Tuesday, November 30, 2010

Baked Onion Puff With Spicy Tuna

Sarapan ringkas nih....layan je la yeaa...ala-ala malas pun ada sbb nak setel keje rumah yg x abis2....tengahari akak masak nasi ayam....So terimalah Baked Onion Puff With Spicy Tuna ni eh...nama ongputih la kononnya sebab ala2 minah saleh punya dish kan...hehee..tp sungguhlah sedap tekak ni menelannya...anak2 mmg laju je la makan...Resepi campak2 dan taram2 akak je nih..heheee...layaaannn....tp sungguh x mengecewakan...kalau x buat mmg kecewa...hahahahha..sebab senang banget! Sedap dan rangup dimakan suam-suam..

BAKED ONION PUFF WITH SPICY TUNA

Bahan:-
  • 1 paket (5 keping) onion paratha jenama Kawan
  • 1 biji kuning telor
Bahan Inti:
  • 1 tin tuna (hot n spicy)
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil2
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang halus
  • sedikit daun sup n daun bawang - dihiris halus
  • 1 biji limau kasturi - diperah jusnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan tuna dan kacau sekejap dengan api perlahan.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  4. Perahkan jus limau kasturi, kacau sebati.
  5. Tutup api, dan biar sejuk sedikit.
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang, gaul rata. Ketepikan.
  7. Ambil sekeping paratha dan belah dua (biarkan beralas dengan plastiknya)
  8. Letakkan 1 sudu besar inti tuna tadi pada setiap bahagian (kedua-dua) paratha tadi.
  9. Angkat dengan plastik paratha dan lipatkan dua bahagian tersebut. Buat ke atas kepingan lain juga sehingga siap...(*5 keping paratha dibelah dua, akan menghasilkan sepuluh biji puff.)
  10. Tekankan bahagian yg terbuka dengan garfu kecil. Kelar sedikit bahagian atasnya dengan pisau tajam dan alihkan ke atas dulang non-stick atau dulang biasa yg telah digris dan dialas baking sheet.
  11. Sapukan dengan kuning telor dan bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit sehingga nampak kuning keemasan. Sejukkan di atas redai. Sedap dimakan ketika suam2...rangup!! Selamat mencuba..!!

Happy Birthday Ben Ashaari..!!

HAPPY BIRTHDAY BEN...!!!! Tahniah...hari ini bertambah lagi usia mu.....Lantaran itu, akak mengambil kesempatan ini mendoakan semoga kehidupan Ben sentiasa diberkati, dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan dilindungi Allah swt. jua bersama isteri tersayang di dunia dan di akhirat...Semoga tahun-tahun yang mendatang dan penuh cabaran akan dapat dilalui dengan hati yang tenang...Semoga apa yang diimpikan dan dihajatkan akan tercapai dan segala doa akan termakbul jua hendaknya....amiin, amiinn...ya Rabbal 'Alamiinnnn...

Akak juga ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian Ben untuk bersahabat dengan kami para blogger masak2 dan atas kesediaan Ben memberi tunjuk ajar dan berkongsi segala ilmu untuk manfaat bersama....Semoga kebaikan yang dihulur dibalas dengan ganjaran jua oleh Allah swt. Dan atas hasil usaha keras Ben juga diharapkan akan menjadi ikutan dan membuahkan hasil lumayan hendaknya..hehee..Pastu nanti leh belanja akak kan...akak boleh belanja Ben pulut kuning dengan salad telor seri pengantin je la yea...macam akak janji hari tuh...hehehe...Ni mesti cik isteri dah belikan hadiah yang terbaik buat suami kesayangan dia...kan Zila kan...xpun cik suami belanja cik isteri laa..boleh gak kan..hehe (maaf ya Ben...usik2 kat sini...). Moga kalian berdua sentiasa berbahagia jua hendaknya....amiiinnn

Monday, November 29, 2010

Kek Kukus Pisang Chocolate Rice

Salam...macamana hujung minggu anda semua? Harap semuanya berjalan seperti diinginkan...Ok lah kali ni akak nak share satu resepi kek yang sangat sedap....kebetulan chocolate rice banyak lebih, so bila nampak jek resepi ni akak pun terus je la buat....mmg x rugi....Akak buat masa family adik dari Gombak datang baru2 nih....ni jek yg tinggal yg sempat akak ambil utk posing2 jap..heheee...Resepi dari blog Shima (Kasih Ayah Bonda)...lupa dah mcm mana tersesat kat blog dia hari tu..maybe dia ada singgah n akak follow balik dia...jumpa la resepi nih..hehe...Thanks Shima! Izin akak C n P kat sini lak yea...

KEK KUKUS PISANG CHOCOLATE RICE
Resepi Asal : Chef Zubaidah
Sumber: Shima (Kasih Ayah Bonda)

Bahan: (loyang bulat 8 inci)
  • 250 gm mentega
  • 180 gm gula castor
  • 1 sudu besar ovalet
  • 4 biji telur B
  • 1 tsp esen vanilla
  • 275 gm tepung superfine
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 250 gm pisang berangan
  • 100 gm coklat rice (Shima x letak coz dah habis)
Cara-caranya:-
  1. Pukul mentega, gula dan ovelat hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Kemudian masukkan pisang dan kisar lagi. (*akak lecek sikit pisang sblm dikisar)
  4. Masukkan pula tepung yang telah di ayak dengan soda dan baking powder.
  5. Masukkan esen vanila dan akhir sekali masukkan chocolate rice.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus hingga masak lebihkurang 1 jam (*akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel)
# Menurut Shima, kek ni tepungnya boleh ditukarkan ngan tepung gandum tapi tak gebu dan kurang sedap kata Chef Zubaidah, sbb Shima pernah tanya. K lah kita jumpa di lain post yer. . . bye.


sangat gebusss...dan moist..

Sunday, November 28, 2010

Puding Pic N Mangga

Jom layan dessert pulak malam2 nih....resepi asal sebenarnya nama dadih tp sebab akak dah derhakakan bahannya ikut stok yg ada, so dia x selembut dadih, jadi selembut puding jek...so sudah tukar nama laaaa...hehehee...Resepi asal akak cilok dari blog Bro Rozzan yg femes tuh...Mintak maaf BR sebab Ummi dah derhaka sikit...Apapun layan dessert manis2 masam macam nih, sedap lak...Aiman dah habiskan berapa bekas daaaaa...huk alooh...Thanks BR!

PUDING PIC DAN MANGGA
Diadaptasi dari Dadih Pic n Mangga : Bro Rozzan

Bahan-bahan
  • 1 liter susu kotak penuh krim (plain) (*ummi guna jus mangga Marigold)
  • 2 sudu besar esen mangga(*ummi x letak sbb dah guna sepenuhnya jus mangga)
  • 1 cawan air
  • 8-10 sudu besar (bumbung) gula pasir
  • 1 sudu besar (bumbung) serbuk agar-agar (*lenkali kena kurangkan sikit kot tuk bahan ummi kalau nak jadikan dadih)
  • 150 ml peach & mango yoghurt(*ummi guna plain yogurt jek)
  • 1 biji mangga (dipotong dadu, kecil-kecil) (*xda stok nih)
  • sedikit buah pic dlm tin (dipotong kecil-kecil) ..optional (*ummi letak ni)
Cara:
  1. Masak serbuk agar-agar dgn air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula & esen mangga lalu dikacau rata. Setelah mendidih tutup api.
  3. Masukkan pula susu penuh krim dan yogurt asli. Kacau rata.
  4. Isikan potongan mangga/pic ke dalam bekas-bekas kecil. Kemudian tuangkan dadih.
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan sejuk-sejuk.

Sessi Kutip Award Yang Hampir Terlupa

Salam hujung minggu semua....ni just nak kutip award2 pemberian blogger tersayang yang hampir terlupa dah tauuu...sori banyak2 eh....tersangat bz dan nk letak entry pun terkejar2 masa....Terima kasih buat semua yang mengingati akak....salam sayang dari akak. Dan mohon maaf jugak akak x sempat la nak jawab tag2 nih...adeeiiii....semakin hari semakin bz ntah apa2, lebih2 lg cuti sekolah, cuti semester nih.....melayan karenah anak2, nak makan kat luar la...nak jalan sana sini laaa..waaaaaaaaaaaa, macam2 plan depa noooo....Kalau ada sesiapa lg yg bagi award akak x kutip lg, tolong bagi tau eh...x disengajakan dan terlepas pandang laa tuu...

Dari Love dan MamaFaMi dearest...hehee, sori la Ummi x sempat nak jawab tag la Ma....huhuuu...lenkali la eh..

Yang ni daripada Lin Rosly lak...Thanks for remembering me and nice knowing you Lin! Yang ni soklannya sikit jek...so akak jawab la jugak...hehehe

Nick Name Tuan Punya Blog:-
Ummi Zaihadi

Ucapan Untuk Pemberi Award:-
Buat Lin, terima kasih tak terhingga kerana sudi menghadiahkan award blog cantik ni kepada akak....weeee, tertanya2 gak, kat mana cantiknya blog akak nih....gambar pun sedang2 jek, resepi pun sempoi2 jek ala2 orang terkejar2 balik kerja memasak...ha, gitu la kan...Buat Lin, akak rasa gembira kerana mengenali Lin walaupun hanya melalui alam cyber dan belum berpeluang berdakap mesra dengan Lin....insyaAllah, suatu hari akak ingin nak jumpa Lin jugak...muaaahhhh!

6 fav artist / singer / group :- (kalau ikutkan ramai weeyyy..hehhee)
  • Maher Zain
  • Anuar Zain
  • Celine Dion
  • Rabbani
  • Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
  • Tan Sri P.Ramlee/Saloma
Tag 10 bloggers:-
  • Xdan lagi nak fikir.....kepada yang sudi, sila ambil la yeaa...

Roti Inti Jem Nenas

Salam...selamat petang semua....bz nya akaaaaakkk....ha mcm tu la kiranya, sebab akak bercuti dan melayan family adik yang datang ke rumah semalam, tengahari tadi diaorang balik dah...semalam seharian jalan2 cari makan segala....tp lupa nak snap gambar. Resepi asal Alex Goh, akak cilok dari dapur Mat Gebus yang sedang femes giloosss tuh...ni blognya dah tercalon pulak dalam Blog Pilihan Malaysia 2010 tu...tahniah Mat..so pakat2 lah vote tuk Mat eh! Mat, sori lah akak derhaka gak kat inti roti nih...akak taram dengan jem nenas jek...nak ngabis kan stok...tp sedap weyyy...wat jamu kat family adik dan akak bawak ke rumah kakak ipar gak semalam masa jalan2 sana. Tadi pun bekal lg kat family adik nak balik tuk makan2 dlm kete...Aiman n abglong suka sangat roti nih..! Thanks yea Mat, akak C n P je lerr...! Untuk step-by-step, sila clik kat dapur Mat tu eh..

ROTI INTI JEM NENAS
Sumber: Mat Gebu

BAHAN DOH BUN MANIS :-)
A ...
  • 480 g tepung roti (high protein flour)
  • 120 g tepung gandum
  • 110 g gula halus
  • 10 g garam
  • 20 g tepung susu
  • 4 camca teh instant yeast
  • 1 camca teh bread improver*
  • 1 camca teh bread softerner*(*yang ni mat sendiri tambah)
B...
  • 1 biji telur
  • 300 ml air (akak letak 250 ml jek)
C...
  • 60 g mentega
D...
  • Inti epal secukupnya (boleh rujuk sini...) (*akak guna jem nenas jek)
  • 1 kuning telur*
  • 1 camca besar susu cair*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH BUN MANIS :- KAEDAH ULIAN TANGAN:- Satukan bahan A, gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 - 25 minit). Alih dalam bekas yang telah disapu mentega dan tutup dengan plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda. KAEDAH BREAD MACHINE :- Masukkan semua bahan2 diatas dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" biar hingga siap. Mat gunakan kaedah menguli sahaja dalam BM, lepas habis menguli (lebih kurang 30 minit), keluarkan doh dan perap dalam bekas lain yang lebih beras, ini kerana khuatir doh naik terover the limit, sampai ke penutup BM terbuka....... (*akak pun alih dalam bekas lain tuk doh naik tuh)
  2. UNTUK ROTI INTI EPAL :- Ambil 600 g doh tadi (yang lain tu mat gunakan untuk membuat resipi2 roti di bawah ini..harap maklum yeaa)... Bahagian kepada 12 bahagian sama besar (50 g setiap bahagian), bulat2kan dan ketepikan. Ambil 1, canai membujur. Potong seakan2 jejari pada sebahagian doh, isi dengan inti epal dan gulung seperti dalam gambar (rujuk kat dapur Mat ni eh). Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar 50 minit hingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.
# Lepas 15 minit roti dibakar, mat keluarkan dari oven dan sapu dengan bancuhan telor pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...Selamat Mencuba!!

Ni kes maleh dah nak memintal...so akak gelek memanjang dan jalin jek...panjang weehh..hehehe, tp gebusss maintain!

Thursday, November 25, 2010

Nasi Daging

Salam......waaa duk belek2 photo dlm camera akak smlm...baru perasan akak x masukkan lg entry nasi daging nih...hahaa...terlupa..! So entry tertunda la eh....Kena masukkan la sebab akak yg masak nasi ni, 9 pot tin susu kecil tu koooo....puas nak menggodek nasi tuh...periuk besar akak masak...jamu anak beranak je pun 9 beradik punya family, tau la kan berapa org + anak2 semua...Ya laaa daging korban dpt banyak...yg beli pun ada.....selain di letakkan dalam nasi, akak buat lah kari daging sikit, pastu adik ipar akak sediakan sambal air asam tomato tuh...perggghh selera makan......Nasi ni dimasak petang raya pertama Aidil Adha tu. di kampung akak, so amik gambor pun ala-ala kadar je laaa..hehee..lepas melantak ketupat, lapor nasi pulak kan...so ni untuk hidangan malam tu la yeaa....Layaaaannn...!

Sapa nak resepi leh tengok Sini yea...yg ni versi periuk besar nnt susah lak korang nak adjust...cuma bezanya kali ni akak letak 1 tin susu sejat menggantikan susu segar bagi sukatan beras 9 pot tin susu kecil tu..buat menambah lemak2 nasi...


Baru masak n fresh dr periuk...hahahhaa

Wednesday, November 24, 2010

Kek Lapis Oreo Kukus

Hari yang sungguh bz sejak balik cuti Aidil Adha hari tu...macam2 hal akak nak kena setel...Apapun akak jamu jugak la korang dengan kek lapis oreo nih....Resepi asal sama jek dengan resepi Kek Lapis Alwani Kukus oleh Dayangjack...cuma ikut suka kita la nak lapis dengan apa kan...jangan letak papan lapis sudaaahhh...hehe, yg ni akak ikut Suejoshua letak oreo, lapisan Sue buat cantik jek nipis2..hehe, akak nk cepat punya...Cuma nak maklumlah, kek ni kurang comel lapisannya sebab akibat tersalah anggar lapisan sebelumnya yang kurang masak betul di tengahnya..akak pegang bahagian permukaannya ok jek, confident jek dah masak...tup, tup...akak letak lapisan seterusnya dia sloop gitu...apapun rosak lapisan je la sikit....tp adunan tetap cantiiiikk naik punyaaa...sedap punyaa..gebuusss punyaaa...hehehe...layaaannn...!

KEK LAPIS OREO KUKUS
Resepi: Dayangjack
Sumber:
Suejoshua

Bahan: (akak buat 1 1/2 adunan dr resepi di bwh dan guna loyang bulat 8 in)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A (untuk 1 1/2 adunan, akak guna 8 biji telor gred B)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 s/t esen vanilla
  • pewarna oren dan hijau
  • Biskut oreo secukupnya (dibuang krimnya)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan periuk pengukus.
  2. Sediakan loyang berukuran 6 inci, lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas, ketepikan.
  4. Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang dan putih, masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  5. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  6. Masukkan tepung dan putar hingga sebati dan juga esen vanilla.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan hijau dan oren.
  8. Tuangkan adunan oren kedalam loyang terlebih dahulu dan susunkan biskut oreo diatasnya, kemudian tutup loyang dengan kertas foil, kukus selama 7-10 minit.
  9. Ulang proses yang sama sehingga habis adunan.
  10. Untuk lapisan yang terakhir biarkan kukus lama sikit kira2 1 jam-1 1/2 jam untuk kek masak rata.

ni lah rupa kek org x sabar2 nak melapis....tp bukan tak jadi keknya tau, cuma x lawo la sikit...hehehee, mmg lembut gebuus uuuu..

Rendang Ayam Kak Liza Lagi Utk Aidil Adha

Salam...Ni entry tertunda la yeaa utk Aidil Adha...akak masak kat rumah sendiri dan angkut bawak balik ke kampung petang Selasa sebelum Aidil Adha hari tu...senang! Sampai rumah mak leh relax sikit, mak akak dah siap balut ketupat palas dah..tinggal nak rebus jek masa akak sampai dekat maghrib tu...Adik akak pun siap masak kuah kacang sikit tuk nasi impit...Pg selasa tu, lepas bakar kek dan kukus kek lapis, tengok masa ada lagi, so akak terfikir la nak merendang dari Kuantan je laaa...terus pi kedai, beli ayam 3 ekor haaa...lalu akak mengerjakanlah ayam ni jadik rendang...Najwa tolong siang2 bawang dan cuci ayam...yg lain akak buat lah...kerisek beli kat mini market jek, org melayu kita buat...so layan la resepi dari Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza lagi, cuma akak ada tambah or adjust sikit jek laa, ikut tekak...guna gula kabung seperti sebelum nih, so rendang nampak lebih gelap kemerahan sikit...dan kali ni akak tumis dulu bahan2 tumbuk tu...xpa ya derhaka sikit Kak Liza yea...hehe, layaaannnn! Soodaaappp weeeeee...!

Ni amik gambor rendangnya tak berapa kering lagi..kat kampung akak keringkan lagi rendang nih..baru best!

RENDANG AYAM CHEF HANIELIZA

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*ni pun akak tambah)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan. (*kali ni akak tumis dulu bahan2 ni sekejap)
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
yang dalam kuali tengah nak kering, dan dalam periuk tu dah siap tuk bawak balik kampung...amacam??

Monday, November 22, 2010

Cream Cheese Butter Cake - Version II

Salam sejahtera semua....harap semua sihat la yea...akak ni macam lemauuu jugak dah kepenatan jek...cuaca pun lembab2 jek....naik malas jugak dibuatnya kan...hehee..Okayy ni just nak share kek yg akak buat untuk bawak balik kampung masa Aidil Adha baru-baru ni....Tengok je la yea...antara kek yang sangat sedap, lembut lemak dengan cheese...adeeiii...abis laaa...naik inci..bukan cm. lg daah..hahaaa....Dulu penah gak buat kek yang hampir sama macam ni, cuba tengok Sini...tp kali ni, akak try resepi dari dapur Suejoshua yang cantik jelita nun jauh di Denmark sinuun...hehee..Sue, thanks yea share....sedap dan izin akak share dan copypaste kat sini pulak yea...cayang diaaa....Lg pun, senang jek pun nak buat..hehee

CREAM CHEESE BUTTER CAKE
Sumber: Suejoshua

BAHAN-BAHANNYA: (akak guna loyang bulat 9 inci)
  • 200 gm butter
  • 200 gm cream cheese
  • 250 gm gula kastor
  • 250 gm tepung gandum
  • 5 biji telur
  • 1 s/t baking powder
CARA-CARANYA:
  1. Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu hingga adunan ringan, campurkan tepung bersama baking powder kemudian kaub balik tepung kedalam adunan hingga rata dan sebati.
  2. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter.
  3. Tutup adunan untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
  4. Bakar adunan kedalam oven pada suhu 180c hingga masak dan permukaan kek keperangan (kira-kira 50-60 minit) mengikut jenis oven masing-masing.

Emmmhhh...lemak berkrim disukai ramaii..hehe...ya laa, ramai kat kampung hari tu..

Sunday, November 21, 2010

Keledek Goreng Bijan

Sekadar menghabiskan keledek yang duk tergolek jek kat dapur dah seminggu lebih....cadang nak buat pengat, tp anak2 xnak pulak....diaorg mmg lg suka goreng camni jek...potong nipis2 then goreng, hirup kopi O musim hujan nih...bestttt....tp kalau angin, jgn makan byk sgt, nnt malam songeeii pulak perut tuh...kan kan....Kali ni akak goreng style Hajar yang dah lama menyepi dan berhenti ke udara dari FP nya tuh...sesekali suka jugak jenguk...sedap dengan rasa bijan itu...cuma bijan akak x banyak dah dlm stok...thanks Hajar!

KELEDEK GORENG BIJAN

Bahan:- (sukatan anggaran akak)
  • 5 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Air Secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1/4 cawan bijan
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-
  1. Kupas kulit keledek, basuh dan potong nipis2 atau ikut suka.
  2. Panaskan minyak yang banyak (goreng terendam) di dalam kuali.
  3. Salutkan keledek dengan adunan dan goreng hingga berwarna keemasan.

CERITA KREATIF: Aku Nak Bagi Ben Ashaari Hadiah...Close dah ke?

Waaaaa...balik cuti ronda2 dapur Mat, dapur Mama ternampak pasal segmen Cerita Kreatif yang dianjurkan oleh Ben Ashaari blogger muda (*muda kee...) dan terkenal seantero alam cyber nih! Boleh masuk contest lg ke dah tutup ni Ben?? Nampak macam dah ada pengumuman pemenang jek...Xpa laaa..akak saja2 suka dan merajinkan diri nih...x kesah laaa...cuma nak sampai kan jugak hajat akak kalau2 laaaa Ben Ashaari terjengul kat pondok akak, ni jek la yg akak boleh hidang kot...hehee!

CERITA KREATIF: Aku Nak Bagi Ben Ashaari Hadiah

Ben diet kan...haaa, boleh la tibai Salad Udang Pengantin nih, spesel 2 hala 1 tujuan, hehee....mana laa tau, lepas makan nih, aura pengantin lebih sikit....so udang or seafood nih bagus tuk dapatkan zuriat lelaki....heheee, jadi sesssuaaaiii sangat la tuh.....pastu kan akak akan kukus pulut kuning la tanda doa selamat panjang umur, murah rezeki, dan moga dimakbulkan segala hajat dan doa Ben selamat nih! Pasal sumber kewangan insyaAllah dari sumber akak yang ciput dan halal laaa, insyaAllah....setakat nak menyediakan menu nih...x larinya budget..hehehee...So, in advance... Selamat Hari Lahir Ben Ashaari (98 patah perkataan)

Salad Udang Pengantin

Pulut Kuning Lapis

Salam...Sihat Ke? Layan Lempeng Strawberi Dulu

Salam semua....apa khabar? Harap semua sihat hendaknya, akak ni jek perit tekak, dah telan 4 5 biji Dequadin baru terasa ok...xpun tekak mcm tersekat jek nak menelan....Lama bercuti, banyak entry tak masuk....que panjang nih....Terima kasih kepada semua followers n visitors yang sudi menjengah dapur akak nih, mohon maaf juga kerana x sempat nak respon segala teguran dan komen...Balik kampung bukan xleh nak online, tp macam malas jek, sonok lagi sembang2, masak2, makan...hehhee...Ok, ni pancake or lempeng stoberi yang akak sediakan pagi Selasa sebelum balik kampung aritu...pastu bz bakar kek n kukus kek lapis serta merendang segala.....layan ni dulu eh...Nak habiskan stoberi sikit lg tuh....Resepi dari majalah SAJI...anak2 kata sedap, akak wat satu adunan jek, x cukup pulaakkk...hehee

LEMPENG STRAWBERI (STRAWBERRY PANCAKE)

Bahan:- ( 8 - 10 keping kecil)
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 300 ml susu segar
  • 5 - 7 biji buah strawberi - basuh dan hiris2
  • 1 biji telor
  • 1 camca besar gula kastor
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 camca besar madu - untuk dimakan dengan pankek
Cara Menyediakan:-
  1. Satukan tepung naik sendiri, garam, gula dan susu segar di dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
  2. Masukkan telor dan strawberi. Kisar lagi dan tuangkan adunan di dalam bekas.
  3. Panaskan kuali leper non-stick, letakkan beberapa titis minyak dan ratakan. Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan.
  4. Biarkan adunan masak seketikan dan keperangan, dan terbalikkan sebelah lagi. Masak sehingga keperangan. Angkat dan hidangkan dengan madu dan hirisan buah strawberi.

Tuesday, November 16, 2010

Kuih Bakar Bijan dan SALAM AIDIL ADHA

Salam....today cuti dah ni, tapi tersangat bz di dapur...hehee, bakar dan kukus kek untuk bawak balik laaa...pastu ingat nak balik awal sebab nak merendang kat kampung. Tp hb akak kerja half day hari ni, so terfikir baik akak merendang jek kat rumah ni, bawak balik kampung, xyah nak bz2 sangat kang....so ni baru jek siap mengemas dapur semua...rendang ayam 3 ekor dah siap salin masuk piyookkk dah...kuali dah ku basuh....dapur dah ku lap berkilat...ececehhh...lantai dah dimop...ok la tuh...japgi nak kemas baju then boleh balik laaa...mak kata, dia wat ketupat palas sikit jek... Esok cadang nak masak nasi daging....hehehee, senang citer...Sementara tuh, layan la kuih bakar yg akak buat 2nd round semalam tuk makan2, anak2 suka kuih ni, semua dah ada balik nih...

Resepi yang dah acap kali sangat dah ulangtayang sebab mmg sedap teramat pd akak.....Resepi daro Joayee yang dah berhenti bersiaran, weeeiii rindu kat Jo ....lama tak tanya khabar.......So dengan ini jugak, akak mengucapkan SALAM AIDIL ADHA buat anda semua pengunjung2 yang tidak jemu-jemu datang dan bertandang ke dapur akak ni....dah cuci kilat dah dapur akak ni...jangan sepah2 eh...heheheee

KUIH BAKAR BIJAN

Bahan:-
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (*ummi set oven 165C selama 1 jam 15 minit)


Monday, November 15, 2010

Koleksi Buku - 500 Jus Dan Smoothie

Salam, tengah buat apa tuh? Mesti tengah bz semua kan...akak pun kalau ikutkan bz jugak ni, tp saja buat2 tak bz..boleh camtu?? Hahaa...apa2 pun besok pagi la mula projek, petang nak balik kampung gak, sementara boleh balik, sementara keadaan dan keupayaan mengizinkan, balik la bersama family tersayang kan, kan...K, saja nak letak review antara koleksi buku yg ada dalam simpanan akak...actually dah lama sangat snap pict ni masa baru2 beli bulan Mei dulu masa gi MPH Book Store kat Wangsa Walk tu....kebetulan masa tu offer! Kebetulan semalam tengok Mat review buku koleksi Pie n Tart kalau x silap, so akak baru teringat kat buku nih...hehee...Buku himpunan 500 Resepi Jus dan Smoothie yang diterbitkan oleh Marshall Cavendish dan penulis asalnya adalah Christine Watson, tetapi telah diadaptasi ke dalam Bahasa Malaysia. Berharga RM35.90 dengan rebate 20% masa akak beli tuh....Kecil molek bukunya bersaiz lebih kurang 5 x 5 inci sahaja...berkulit keras dan berkulit jaket gitu...Tapi baru sempat try 3 or 4 resepi jek, pastu letak tepi jap...lama2 mcm lupa lak kat buku nih...hahaha...asyik refer resepi lauk pauk n kuih muih segala jeek...layaann laa eh..waaaaaaaaaa...500 tuh...x abis buat setahun...hehee

Kandungan buku terbahagi kepada smoothie ringkas, smoothie sarapan, infusi harum, tonik kesihatan, jus penggalak (*penggalak apa ntah laa..hehee), minuman campuran utk kanak2, susu kocak, pekat dan dingin, nakal lagi sedap (*waaa...nakal?? xleh kasi kanak2 la ek..hehe) dan minuman campuran pati tanpa alkohol...

Bermacam2 jenis resepi - tonik kesihatan pun ada..

wat tiramisu pun bermacam2 haa...semuanya ringkas!


Nak meng"lassi" pun adaaaa...

Adeeii macam2....jus nektarin dan clementine pun adaaa..x penah rasa pun! Bila nak buat ntaahh..