupdate...tadi duk memilih, mengedit pun sekian hal...Xpa la eh...celik mata esok leh masak kalau nak try ni eh... Resepi ni akak olah saja sebab ternampak belen shell pasta dengan angel hair yg x sampai separuh paket memasing...pastu tengok2 ada baked beans 1 tin duk dlm pantry....so duk bayang2 kan aje laaa apa yg akan akak buat, Terus start menyiang bawang segala, belek2 sos lada hitam pulak sebab xnak guna cili kisar.... So, inilah dia... Dapat pujian dari cik abg dan Aiman....diaorg kata sedap, baru akak duk makan sekali...hahahahha. Yep, bukan nak angkat bakul sendiri....tp mantops pada tekak akak...Sila cuba kalau nak komen yea...hehehe

MIXED PASTA WITH BLACKPEPPER
AND BAKED BEAN SAUCE

Resepi Asal: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (anggaran 5 - 6 orang makan)
  • 200 gram shell pasta
  • 200 gram angel hair (spaghetti)
  • beberapa titis minyak zaitun
  • air secukupnya
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 helai daun bay kering
  • 200 gram daging kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos lada hitam (nak pedas sikit boleh tambah)
  • 3 sudu besar puri tomato
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 biji buah tomato - didadu
  • 8 biji cendawan butang - dibelah 4
  • 200 gram brokoli - dibelah kecil
  • 1 tin kecil kacang panggang (baked beans)
  • 3/4 - 1 cawan air
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • sedikit keju Parmesan - untuk tabur (ikut suka)
Cara Menyediakan:-
  1. Panaskan air secukupnya di dalam periuk hingga mendidih, masukkan beberapa titis minyak zaitun dan sedikit garam (jika perlu), dan masukkan pasta shell dan angel hair spaghetti dan rebus hingga lembut. Toskan. (Boleh jugak gaulkan dengan sedikit minyak zaitun selepas ditos, sekiranya tidak dimasukkan semasa merebus, terpulang..). Letakkan pasta di dalam pinggan hidangan yang sesuai, ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan/caserol, tumis bawang besar, bawang putih dan daun bay hingga naik aroma.
  3. Masukkan pula daging kisar dan kacau masak sebentar lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan semua jenis sos dan tomato puri juga serta air secukupnya. Masak sebentar dengan api sederhana sehingga mendidih dan daging masak.
  5. Masukkan cendawan butang dan garam secukup rasa.
  6. Sebelum diangkat, masukkan sayur brokoli dan buah tomato, kacau sebentar dan akhir sekali tuangkan baked beans dan kacau rata saja. Tutup api.
  7. Tuangkan secukupnya sos ke atas pasta tadi. Tabur keju parmesan...Makaann... Selamat Mencuba...! ^__^

Monday, November 28, 2011

Karipap Tun Telani, Inti Ros JintanManis

ASSALAMUALAIKUM....

Amboii banyaknya sawang kat dapur akak baru jek tinggal 3 hari...tuan rumah bz sangat dengan kenduri kendara, pastu melayan anak sedara pi jalan-jalan pusing Kuantan nih ha, makan-makan kat luar... Pastu balik diaorang jek duk conquer komputer dan laptop segala...abanglong pun menggeleng kepala...hadoiii...

Okay lah, meh jamu mata jek la yea...dah lama sangat dah duk simpan dalam folder resepi karipap Tun Telani nih... Asal-asal dulu nampak Izah @ Muffin Lover yang buat dengan inti keledek dari Ros @ Jintan Manis....akak tengok masa Izah tayang tu pun terliur...tp baru berkesempatan buat 3 4 hari sudah....tu pun kali kedua dah buat...yg kali pertama xdan nak snap, licin dikerjakan dek Aiman dgn hb dan kebetulan family adik ada datang, teruslah jamu.... Terima kasih kepada Tun dan Izah jugak yg rajin korek2 resepi...

Memang lah sedap doh karipap Tun ni, x berminyak bila digoreng, kulitnya rangup sungguh... teringat karipap mak sedara akak yg duk Bukit Goh tu, masa akak tinggal bujang2 dgn dia sebelum kahwin selalu tengok dia bancuh guna minyak panas camni...tp biasalah kan, masa tu, x amik pot sangat sukatan sebab xda keinginan nak buat lagi...hehee...Ok, mohon izin akak share kat sini lak yea...

KARIPAP
Resepi doh: Tun Telani

Bahan:-
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar margerin (*akak guna mentega)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
  1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk hingga margerin cair (tak perlu didih). Tutup api.
  2. Segera masukkan tepung ke dalam periuk tadi (*akak sediakan tepung yang dalam bekas, dan tuang jek minyak dan mentega panas tadi.) Gaul guna garpu biar crumble sikit. (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. Bila adunan agak sejuk, campurkan air dan garam dan uli lebih kurang 15 minit hingga nampak doh lembut dan berminyak. Bolehlah dibuat karipap dengan inti kegemaran.
INTI KELEDEK + BILIS
Resepi: Ros Jintan Manis
Sumber : Izah

Bahan:-
  • 1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
  • 1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besa cili kisar
  • garam
Cara Menyediakan Inti:
  1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
  3. Bolehlah memulakan sesi membuat karipap... ^__^

Dah lama x mengelim karipap, skill pun dah lari jugak...hahahaa

Sunday, November 27, 2011

Dapatkan E-Book Ke 3 JintanManis,..Tahniah Ros!

ASSALAMUALAIKUM....SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA...

Maaf kerana sepi sehari dua nih...bz ntah apa2...semalam seharian balik Temerloh berkenduri. Okay lah xnak citer yang bukan-bukan.... Pagi ni baru online dan ternampak akan entry terbaru Ros @ JintanManis tentang E-Book ke3 nya pulak....Tahniaaaahhh Ros!!! Kali ni khas untuk peminat-peminat donut...ayuh dapatkan E-Book tersebut dengan segera.. Cara nak dapatkan?? Jom click Sini dan ikut panduan seterusnya yea....

Tahniaaahh sekali lagi dan penghargaan terima kasih atas perkongsian resepi ini Ros, walaupun bz menguruskan anak2 tanpa suami tersayang di sisi, masih sempat melahirkan E Book ini dengan kerjasama jarak jauh bersama cik abang tersayang....Hanya Allah swt. jua yang dapat membalas budi kalian suami isteri.....Moga Ros terus sukses dan diberi kelapangan untuk meneruskan perkongsian lagi di masa akan datang dan dipermudahkan dalam apa jua urusan bersama keluarga tersayang.....bersabar banyak2 ya Ros... Cayangggg diaa...muaaaahh, muaaahhh!

Friday, November 25, 2011

Garlic Fish

Assalamualaikum....

SORRY TADI AKAK COPY RESEPI X ABIS...HAHAHAHA..now boleh layan...

Salam sejahtera buat semua yg sudi lagi skodeng dapur akak nih... Maaflah kerana semalam sehari suntuk bz di ofis sempena Board Meeting sebelah petangnya...Dari pagi duk finalise apa2 dokumen penting dan kertas-kertas kerja jugak.... sudah naik berpinaauu mata nih... balik rumah akak rest jek....x online pun....

K, jom layan resepi Ikan Bawang Putih yang dah lama akak nak buat sejak Mas @ Duniaku perturunkan di dapurnya, dah lama print resepi.....baru berkesempatan buat, tp last week dah masaknya...lebihan separuh dr ikan sagan tuh....mmg besttt.... Tqqq Mas...moga Mas sihat2 dalam tempoh pregnant tu dan jaga kesihatan yeaaa.... Izin akak C n P dan share kat sini lak eh... ^___^ Kot ada yg x menerai lagik...sedaaaapppp weeehhh!

GARLIC FISH
Resepi : Mas @ Duniaku
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan :
  • 1 ekor ikan talapia (akak guna sebahagian ikan sagan)
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada putih
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
Cara memasak :
  1. Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5 minit dan cuci kembali dan toskan.
  2. Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
  3. Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
  4. Goreng talapia hingga garing dan masak.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Letak dalam pinggan hidangan.
Bahan Sos :
  • 1/4 cawan sos tiram Maggi
  • 3 sudu besar sos plum
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus
  • cili padi - ikut pedas dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar - potong bulat2
  • 1 tangkai daun bawang - potong2
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • sedikit air panas
Cara memasak :
  1. Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
  2. Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
  3. Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi.
  4. Sedia dihidang...

Wednesday, November 23, 2011

Puding Lemak Cendol

ASSALAMUALAIKUM....

Malam ni just sempat nak share satu resepi puding yang sempoi tapi enak sekali....akak buat wiken baru ni, tapi biasalah baru sempat nak share...so no order please...hehehee. Puding ni memang sedap dan sesuai untuk mereka yang bercitarasa or tekak kampung gitu.... Tapi kalau nak pikat mak mertua pun boleh kot (*pinjam kata-kata CMG kat entry ni)...Tapi tu lah bak kata Mat, kalau mak mertua tekak 5 star x jamin la yea...hehehhee....pandai2 jek ko Mat eh...

Okayy xyah lengah meh akak share, resepi asal oleh bonda Yatie, waaah terasa ayu jek makan sebab Yatie ni pun ayu manja gitu kaan.... Yatie ni bukan bodek, tp hakikat eh... Thanks ya share resepi mudah dan memenuhi citarasa tekak kampung akak... Izinkan akak share sini pulak eh..muaaahhh!



PUDING LEMAK CENDOL

Sumber : Yatie @ Sinar Kehidupanku
Dicuba Rasa: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn gula pasir (akak guna 1 1/4 cawan jek)
  • 4 1/2 cwn santan (sederhana pekat)
  • 2 helai daun pandan
  • 500 gm cendol (tapiskan) (*akak ada 350 gm aje)

Cara-cara
  1. Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
  2. Masak adunan tadi dgn api sederhana. (*akak masak biar pekat sikit)
  3. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. (*akak kacau hingga adunan pekat dan berkilat). Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
  4. Masukkan cendol yg ditapis. Gaul sebati selama 5 minit.
  5. Angkat dan tuang di loyang. Biarkan sejuk dalam 2 jam.
  6. Setelah sejuk bolehlah dipotong. (*akak gunakan acuan kecil2...kalau letak dalam loyang lagi cantik, nampak potongan cendol macam gambar Yatie tu eh)

Monday, November 21, 2011

Daging Dendeng Harum Pandan

ASSALAMUALAIKUM.....Semoga semua yang masih sudi menjenguk dapur akak ni sentiasa dalam lindungan Allah swt jua hendaknya... Terima kasih dan mohon maaf kerana akak tidak berkesempatan lagi untuk membalas komen-komen di entry sesudah membacanya dan tak sempat juga nak blogwalking dan menitip sapaan.... Jangan ada yang berkecil hati la yea...minggu ni akak agak sibuk sikit dari pejabat dan berlarutan di rumah...tersangat letih...

Mesti semua sedang mengadap screen tv sekarang menyaksikan perlawanan Malaysia vs Indonesia sempena SEA Games ni...alhamdulillah dapat jugak menyamai gol kan..harap2 ada kelebihan la untuk Malaysia....Harimau Malaya pasti akan terus mengaum....auuummmmmm...!!

Ok meh layan dulu entry yang dah lama tertunggak...ni kes bawak balik daging korban Aidil Adha dulu, pastu anak2 dara sume ada balik bercuti seminggu dan sebelum balik Ahad lepas, akak buatkan daging dendeng ni untuk diaorg. So layaaannn... Kali ni akak ikut resepi seperti yg pernah akak kongsikan di Majalah Jelita yang lepas....

Daging ni memang sedap di makan bersama dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi putih dan roti putih jugak...meratah lagik la sedap... nak makan sekejap jek licin, nak membuatnya alahaaaiiii...tang bawang goreng tu la yg x laratnya....satu rumah bau bawang...belum lagi tang badan....hehhehee... apapun sangat berbaloiii

Okayyy...akak rasa akak perlukan rehat yang lebih memandangkan sejak minggu lepas agak meletihkan di ofis dan rumah jugak....so I have to....till then.... Have a great days ahead..


Saturday, November 19, 2011

Asam Pedas Kepala Ikan Sagan

ASSALAMUALAIKUM....selamat beristirehat di hujung minggu la ye...

Mesti banyak aktiviti sempena cuti sekolah yang telah bermula ni...kot ada yang berkenduri, dpt jemputan ke, pergi holiday ke...selamat selamat lah semua hendaknya...amiinn.. Akak belum lagi nak ke mana-mana nih...maybe seminggu dua lg kot...

Sementara tu jomlah layan asam pedas Ikan Sagan ni...Ikan Sagan?? Ikan ni dibawa balik khas oleh hb semasa outstation ke Pulau Tioman hari tu....bawak naik bot dr sana ha...Akak pun first time dgr nama ikan ni taauu..maybe kat tempat lain panggil nama lain kot eh.. Tapi ikan ni besar betuiii....seekor tu beratnya hampir 2 kg... akak wat asam pedas tu separuh bahagian kepala jek dah penuh periuk...adeeei, leh makan 5 6 beranak ni haa... Isinya pulak tersangat sedap...nak kata mcm isi ikan jenahak bukan, ikan bawal bukan, ikan jemuduk pun bukan...eeemm macam ikan sagan la kann...hehe

Meh la layan Asam Pedas ala nyonya versi Home Sweet Home eh...sama gak cam resepi asam pedas akak buat biasa2 kat rumah ni...tp mmg best la ikan nih...nnt hb pergi sana nak suruh beli lg laaa...seekor ni punya besar harga 20 Hengget weeeyyy...berat kaann..

ASAM PEDAS KEPALA IKAN SAGAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Baham (anggaran ikut banyak ikan la yea..)
  • 1 kg kepala ikan - dibersihkan
  • 1/3 cawan air (jika perlu)
  • secekak daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar (dengan 1/2 cawan air):-
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 2 cm belacan yg dibakar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 1 biji buah keras
  • 1 biji tomato
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol, tumis bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
  2. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan diikuti ikan. (tambah air jika perlu)
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga mendidih sebentar kemudian reneh guna api sederhana hingga kuah naik minyak kemerahan.
  4. Tutup api dan hidangkan.

Inilah rupanya ikan sagan tu, x muat nak siang dlm mangkuk sinki, kena bersila kat lantai la pulak...besaaauuu sesangat....nak mengeratnya pun jenuh ni...


Thursday, November 17, 2011

Bingka Cracker Yang Best

ASSALAMUALAIKUM....

Mohon maaf sebab dapur xda orang sehari dua ni...mesej dah dibaca semua, tp xsempat nak balas, tp sempat dah kunjung balas sebahagiannya...huhu...tuan dapur bz sangat kat ofis duk bersengkang mata depan komputer seharian, sakit urat mata, sakit urat jari, sakit belakang rasa duk menyiapkan kerja urgent belaka....adeeeeiii, wat keje x toleh kiri kanan dah pun.. Pastu balik rumah x kuasa je dah nak melekat depan screen ni lagi...ada kang bentan urat mata akak...hehehe, mcm org dlm pantang lak bentan2 ni eh...

Okaayy laaa...meh nak bagitaauu...cubalah buat bingka ni...fullamaakkk sedap la sangat...adunan cracker yang telah dikisar digunakan 3x ganda dari tepung, membuatkan bingka a.k.a kuih bakar ni sedap teramat....Akak sempat hidang dan tapaukan kat family adik...depa sume cakap seeeedaaappp...ha, apa lagik...jom intai resepi kh257tm@MyR yg akak cilok dr dapur Jun @ Yummylicious yang putih melepak ni..masa Jun tayang tu, akak mmg dah tangkap terus resepi ni...hehe... Thanks so much to both eh...Memang terasa kelainannya bila menggunakan kisaran biskut ni..beeeesst gituuu..

BINGKA CRACKER
Resepi: Kh267tm @ MyR
Sumber : Jun-Yummylicious
Dicuba uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 biji telur
  • 450 gram gula (akak letak 410 gram je, guna gula castor)
  • 170 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh pandan paste
  • 285 gram tepung cream crackers (kisar biskut cream cracker)
  • 1420 ml santan (akak guna 800 ml santan Kara dan selebihnya + air)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu teh garam
  • bijan (Jun tambah) - akak pun
Cara-Cara:-
  1. Kacau gula n telur hingga gula larut. masukkan tepung gandum, gaul sebati.
  2. Masukkan santan sedikit-sedikit dann kacau hingga santan habis. tapis.
  3. Masukkan tepung biskut cracker, kacau sebati.
  4. Masukkan garam, minyak sapi dan pes pandan. gaul sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang yg bergris, masak sekejap atas dapur hingga pekat sikit (jun skip yg ni) - jun tabur bijan..(kebetulan bijan biasa habis..yg ade bijan hitam, bantai ajelah..tp cun plak eh? hihi..) - akak pun x masak, terus jek tuang dlm loyang bergris yang dipanaskan dulu selama 3 minit gitu...
  6. Masukkan ke dalam oven n bakar hingga masak pada 160'c selama 1- 1 1/2 jam, keluarkan dan biar sejuk baru potong.

Dijamin sedap!! ^___^ kan Jun kaaann...

Wednesday, November 16, 2011

Rendang Ayam Chef Hanieliza Lagi

ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT SEJAHTERA...

Mohon maaf lah sebab xdan nak mengupdate pun semalam...terasa penat sangat semalam dek bebanan kerja di ofis yang tengah banyak dan semuanya nak urgent jek.... Seharian mata duk menghadap komputer, balik rumah kena lah restkan mata akak ni...kang penyakit lain lak timbul...malas dah nak tengok komputer kat rumah...

Sementara tu meh lah jamu mata dengan entry tertunggak sangat2 dah ni.. Rendang ayam yang dibuat dari Kuantan untuk dibawa balik semasa Aidil Adha hari tu...lamanya kan, baru nak entry...hehehee...sabauuu jek laa ^_^. Akak buatkan terus dari rumah, senang sambil2 leh kemas rumah gak laaa, lepas maghrib baru kitaorg bertolak balik sebab anak2 pun baru balik jumaat tu, so setelkan dulu selimut, cadar, tuala segala yang x sempat di basuh di tempat masing-masing sebelum balik beraya.... So xyah bebel panjang eh...layaaannn rendang ayam Kak Liza yang best nih...dah beberapa kali buat sebenarnya...

RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api




Rendang ni akak masak x berapa kering lagi masa bawak balik kampung petang tu, sbb nnt akan dipanaskan lagi hingga kering dan berminyak macam gambar Sini yg pernah akak buat dah dulu..

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

4 ekor ayam duk terendam dah, proses baru bermula... ^__^. Setakat anak menantu dan cucu2 Haji Zaihadi jek habis ni...xdan ke org lain daaahh...hehe

Monday, November 14, 2011

Ikan Bawal Panggang Bersiram Sambal Kicap

Assalamualaikum....

Adeeei lamanya rasa x bersiaran...dapur dah nampak tanda2 bersawang dah ni...rasa malas melampau2 dah ni...berderet gak menu tunggu posting...macam dah ala2 malas jek sekarang ni...apasaaii laaa... Semangat lebih, tp kerajinan kurang dah ni..... duk BW jek sana sini...naik berpinar2 biji mata...baca sana, baca sini...macam2 kejadian kat dapur orang....hahahaha, dapur akak jugak x berupdate...

Meh laa, malam2 buta pun akak tayang jek laa lauk hari apa ntah...masa anak2 ada kat rumah ni....hehee.. Resepi ceduk dari buku resepi Chef Harun - Nyaman Delicious.... dalam buku ni banyak resepi yg pelik2 jek....pastu kalau ikan, banyak guna belut, haruan camgitu...banyak khasiat ikan2 ni...tp sorilah, tekak akak mmg xleh masuk laaa...adeeii.. so akak tukarkan ikannya...hehehe.... Layaannn :)) Peeeaacee...no war...ok!

IKAN BAWAL PANGGANG BERSIRAM
SAMBAL KICAP

Resepi Ikan Panggang: Chef Harun (Buku Nyaman Delicious)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan bawal (resepi asal guna belut..hehe)
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 inci halia - ditumbuk halus
  • 5 biji lada hitam - ditumbuk halus
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 5 helai daun pudina (akak tukar daun limau purut) - dihiris halus
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar cuka hitam (akak guna cuka biasa)
Cara Menyediakan:-
  1. Ikan dibersihkan dan masukkan ke dalam bekas serta gaul dengan semua bahan.
  2. Perap ikan selama 3 jam.
  3. Panggang ikan di atas bara api hingga ikan masak (akak guna pemanggang elektrik Graes aje ler...)
  4. Hidangkan bersama halia jeruk...akak tuang sambal kicap jek...hehe (sendiri bikin la eh..)

Friday, November 11, 2011

Dragon Fruit Pudding

ASSALAMUALAIKUM.....

Harap semuanya sihat kekenyangan la yea...xkan x makan tengahari lagi kan...akak balik td hanya gorengkan mee lidi jek tuk anak-anak...rencah pun pakai daging jek laaa...banyak gak bawak balik daging korban kat kampung baru ni selepas diagih-agihkan... Esok akan bermula episod mendendeng daging untuk anak-anak dara tu ha, nak bawak balik ke kolej memasing lak pagi ahad nanti. Renyah sikit la kan..tp berbaloi wat daging dendeng nih...hehee.. Eh apasai citer daging lak, ni kan entry puding...adeeeeiii....Jom jom layan puding dulu la eh...entry basi yg baru nak ditayangkan...hehee.

Kebetulan ada sebiji lagi buah naga pepel hari tu....lepas wat dragon fruit jelly, kita layan dragon fruit pudding laks...hehee. Olahan resepi dari resepi puding buah pic Chef Hanieliza yang akak jadikan puding laici hari tu...


So, akak tampal resepi dengan olahan yang telah dibuat sikit eh....saja2 nak menghabiskan buah naga tu...apapun, mmg best...wat lembik2 sikit... ^___^

DRAGON FRUIT PUDDING
Resepi Asal : Chef Hanieliza dari Buku Senangnya Memasak Puding
Sumber dan Olahan Dari : Puding Buah Pic/Laici

Bahan:-
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 4 cawan air- * akak letak 5 cawan (nak yg puding yg lembut sikit)
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je, buah naga dah manis)
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 2 tin buah pic (dipotong dadu) - *akak tukar 1 biji buah naga ungu - dipotong kecil
  • baki potongan buah naga - untuk hiasan jika suka
# - Akak hiris buah naga setebal 1 inci dan tekankan straw saiz besar untuk dptkan bentuk potongan seperti dalam puding dan hiasan di atas.

Cara Membuat:-
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic/laici. Kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
  4. Sejukkan di dalam peti.
# - Akak letakkan buah naga setelah api ditutup dan tuangkan puding ke dalam acuan/loyang, biarkan lebih kurang 3 - 5 minit agar hilang wap panas, baru akak masukkan potongan buah naga untuk mengelakkan warna buah naga keluar dan akan mengubahkan warna putih puding terlalu banyak.



Thursday, November 10, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Muffin

Assalamualaikum.....

Salam sejahtera buat semua yang masih sudi-sudi lagi jenguk dapur akak yang kian suram ni....Apa khabar yea? Sorilah, mood nak mengupdate sejak balik cuti ni melayang jauh jek...bz melayan anak2 yang ada balik belaka kat rumah ni.... lepak-lepak, sembang-sembang, makan-makan...hehee, pastu malam mata macam awal sangat mengantuksss.....tu la pasal.. Kesian jugak kat mereka yang rajin duk click-click lagi kat sini...mohon maaf la yea... Enjin turbo rosak kot, ni pakai enjin second hand laaa...slow-slow gitu... x kesah, janji sampai kan... hehehe

Ada banyak sangat entry tertunggak sebenarnya.... dah x tau mana satu yang dulu, mana yang kemudian... Ingat nak masukkan entry raya korban dan acara korban di rumah mak abah sempena AidilAdha baru-baru ni...adeehh banyak sangat gambar nak dibelek dan dipilih...nanti-nanti la eks... Layan dulu muffin petang ni k...



SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE MUFFIN

Resepi Asal : Dayangjack
Olahan dari : Super Moist Eggless Chocolate Cake

So akak xyah letak resepi dah la yea...you all click jek kat mana-mana link tu...terima kasih banyak kat Dayang yang telah menyumbangkan resepi ni...akak suka...sangat moist...wat muffin pun still moist, cuma kena pandai la set oven masa membakar k. Cuma kali ni akak tukar dari penggunaan serbuk susu tepung kepada serbuk coffeemate.....lemak-lemak beracun gitu...hehhee. Pada akak, ini antara resepi terbaik nak buat cake/muffin jugak... Muaaahh to Dayang yang cantik lawoooo... ^___^

Friday, November 4, 2011

UpSide Down Pizza Tun Telani


Assalamualaikum...salam sayang....cuaca mendung dan asyik hujan je sehari dua...begitu jugak hujannya hati akak sehari dua ni dengan kes rebit akak... Malas nak bebel panjang dah ni...

Jom layan resepi pizza ringkas tetap amat sedap dari dapur Tun Telani nih....dulu2 akak tengok dah ramai blogger yang buat, akak jek ketinggalan... Dah beberapa hari lepas buat ni... Akak suka, sebab ringkas tp x kalah dengan kesedapannyaa....addeeeii rugi baru buat...pasni akan buat dan buat lagi... xyah uli2 tepung, carik-carik tepung, tebar-tebar tepunnngg...hehehe.. Terima kasih buat Tun cayanggggg... Izinkan akak c n p jek resepi kat sini yea... bab filling dia tuh..akak main hentam ikut resepi akak je laaa... sbb bahan tu jek yg ada...hehehe..apapun best giloosss...! Muaaaahhh tuk Tun... ^____^

Oh ya..akak ni x dan la nak amik gambar step-by-step..kalau nak tengok, pi ke dapur Tun yea...

SALAM AIDIL ADHA DAN MOHON MAAF BUAT SEMUA PENGUNJUNG HSH....muaaahhh!

UPSIDE DOWN PIZZA
Resepi: Tun Telani
Dicuba uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Dough
  • 2 bj telur
  • 1 cawan susu
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar minyak
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. - gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
  2. - sedia utk diguna
Filling
  • 1 keping dada ayam- kerat2
  • 3 sosej/hotdog- kerat2
  • 1/2 tin cendawan butang- hiris
  • 1/2 bawang besar- dadu
  • 3 ulas bawang putih- hiris halus
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 1 sudu besar oregano
  • garam
Cara-Cara:
  1. - tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
  2. - masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
  3. - masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
  4. - gaulkan oregano dan perasakan garam
Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven pada suhu 180 degree (akak set 170 C je tuk oven akak)
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.