Tuesday, January 31, 2012

Jemput Pisang Molat-Molat...Bab Masak Anak Dara Dulu Dan Sekarang

ASSALAMUALAIKUM....Morninggg...!

Untuk makluman, entry ini akak letak adalah lebih kepada untuk panduan anak-anak dara akak dan juga kawan-kawannya yang selalu menjadikan blog akak ni sebagai panduan bila diaorg balik ke rumah sewa dan datang keinginan untuk memasak sekali sekala... Ada jugak yang tanya, macamana nak dapat cucur atau jemput-jemput yg bulat-bulat bentuknya.... So akak harap, diaorg dapat sedikit panduan dan tips dr diri akak yang x seberapa pandainya nih...bukan nak tunjuk teror okeh...Biarpun nampak sempoi, tp kalau x buat sendiri atau belajar, xkan tau jugak kan...

Kebiasaannya akak x suka letak sebarang soda untuk jemput-jemput pisang yang lebih rasa pisangnya dari tepung, memang sedap yg macam ni, tp bila goreng, akan penyet sikitlah rupanya bila dah sejuk dan agak meresap minyak....tp mmg best, kaya pisang bila dikunyah. Tapi kalau nak kasi bulat2 sikit bentuknya, kenalah jugak letakkan soda sedikit dan lebihkan sedikit tepungnya di samping soda ini untuk melembutkan jemput-jemput, tapi janganlah pulak sampai hilang rasa pisang...kena agak-agak la kan.. Kalau nak sedap guna pisang emas or pisang berangan yang betul-betul ranum nak lembik tu...ha..

Ya la kan, anak2 dara sekarang, bukan semuanya pandai membuat jemput-jemput waima goreng ikan pun kadang-kadang hancur, x tau dah garing ke belum kan (itu pengalaman akak sendiri masa anak dara, kena dipantau jugak oleh mak). Tapi alhamdulillah, seawal akak darjah 3, akak dah masuk "My Mom's Cooking School" (mak akak la Guru Besar dan Pensyarahnya...hahaha). Akak dah boleh menyiang ikan yang besar-besar, siat kulit ikan cencaru, dan tebuk perut ayam kampung untuk mengeluarkan khazanahnya...tu sebab akak x makan ayam kampung...aiish! Kemudian masak air dan jirus/rendam kejap ayam tu untuk memudahkan bulu-bulunya ditanggalkan..bersihkan ayam kampung yang siap disembelih oleh abah akak dulu2 mmg kerja akak sebelum mak masak, siapkan akak layurkan jugak kasi hilang bulu-bulu roma halus ayam tuh...hehhee, tp dengan pemerhatian mak...kalau ada bulu2 tu lagi, kasi bersih...

Bab menjemput adunan cucur ke dalam kuali pun, akak diajar oleh ibu, hati-hati dengan minyak panas. Pernah akak tengok geng2 sebaya akak, bila akak pergi jalan2 or bermalam di rumah diaorang, ada yang nak goreng jemput apapun sekalipun, menggunakan sudu, takut nak menjemput adunan dengan hujung jari, hehe...so bila guna sudu, bentuk x cantik sikit la kan.

Ini hanyalah kisah selingan, jangan ada yang terasa or jengkil dengan cerita akak ni, bukan bermaksud menyindir atau tunjuk pandai. Tapi biasalah, lain dulu lain sekarang, sesekali membebels, memandangkan akak pun dah ada anak-anak dara besar dah (*harap-harap diaorg baca ni..hehe) So, buat adik-adik blogger yang dah pandai wat jemput-jemput tu, jamu mata je la eh, just ignore this case, ok..hehee...Sori yaa, tiba2 "TER"datang idea nak berkarangan pulak... Mana yang baik ikut k, mana yg x suka, baca dan senyum jek k, ^__^.

JEMPUT aka CUCUR PISANG BULAT
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 8 biji pisang berangan masak ranum*
  • 2 - 3 sudu besar gula pasir* (bahan * dilecek bersama)
  • 250 - 300 gram tepung gandum (jangan terlebih tepung lak, nnt hilang rasa pisangnya)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu kecil rata soda bikarbonat
  • air secukupnya
  • minyak secukupnya untuk menggoreng (deep fry)
Cara-Cara:-
  1. Gaul tepung, garam dan soda bikarbonat biar rata, kemudian masukkan pisang yang dilecek. Gaul sebati.
  2. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul lagi hingga adunan menjadi lembik sedikit dari adunan cucur biasa, tetapi pastikan boleh dijemput dengan hujung jari. Biarkan 8 - 10 minit.
  3. Panaskan minyak dan jemputkan adunan dengan hujung jari ke dalam kuali. (goreng dengan api sederhana besar). Balikkan agak kerap biar cucur kembang membulat. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  4. Hidangkan sebagai sarapan pagi atau minum petang ketika suam-suam/panas.

Monday, January 30, 2012

Popia Inti Ala Karipap

ASSALAMUALAIKUM.....

Selamat petang...salam isnin....puas dah ke bercuti dengan family? Hari ni anak2 telah mula bersekolah balik kan....bermulah routin menyediakan sarapan seawal sebelum subuh....huhuu... Tapi entry ini bukanlah yang pagi tadi punya, akak jarang snap gambar pepagi subuh gitu weeyy...mcm kepelikan lak rasanya...hahaha. Entry dah lama jgk ni.

Sori lah kebizian melanda sungguh, cuti 2 hari kelmarin langsung tidak sempat nak online....2 family adik dari Gombak dan Bangi datang berturut hari pastu berarak ke hulu ke hilir, jalan-jalan, makan-makan...mood nak menghapdet pun hilang. Tu pun jengah2 dan sampuk2 komen kat FB via hp jek....huhuu... Sambil rehat berlunjur, juling-juling mata nak menengok skrin phone tuh...eee x kuassaaa, senak urat mata rasa...

Okeh laaa meh je layan kuih popia berinti ala karipap nih....sangat sedap...xyah la menguli doh, dah malas.....tp xpa la kan, kalau rasanya pun berbaloi dan kenyang sama gak...jom layan...

POPIA INTI ALA KARIPAP
Resepi Asal Inti : Ros Jintan Manis
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • Kulit popia secukupnya
  • sedikit bancuhan tepung ubi + air
Bahan Inti:-
  • 1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
  • 1/2 gengam ikan bilis (kali ni akak guna 200 gram daging kisar)
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari (*akak tambah jadi 3 sudu besar)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • garam dan sedikit gula/secukup rasa
Cara Menyediakan Inti:
  1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing. (kali ini menggunakan daging kisar, akak masukkan selepas serbuk kari sudah garing, kacau hingga daging setengah masak)
  3. Kemudian masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
  4. Bolehlah memulakan sesi membuat popia..letakkan inti dan gulung, lekatkan dengan bancuhan air + sedikit tepung ubi. Buat hingga siap. Goreng hingga kuning keemasan dengan api perlahan sahaja, balikkan selalu. Angkat dan toskan...sedia untuk hidangan ^__^

Friday, January 27, 2012

Soft Cheese Bagel

ASSALAMUALAIKUM....

Dah ada plan ke nak sediakan minum petang ni? Kalau rajin dan masa mengizinkan, boleh la try resepi Soft Cheese Bagel yang lembut dan enak nih....berbaloi sangatlah membuatnya... Sejak Mat Gebu letak entry bagel ni, akak dah aim nak buat jugak, baru dapat buat wiken baru nih....hehee, biasalah kan...dah xda baru nak tayang...bz laaa...sori la yea..

Akak memang jarang nak buat bagel, tp bila tengok gambar Mat post tu nampak sungguh lembut dan bagelnya comelnya...datang rasa keinginan nak buat...hehe...Asalnya roti ni akak buat untuk diberikan kepada seseorang yang ingin sangat akak jumpa, namun x kesampaian...rancang punya rancang, x jadi jgk atas sebab-sebab diluar jangkaan dan tidak dapat dielakkan...huhu...Apapun terima kasih kat Mat sebab mewar-warkan kelembutan dan kegebuan (*ko..eh silap...hehe) bagel nih.... Akak kopipes jek ek, malas nak taip semula laaa..Akak wat 2 adunan taauuu...bessttt kata anak2 akak bila makan dengan Nutella.. ^__^ Happy trying...!

SOFT CHEESE BAGEL
Sumber: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Dicuba Rasa: Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram tepung roti (high-protein flour)
  • 50 gram tepung kek (tepung halus atau tepung gandum)
  • Secubit garam halus
  • 130 ml susu segar
  • 4 gram yeast
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner (mat tambah)
  • 20 gram gula halus
  • 30 gram parutan keju cheddar
BAHAN HIASAN :-)
Telur, dipukul sedikit untuk disapu
Parutan keju cheddar secukupnya untuk ditabur
(*kalau boleh, biar parutan halus2, baru cantik)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KEADAH ULIAN TANGAN: Satukan semua bahan untuk doh dalam mangkuk, gaul rata dan tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, uli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal, kurang lebih 20 minit menguli tanpa henti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 1 jam hingga naik dua kali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuh untuk membuang udara. Bahagikan pada 6 bahagian sama besar, bulat2kan setiap doh tadi. Ambil satu bahagian, leperkan sedikit, tabur tepung dan cucuk bahagian tengahnya dengan jari sehingga membentuk lubang, besar kan lubang tadi dan alih doh dalam dulang pembakar. Buat kaedah sama untuk baki doh.
  3. Biar 45 minit hingga kembang. Sapu kuning telur dan tabur parutan keju. Bakar pada suhu 200C selama 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan mengikut kreativiti anda..Selamat mencuba!!!.

Anak-anak akak makan dengan nutella....best...mmg lembut teksturnya...

Thursday, January 26, 2012

Ikan Sardin Ala Rendang

ASSALAMUALAIKUM.....

Tengah buat apa tu....mesti masak menu untuk hidangan minum petang pulak kan...kot ada yg buat kuih ke, roti ke, kek ke, muffin ke, cucur ke....alahaaai sedapnyaaaa...dapat lempeng pun best..hahaha

Ok lah dalam entry kelmarin, akak ada letak entry sambal pencicah dengan lempeng kelapa tu kan...so inilah dia gandingannya, Ikan Sardin Masak Ala Rendang....SEMPOIIII TAPI MANTOPPSSS masuk ke tekak kami 3 beranak....hb n Aiman mmg puji sedap sangat la pulak...tambahan pulak sardin kan...sapa x suka..org yg alergic jek kot terpaksa lah x sukakan sardin kan...huhuuu..

Okay lah xmo bebel panjang2 sangat....menu tertunggak aje la ni yeaa...cuci mata...

IKAN SARDIN ALA RENDANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 tin besar ikan sardin (akak guna Ayam brand) - ambil isinya saja
  • 4 sudu besar cili kering kisar (nak pedas boleh tambah kuantiti)
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci kunyit hidup * (dikisar bersama)
  • 1 cm lengkuas - diketuk
  • 1 inci halia - diketuk
  • 1 - 2 keping asam gelugor
  • 1/3 cawan santan pekat
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 - 2 helai daun kunyit (dihiris halus-halus)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan bahan-bahan kisar dengan api sederhana, kacau sebentar.
  2. Masukkan halia dan lengkuas yang diketuk. Masak hingga cili pecah minyak.
  3. Masukkan asam gelugor dan sedikit air. Biarkan mendidih dan sedikit pekat. Kacau sesekali.
  4. Kemudian masukkan isi ikan sardin tadi dan kacau rata perlahan, jangan sampai hancur lak isi ikan tuh...
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan santan dan reneh hingga sambal nampak pekat dan kemerah-merahan. Seimbangkan rasa dan tutup api.
  7. Terus taburkan daun kunyit dan gaul rata sebentar. Hidangkan. Sedap dimakan dengan nasi putih, lempeng kelapa atau nasi impit juga..Selamat Mencuba...

Tuesday, January 24, 2012

Cuti Pendek Yang Padat...Jom Jamu Lempeng Kelapa

ASSALAMUALAIKUM....Salam sejahtera....Salam Cintaaaa...caaakkkkk...!!

Terima kasih kepada yang masih sudi menjenguk dapur akak sepanjang tuan rumah bercuti sempena CNY nih... Baru balik petang tadi... Cuti pendek di 2 tempat berbeza, tetapi padat dengan agenda...Mohon maaf juga kerana akak tidak sempat nak membalas komen-komen kalian di entry sebelum ini... Ada banyak hal yang telah dirancang x menjadi, yang diluar jangkaan menerpa....

Mohon maaf jua buat Mamazieza yang datang ke Kuantan atas urusan kenduri anak buah, Ummi x sempat nak memenuhi jemputan kenduri dan hajat bertemu muka walaupun telah dirancang, tidak kesampaian dek sebab berkejar menziarah kakak ipar yang tiba2 jatuh pengsan di rumahnya tengahari Sabtu dan dimasukkan ke hospital HTAA Kuantan. Kat rumah pun melayan family adik dan family abang jugak. Apapun alhamdulillah, kakak ipar dah dibenarkan keluar hospital petang Isnin semalam. Selepas ke hospital tengahari Ahad tu, terpaksa pula berkejar ke Lurah Bilut, Bentong menjenguk Tokwan yang tersangat uzur dan giliran Ummi dan hb serta family adik lelaki untuk bermalam dan menjaga Tokwan selain bergilir-gilir dengan adik-beradik lain sementara emak abah Ummi kami biarkan berehat sebentar. Petang tadi baru balik ke Kuantan...baru terasa penatnya...apapun, Ummi doakan semoga Tokwan kembali sembuh dan walaupun tidak sekuat dulu, asalkan dipanjangkan usia dalam sihat walafiat jua hendaknya...amiiin

Oleh itu, dalam malas-malas dan letih ni akak updatekan jugak laaa menu makan lempeng kelapa sebelum bercuti kelmarin....cuci mata je la yea....Resepi lempeng xyah letak la kaaann...ni budak darjah 6 pun boleh buat kan.. Ni makan dengan apa eks? Cuba teka.??....Resepi gandingan lempeng ni akak update kemudian k...tersangaaaattt bessttt walaupun simple....walaupun dipandang biasa-biasa...tp ada kelainannya....tungguuu... ^___^

Friday, January 20, 2012

Ayam Shah Jahan

ASSALAMUALAIKUM....

Tengah buat apa tuh, tengah menghapdet ke tengah sembang di corong udara..? Hehe.. x kesah la kan...mesti semua tengah santai berehat sambil tengok tv kot, layan FB ke, layan blog ke...apa-apa aje lah asalkan you all bahagia bersama keluarga tercinta... Akak pun xnak bebels panjang-panjang...ada beberapa kerja lagi nak setel sebelum melenakan mata...Ni curi masa gak nak update...letiisss jgk balik lewat hari sebab singgah hospital tengok isteri officemate yang baru dibedah..balik rumah terkejar sana sini wat kerja...cuma malam ni x masak laaa..hehee.. Hb kata xnak makan nasi, nak makan rojak...layan je laaa, rojak beli kat area rumah ni...sedaaapp...hehe, suka sukaa....

Okeh malam ni nak kongsikan satu resepi ayam yang sangat sedap...enak dimakan dengan nasi minyak ke, nasi hujan panas ke, nasi mandhi ke...semua boleh rasanya...mmg ngam jek! Akak pun lawankan dengan nasi minyak simple2 jek.. Menu kelmarin. Balik kerja lepas jek solat asar dan salin baju...ha, lintang pukang la masak menu tuk dinner nih... Nak cakap betul2 ni...ayam ni mmg sedap...ditumis dulu dengan sedikit campuran minyak sapi...mmg terangkat..naik baunya.. Meh layan resepi asal Chef Asma Laili yang akak ceduk dari dapur Iza Akma nih...Thanks Iza yea..sori akak selongkar dapur dan izin akak share kat dapur akak ni lak yeaa...

AYAM SHAH JAHAN
Resepi Asal : Chef Asma Laili - Buku Mintak Ampun Sedapnya..
Sumber : Iza Akma @ Singgahsana Kitchen
Dicuba Rasa: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A :

1 ekor ayam, dipotong 8, lumurkan dengan sedikit kunyit/garam dan ketepikan
5 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
5 biji bawang besar, didadu kecil
2 biji lada hijau, dibelah 2 jangan putus
2 sdm pes halia / bawang putih
2 sdm pes tomato
3 biji tomato, didau kecil
2 pokok daun ketumbar
1 genggam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 cwn minyak sapi
1/2 cwn minyak jagung
garam secukup rasa

Bahan B :

1/2 cwn yogurt
5 biji badam - akak x letak pun
5 biji gajus - akak x letak jgk..anak2 xnak
1/4 sdt koma-koma > akak x letak pun
(utk bahan B ni, sy masukkan semua dalam blender campur sikit air.....blend hingga halus)

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak jagung dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambahkan minyak sapi kepada minyak jagung dan biarkan panas. Tumis buah pelaga dan kayu manis sehingga wangi.
  3. Masukkan bawang dadu dan lada hijau. Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu. Kacau setiap masa sebab bawang cepat menguning.
  4. Masukkan pes halia/bawang putih dan tumis lagi sehingga wangi.
  5. Masukkan pula pes tomato dan tumis selama 2-3 minit.
  6. Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina. Tumis selama 10 minit. Kacau setiap masa. Ini akan membantu memecahkan buah tomato.
  7. Masukkan rempah kari dan tumis selama 10 minit lagi.
  8. Kemudian masukkan bahan B dan garam. Tumis lagi sampai keluar minyak. ( masa ni kuah jadi pekat.....jadi sy tambahkan sikit air dan teruskan menumis sehingga pecah minyak ).
  9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan selama 5 minit sahaja. Padamkan api dan biarkan selama 5-10 minit agar minyaknya naik.

Wednesday, January 18, 2012

Berries Streusel Squares Lagi...Sebab Memang Best!!

ASSALAMUALAIKUM...

Buat semua teman-teman blogger yang sudi lagi ke dapur akak, terima kasih banyak lah, mohon maaf sebab tuan dapur bizi sikit sehari dua nih....Maaf jua ada komen-komen di beberapa entry yang tidak sempat akak balas....tp semuanya akak dah baca, cuma akak lebih suka click semula dan buat kunjung balas terutama kepada blogger-blogger yang pertama kali masuk ke dapur akak ni....penghargaan terima kasih tak terhingga. Semalam pun terpaksa bercuti ke Shah Alam amik anak dara dan barang-barangnya sempena cuti sem yang dahpun bermula. Pergi balik hari jek sebab Aiman sekolah, mintakkan abanglong tolong tengok-tengokkan...adeeeh anak bongsu walaupun dah besar panjang, still mcm x percaya lagi nak tinggal sorang-sorang...hehe. Ni Najiha tinggal kat Gombak dulu, saja dia nak balik dengan kakngah yg akan singgah dr Arau nnt....so bawak balik beg2 baju dan barang2 dia jek dulu...


Okehh laaa ni just nak share menu ulang tayang jek....tp kali ni lagi sedaaaapp sebab buah2 cukup lengkap la jugak ikut resepi asal... Masa mula-mula buat hari tu...buah 2 jenis jek...ni 3 jenis...lg mantopsss la rasanya bila tambah bluberi tu....makan xhengat? Ada yang tanya, kenapa akak buat lagik?
Pertama sebab sedap...
Kedua nak bagi kat mak sedara hari tu...
Ketiga sebab nak bagi orang kenalah bagi makan yang gerenti sedap kan...
Keempat, nak buatnya sangat mudah..hahaha..
Kelima, senang nak masuk molot...
Keenam, healthy!
Cukup lah sampai situ...kang melalut...hahahhaha



Okeeehh laaa...akak xda dah la nak letak resepi semula yaaa...x berapa rajin....haha.. Tengoklah amik gambar pun ala2 malasss...xda seni langsung dah....sebab nak cepat2 jugak masa tu, nak pi rumah mak sedara bawak streusel ni....Sape nak resepi amik kat Sini k...

Kepada yang belum mencuba, eloklah mencuba, memang sedap sangat2....Anak2 akak memang xleh berenti makan ni...kalau x stopkan, ada kang tak tinggal kat mak dan abah dia....hahahhaa, sabauu jek la dek noonn..

So, kalau aa buah-buah stoberi ke, blueberi ke, ceri ke...yang dah nampak nak kecut dan x sesuai lgk dibuat props ke, hiasan atas dessert ke,....meh kita kecutkan dia dalam oven terus.....lg bessttt...hahahhaa


Monday, January 16, 2012

Bingka Suji

ASSALAMUALAIKUM..... Waaah dah malam sangat dah baru nak entry... tadi bz memasak sakan tuk dinner, pastu setel macam keje rumah lagi laaa....Petang tadi tiba2 datang rajin sangat pulak dah, siap masakkan nasi minyak dengan lauk ayam spesel..nnt entry eh...tunggu eks...hehehe. Ni menu yang duk que panjang lagi laaa...adeeehhh, nasib la you all tatap menu yang dah jadi baja jeek...apa nak buat kaan...masa cemburu sangat kat akak...

Meh layan bingka suji yang akak buat last weekend untuk dibawa ke rumah mak sedara sempena majlis bacaan yasin... kebetulan dah dapat jemputan makan2, xkan pergi tangan kosong jek kan...buat lah apa yang termampu dan cukup masa. Akak bagi ni untuk family mak sedara makan2 sendiri jek...bukan jamu kat orang laaa...weeyy jenuh kang nak hidang kat 40 orang, xdaaann laaa nak baking2..hehe..

Asalnya hari tu ternampak Anim yang buat kuih ni...nampak cukup sedap...dah terasa-rasa jek tepung suji tu masuk mulut....Kebetulan tegur Anim punya bingka tu macam dia baru pecah dara acuan silicon jek....rupanya betul, Anim kata lupa nak mention. kat entry dia..hehee.. Kita pun sama gak laaa...try membakar dalam acuan silicon jgk...Memang sangat cantik lah kejadiannya... Thanks Anim sebab goda2 kita pergi PM hari tuh dan terima kasih kepada AlongRoz yang share resepi ni jugak...Thanks untuk semua ya..

BINGKA SUJI

Sumber I : Anim & AlongRoz
Dicuba Rasa: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan: (Loyang Bulat 8 inci)
  • 3 biji telur
  • 110 gram gula pasir
  • 160 gram tepung suji
  • 250 ml santan pekat (*akak guna santan Kara)
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 435 ml air
  • 90 gram mentega
  • 30 gram tepung gandum

Cara-Cara:-
  1. Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
  2. Masukkan ke dlm periuk dan campurkan tepung suji, santan, pes pandan, garam dan air.
  3. Masak dgn api sederhana sehingga pekat seperti bubur. (kacau selalu)
  4. Tutup api dan campurkan mentega dan tepung hingga sehingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam tin yg diminyakkan & bakar 190C selama sejam. (*akak guna acuan silicon)
  6. Gunakan fungsi "grill" untuk 5 minit terakhir untuk extra garing.
  7. Sejukkan sebelum dipotong.
Dapat merasa sikit jek la sebab bahagi dua untuk mak sedara dan family adik...kena buat lagi lain kali...sedaaaapp weeyyy..

Sunday, January 15, 2012

Nasi Impit Dengan Serunding Jeerrr...Ops! Dapur Besar-Besaran..Hehe

ASSALAMUALAIKUM... Apa khabar? Maaflah xda entry 2 hari ni...Hujung minggu yang tersangat sibuk, menyibukkan diri jugak... Xda kerja cari kerja...hahahaa. Bz Ops Dapur! Semalam bz lain, hari ni bz lain. Hari ni mengemas dapur la konon. Sampai ke zohor dapurku macam tongkang pecah lagik.. Kalau lah ada tetamu datang...adeeehh Tuhan je la tau.. Tu pun dapat call dari Jun @ Yummylicious pun buat akak suspen...ingat dia ada kat Kuantan nak terjah rumah...hahahaha, nasib Jun tanya hal lain...adeeehh.. Jun, sonok ke cuci mata situ? Hehe.

Penat sungguh la mengemas, menyusun, mengkategorikan barang2, membuang segala khazanah lama, memilih juga untuk disedekahkan mana2 barang yang tidak digunakan lagi tetapi masih elok dan ada yang tidak dibuka kotak pun lagik. Nanti barang-barang tu nak bawak balik kampung mintak mak bagikan kepada yang memerlukan.... Banyak sangat hadiah2 game, sukan, hari keluarga segala, semua dapat barang2 kat dapur jek.. Xda lak nak dapat tv ke, hp ke...hehe.

Setelah mengemas dan membasuh seluruh dapur, rasa macam nak patah pinggang laaa... Dah veteran buat kerja-kerja camni...mau hidap sakit dibuatnya. dah la menyusun barang-barang, duduk bangun, duduk bangun. Akhirnya rasa cerah dapur, rasa luas nak berlegar kata abanglong dan Aiman...ya laaa...nak meluaskan pandangan mata di dapur yang cipuuut tu haa...segala benda duk tersimpan konon nak guna, sayang nak buang. Ni belum nak pindah rumah lagi....adeeeii

So, hari ini akak jamu nasi impit dengan serunding jek la kat you all.... Kebetulan adik akak yang Gombak tu datang hari tu bawakan serunding daging nih...sedap sangat la pulak. Aiman pun laju jek makan dengan nasi impit nih... Rasa dah muak makan dengan kuah kacang. Hb kata, makan ni sampai ke malam pun okeh...aah laaa...habis sebekas tu serundingnya...hahahaa..

So, xda resepi la nak taip ya...rebus jek lah nasi impit Nona ke Adabi ke...pastu makan lah dengan serunding ikan ke, daging ke, ayam ke..ikut tekak memasing k.. Mata akak dah layu...esok nak kerja....badan pun penat...esok lusa lagi lah baru terasa kepenatan mengemas tuh rasanya...apapun puashati bila buat segalanya sendiri....suasana aman bersih jek dah nak masuk dapur...dah lama x operasi besar-besaran gini...hahahhaha, hendaknya pasni rajin lah ke dapur...kan..hehe

Thursday, January 12, 2012

Kuih Talam Lapis Diplomat

ASSALAMUALAIKUM....Entry terlewat sikit malam ni.. Suasana di Kuantan hujan x berhenti-henti...rasa sejuk jek dalam rumah ni...lemau rasa badan nak update...hehe..

Okeh laaa, update jugak la kan...xpa slow2.. Resepi Kuih Talam Lapis Diplomat ni telah mencuri pandangan mata akak semasa singgah ke dapur Cik Ann @ Dari Duniaku nih.. Nampak sungguh sedap, Cik Ann buat lagi cantik kombinasi kalernya tuh. Akak punya lapisan paling atas tu sepatutnya pepel, tp bila tercampur dengan kuning tepung kastad tu, dah la pekat gitu pulak kalernya...hahaha.. So sape yang nak buat, hati-hati campur kaler eh..letak kaler kuning jek la rasanya...baru cantik.. Ataupun boleh guna tepung jagung kot...rasanya no harm la ek..try jek xpa kan..

Kuih talam ni memang sedap dengan lemak2 kek stoberi roll tu..dengan filling dlm kek tu lagi.. mmg best makan, lemak2. Akak ingat nak buat dengan pandan roll, tp xda pulak.. So layan la...satu kelainan dalam arena kuih talam...hahahaa.. Wallaahhh, mmg sedap.. Akak sendiri suka, banyak la pulak makan. Tp kalau family x ramai buat half je la eh..kecuali nak sedekah kat jiran ke...hehe, Meh layan... Terima kasih byk pada Cik Ann, akak C n P je eh, dan empunya resepi Chef Asma.

Alahaaii baru terperasan, kat gambar tu x tulis perkataan Lapis...
adeeii, nak cepat2 jek edit..xpa la kan..hehe


KUIH TALAM LAPIS DIPLOMAT

Resepi : Chef Asma
Sumber I : Che Ann @ Dari Duniaku
Sumber II : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Lapisan Bawah:-
  • 250-350 kek Butter ( akak pun guna kek swiss roll stroberi mcm Cik Ann)
  • 3 biji telur
  • 50 gm Blaccurrant @ kismis ( akak x letak jugak)
  • 1/8 tsp esen vanila
  • 150 ml susu cair
  • 300 ml air
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan bahan dan biarkan sebati ( rendam) selama 15 minit.
  2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 x 3 yang telah dilapik plastik.
  3. Kukus lebih kurang 25 minit.( Bila dah masak angkat dan cakar dengan garpu)
Bahan Lapisan Tengah:-
  • 70 gm tepung gandum
  • 100 gm gula castor
  • 1/2 tsp garam
  • 2 @ 3 biji telur ( saya guna 2 biji - akak pun)
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat
  • Sedikit pewarna ( pilihan masing2)
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan2 kacau rata dan tapis ke dalam periuk
  2. Masak hingga naik wap
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 menit
  4. Bila dah masak cakar dgn garpu.
Lapisan Atas:-
  • 50 gm tepung kastad
  • 150 gm gula halus ( sy guna 120gm shj sbb tak suka manis sgt)
  • 1/4 tsp garam
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 100 ml santan
  • Sedikit pewarna (ikut warna kegemaran)
Cara-Cara:-
  1. Ikut je cara seperti lapisan tengah di atas yea..
  2. Tuang ke lapisan tengah dan kukus selama 30 minit/hingga masak.
  3. Sejukkan betul2 pada suhu bilik barulah dipotong.

Wednesday, January 11, 2012

Moist Devil's Chocolate Cake - Terima Kasih Kakngah

ASSALAMUALAIKUM.... Hari ni akak nak masukkan gambar kek yang sangat sedap, sangat moist, simply marvelous!!! Really can't resist and had enough of it!! Selalunya anak-anak kalau pulang bercuti dan nak balik semula ke U akak akan bizi la menunaikan permintaan kek coklat salah satunya yang pasti untuk diaorang. Tetapi kali ni nak ucapkan terima kasih banyak pada Najwa (kak ngah) yang telah mengambil usaha sendiri membuat kek ni from A to Z. Dia duk melayan resepi2 kek Martha kat tenet, pastu tepon akak tanya bahan itu, bahan ini ada tak dalam stok...mana yang xda siap dia pesan suh beli banyak mana semua... Adeeeii... Pastu siap linkkan kat YM masa akak kat ofis yang dia nak buat resepi tu...hehehe

Balik dari kerja, akak pas barang-barang kat dia dan tunjukkan kat mana digital scale, kat mana tepung, gula, serbuk coklat semuaa...dia pun start keluarkan butter. Lepas maghrib, dia start menyukat bagai. Akak pi jenguk2 dia siap cakap...mak xyah buat2 bizi kat tepi dia...nnt dia pening....hahahahhaha.. Akak mcm x percaya jek dia nak wat kek layer2 camni...tu yang sibuk mundar mandir tuh... Pastu tengok dia nak operate mixer baru akak tu, kang...haaa..maklumlah umur baru gak tu, lepas raya puasa hari tu pelihara...hahahahha.. Namun akhirnya, tadaaaaaa..... bangun pagi nak pergi kerja, nampak setonggok kek dalam oven, siap bersalut coklat dan deko2 celoreng dia...hahahaa...

Sebenarnya Najwa buat kek nih sempena besday dia 2 Januari dan besday abanglong 4 Januari. Pagi tu, Najwa mintak tolong akak snapkan gambor jek suh email kat dia nnt sebab dia nak balik ke Arau dah pagi tu....

Dalam perjalanan balik ke Arau, dia drive singgah kat Gambang bagi 1/4 kat abanglong...adeeei bertuahnya laa.. Abanglong terus ngap...pastu siap mesej, budak2 bilik dia pun merasa dan kata sedap...hahahaa.. Najwa pun dah entry kat blog dia beberapa hari lepas dah... kalau nak resepi, leh click kat Sini. Xleh copy lak daaahh, kena sekat dengan Najwa...hehehe. Kalau ada masa akak salin taip kat sini la eh....rajin ke x? hahaha...

Kakngah ni siap bahagi2 dah untuk dia (mestilah lebih kan..siap tapau untuk geng2 dia), untuk Najiha (yang balik sekali dengan dia hari tu), untuk abanglong dan untuk akak 3 beranak kat rumah ni.... Terima kasih la kakngah... Semua dah pesan kat dia..balik cuti semester panjang yang x beberapa hari lagi, nak suh dia buat lagi... x puas makan.... Frosting menggunakan whipping cream dan Hershey's Choc Chips ni tauuu...bukan serbuk cokelat.... mana tak heaven....! ^__^

Memang nak cakap mai laaa eh, kek ni mmg sedap sangat2....walaupun menggunakan tepung gandum....pasni buat nak guna tepung superfine...mst lgk mulusss.... i liiiikkkeee.. Apapun terima kasih kakngah, dah terbalik lak sekarang, dia tinggalkan kek tuk mak abah, selalu mak yg bekalkan tuk dia... Alhamdulillah, banyak dah lega, sejak dia drive sendiri ke Arau 1 1/2 tahun yang lepas, rasa berbaloi belikan kete baru tuk dia... Balik dari Arau, dia pasti singgah Shah Alam ambil adiknya Najiha then bawak balik sekali ke Kuantan. Jimat masa, cuti dan $$$ akak jugak la kan... Kalau tak, risau fikir dia naik bas malam2 kalau perjalanan dari utara kan...pastu nak fikir belikan tiket laa, buatnya xda...susah weeey nak kena hantar lak ke....bas dah la sekali dua jek kalau ke utara sana tuh...

Bestlah, frosting kek ni xyah letak dlm esbok...kakngah letak pada suhu bilik jek lepas dia sapu dan deko...x mencair pun...

Tuesday, January 10, 2012

Nasi Arab Al Jawaher

ASSALAMUALAIKUM....

Afeee kabaarrrr.....ente semua sihat kaaaa....waaa hari ini ana mau jamu sama ente semuaaa itu nasi arab laaaaa...ada fahaamm...nasi araaabbb laaa....ada fenin-fenin kaaa...hehehhehee...melawak la konon...x menjadi pun..suka sorang okeeehhh...takpe janji akak gembira sangat sekarang...otak akak lega sangat, amaaannn...

Okeehh, okeehh ni nak tayang Nasi Arab yang akak beli rempahnya kat satu Restoran Nasi Arab Al Jawaher di area kedai Sungai Isap Jaya, Kuantan. Restoran ini sedang femes dah sekarang nih. Kawan-kawan ofis lah yang sebut asalnya, mulalah tekak ni yang mengidam (xda isi okeehh) terus pi ke kedai tuh...asalnya jugak member ofis kata ada jual jus delima...waaaa kita pun tersambar lah beras rebus nasi arab ni beserta rempah yang diadun sendiri oleh toke restoran nih.... Belum ada masa nak pi makan kat restoran tu lagi...so akak masak sendiri dulu laaa...hehehe. Lama gak simpan beras dan rempah ni...dekat 3 minggu, nasib baik x buruk beras...hahahahha

Kebetulan baru-baru ni 3 family adik datang ke Kuantan, so akak masak lah nasi nih.. Aiihh 1 kg beras jek...cukup ke... cukuuuuppp. Beras rebus ni cukup kenyang... Tapi sebab resepi rempah nasi arab ni sangat sedap masing-masing pasang gear 2 belaka...2 pinggan...hehehee, sedang2 elok laaa sekali hadap tengahari tu.. Bahan rempahnya membaluti nasi basah-basah gitu, tidak terlalu kering...mmg besttt! Makan dengan ayam yang dimasak dengan rempah tu, kemudian dikeluarkan dan digoreng...pastu akak buat acar timun bodo jek kata orang..hehe dan air sambal tomato yang disarankan jugak dari paket tu..

Memang TIP TOP...!! ^__^
(kasi promosi percuma lak nih...tp kita berkata benar2 punya laa..hehe) Baru ni dak Hana n family tu makan kat situ...kemain mokcik tu...akak masak lg sedap la Hana...hahahhaa

NASI ARAB AL JAWAHER
Resepi : Rempah keluaran Restoran Nasi Arab Al Jawaher, Kuantan
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (berdasarkan pada paket rempah):-
  • 1 kg beras rebus/beras basmathi (+- 5 1/2 cawan)
  • 1 kilo daging/1 ekor ayam - akak guna ayam yang dipotong 10 bahagian.
  • air untuk nasi secukupnya (akak letak 6 cawan)
Bahan Tumis:-
  • 1 paket Rempah Nasi Arab al Jawaher
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 biji buah tomato - didadu atau 2 sudu besar tomato puri (*akak letak keduanya)
  • 2 biji bawang besar - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit halia - diketuk (akak letak 4 inci)
  • sedikit lengkuas - diketuk (akak letak 2 inci)
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit kismis, gajus dan bawang goreng untuk hiasan.
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan buah tomato yang didadu, kacau rata dan masukkan tomato puri, halia, lengkuas dan rempah nasi arab Al Jawaher. Kacau perlahan hingga naik bau dan berminyak.
  3. Masukkan ayam atau daging dan masukkan sedikit air. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan garam dan gula dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Jika ayam atau daging telah masak, angkat untuk digoreng dalam minyak terendam atau biarkan saja di dalam periuk.
  6. Masukkan beras rebus/basmathi kacau rata sebentar.
  7. Masukkan air secukupnya dan biarkan nasi dan daging/ayam masak sepenuhnya. Kacau sesekali sahaja, jika menggunakan basmathi kerana dikhuatiri hancur.
  8. Semasa menghidang, taburkan kismis, bawang goreng dan gajus sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama air sambal tomato dan acar timun.
SAMBAL TOMATO NASI ARAB:-
(resepi dari paket rempah Nasi Arab jugak)

Bahan:-
  • 3 biji buah tomato masak
  • 3 tangkai cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 1/2 cawan air
  • sebatang daun ketumbar + akarnya
  • garam secukup rasa
# Semua bahan dikisar bersama hingga sebati.

Tersangatlah sedaaappp...ana makan susah nak berhentiiii laaaa....afa boleh buatt...kenyang ferut terkulat-kulat...hahahhaa

Monday, January 9, 2012

Gooey Chocolate and Cream Cheese Cupcakes

ASSALAMUALAIKUM..... Morning to all...waaah isnin pulak dah eh...rasa baru jek Sabtu...apasai eh cuti 2 hari rasa macam cuti sehari jek...x cukup2 masa...hehehehe.. Ni tandanya kena bersara dah kot...duk rumah jek ek.. Tp biasalah kan...mana nak cukup masa, agenda menanti byk sangat. Ni pun dari tengahari semalam dah masuk gambar ni...tp xdan nak publish. Duk bz semalam membakar bingka suji dan sekali lg akak buat Cherry Berry Streusel Squares tu...Lepas asar bawak ke rumah mak sedara yang jemput untuk makan sempena majlis bacaan yasin lorong dia...tp bukan tuk jamuan laaa..bg khas tuk dia kudap2 je la...hehee.. Pastu sebahagian lg bagi kat family adik lelaki akak kat Indera Mahkota tu...

Okeh ini pun menu bila eks...hahahaa, x hengat sudah sebab lama tunggu que nak entry nih..Ops baru ingat, masa 3 family adik berkunjung wiken lepas...hahahaha.. Licin dikerjakan dek anak2 buah sume....anak2 akak bagitau sedap sangat, baru akak rasa...ya laaa sedap weeyy...sbb gabungan mantops kek coklat yang "gooey" gitu dengan cis...apa lagik..meh layaaannn..

Resepi ni akak jadikan muffin la sebab guna bekas muffin....hehehe...sedap weehhh...x caya try...rasa kek tu mmg "gooey" sbb menggunakan cuka tu...bessttttt!!

GOOEY CHOCOLATE & CREAM CHEESE CUPCAKES
Recipe taken from: Home Baking Book
Tested & Translated by : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (12 biji cupcakes - akak guna bekas mufin)
  • 175 gram tepung
  • 20 gram serbuk koko (akak guna jenama Van Houten)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 200 gram gula kastor (akak letak 180 gm jek...sedang elok manis)
  • 50 ml minyak masak Sunflower (akak guna minyak jagung)
  • 175 ml air
  • 2 sudu teh cuka putih (akak guna cuka makan tu ler)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gram cream cheese
  • 1 biji telor, dipukul sikit
  • 100 gram chocolate chips
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven ada suhu 180 C dan sediakan bekas muffin atau cawan kertas.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk besar. Masukkan 150 gram gula kastor. Masukkan minyak, air, cuka dan esen vanila dan gaul dgn whisk hingga bercampur rata. (jangan dikacau terlalu lama, cukup setakat bercampur rata jek)
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan lebihan gula kastor, cream cheese dan telor dan pukul bersama hingga betul2 sebati. Masukkan chocolate chips.
  4. Sudukan adunan kek ke dalam bekas mufin/cawan kertas dan sudukan pula adunan cheese di atasnya hingga memenuhi 3/4 bahagian bekas.
  5. Bakar selama 25 minit hingga nampak "firm" bila disentuh. Keluarkan dan biarkan sejuk 10 minit di atas tin pembakar dan kemudian baru disejukkan di atas loyang.