Salam bahagia di hari jumaat yang mulia ni...semoga semuanya bertambah2 sihat dan sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang... Agaknya di waktu ini para ibu sedang sibuk menghidang makan tengahari la kan... Kejap lagi selepas solat jumaat, ada la yang termengah-mengah balik dan kelaparan...hehee... Ok la ni akak nak kongsikan satu resepi lauk yang sedap sangat-sangat. Dah lama duk usha kat dapur adinda Diana @Melley Mey cayang ni... Nampak sungguh menarik sekali bahan-bahannya, tu lah yang buat akak teringin nak merasa... nak mintak Diana tolong buatkan jauh pulak nak hulur...duk hulur ikut tingkap FB je la eh Diana...hehe
Apapun terima kasih banyak Diana...mmg besstttt! Memang power....! Kena pulak guna ikan siakap...fuuuhhh... Tapi macam biasalah, dah nak masak sangat2..ikut dan bahan apa je la yang ada kat dapur...no shitake mushroom...huhuu.. Jamu mata je la yeaa...ni akak masak sebelum tergeliat tangan hari tuh!
Terima kasih juga kepada yang sudi mendoakan dan bertanya khabar tentang tangan akak ni di FB dan blog dan x kurang juga sms...alhamdulillah sudah 90% kembali sihat dan pulih, terharu sungguh bila ada adik dari rakan FB yang sudi menghantar minyak akar seruntung yang datangnya dari Langkawi untuk akak. Menurutnya minyak ni mmg susah nak dapat...alhamdulilah...terima kasih x terhingga Suzie kerana bersusah payah mencari rumah akak, hehe. Okeh laaa.....Daaaa, japgi nak siap pi ofis lak...

IKAN SIAKAP KUKUS UDANG KERING
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan²
1 ekor ikan ( 600 gm ) _ dibersihkan dan dikelar
Daun bawang untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan² Cincang
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
50 gm udang kering _ direndam terlebih dahulu
4 keping cendawan shitake kering _ direndam sehingga lembut terlebih dahulu (*akak xda stok, tukar karot diparut batang mancis)
Bahan² A
1/2 tsp serbuk cili
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
1/2 tbsp sos ikan
2 tsp kicap cair Loon Kee *akak guna kicap Tamin
Sedikit air ( mengikut citarasa masing² )
Honey rock sugar secukup rasa *akak guna gula biasa je
- Sediakan periuk / pengukus dan didihkan air.
- Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali / periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang kering dan serbuk cili. Tumis hingga garing.
- Masukkan cendawan shitake dan cili merah. Masak seketika.
- Masukkan pula bahan A dan gaul rata. Masak seketika lagi.
- Sesuaikan rasa dan angkat. Ketepikan.
- Setelah itu, letakkan ikan di dalam piring dan tuangkan 1/2 daripada bahan yang ditumis tadi di atasnya.
- Kukus ikan hingga masak.
- Angkat dan taburkan lagi 1/2 baki bahan yang ditumis tadi di atas ikan.
- Hias dengan hirisan daun bawang.
- Hidang bersama nasi putih panas dan sos / cicah kegemaran.