Wednesday, September 25, 2013

Kek Buah Kukus Mat Gebu

Bismillahir Rahmannir Rahim..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akak masih diberikan ruang lagi untuk berkongsi dan bersiaran di dapur alam maya kesayangan ini...kalau dah minat, biarpun lama menyepi, rindu tetap menyapa dan terfikir bilakah ada ruang dan kerajinan lagi... Doakan agar perkongsian ini akan dapat akak tunaikan biarpun kekangan masa semakin sempit untuk hidup yang sudah melalui penghujung senja ini.  Kehidupan yang berlalu sudah tidak sejauh kehidupan yang terpaksa dilangkah ke hadapan.  Terasa semakin dekat masa mengejar.  Semoga setiap perkongsian yang akak buat ini membawa manfaat dan segalanya hanyalah semata-mata niat ikhlas kerana Allah jua...insyaAllah.

Okey kali ni akak kongsikan resepi yang sangat sinonim dengan blogger masak-masak, dah ada yang mengambil tempahan dan membuat bisnes kecil-kecilan hasil perkongsian blogger masak2 di alam maya ini..Alhamdulillah, semoga rezeki bertambah dan Allah berikan balasan setimpal kepada tuan punya resepi yang sudi berkongsi rahsia.  Barakallah!  Kek Buah Kukus Mat Gebu ini memang tersohor, telah ramai yang cuba, telah ramai yang buat berniaga mungkin, telah ramai jugak yang jatuh cinta dengan rasanya.  Terima kasih banyak Mat, itu sahaja yang mampu akak katakan.  Terbaik!!  Seisi keluarga akak menyukainya, nak-nak Najiha, siap suruh buat lagik...adeeii

Ini adalah kerajinan ketika menyambut Syawal yang tiba hari tuh...akak kukus 3 biji kek nih...adeeh berpoluuuhh ketiak den tunggu kat dapur...mujur piyuk kukusan akak tu mmg jenis dalam xyah tambah2 air dah masa kukus...tp cuma 3 - 3 1/2 jam je la setiap satu.. Ngukusnya lama kemain, makan sekali hadap xdan 3 jam pun, nak nak ramai2 di kampung hari raya aritu...semua keluarga suka..!  Berbunga-bunga hati rasa berbaloinya Mat..! Hehe..tapi gambar sempat ambik tinggal secuit jek...hehe


KEK BUAH KUKUS
Resepi:  Mat Gebu a.k.a CMG

Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

Cara membuatnya:-

  1. Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.
  3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
  4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
  5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
  6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
  7. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....
Pasti buat lagik Mat....insyaAllah

Sunday, September 22, 2013

Ayam Penyet

Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum....waaaahh berdebar-debar nak update blog sebenarnya...takut takde yang perasan pun...hahahaha, maklumlah lama sangat tuan dapur bercuti dengan kebizian yang tidak terucap, juga kelapangan yang berlalu dibiarkan santai menghirup angin segar, itulah bila kemalasan juga mengatasi kerajinan menjengah dapur alam maya ini.  Dapur realiti pula jarang sangat berhenti berasap, perut asyik whatsapp jer bgtau lapar...hehehe.  
Apa khabar pengunjung-pengunjung yang masih sudi dan setia bertamu...mohon maaf tersangat kerana salam dan tamu tidak bersambut.  Hanya Allah yang mengerti duduk perkara dan kerinduan untuk kembali berkongsi sedikit ilmu memasak yang dicuba... Walau menyepi diri dari kemaskini resepi-resepi, namun perkembangan kawan-kawan alam maya dan berita-berita suka duka dijengah jua.  

Bagi yang telah meningkat dari masak-masak kepada mengambil tempahan, tahniah akak ucapkan...semoga rezeki terus murah dan diberkati.  Ilmu yang mengalir akan panjang pula laluannya dan semoga keberkatan mengakhiri segalanya...insyaAllah.  Namun beberapa kejadian yang tidak seronok di dengar yang dialami oleh teman-teman blogger apabila gambar-gambar diciplak sesuka hati, dijadikan lorong mudah untuk mengaburi mata dan memenuhkan poket sendiri amatlah mendukacitakan.  Semoga kalian tabah dan teruskan berdoa dan bersabar.  Sesungguhnya kepada Allah jualah kita pulangkan setiap perkara yang berlaku, Dia Maha Mengetahui.


Ok lah, xnak cerita ceriti panjang sangat, nnt boring kan.... Jadi akak share lah resepi Ayam Penyet ni yang tentunya dimakan dengan nasi laah, tapi masa ambil gambar ni, nasi baru masak, xdan nak posing laaa.. Alah nasi biasa jer kan... Apapun ayam penyet ni sangat sedap... Asal ternampak di dapur Kak Wan yang kreatif dan terkenal tu laaa.. Kak Wan kongsikan dari dapur Amy.  So layan je laa..jangan tanya bila punya masakan ni, dah selamat aman tenteram dalam perut....hehe.  Akak kopipes resepi dari dapur Amy la yea...Tqqq Amy dan Kak Wan.

Ayam Penyet 
Sumber – Amy & Kak Wan

Untuk Ayam
1 ekor  ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur
1 biji timun – dihiris nipis

Bahan - bahan untuk rebusan ayam:
Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
(Bahan * - bahan dikisar)
Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:-
1.  Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2.  Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3.  Kemudian masukkan garam, gula.
4.  Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5.  Angkat dan ketepikan.
6.  Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7.  Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8.  Panaskan minyak dan goreng semua bahan bersalut sehingga tepung kekuningan dan 
     diangkat.
9.  Hidangkan ayam penyet bersama kangkung, hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan 
     sambal.
Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.


Untuk Sambal:-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

1.  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2.  Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.  Setelah layu, masukkan tomato. Gaul 
     rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga 
    separa halus.
6.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7.  Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
   * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti            sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Lupa pulak nak curah sambal atas ayam tu masa snap gambooorr...tengok kat dapur Kak Wan bersimbah bagai, kecurr daaah...