Wednesday, October 29, 2008

Blueberry Bun


Isnin kelmarin sampai je dari kampung malam tu Ummi sempat buat roti ni untuk Najwa bawa balik ke hostel dia esoknya (selasa) sebelum Ummi outstation ke Terengganu...Najwa ni balik sekejap dalam study week ni...so Ummi ambil peluang bawa anak2 jumpa nenek Ummi (moyang diaorang) di Lurah Bilut, Bentong sebab raya haritu x sempat pergi sana..Resepi roti ni Ummi ambil dari dapur Noreen, dah lama perap, sebelum puasa lagi..tp sebab bulan puasa xda orang nak layan roti...ni baru Ummi buat...Thanx Noreen, walaupun penat Ummi uli jugak laa..n telling you..roti ni memang lembut dan sedap!! Noreen, sori eh..ummi kopipes je...!!
Bahan-bahan (11 biji):
300gm tepung roti
45gm gula pasir
1 camb bread improver
1 camt bread softener
20gm tepung susu
100gm susu segar
8gm (2 1/2 camt) instant yeast
100gm blueberry pie filling
1/2 camt garam
1 biji telur
50gm mentega atau marjerin
1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas bunblueberry filling - untuk dipipekan ke atas bun
Cara:
1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan doh setting. biarkan sehingga siap
2. kalau menggunakan mixer masukkan kesemua bahan kecuali mentega dan pukul selama 5 min. kemudian masukkan mentega dan pukul lagi selama 10 min. biarkan adunan menjadi sebati dan elastik
3. kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan ke dalam mixing bowl yang telah digriskan terlebih dahulu. tutupkan dan biarkan doh naik dua kali ganda
4. setelah siap (kaedah bread machine dan mixer) keluarkan doh dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin
5. potong dan timbangkan doh seberat 60gm. bentukkan semula menjadi bola dan susun ke atas baking tray yang telah digris. biarkan doh naik sekali lagi
6. griskan doh dengan telur yang telah di pukul sedikit dan bakar selama 190C selama 12-15 min atau sehingga masak
7. keluarkan dari oven dan pipekan blueberry filling ke atas bun.
note: jika tidak mahu makan dengan segera jangan dipipekan blueberry filling ke atas bun.

Ayam Masak Merah Noorma

Ni lauk ayam masak merah untuk makan dengan nasi tomato malam ni...Resepi dari Noorma Musa ni tak kurang sedapnya...Meh layan bahan2nya.
Bahan:-
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
6 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1 batang serai - kisar
1/4 inci lengkuas - kisar
3 - 4 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
2 sudu besar tomato puree
1/2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1/4 cawan susu cair (*ummi letak susu segar)
1/2 cawan kacang peas
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
Bawang goreng untuk tabur (*ummi x buat pun)

Cara Memasak:-
Ayam dibersih dan ditoskan. Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sebentar. Kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, tuang sedikit minyak untuk menumis. Masukkan rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, cengkih dan lawang), kacau hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga naik minyak dan garing dengan api sederhana. Masukkan sos tomato, tomato puree, garam, gula, susu cair dan sedikit air. Kemudian masukkan ayam. Kacau dan masak ayam hingga kuah agak pekat. Bila ayam telah masak, masukkan buah tomato yang dibelah 4 (jika suka) dan kacang peas. Tutup api dan hiaskan dengan bawang goreng sebelum dihidang.

Nasi Tomato


Petang tadi Ummi buat nasi tomato ni...dah penah buat dulu, suka sangat sebab simple tapi still sedap...tengok resepi di Sini ya.

Acar Mentah @ Jelatah

Rasanya dah lama x posting...bz dan weekend baru ni pun gantung periuk belanga laa...balik kampung nenek di Bentong.. semalam pun outstation ke Kuala Terengganu, pergi lepas subuh, malam baru sampai rumah. Malam ni baru masak...Ni acar mentah bese2 je wat makan dgn nasi tomato kat atas tu...xyah resepi lah ya..dah bnyk kali wat dah ni...

Saturday, October 25, 2008

Kek Buah Kak Liza

Buat kek ni pun sebagai buah tangan untuk balik ke rumah nenek petang ni...Resepi asal dari Chef Norz tapi Ummi kutip kat dapur Kak Liza ni. Mudah sangat dan tidak menggunakan butter, guna minyak je...Time kasih untuk Chef Norz dan Kak Liza yang sudi share... :D
Bahan A:-
150 ml minyak SeriMas (ummi guna minyak Seri Murni)
3 biji telor A
45 ml susu cair
1 sudu teh sirap kencana (ummi guna madu jugak ikut KakLiza)
1 sudu besar jus oren (ummi guna Mandarin Sunquick)
Bahan B:-
220 gm tepung gandum ] ayak
2 sudu teh serbuk penaik] bersama
175 gm gula perang
350 gm buah campuran
50 gm badam urai/roasted badam cincang
1 sudu teh parutan kulit lemon
badam tanpa kulit - ummi letak kepingan badam

Cara Membuat:-
  1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau rata dengan senduk kayu. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, gaulkan bahan ayak dengan gula. Masukkan buah campuran, badam urai, kulit oren.
  3. Perlahan-lahan tuangkan bahan A.
  4. Kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.
  5. Tuang dan ratakan dalam tin/loyang (ummi guna loyang 8x8" jadi nipis sikit, lain kali leh tukar loyang 7x7") yang telah digris dan dialas dengan baking sheet.
  6. Taburkan badam di atasnya dan bakar pada suhu 180 C (ummi set 175 C) selama 1 jam.

Rendang Daging CT Catering

Petang nanti Ummi akan balik ke Bentong nak jenguk nenek yang tak berapa sihat tu...raya kelmarin tak sempat nak pergi...ni pun duk tunggu kakngah je sampai dari Segamat around 4.00 pm nnt...so Ummi pun masak je lah rendang ni dan nasi impit nak bawak balik makan dengan nenek laahh.. Resepi ni Ummi kutip dari majalah Keluarga dari Restoran CT Catering, Bukit Beruntong, tp tengok sempoi sangat jadi Ummi dah edit sikit mengikut tekak Ummi ni...hubby orang pertama yang rasa, dia kata sedap..hehee
Bahan:-
600 gm daging (potong nipis)
3 batang serai - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
3 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
50 gm serbuk kari daging
5 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk cili
sedikit gula
garam secukup rasa
daun limau purut (optional) - ummi xda stok
Cara Memasak:-
Perapkan daging dengan sebahagian bahan kisar dan sebahagian rempah kari selama 30 minit. Panaskan minyak, dan tumis sebahagian lagi bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sebahagian lagi rempah kari tadi dan kacau atas api perlahan. Kemudian masukkan 1 cawan santan dan masak rempah hingga terbit minyak. Masukkan daging, kacau dan biarkan daging masak hingga kuah agak pekat. Bila kuah pekat tambah lagi 1 cawan santan dan kacau rata. Masukkan garam, air asam jawa dan gula secukup rasa. Kacau2 selalu dan biarkan kuah pekat semula. Tutup api.

Ayam Goreng Cornflakes

Ni pun acara melayan tekak anak2 yang dah bertukar tekak mat salleh nampaknya bila dah jemu makan rendang or kari agaknya...yang x jemu mak dan abah diaorang ni je..hehe...xpa lah sesekali layan sebab cornflakes lebih wat cookies dulu ada sikit lagi tu..perabihkan laa...lagipun petang semalam kitaorang ada jemputan raya rumah member ofis..jadi balik petang semalam sume orang dah kenyang...rileks sikit Ummi..hehee..
Resepi dari Yani yang terror memasak tu...
Bahan:-
1 keping dada ayam - ummi guna je segala isi ayam.. :D
50 gm tepung gandum
1 biji telor ayam Gred B
2 sudu besar air
cornflakes tanpa perisa secukupnya..
minyak untuk menggoreng secukupnya..
Bahan Perap:-
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil rempah kari daging
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil garam
Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan potong kecil (*ummi x potong kecil sangat)..Perapkan dengan bahan perap selama lebihkurang 10 minit. Masukkan cornflakes ke dalam beg plastik, ramas biar kasar-kasar. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, telor dan air ke dalam mangkuk, kacau sebati. Kemudian masukkan ayam tadi satu persatu ke dalam adunan tepung. Gaul rata dan masukkan pula ke dalam plastik cornflakes tadi, goncangkan biar cornflakes bersalut dengan ayam. Goreng dalam minyak panas hingga keperangan atau ayam benar2 masak. Bolehlah dimakan dengan sos.

Egg Benedict

Amboii mentang-mentanglah semalam cuti, anak-anak suh masak aje...x cukup dengan pasta tu, Ummi buatkan lah egg benedict ni..resepi dari Zurin@MR ni...fast n ez...
Bahan:-
2 biji telor
2 keping roti putih - buang tepinya
sedikit lada hitam - tumbuk
sedikit butter/marjerin
garam
Cara Membuat:-
Lenserkan bekas/loyang kecil dengan butter. Sapukan roti dengan butter dan letakkan di dalam setiap bekas membakar. Taburkan sedikit lada hitam dan garam. Pecahkan sebiji telor ke atas roti tersebut dan tabur lagi sedikit lada hitam dan garam. Boleh juga ditabur sedikit cheese jika suka. Bakar pada suhu 180 C selama 15 - 20 minit atau hingga telor putih agak masak dan kuning telor agak masak je..

Pasta with Thick Mushroom Sauce


Semalam kat Pahang cuti Besday Sultan..so ni makanan permintaan anak2 pagi semalam..dah jemu kot makan ketupat, lemang sume tu..layan je lah..

Bahan:-
300 gm shell pasta (atau apa2 jenis pasta) - rebus, masukkan sedikit garam dan 2 titik minyak, toskan
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 tin Thick Mushroom Sauce Prego (tin biru)
300 gm isi ayam cincang (Ummi guna jenama Ramli)
1 tin button mushroom - belah 4
4 sudu besar parutan cheese (Parmesan)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
garam secukup rasa
daun sup - untuk tabur

Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak dalam caserol dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ayam, kacau-kacau sebentar. Masukkan mushroom sauce, serbuk lada hitam, air dan mushroom yang dihiris tadi. Biarkan mendidih dan masukkan susu cair serta garam. Perlahankan api dan biar mendidih. Tutup api.

Wednesday, October 22, 2008

Singgang Sotong

Sebenarnya Ummi berpuasa dari minggu lepas lagi, weekend baru ni break puasa sebab nak attend kenduri anak sedara sebelah hubby. Lepas berbuka malam Jumaat lepas terus balik Temerloh dan kendurinya hari Sabtu. Ahad malam baru balik sini..then sambung lagi puasa, sebab tu lah xda masak beria-ia sangat! Esok kira raya lah..ada 2 jamuan raya nak pergi ni..hehe..Ok meh layan resepi dari Nor_67@MR ni...x penah masak singgang sotong..sedap rupanya..tambah2 bila dibiarkan semalaman, kawww gitu..!!
Bahan:-
500 gm sotong
3 biji cili merah (*ummi tambah 5 biji cili padi lagi..hehee)
1 labu bawang besar
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas - ketuk
2 batang serai - ketuk
3 keping asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
1/2 sudu besar gula
garam secukup rasa
500 ml air - jika nak lebih kuah, tambah lagi

Cara Memasak:-

Bersihkan sotong, potong ikut suka dan toskan airnya. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus. Tuang ke dalam periuk dan masukkan air, lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan. Masaklah hingga mendidih selama 5 minit dan barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (*ummi x guna perasa aji, sebab tu letak gula). Biarkan mendidih seketika (lebihkurang 3 minit) dan padamkan api. (jangan masak sotong terlalu lama takut jadi liat pulak isinya). Jika dibiarkan semalaman, bertambah sedap kerana bahan2 dan asam sudah cukup mesra.

Tofu Omelette

Resepi berbuka puasa semalam jugak ni...sori lah eh, baru boleh posting sebab semalam dah try duk depan pc nak edit gambar..tp line internet slow giler...malam ni nk posting pun slow giler...Ya lah, agaknya sebab petang tadi hujan lebat sungguh! Sebenarnya, resepi ni dah lama jugak ummi collect dari dapur Retno salah seorang geng blogger Indonesian yang sering Ummi jenguk dapur dia...menyelerakan sume kat situ..Bila tengok Jun buat hari tu, terasa nk buat dah..Resepi ni simple dan sedap...makan camtu je pun kenyang..!
Bahan:-
1 keping tofu (100 gm), hancurkan
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
2 biji telor - dipukul sikit
garam secukup rasa
serbuk lada hitam
4 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
Hancurkan tofu, kemudian masukkan semua bawang besar, bawang putih, telor, garam dan serbuk lada hitam. Panaskan minyak dalam non-stick pan berdiameter 20cm. Tuangkan adunan tadi dan masaklah seperti telor dadar. Apabila bahagian bawah telah masak kuning keemasan, terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan juga. Angkat dan hidangkan.

Kacang Buncis Goreng Dengan Tempe dan Udang

Ni menu berbuka puasa semalam..tapi ni baru leh upload sebab line internet slow tahap gaban, tak tau lah kenapa, mungkin baru lepas hujan lebat kot..puas dah menunggu nk edit gambar, dah tengahmalam so baik Ummi zzzzz je..hehee..geram pun ada..so layan je lah menu yg dah licin ni eh..

Bahan:-
300 gm kacang buncis - potong serong
10 ekor udang
1 paket putik jagung (baby corn) - belah dan kerat 2
1 biji cili merah
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - cincang
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
garam
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng dulu tempe hingga agak garing dan masukkan sos cili. Goreng rata dan biar agar garing. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili potong. Kacau hingga naik bau. Masukkan udang, kacau. Masukkan sayur putik jagung, garam dan sos tiram. Kacau sebentar dan akhir sekali masukkan kacang buncis. Kacau rata sebentar, jangan terlampau layu. Tutup api.

Tuesday, October 21, 2008

Meehoon Kicap Diana

Semalam buat mini besday untuk Aiman, balik kerja je Ummi teruslah masak meehoon goreng je..Resepi dari DianaA@MR ni memang elok sangat untuk budak-budak yang tak tahan pedas, ada Ummi adjust sikit dan tambah sayur sebab resepi asal xletak apa2 sayur pun...Emm, simple dan sedap...itu my sister in law yang cakap tau..hehe

Bahan:-
1 paket meehoon (direndam/celur dengan air panas)
4 biji telor - goreng scrumble
12 ekor udang - dibersihkan
3 ekor sotong - hiris bulat (*ummi tambah ni)
1/2 cawan sos tomato (*ummi letak 1/4 cawan je)
1/4 cawan sos cili (*ni ummi tambah)
1/2 cawan kicap
1/2 batang lobak merah (hiris halus batang mancis)
1/2 biji kobis - hiris
2 pokok sawi - optional
garam secukupnya
serbuk perasa (optional)
gula sedikit
bawang goreng (ummi x buat pun)
minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-
15 tangkai cili kering, rendam dalam air panas dulu (ummi letak 10 tangkai je)
2 biji bawang besar (*ummi blend 1 biji je - 1 biji lagi cincang)
1 ulas bawang putih (*ummi letak 3 ulas)
1/4 cawan udang kering (rendam dan toskan)

Cara Memasak:-
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sos tomato, sos cili dan kicap bersama. Masak bahan hingga betul2 pecah minyak dan masukkan carrot dan kobis. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan udang dan sotong. Masak sebentar dan masukkan telor scramble tadi dan gaul rata. Masukkan meehoon dan sawi. Kacau rata hingga meehoon benar2 lembut dan warnanya sekata. Angkat dan taburlah bawang goreng.

Mini Birthday Party For Aiman

Aiman dah standby nk potong kek lepas acara nyanyi2 sikit..

Ini lah dia Blueberry Cake yang Ummi beli...mahalnya...RM48.00?? emm..xyah beli dah la lain kali..tahun depan ntah berapa pulak harganya ek!

Antara makanan yang terhidang..alamak lupa nk close-up KFC tuh!!

Jelly kelapa ni dibawa oleh my sis-in-law...sedapnya..sejuk tekak!!

Aiman with his 4 cousins..hehee..dikelilingi jelitawan eh!

Yesterday I've invited my brother and his family to come over to my house and we celebrated Aiman's mini birthday party at 8.00 pm...I only prepared meehoon goreng, and on the way back from office I bought a bucket of KFC and birthday cake for my dearest Aiman...as promised! Although it was just a small party, he was so happy with his 4 cousins (all girls..heee)...So, layaaann gambar je lah yaa...Yesterday, when he came back from school, he had asked his Abah to accompany him to the nearest shop..he wanted to buy something (apa lagi...mainan laaa...). Yeap! he bought a kind of game called Bidaman (*what is it???...me, pening kepala...hehee). I think, all kids knew this game very well...apa-apa aja lah Aiman..Was that all you've been thinking for your birthday gift?? Waahaa..lucky he didn't ask PS3 or anything that is more expensive!!

Monday, October 20, 2008

Happy Birthday to My Youngest Boy

HAPPY 10TH BIRTHDAY TO AIMAN HAZWAN, my beloved youngest boy...I hope you'll be a good boy and I love you so much...May Allah swt. bless you always..!!
Since I just arrived home from Temerloh at 8.00pm yesterday, after a wedding ceremony of my hubby's niece and nephew on Saturday, I couldn't manage to prepare anything, even a simple cake for him...Memang ada terniat nak buat, tapi memang betul2 tak sempat dah untuk hari ni!! Sampai je rumah malam tadi, terus membereskan laundry dan rasa penat sangat. But I did promise him to buy a birthday cake and KFC this afternoon...nak ajak anak-anak buah join mini party je malam ni..Ok lah kot ya Aiman...Hadiah nak jugak? Emm nanti kita cari kemudian la ya comel mak...muaaahhhh, muaaahhh!!

Wednesday, October 15, 2008

Kek Lapis Blueberry Pandan


Kek lapis ni ummi ambil resepi dari dapur Edazman yang asalnya menggunakan jem strawberry. Tapi sebab xda stok dan angin R tu datang macam ribut xdan-dan sangat...so Ummi bantai je guna jem blueberry yang ada dalam stok..Resepi mudah je, nak melapisnya yang x berapa larat nk tunggu tepi oven..Meh tengok resepi asal yaa..
Bahan-Bahan:-
  • 250 gm butter (elok guna jenama Golden Churn)
  • 120 gm gula halus
  • 6 biji telor
  • 120 gm tepung Hong Kong
  • 1/2 sudu besar ovelette
  • 100 gm jem strawberry
  • 150 gm kaya (ummi guna jenama Yeos)
  • 1 paket serbuk santan
  • pewarna merah jambu, hijau dan kuning
Cara Membuat:-
  1. Pukul butter dan gula hingg ringan. Masukkan telor satu persatu, pukul rata setiap kali telor dimasukkan.
  2. Masukkan ovelette dan pukul lagi. Masukkan tepung dan gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan jem strawberri (i used blueberry) dan pewarna merah jambu, kacau rata.
  4. Bahagian kedua dicampurkan dengan kaya dan pewarna kuning, kacau rata.
  5. Bahagian ketiga dicampurkan dengan serbuk santan dan pewarna hijau. Kacau rata.
  6. Alas dasar loyang 7"x 7" dengan kertas minyak yang disapu marjerin pada dasar loyang.
  7. Masukkan 3 sudu besar adunan merah jambu dan bakar selama 3 minit dengan api atas pada suhu 175 deg. celcius hingga permukaan berwarna coklat muda.
  8. Kemudian masukkan 3 sudu besar adunan kuning pula dan bakar lagi dengan api atas.
  9. Kemudian masukkan 3 sudu lapisan hijau pula dan bakar. Buatlah berselang seli hingga habis.
  10. Bagi lapisan terakhir bakar dengan menggunakan api atas dan bawah bersekali selama 5 - 6 minit.

Udang Supreme

Ni jugak menu berbuka puasa petang tadi..jalan2 rumah Sherry jumpa pulak resepi ni..simple one! That's what I wish!! hehee..Thanx Sherry!! Ok, meh layan resepi ek.
Bahan:-
500 gm udang (dibersihkan dan buang urat belakang, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)
3 tangkai cili merah (cincang halus)
3 tangkai cili hijau (cincang halus)
1 biji bawang besar (cincang)
1 inci halia (cincang halus)
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap cair
minyak untuk menumis
sedikit garam (jika kurang masin)



Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu sehingga bertukar warna kemerahan (jangan terlalu lama, nanti udang terkeras lak). Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan cincang hingga garing dan naik bau. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Kacau sebentar dan masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Ayam Pedas Bersalut Telor


Menu berbuka puasa untuk Ummi, hb and Najiha petang tadi... ayam lagik!! Huhuuu..memang jemu dah, tapi permintaan anak2 kenalah turutkan. Resepi simple je, terjumpa kat rumah Kak Rinn ni...xda sukatan pun dalam resepi ni, main agak2 je. So, ini sukatan ummi lah yaa..

Bahan:-
400 gm ayam - cuci bersih dan dipotong kecil-kecil
4 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 cm lengkuas - tumbuk
3 batang serai - potong kecil & tumbuk
2 sudu besar cili kisar
2 camca besar air asam jawa
1 1/2 sudu gula/secukup rasa
garam secukup rasa
2 biji telor

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili benar masak dan pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak ayam hingga kuah pekat. Pecahkan telor ke dalam masakan dan kacau sehingga telor menyaluti keseluruhan ayam. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Monday, October 13, 2008

Best Choc Moist Cake


Ummi buat kek ni petang Jumaat kelmarin, sebab Aiman duk tanya, mak x buat kek birthday ke..uihhh bz terlampau...ada budak2 ofis beraya ke rumah...pastu modem internet kat rumah ni jahanam, panggil TM buat aduan, 2 hari baru datang...ishh...sabor je laa...Jadi ni kira kek besday la ek..tapi anak2 la yang duk ulang-alik makan...Resepi kek ni Ummi ambil kat dapur Kak Rinn dan resepi asal dari Allrecipe.com. Memang tekstur kek ni lembut dan halus...keluarkan dari fridge lebih kurang 20 minit...sedap di makan! Kak Rinn, thanx for sharing..

Bahan:-

1 cawan butter/marjerin (* i used butter)
1 3/4 cawan gula kastor (*ummi pun kurangkan jadi 1 1/2 cawan je)
3 biji telor
2 1/2 cawan tepung serbaguna
6 sudu besar serbuk koko (*ummi guna brand Vouchelle)
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan susu segar

Cara-Cara:-

Preheat oven pada suhu 175C (*ummi putar suhu 170C sahaja). Griskan loyang 9"x13" dengan mentega dan alas dengan baking sheet. (*ummi guna loyang bulat 9"). Ayak bersama tepung, baking powder, serbuk koko dan garam. Ketepikan. Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi. Masukkan esen vanila. Pukul lagi dan masukkan tepung berselang seli dengan susu dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit. Sejukkan atas wire rack. Hias dengan topping choc.

Roti Jala (Resepi II)

Ni menu weekend lepas dah masa baru2 balik dari kampung. Anak-anak nak makan, tapi Ummi sediakan kari sardin sebagai lawannya...emmm besttt! Jemu dah makan ayam n daging..so stop dulu...Memang ngam!! Resepi roti jala kali ni Ummi ceduk dari dapur Ratna @ CikBawang. Thanks Ratna. Lebih senang dan x banyak karenah nak bancuh adunan..

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Kari Sardin

Ummi masak ni sebenarnya weekend lepas dah, masa baru balik dari kampung, sori baru ni nak upload gambar n posting. Kemalasan melanda tahap gaban betuiii..Dah puas rasanya makan rendang daging dan ayam masa berhari raya di kampung, bila balik ke rumah Ummi ni, hubby suh wat roti jala..emm xnak ayam xnak daging..nah Ummi wat kari sardin la pulak..Najwa siap tapau bawak balik ke kampus lagi pagi Ahad tu..dia x makan pagi..Sampai je kat hostel, terus makan, siap sms lagi katanya sedap kari sardin ni...hehee...roti jala 8 keping dia tibai sume..
Bahan:-
1 tin besar sardin (cap ayam) - ambil isinya saja
1 1/2 cawan santan pekat ) * dibancuh bersama jadikan pes
1 paket (6 sudu besar) serbuk kari ikan *
1 sudu besar cili kisar *
1 sudu kecil serbuk ketumbar *
2 cawan santan cair
3 biji kentang - kupas dan potong kiub
2 biji tomato - belah 4 setiap 1 biji
garam secukup rasa
Bahan Tumis:-
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
2 batang serai - ketuk
1 sudu kecil halba campur
2 pelepah daun kari
1 biji buah keras - tumbuk

Cara Memasak:-

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan kacau hingga naik bau. Masukkan pes rempah tadi. Perlahankan api dan masak rempah hingga naik minyak. Kacau-kacau selalu. Bila rempah telah pecah minyak, masukkan ubi kentang. Kacau rata dan masak kentang hingga 3/4 empuk kemudian masukkan ikan sardin. Kacau sebentar dan masukkan santan cair dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan perlahan api. Bila kentang telah benar2 empuk, masukkan belahan tomato dan tutup api.

Kad Raya Lagi...Dari Zanie


Emm ada lagi kad raya yang sampai ke pintu rumah bila balik dari kampung ni ek..Apapun time kasih Zanie..akak lupa nak amik kad salam ukhwah jugak hari tu..kira angkut sekali la yaaa....Terima kasih banyak2 eh..Muaahhh!!

Friday, October 10, 2008

Sebahagian Gambar-Gambar Di Aidilfitri Pertama

Aiman & his cousin, adikku Saniyah (n her baby boy), me & adik jugak(Marziah)

My daughters Najwa & Najiha with their cousins

Beraya di rumah bakal Besan baru my parents, hehee..

Emm...sempat lagi posing tuuuhh! :D

Terima kasih laa..kami nak balik dulu la yaa..

My hubby duk melayan anak buah sorang tu..

Gelagat "Fang Face" my daughters & their cousins

Abah dan emaklah orang paling bahagia bila melihat sebahagian besar dari 12 orang anak2 serta menantu dan cucu-cucu berkumpul.

Selepas abang sulung, tiba giliran Ummi n family lak..hb mula dulu eh!

Tangan dihulur, maaf dipinta, moga emak dan abah berbahgia dan dalam lindungan Allah swt. selalu..
Dakapan dari ayahanda tercinta...wpun dah selalu cium diaorang..tapi di pagi Syawal terasa kelainannya..sayu betul..

Me n hubby bermaafan & ada adegan "kasihsayang" lepas tu..hehe (*xleh tunjuk sini..)

Antara menu hidangan di pagi Syawal sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri

5 kg daging dendeng...Ummi n adik yang uruskan ni...cerewet betul nak wat ni, kena rebus, kena hiris, kena tumbuk, kena goreng..byk step kan sebelum boleh masuk dalam kuali ni...adeeehhh!!

Lepas tu tolong emak balut ketupat pulak...pinggangku..alahaiiii


Memandangkan mood hari raya masih menebal lagi...masak2 pun kurang je..ada je jemputan, so meh layan gambar2 ketika berhari raya di kampung Ummi baru ni..Tengok je tau..jangan gelak..So sorry coz the pictures taken are quite blur due to rushing/candid n technical error in adjusting the DGcam mode..Sume gambar2 ni mostly taken by my daughter Najiha Elyani. Anyway, thanks to her..Me? so bz dan lupa laaa..gambar kitaorang 1 family pun lupa nk snap, nak cepat2 je sume..hehe.. Gambar banyak, jadi Ummi kongsi sikit2 je laa ya, banyak yang reject, huhuuu...Nak kena anta kursus fotography dulu camgirl tu..hehe..Family Ummi ramai, penuh rumah..