Friday, June 22, 2012

Ikan Siakap Kukus Udang Kering

Assalamualaikum....

Salam bahagia di hari jumaat yang mulia ni...semoga semuanya bertambah2 sihat dan sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang... Agaknya di waktu ini para ibu sedang sibuk menghidang makan tengahari la kan... Kejap lagi selepas solat jumaat, ada la yang termengah-mengah balik dan kelaparan...hehee... Ok la ni akak nak kongsikan satu resepi lauk yang sedap sangat-sangat. Dah lama duk usha kat dapur adinda Diana @Melley Mey cayang ni... Nampak sungguh menarik sekali bahan-bahannya, tu lah yang buat akak teringin nak merasa... nak mintak Diana tolong buatkan jauh pulak nak hulur...duk hulur ikut tingkap FB je la eh Diana...hehe

Apapun terima kasih banyak Diana...mmg besstttt! Memang power....! Kena pulak guna ikan siakap...fuuuhhh... Tapi macam biasalah, dah nak masak sangat2..ikut dan bahan apa je la yang ada kat dapur...no shitake mushroom...huhuu.. Jamu mata je la yeaa...ni akak masak sebelum tergeliat tangan hari tuh!

Terima kasih juga kepada yang sudi mendoakan dan bertanya khabar tentang tangan akak ni di FB dan blog dan x kurang juga sms...alhamdulillah sudah 90% kembali sihat dan pulih, terharu sungguh bila ada adik dari rakan FB yang sudi menghantar minyak akar seruntung yang datangnya dari Langkawi untuk akak. Menurutnya minyak ni mmg susah nak dapat...alhamdulilah...terima kasih x terhingga Suzie kerana bersusah payah mencari rumah akak, hehe. Okeh laaa.....Daaaa, japgi nak siap pi ofis lak...

IKAN SIAKAP KUKUS UDANG KERING
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan²
1 ekor ikan ( 600 gm ) _ dibersihkan dan dikelar
Daun bawang untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan² Cincang
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
50 gm udang kering _ direndam terlebih dahulu
4 keping cendawan shitake kering _ direndam sehingga lembut terlebih dahulu (*akak xda stok, tukar karot diparut batang mancis)

Bahan² A
1/2 tsp serbuk cili
1/2 tbsp sos ikan
2 tsp kicap cair Loon Kee *akak guna kicap Tamin
Sedikit air ( mengikut citarasa masing² )
Honey rock sugar secukup rasa *akak guna gula biasa je



Nak cepat punya pasal...lupa nak tabur daun bawang utk hiasan...hehe..

Cara
²
  1. Sediakan periuk / pengukus dan didihkan air.
  2. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali / periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan udang kering dan serbuk cili. Tumis hingga garing.
  4. Masukkan cendawan shitake dan cili merah. Masak seketika.
  5. Masukkan pula bahan A dan gaul rata. Masak seketika lagi.
  6. Sesuaikan rasa dan angkat. Ketepikan.
  7. Setelah itu, letakkan ikan di dalam piring dan tuangkan 1/2 daripada bahan yang ditumis tadi di atasnya.
  8. Kukus ikan hingga masak.
  9. Angkat dan taburkan lagi 1/2 baki bahan yang ditumis tadi di atas ikan.
  10. Hias dengan hirisan daun bawang.
  11. Hidang bersama nasi putih panas dan sos / cicah kegemaran.

Tuesday, June 19, 2012

Mini Bumper SAJI Julai - Alhamdulillah Dan Terima Kasih

ASSALAMUALAIKUM....Salam Sejahtera buat semua yang masih sudi menjengah dapur Home Sweet Home...

Maafkan akak andai kata setiap kali kedatangan kalian semua ke sini agak mengecewakan lantaran memandang entry yang sama sejak seminggu ini...Harap kalian faham akan situasi sibuk yang terpaksa akak lalui... Sesekali terlintas rasa bersalah yang amat sangat dan terkilan kerana menghampakan kunjungan kalian... Kebetulan pula baru-baru ni ada insiden sikit di tangan kanan akak ni....masih belum pulih sepenuhnya dan terasa ngilu lagi. Agaknya perlukan sedikit urutan lagi untuk pulih.... Apapun alhamdulillah masih boleh memasak yang ringkas-ringkas dan dibantu oleh suami yang sangat memahami dan anak-anak tidak banyak karenah. Untuk itu, di sini akak panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt. kerana masih diberi upaya untuk mengintai dan memberi ruang kepada dapur alam maya ini.

Kali ini akak ingin berkongsi rasa teruja dan menjamu sedikit kegembiraan kerana kesudian pihak Editor SAJI untuk mengenengahkan dapur alam maya akak Home Sweet Home di ruangan Blogger Saji bagi keluaran Julai 2012. Terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada wartawannya Cik Rosparadila Abd. Rahman kerana sudi berhubung dengan akak dan memberikan kelonggaran cara kerja kepada akak asalkan akak dapat berkongsi bersama mereka di ruangan tersebut. Pada awalnya memang banyak sekali cerita dan pengalaman yang akak kongsikan untuk ruangan tersebut, tetapi atas kehendak format baru, hanya yang ringkas sahaja yang disunting oleh pihak majalah. Apapun, akak senang sekali bekerjasama dengan mu cik adik Ila cayang... Apa yang terlebih dan terkurang akak mohon maaf jua yea...

Untuk itu, terima kasih tak terhingga kepada suami dan anak-anak tersayang, beberapa rakan dan Sifu blogger rapat lagi memahami dan sentiasa memberi idea dan semangat, serta semua followers dan pengunjung yang tidak putus-putus memeriahkan dapur Home Sweet Home selama ini, walaupun di saat kesibukan yang mula melanda akak sekarang. Kalian memang pemangkin semangat dan sentiasa di hati akak....

Untuk mengetahui apa resepi yang akak kongsikan, silalah dapatkan majalah SAJI keluaran khas Mini Bumper bulan Julai 2012 sempena menyambut Ramadhan al Mubarak yang bertemakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Akak telah diminta mencipta 1 resepi beserta gambar step-by-step khusus sempena tema ini dan ianya belum pernah dikongsikan di dapur Home Sweet Home ini... Ada banyak resepi menarik dari Chef-Chef ternama termasuk Chef Hanieliza cayang dan beberapa tukang masak sempena menyambut bulan yang mulia nanti. Untuk resepi akak tu, harap kalian sudi mencuba dan menepati citarasa keluarga. Salam penuh kasih dari akak...muaaaahhh!

Tuesday, June 12, 2012

Ayam Lemak Cili Padi Berkerisek

ASSALAMUALAIKUM.....

Hah, malam ni macam terajin nak update ni....hehe. Tapi xdalah masakan canggih manggih sangat, masak yang biasa-biasa jek laaa... Rasa dah lama betul x masak gulai ayam lemak cili padi dan letak kerisek camni....akak mmg suka....lebih umpphhh rasa gulainya... Lagi pun lebih cepat masak lemak camni berbanding masak kari, lambatlah nak tunggu kari naik minyak...hehee.

Apapun satu nak bagitau, bila akak masak gulai lemak cili padi berkerisek camni, akak xkan tumis dulu bahan-bahannya...just masak terus dalam periuk, nnt bila letak kerisek tu ia akan naik berminyak lagi....cuma gulai xdalah nampak kuning terang gitu...jadi gelap-gelap sikit. Letak serai lebih2 sikit...mmg sedaappp! Hb akak mesti suka nak makan serai yang melekat dengan kuah gulai tuh...adeeehhhh, berselera nooo.... Okeh, jom layan, lauk hari bila ntah...hehe

AYAM LEMAK CILI PADI BERKERISEK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 1/2 ekor ayam - dipotong sederhana
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 3 sudu besar kerisek
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit serbuk kunyit (jika perlu)
  • 2 - 3 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit - dibelah/disimpul
  • garam secukup rasa
Bahan Ditumbuk :-
  • 12 tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas kecil bawang putih

Cara Memasak:-
  1. Masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit (jika kuah nampak pucat) dan santan cair ke dalam periuk. Didihkan sebentar.
  2. Masukkan ayam dan serai dan diikuti dengan asam gelugor dan daun kunyit, masak hingga ayam masak dan kuah sedikit surut. (*santan cair jgn banyak sangat sebab air ayam akan keluar masa memasak)
  3. Masukkan garam secukup rasa dan santan pekat diikuti dengan kerisek. Kacau dan masak ayam hingga kuah nampak sedikit pekat. Seimbangkan rasa dan tutup api sambil dikacau-kacau sekejap agar kuah tidak berkepala. Sedia untuk dihidang.

Sunday, June 10, 2012

Kuih Kaswi Gandum Gula Merah

ASSALAMUALAIKUM....Selamat Berhujung Minggu....Mesti ramai yang sedang sibuk memasak ataupun pi outing dengan family dan ada jugak kot yang menghantar anak2 balik ke U masing-masing sebab akak difahamkan budak-budak Diploma dah nak masuk semester baru la kan...maybe sesetengah U la kot... Okeh la akak pun xnak bebels panjang-panjang...nak cerita sibuk mmg sibuk jek pun...japgi nak masak lak....

Layan dulu la kuih kaswi yang dah licin ni yea...minggu lepas lagi dah buatnya pun...haha.... Dah lama tak buat dan tambah teringin lagi nak makan bila ramai yang duk tayang jangkit2 jek kuih ni sejak akhir-akhir ni, macam2 resepi....yang sudah tentunya la sedap kan... Tapi akak amik resepi dari Kak Liza je laaa... Thanks byk2 ya Kak Liza cayang....mmg sedappp sesangat....getar2 jek kuih ni...


KUIH KASWI GANDUM (versi GULA MERAH)
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan Sirap [masak dan sejukkan]
5 cawan air
1 cawan gula merah (gula akak ni x berapa merah laa..hehe)
1 cawan gula pasir

Bahan Kueh
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur kueh [optional]
Kelapa parut (muda/putih saja)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Masa tengah amik gambar tonggeng-tonggeng sekali tu, family adik datang ke rumah, teruslah menjamu....so amik gambar pun ikut sempat je laaa...hehehee...sigaaannn aaaii yoouuuuuu nak beriya2 sangat...hehehe... Ni lah antara dugaan kami blogger, segan jugak bila org tengok...tp kalau x amik gambar kang xleh nak tayang entry pulak...hahaha, sabaauu jek laaa...

Tuesday, June 5, 2012

Roti Unyil Blueberry Cheese Streusel

ASSALAMUALAIKUM....SALAM SEJAHTERA

Apa khabar semua...aduuhh lama jugak dapur akak ni sunyi tanpa entry...sawang macam dah berbuai-buai ditiup angin... Terima kasih kepada yang masih sudi menjenguk... Kesian pulak bila ada yang duk tanya2 bila nak update....tu lah kan...susah mau cerita... Tuan dapur sekarang ni sebenarnya tengah nak slow down kan entry, bukan bermakna tidak masak, cuma masa untuk mengupdate sangat terhad sejak akhir-akhir ni.. akak sendiri pun dah macam x pandai nak curi masa ke sini... malas pun ada, letih pun ada, bz pun sama naik dengan kenduri kendara kat lorong wiken baru ni tak termasuk jemputan kahwin yg lain..

Adeeeii sampai janji nak buatkan ciskek untuk kawan-kawan abanglong sebelum dia balik ke kampus sabtu baru ni pun tak terbuat. Last-last Najwa yang buatkan ciskek oreo untuk kawan2 abanglong tuh, mujur lah...Emaknya dah terkulai fengsan rasanya hari jumaat tu. kebetulan pulak kerja ofis lebih sikit dan semua nak urgent...balik kerja masuk rumah kejap je terus ke rumah jiran untuk kerja-kerja menyiang segala. Mujur Najwa larat lagi nak buat...jam 10 mlm dia start mengisar biskut untuk base ciskek tuh...adeeii kul 2 pagi tdo anak dara ku..dah la pagi2 sabtu dia pun nak drive balik ke Arau...Thanks ya kakngah tolong langsaikan hutang ciskek mak dgn geng2 abanglong.. Tu la abglong duk citer sangat kat geng2 dia...hehe (*sori lah xda gambar ciskek yea...xdan nak snap dah kena potong2 masuk bekas pagi sabtu tu)

Okeh lah berbalik kepada resepi roti ni....Roti Unyil?? Apa tu Deet, akak pun x tau maknanya...gulung ke, mengunyil ke, kunyah ke...lembut ke maknanya, hahaha...gasak lah.. Tapi nak bagitau you all, roti ni sangat leeembuuuttt....sedaaaapppp....rasanya kalau x letak filling apa2 pun mmg best jek makan, ala-ala roti manis gitu...

Terlebih dahulu terima kasih Deetha kerana mengirimkan hadiah buku resepi ni sebagai hadiah GA yg akak menang. Boleh tengok sini contestnya... So akak terpikat nak try resepi cover depan buku ini...nampak sedap...dan mmg diakui sedap...beeesst sesangat, Aiman sia bawak bekal ke sekolah roti ni... Jom pakat2 mengunyil....hahaahaaa.. Thanks Deet cayang...apa khabar mu di sana...puas juga akak nak fahamkan ayat-ayat dalam bahasa Indon ni...kalau cakap biasa ok laa..ni tang resepi tu buat akak fenin2 sikit nak faham...hehe

ROTI UNYIL BLUEBERRY CHEESE STREUSEL
Resepi: Buku 51 Resep Pilihan (Roti & Pao) - Hadiah GA dari Deetha
Sumber dan Terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Doh:-
  • 300 gram tepung protein tinggi (boleh guna tepung roti)
  • 100 gram tepung protein sedang (akak guna tepung gandum)
  • 1 1/2 sudu teh (6 gram) yis kering segera
  • 20 gram susu tepung
  • 80 gram gula pasir (akak guna gula kastor)
  • 2 kuning telor
  • 1 putih telor
  • 175 ml air sejuk dari peti ais
  • 75 gram marjerin (akak guna mentega tawar)
  • 1 sudu teh garam
Bahan Isi:-
  • 125 gram bluberry filling
  • 125 gram keju cheddar parut (akak x letak)
Bahan Struesel (diaduk rata):-
  • 2 sudu makan mentega tawar (dari peti sejuk, lalu dipotong kiub kecil2)
  • 2 sudu teh susu tepung
  • 2 sudu teh gula aising
  • 4 sudu makan tepung gandum
Bahan Olesan:-
  • 1 sudu makan susu sejat/susu cair
Cara Membuat:-
  1. Aduk rata kesemua tepung, yis, susu tepung dan gula pasir. Tambahkan telor dan air sejuk sambil diuli hingga sebati. Masukkan marjerin dan garam. Uli lagi hingga elastik. (*akak mintak Bibik Melayu ulikan....hehheee, senangkan campak aje laaa dlm Bread Machine tu - setelah ulian 5 minit akak jenguk BM dan didapati adunan sedikit lembik, so akak tambahkan lebihkurang 4 sudu besar lagi tepung roti dan biarkan proses menguli siap, sedang elok dohnya. - mungkin untuk ulian tangan ok kot sukatan buku tu). Tunggu hingga siap Bibik bekerja dan keluarkan doh.
  2. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan seberat 12 gram. (*akak timbang doh beratnya 35 gm setiap satu, dapat lebih kurang 15 ketul kalau x silap...lupa daaah). Bulatkan doh dan biarkan 10 minit lagi.
  3. Leperkan doh cara memanjang dan oleskan jem blueberry, taburkan keju parut. Jangan sampai ke hujung doh, supaya semasa digulung doh boleh melekat.
  4. Potong 2 bahagian jangan putus (*akak buat panjang sedikit dan potong 3 bahagian untuk paper cup akak guna yg lebih pjg sizenya).
  5. Letakkan di atas cawan kertas. Biarkan lebih kurang 60 minit hingga adunan doh naik 2x ganda (*akak hanya biarkan 40 minit pun dah ok).
  6. Oleskan dengan susu dan taburkan streusel rata-rata.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan lebih dahulu pada suhu 200 C (*akak set oven 185 C je) selama 8 minit hingga roti matang/kekuningan.
Thanks Deetha for the Give Away books, nnt wat contest lagi yea.... Adeehh kiriman buku2 resepi kek dan masakan Asia yang dikirimkan sebelum ni pun akak x tercuba lagik....muaaahh, lebiiiuu babe...

roti ni mmg lembut sedap hingga keesokan harinya....marbelesss betul dgn jem basah2 gitu..kalau letak cheese tu mesti lagi tepu lemak akak kan...kan..hehe