Thursday, September 30, 2010

Pecal or Pecel?

Selamat petang semua....hari ni akak just nak masukkan resepi sempoi je...actually xda resepi pun...masuk gambar je laaa..sebabnya semua org reti nak buat, nak sedia or nak makan pecal gini....pecal ke peceel ek..heheee...ikut loghat daerah masing2 la eh...Ni sebenarnya salah satu favourite akak dan hb jugak laaa..Kalau balik kampung selalu mak buat ni sebab abah akak suka sangat, tu pasal akak jarang buat, melantak yg mak buat jek...hahahaa..anak2 x jeling langsuuunn...hehehee
Idea nak buat ni dah 2 3 hari lepas dah fikir masa buat nasi impit kuah kacang tu kan....kalau ada lebih kuah (mmg ada pun) nak wat pecal laaa...Biasa mmg buat dengan kuah kacang express jek, xyah masak mcm kuah kacang nasi impit ni...goreng kering bahan2 seperti lada kering, udang kering, bawang semua, then kisar kering jek dan tambah la air panas wif air asam jawa sekali, garam dan gula secukup rasa dan masukkan kacang tanah kisar....mmg sedap....wat cicah jemput2 pun sangat sedap....Tp kali ni akak nak perabihkan kuah kacang lebihan simpan dalam esbok hari tu...so panaskan dan layan je laaa dengan sayuran2 ni...so jadilah akak pecal...semalam berbuka pun melantak komainnn hb dengan akak...hahaa..so layaaannn...
bahan ikut apa yg dapat cari je la kat kedai...kangkung, sengkuang, timun, taugeh n kacang panjang, no tauhu2 pun...hehee, telor pun maleh nak rebus...


Wednesday, September 29, 2010

Ikan Krai Masak Tempoyak Dengan Rebung

Salam sejahtera semua...waaah semua dah makan ke...masak apa ek? X kesah la kan, janji kenyang eh..dah kenyang bak kata Mat, sangap2 pulak..hehehee...ngantukssss...Okay akak nak kongsi lauk wat berbuka semalam ni....Ahad baru ni pergi pasar tani akak nampak Ikan Krai ni..mmg suka ikan sungai yg ni, rasanya lebih sedap dari Ikan Patin, x lembik sgt isinya...tengok yang kecik2 xda...ada pun yg besauuu2 jek...Ikan ni sekilo RM30.00 weyy. Yang paling kecik ada tu pun besar sgt untuk family akak 3 beranak ni..tp dah teringin sangat (bkn mengidam ek), amik gak la sekor timbang...waaaa...RM33.00..igtkan x sampai....adeehhh...hb kata xpa...leh masak sikit2....Aah ek..So Isnin kelmarin baru masak haa.. Sepatutnya beli terus jek masak baru lg sedap, xyah simpan dlm esbok...Dah lauk lain byk lgk...habis2kan lah dulu kan..Apapun tetap sedap kalau kena gaya masaknya wpun dh letak dlm fridge pun..Akak masak half je dulu ni...Memang sungguh terangkat kena dengan tempoyak n rebung ikan ni...kalau wat sweet sour or bakar pun sedap nih! Xpa kita citer masakan ni dulu la eh...Jom salin resepi kalau nak try, xyah tumbuk2..kisar jek bahan...hehee

IKAN KRAI MASAK TEMPOYAK DENGAN REBUNG
Resepi : (My Own Style laa)

Bahan:-
  • 500 gm ikan krai (disiang, diperap dgn limau dan dibersihkan, kerat ikut suka besar mana, toskan)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai - diketuk
  • RM2.00 rebung jeruk - toskan
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (optional)
Bahan Kisar:-
  • 10 tangkai cili padi
  • 1/2 labu bawang besar (ada masa akak x letak bawang ni pun, kali ni saja letak)
  • 2 ulas kecil bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 sudu besar tempoyak
  • sedikit air untuk kisar (kalu tumbuk xyah letak laaa)
Cara Memasak:-
  1. Masukkan kesemua bahan kisar, serai dan rebung ke dalam periuk dan jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Masak dengan api perlahan dan rebung agak empuk.
  2. Masukkan ikan dan asam gelugor. Tambah sedikit air lagi. Biar mendidih.
  3. Masukkan garam dan sedikit gula (optional). Biar kuah memekat dengan api perlahan.
  4. Seimbangkan rasa pedas dan masam tempoyak serta dan pastikan rebung lembut, tutup api. Hidangkan...Lebih sedap jika dibiarkan semalaman....Waaah lagi terangkat makan lak dengan petai jeruk...haiyoooo...

Tofu Telor Bersos Lada Hitam

Ha ni lauk ala2 nak jauhkan diri dari ayam n daging jugak ni...rasanya mcm muak dah tengok ayam n daging tu...ni lauk sempoii wat berbuka jugak minggu lepas, Lupa nak letak entry ni..hehe, sampai dah pergi Sedenak, balik Sedenak baru perasan....masak campak2 aje laaa, nak senang kan..apapun still mengikut citarasa tekak dan pastinya licin kena ratah...hehee..

TOFU TELOR BERSOS LADA HITAM

Bahan:-
  • 3 bungkus tofu telor (telor jepun) - potong 1 inci tebal
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 5 tangkai cili padi - diketuk
  • 1/2 batang timun - dipotong dadu
  • 8 biji cendawan butang - dibelah 4
  • 1/2 biji lada benggala kuning n hijau - didadu
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos cili
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk memasak
Cara Memasak:-
  1. Sediakan non-stick pan dan tuangkan minyak untuk menggoreng tofu telor. Goreng dan balikkan hingga tofu kelihatan masak berkulit. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan minyak lebihkurang 3 sudu besar di dalam pan dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Kacau.
  3. Masukkan cendawan butang dan masak sebentar.
  4. Masukkan semua sos2 dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan cili benggala dan timun. Kacau.
  6. Akhir sekali masukkan tofu telor dan kacau balik perlahan-lahan biar bahan sebati dan meresap. Masak sekejap.
  7. Seimbangkan rasa, tutup api dan hidangkan.


Tuesday, September 28, 2010

Ikan Tenggiri Ala Rendang

Musim raya ni kan, asyik jumpa daging n ayam jek kat rumah terbuka, rasa mcm dah xleh telan jek ek...kalau dpt ikan masin ke, ikan bilis goreng2 dgn bawang cili ke, telor masin ke, sambal udang n petai ke...waaaaahh nasib baru makan kat rumah Mat hari tu..hehee..gulai nenas n ikan kurau masin ke....nasib jugak dah melantak jugak kat rumah Mat..heheee...Okay laaa ni nak masukkan entry masak2 hari Jumaat hari tu sebenarnya...now tengah nak membanyakkan makan ikan je la dulu..Akak beli ikan tenggiri baru ni...dah x tau nak masak apa, pastu teringat dulu2 mak selalu masak ala2 rendang jek baunya...tengok bahan pun lebih kurang gitu laaa...memang sangat sedap...gaul jek ikan dengan nasi panas2 gitu, kering2 sikit....weeeyy sedap, pedas2 n bau aroma daun kunyit tu, membuka selera...Jom tengok resepi.

IKAN TENGGIRI MASAK ALA RENDANG
Resepi: My Mom

Bahan:-
  • 2 keping besar ikan tenggiri - bersihkan dan toskan.
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai - diketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 helai daun kunyit - dihiris halus
  • minyak untuk menggoreng ikan
Bahan Kisar:-
  • 18 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan goreng ikan embal2 (tidak terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tadi dan tinggalkan 4 sudu besar. Tumiskan serai dan bahan kisar hingga naik minyak. Masak dengan api perlahan saja.
  3. Masukkan asam keping dan masak lagi.
  4. Masukkan santan, garam dan gula dan renehkan biar pekat dan bahan naik minyak.
  5. Masukkan ikan tadi dan balikkan sesekali dua sahaja. Masukkan daun kunyit dan gaul rata sebentar.(tinggal sikit daun kunyit untuk tabur masa hidang kalau suka)
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dan tabur hirisan daun kunyit dan makan dengan nasi putih.


Sunday, September 26, 2010

Sedenak - Akhirnya Kau Ku Jejaki Jua

Salam semua.....Waahahaha...dan akhirnya akak berkesempatan jua menjejakkan kaki ke Sedenak...Perancangan yang diatur sejak mula Ramadhan bersama Ben Ashaari, yang mula2 cakap main2 jek, kemudian macam nak sungguh, last2 jadi bersungguh....alhamdulillah program berjalan cukup smooth! Akak rasa teruja sungguh bila menyuarakan kepada hb yang akak teringin nak ke rumah Mat Gebu, hb x cakap banyak...Dia ikut akak je....waaaaahhh..cayang cik abang..muaaahhh! Bertolak jam 9.00 pagi dari Kuantan dan singgah beberapa tempat untuk isi minyak dan "buang minyak" pun ya gak..hehee..Akhirnya lebihkurang jam 1.30 petang, kenderaan memasuk Exit Sedenak dan tiba di rumah Mat Gebu jam 1.45 petang.

Turut sama ialah Suejoshua dan Ayu...Ketika memasuk perkarangan rumah Mat, hati rasa sungguh terharu sebaik tiba di muka pintu kelihatan MakYah dan abah Mat menanti dengan penuh senyuman...tangan berjabat dan dicium serta badan memeluk mesra MakYah...Mat hanya pandang je laa..hahahaa....Dan lantas suasana jadi riuh ala2 kecoh bila memasuki rumah. Mat ke dapur, akak ikut sekali....hahaaa...mcm peluh pengantin pun ada jugak akak tengok Mat nih! Akak mcm biasa, mulut ku ramah seramah jari menaip di Ym..hahahaaa...samalah jugak dengan Mat pun...yeaahhh suasana makin riuh rendah bila Ayu tiba...Sue tiba dan akhirnya Ben....So anda saksikanlah gambar2 yang menceritakan segalanya....layaaaannnn

Kalau masuk rumah Mat Gebu, x amik gambar dengan tiffin biru ni memang x sah kan...so akak pun x lepas peluang...hb snap seround...hehee..2 3 round yang ya nyaaa...hehee

Tu diaaaa..nampak tak di mana duduknya tiffin biru Mat tu....haaa masuk rumah dia kena cari barang ni dulu...pastu kena tinjau2 almari mana satu...mestilah duduknya dengan set baba nyonya kan...xkan duk sama RA lak eh...

Antara koleksi-koleksi Mat Teko...hahahhaaa


Sue dan Ben, waaaaahhhh Sue dah ala-ala "aku tergoda" dah tuu..ahakss!! Sue, ampun yea..gurau jek..
Sesi makan2 laaaaa..apa lagi..kayuh semua kayuhhh...

Posing2 dengan Blogger masak tersohor....tp sori la ek..sapa nak kenal kena pi Sedenak sendiri...

Tengoklah juadah dan dessert yang disediakan oleh Mat...stoberi muffin, bluberry cheesecake, dan puding caramel...perggghhh! Lauk pauk kat bawah ni, hingga menjilat jari...banyak weyy akak makan gulai nenas n ikan kurau masin tu..ratah2 nenas lgk...xda dlm gambar sambal udang n petai tuuu...lupa nak snap..


Dah puas sembang dengan Mat, Sue, Ben, Zila n Ayu semua...kita duduk sembang tepi MakYah lak...sungguh terasa kemesraan bila bersembang dengan MakYah ni...


Waaaaahhh posing jgn x posing...Sue n Ben yg malu2 lagik tu..Apapun Ben, anda mmg HEBAT!!! hahahahaa.... Okayyy cukup setakat ni je laa yg dpt akak paparkan sebagai gambaran perjumpaan dan gempak gempita di rumah Mat...cuma akak musykil xda lak gambar Ayu kat semasa posing2 ni...dia balik awal sikit nak tengok2 kedainyaa....

Apapun buat Mat Gebu, Mak Yah dan abah Mat, akak cukup terharu dengan layanan yang diberikan sehingga ke akhir waktu akak meninggalkan rumah Mat....Hb pun seronok sembang2 dan dpt banyak citer pasal Mat ni bila borak2 dengan abah Mat..syuuuutttt...heheheee.. Terima kasih juga kepada Sue yang sanggup datang kali kedua kerana ingin berjumpa akak...best borak eh Sue..Buat Ben, Zila dan Ayu jugak, semoga pertemuan ini merapatkan ukhwah kita yang sudah terjalin di alam maya dan terima kasih atas buah tangan dari kalian semua...Kalian mmg best! Mat, semoga perjumpaan ini akan berulang lagi jika diizinkan, insyaAllah....Terima kasih atas segalanya Mat! Sian ko ek...letih semacam akak tengok..gigil pun ya gak nak ceduk nasi ek...hahahaa....

Friday, September 24, 2010

Nasi Impit Kuah Kacang

Ini kes x puas makan ketupat nasi masa raya dulu laa...balik ke rumah kita wat nasi impit Nona je laaa...xda bungkus dlm daun ketupat dah laaa.....Kebetulan buat buka puasa gak kelmarin...Minggu pose ni masak sempoi2 je laaa, nak letak entry pun maleh...hb suka berbuka lauk singgang2 gitu jek...Ni akak yg teringin nak masak kuah kacang sendiri....pastu wat jemput sikit, colek2 dengan kuah kacang..bestttt..hehee..Okayy ni style akak masak kuah kacang la yea..kalau nak mencuba silakan....

KUAH KACANG NASI IMPIT (my style)

Bahan:-
  • 300 gm kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar
  • 20 tangkai cili kering - dikisar
  • 12 ulas bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 cm lengkuas - dikisar
  • 4 batang serai - diambil bhg putihnya dan dikisar
  • 2 - 3 sudu besar udang kering - direndam, tos dan dikisar/tumbuk halus
  • 3 batang serai lagi - diketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan jus asam jawa pekat
  • 2/3 cawan gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 7 cawan air atau secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis (+ - 1/3 cawan)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan serai yg diketuk, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, perlahankan api dan masak hingga cili terbit minyak sambil dikacau.
  3. Masukkan kacang tanah dan sebahagian air dan masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
  4. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam
  5. Tambah lagi air selebihnya dan masak lagi dengan api sederhana sahaja sehingga kuah kacang benar2 naik minyak dan renehkan biar pekat dan warna kemerahan jugak atau terpulang jika suka kuah cair sedikit.
  6. Seimbangkan rasa mengikut tekak masing2 biar pedas2 manis sikit dan tutup api. Hidangkan bersama nasi impit.

Thursday, September 23, 2010

Moist Chocolate Cake Lagi

Entry ni patut dah lama letak, tp bz sangat ntah apa2....Akak buat kek ni untuk anak2 akak hari tu...bawak bekal balik hostel...Dah banyak kali buat resepi ni yang asal dari Kak Izan MyR, then diolah oleh Lydia tp akak cilok dari dapur Mat Gebu...boleh tengok akak penah buat mula2 dulu kat Sini. Cuma kali ni akak buat dua adunan dan guna loyang 8x8x3, xpun x cukup anak2 nk bawak balik bekal ke hostel...so layan gambar je laa eh...

MOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan:-
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
1 cawan gula halus
2 biji telor gred A
125 gm butter
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko *
1/2 sudu teh nescafe *
1/4 cawan gula halus *
1/2 cawan air panas *
1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)

Untuk Chocolate Ganache:-
100 gm coklat masakan
50 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh butter

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..

Untuk Ganache: Satukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam dan tuang atas kek coklat tadi...

**Tapi kali ni akak letak topping yang diambil dari blog Noreen, resepinya, sila tengok Sini.


Honey Cornflakes Cookies

Ni biskut selepas raya....dah balik dari kampung hari tu..anak2 dara mintak buatkan honey cornflakes ni untuk bawak balik ke asrama masing-masing. Pulak dah! Xpa laah, sebab nak buatnya senang..So hari Sabtu tu sempat lah akak buatkan cookies ni dengan kek coklat sebagai tambahan biskut2 raya diaorang nak bawak bekal balik....Resepi akak cilok dari dapur Yatie yang baru balik ke Malaysia dah ni...mst sakan raya dengan family tu..hehe..Thanks Yatie....sori akak derhaka sikit kat resepi tu ek..layaaannnn

HONEY CORNFLAKES COOKIES (anggaran 100 cups)
Resepi Asal: Yatiememories

Bahan A:-
  • 125 gm mentega
  • 1/2 cawan gula perang
  • 7 sudu besar madu
Bahan B:-
  • 6 cawan cornflakes
  • 1 cawan kismis hitam
  • 1 cawan badam hiris dipanggang (*akak x letak)
Bahan Tabur/Hiasan:-
  • ceri merah/hijau - dicincang
  • chocolate rice secukupnya (ni akak tambah)
  • colour rice secukupnya (ni pun akak tambah)
Cara-Cara:-
  1. Campurkan bahan A dan panaskan bahan hingga mentega cair.
  2. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau gaul hingga rata.
  3. Sudukan cornflakes tadi ke dalam cawan kertas.
  4. Taburkan bahan hiasan.
  5. Bakar pada suhu 170C selama 8 - 10 minit.

Tuesday, September 21, 2010

Roti Jala Untuk Kawan Anak-Anak

Baru-baru ni sebelum anak akak Najwa balik ke Arau, dia sempat lah pergi raya gathering dengan ex-schoolmate nya di TC. Pastu dia ajaklah geng2 BFF dia semasa secondary school dulu tu datang beraya ke rumah bersekali dengan emak salah sorang kawannya jugak. Borak sakan la akak dengan maknya tu..hehee. Ada jugak sorang kawan lama Najiha datang pada waktu yang sama...So akak sempat masak kuah kari ayam dengan roti jala je laaa....So layan gambar je la eh...xyah resepi la eh...Ada banyak resepi roti jala kat dapur akak ni, boleh cuba mana2 satu...tp yg ni akak guna resepi akak biasa buat tu je laaa...


gambar ikhsan dari blog my daughter Najiha la pulak...loohh, Najwa x letak entry ni...Thanks k.De!

Kari ayam yg dah tinggal sikit jek...

Monday, September 20, 2010

Chocolate Mint Cake (Repeated Edition)

Okaayyy kita masuk ke acara baking2 pulak laa..selingan gambar raya kemudian pulak eh..hehee..Ni antara kek yang sempat akak buat malam sebelum balik kampung dulu...pastu maleh dah, nak kemas2 dapur, basuh dapur segala..simpan segala tepung2..heheee...Dah penah buat kek ni dulu2...Tengok gambar je la, dah licin jamu raya kat kampung...Apapun semua adik2 akak suka kek ni sebab bila dimakan sejuk jek tekak dengan rasa mint tu...pastu minum air masak pun rasa sejuk jek air lalu tekak..hahaaa..Sapa nak try silakan tengok resepi di Sini eh...Untuk loyang 7x7x3 ni, akak buat 1 1/2 adunan dari resepi asal.


Sunday, September 19, 2010

Sebahagian Gambar Menjelang Aidilfitri

Taraaaa...ni akak nak share n tayang sikit la gambar2 sebelum dan menjelangnya Aidilfitri baru-baru ni....Biasalah akak tekong masak rendang....ni pun sempat amik gambar rendang daging jek, tengah masak dan hampir nak kering dah tu...rendang ayam lupa nak snap. Mak akak duk bungkus ketupat dengan Najwa dan adik bongsu akak (mak adik). Waaaahhh, tahun ni anak akak Najwa dah pandai balut ketupat palas (lihat jari jemarinya kat atas tu..hahahaa), mak akak ajar dia dnegan adik bongsu akak, kejap jek le catch-up, laju je 4 kilo pulut siap balut. Akak xleh tolong mak balut ketupat la sebab kena handle sorang2 wat rendang segala...adik akak yang lain belum sampai masa tu..Okayy la ni aktviti kaum wanita laaa...tp cik abang kita pun tolong gak, tolong parut kelapa berbelas biji...hehe...

Siap balut ketupat palas....diaorg mengerjakan pulak ketupat nasi ni haa....pakat2 isi beras tu...x banyak buat yg ni, lebih kurang 40 biji jek ketupat nasi ni....

Haaa..malam raya apa lagik! Budak2 mcm2 kategori bila main mercun ni...budak kecik dengan budak tua (anak2 dara, anak bujang n adik bujang akak la tuuu..hehe) tumpang sekaki...Sonok sakan depa ni....kita duk kat dalam rumah x tau apa kes kat luar tu...nampak berasap jek laman rumah Tokki...hehee....Okaayyy layaaannnnn..

Abanglong puunn....gambar anak2 dara xleh tayang laa...sensored hehee....Aiman x kesaaahhh..

Friday, September 17, 2010

Caaaaakkkkkk...!! Apa Khabar Semua.. ^__^

Tahun ni mmg kitaorg x sedondon...

Salam semua....apa khabar semua?? Wawaaahhhh...akak kan malasnya rasa nak update blog...ada masa rasa nak santai2 jek setelah kepenatan sebelum dan sesudah raya...nak demam pun ada...tekak mcm sempit jek, tp x sendat lg laa..boleh lagi makan2..hehee...Ada banyak gambar nak tayang2 la konon, tp buat permulaan ni tayang sikit2 jek..hehehee...just nk tanya khabar dan memberitahu semua bahawa akak n family sihat adanya, alhamdulillah...Esok Sabtu, anak akak Najwa dah nak balik Arau awal sikit laa, takut penat nnt..pastu terus lah Najiha pun ikut sekali laa, drop dia kat rumah mak andaknya di Gombak, then Ahad mintak pak sedaranya hantarkan dia ke Uitm Shah Alam tu...Hb masih xleh nak lepaskan Najwa drive sorang2 lgk ke Arau ni, terutama musim kereta tengah banyak on the road ni, risau dia....so dia temankan Najwa drive ke Arau, balik nnt hb naik bas la...Kalau hari2 biasa tu x rasa risau sangat laa kalau Najwa ada geng. Ni semua geng dia naik bas terus ke Arau jek. Apapun sibuk lah akak hari ni, nak prepare apa2 yg nak dibawak balik oleh anak2 akak ni...hehee

Apapun, layan je laa aksi-aksi anak2 yang sonok sakan kot...mak n abah duk dalam rumah tak tau hal diaorg duk posing2 kat luar...Okayyy, gambar the making of ketupat n rendang serta sessi bermaafan semua, nnt lah akak update, kalaaauuu rajin...hahaha, insyaAllah...

waaaahhh "kembar x seiras" akak ni, masa bila budak2 ni kebas inai Mekah Tokpuan diaorang ntaahhh....berinai sakan semua anak2 buah...weeyyy

Di bawah pokok manggis di tepi kolam ikan Tokki...

Anak sapaaaa la tuuuu...

slim tak Aiman skrg? Baju raya tahun lepas dah nampak senteng jek...hehehe

Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidil Fitri, Minal Aidin Wal Faizin

INI ADALAH STICKY MODE ENTRY,YANG TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH..

Salam buat semua pengunjung Home Sweet Home...Di kesempatan ini akak ingin mengucapkan Minal Aidl Wal Faizin dan Selamat Menyambut Syawal kepada semua...Dengan rendah hatinya akak menyusun jari sepuluh memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua sekiranya terdapat keterlanjuran kata dan usik-usikan di sini yang mungkin tidak enak dibaca dan mengguriskan hati. Sesungguhnya ianya hanya gurauan dan tidak terniat untuk melukakan. Paling akak nak mintak maaf ialah kepada 2 orang jejaka gebu dan macho ni (*hahahaaa...) iaitu Mat Gebu dan Ben Ashaari lah yang selalu sangat duk bertunggu bertangga kat YM akak, kejap2 diaorang usik akak, kejap2 akak yang usik2 dan kenakan diaorg...hahahaa...tp kalau x usik diaorng ni mmg mcm makan kuih koci xda inti la gitu...xpun makan lompat tikam xda air gulanya...hahahaa..

Kepada yang akan balik ke kampung halaman atau di mana jua anda berada, hati-hatilah ketika memandu dan patuhilah isyarat2 jalanraya dan semoga kita selamat sampai ke destinasi dan dapat merayakan Syawal yang dinantikan.

Semoga Syawal yang menjelma akan mengembalikan kita kepada fitrah diri yang sebenar dan memberi ganjaran dan pahala atas amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan. Terasa sedih dan sayu bila Ramadan sudah hampir meninggalkan kita semua...Semoga kita dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk bertemu lagi dengan Ramadan di masa akan datang...amin, amin..ya Rabbul 'Alaminnn....Salam penuh kemaafan dari akak sekeluarga untuk semua!!