Tuesday, March 31, 2009

Puding Laici Dangdut

Sorilah gambar lauk ikan patin tempoyak dengan timun taon yang diidam dan ditibai dek budak Hana tu akak lupa betul nak ambil gambarnya...nnt lain kali la akak buat lagi eh...Rasanya dah penah jugak letak resepi tu kat sini...Okay ni salah satu dessert yang budak Hana tu ulang-ulang makan masa datang rumah akak kelmarin...dessert yang sangat sedap...sempoi je nak buat tapi rasanya...wallaaaahhhhh!!!! Thanks to Kak Hanieliza for this wonderful recipe...Bila dah kena dengan buah laici tu...alahaiii....sure nak tambah lagi...betuii ni!! Dan nak jadi cerita, Hana ni memang dah rindu nak makan buah laici sebab kat Jepun sana x ada...patutlah akak terasa je nak buat..dah memang rezeki Hana laaa...

Bahan:- (akak buat half je - nanti nak buat lg.. :D)

  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Sweet Potato Pound Cake

X pernah lagi buat kek guna keledek..selalu wat kuih je...tapi yang ni memang kek keledek yang sangat sedap pada tekak akak...lembut dan lembab gitu...dengan aroma serbuk kayu manis tu membuatkan rasa kek lebih sedap tp akak x letak byk sgt serbuk tu..nnt x laku lak...Kalau x caya, tanya Hana...dia pun dah rasa, sedap katanya..Resepi dari umah@MYR tu..Akak C & P je laa...
Bahan:-
  • 1 Cup Butter, softened
  • 2 cups White sugar
  • 2 cups cooked and mashed sweet potatoes
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 3 cups all-purpose flour
  • 2 teaspoon baking powder
  • 1 teaspoon ground cinnamon (akak letak 1/4 teaspoon je)
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon salt
  • 4 eggs
Cara-cara:-
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a 10 inch pan.
  2. Sift together flour, baking powder, cinnamon, baking soda and salt. Set a side.
  3. In large mixing bowl, cream butter and sugar until light and fluffy.
  4. Add mashed Sweet potatoes and vanilla. Beat until well blended.
  5. Add eggs, one at a time,add flour and continue beating.
  6. Pour batter into pan. Bake for a bout 1 hour or until a wooden toothpick inserted into cake comes out clean.
    *Note: For deco, just sift some icing sugar on top of the cake.

Oreo Muffins

Salah satu hidangan untuk Hana jugak ni...Ni jelah yang tinggal dan sempat amik gambar..hehe..Resepi dari Sis Rossya FP..tapi akak ceduk dari dapur Bro Rozzan ni..sedap dengan rasa coklat kiub yang dipotong2 dalam muffin nih serta crushed oreo tu...Sebab Hana tu kenyang, dia sempat tibai 1 ketuii je laa..akak tapau kat dia..Akak x sempat buat banyak pun..mula2 terkejut gak sebab resepi asal letak 1 sudu besar baking powder..eh ya ke? X caya rasa, akak tukar 1 sudu kecil je...x tau la kot mmg 1 sudu besar..Akak letak la resepi asal ya..x kuasa dah nak translate.. :D
Ingredients:-
  • 1 3/4 all purpose flour
  • 1/4 cup sugar
  • 1 tbsp baking powder (akak letak 1 tsp je..)
  • 1/3 cup butter/margerine
  • 1 cup milk
  • 1 egg
  • 16 oreo chocolate sandwich cookies, coarsely chopped
  • 50 gm white choc - chopped
  • 50 gm dark choc - chopped

Additional ingredients by Bro Rozzan:-

  • 60 gm chopped pecan and walnuts
  • 10 Van Houten chocolate neaps (chopped into smaller pieces & sprinkle over the muffins top - akak letak choc chips je)

Method:-

  1. Mix flour, sugar and baking powder in medium bowl.
  2. Cut in the butter until mixture resembles breadcrumbs.
  3. Blend milk and egg in a small bowl. Stir into flour mixture.
  4. Gently stir ini chopped cookies and chopped white/dark chocolate.
  5. Finally, add ini the chopped nuts and stir.
  6. Spoon batter into greased or paper-lined muffin trays.
  7. Sprinkle with more chopped chocolates.
  8. Bake for 25 - 30 minutes or until toothpick inserted near centres comes out clean.
  9. Cool in pan on wire rack for 5 minutes. Remove from pan, cool slightly.

Pengat Keledek Bersagu

Akak masuk resepi masa Hana datang rumah Jumaat kelmarin dulu la ya...sempoi dari akak...saja nak menghabiskan keledek 2 butir kat dapur tu....xyah resepi la ek..senang je..rasanya semua tau nak buat n nak makan kan..hehe..sori lah gambar pun ambil masa dah siap makan..comot je dalam bekas kat atas tu..hehe


Sunday, March 29, 2009

Kunjungan Hana & Family Yang Dinanti..

Yehaaa...Meja makan ini telah menerima tetamu dari jauh pada Jumaat malam kelmarin...maklumlah Hana & Family yang menetap sementara di Jepun tu balik bercuti berjanji akan datang ke Kuantan. Ummi dah pelawa dia makan malam ke rumah..Hana dah sms Ummi pada Rabu malam mengatakan dia dah sampai di bandar Kuantan..Memang dia ada urusan dengan Ummi..hehee (*urusan apa? nanti citer later k), di samping suaminya Hamzah ada urusan di Universiti Malaysia Pahang tempat dia menjadi Pensyarah sebelum cuti belajar ke Jepun...Hari Jumaat pagi tu Ummi awal2 dah pergi pasar dan sibuklah jugak berkemas mana-mana yang patut...hehe... petang bz masak untuk dinner.

Baru je siap letakkan pinggan dan mangkuk untuk hidangan nanti...Najiha yang tolong set-up meja ni..half-way ready dah..thanks dear! Lauk pauk belum diceduk lagi laaa...dah ceduk pun..lupa pulak nak snap pictures...


Sakan sangat berborak, dah siap makan nasi semua baru teringat nak snap...dah nak menjamu dessert dah...ish ish..


Ada yang nak tengok Hana tibaiii ikan patin tempoyak dengan timun taon ni ke? Alahaii..lupa nak snap laa..Memang special request dari Hana masa Ummi duk YM dengan dia di Jepun lagii...Dia makan sungguh2!! Lepas ni x meleleh air liur dah la baby dalam perut tu..Hehe..Hana, best ke? Hamzah x berapa makan ikan sungai ni...tapi dia rasa jugak laa...tu Hana dah siap makan, duk melayan anaknya Danish lak! Lauk2 lain seperti sambal udang, ayam masak kicap, sayur buncis dengan udang dan sambal belacan & ulam2...sempoi je akak masak...

Sambil makan, sambil sembang...hb dan Hamzah duk makan dessert segala...Aiman baru nak makan tu..


Ni dia dessert yang Ummi sediakan..puding laici dangdut dan pengat keledek bersagu....Hana sampai ulang-ulang makan puding laici ni sebab kat Jepun dia x dapat bekalan laici..ooo patutlah hati Ummi ni tergerak je nak buat puding laici ni...memang rezeki ko lah Hana eh...


Lepas makan, Najiha duk melayan Danish ni haa...kita snap gambar dia...dia snap gambar kita lak! Memang bijak budak nih! Najiha ni memang rajin melayan budak2 ni...suka depa..hehe



Hubby and Hamzah duk sembang sakan kat ruang tamu...mana pergi Hana nih??

Sini rupanya...hehe..Hana ni rindu sangat nak tengok blog dia..so akak pun suruh le dia duk menghadap komputer bilik belakang Aiman ni, sambil borak2...sempat la dia tinggal pesan kat blog dia tu..hehe...suka betuii dia...lepas rindu dah Hana?



Danish dengan Danial duk main toys Aiman tu...sementara mamanya berblogging kejap..hehe..


Bergambar sambil sembang-sembang dan pekena teh O, kek dan oreo muffin...


Amacam..cun x dua mak dara nih..hehe


Hana and Hamzah posing sakan...
(sori gambar blur sikit, bateri dah hampir weak daa..)



Sebagai kenangan....

Amboii Danish..siap melambai nak balik sangat dah kot..ya la..jam dah hampir pukul 1 pagi dah ni...Hana bawa pulang PIF Gift yang dimenanginya..Mana yang menang jugak tu, tunggu la ya..Akak pun tergesa-gesa gak cari hadiah ni untuk Hana, senang x payah pos ke Jepun sana kan..hehe..Harap-harap Hana suka...Okayyy sampai sini dulu la yaa..pasal gambar barang yang akak order dari Hana tu nanti2 la eh...later akak upload k...puas hati dah tengok gambar ni? Sori jugak lah ya..ada sebahagian gambar yang blur...bateri dah kong dah kot..lupa nak recharge duk bz sakan siang tu...Nanti kita tunggu gambar dari Nikon dia yang canggih tu pulak eh..

Saturday, March 28, 2009

Mee Jawa

Ni untuk jamu mata jugak la ya...jangan mintak laa..dah habis..x sempat nak update 2 3 hari ni...masak hari malam Rabu lepas dah..pastu bz sikit hari Khamis balik je ofis, ada adik sepupu bertandang dan ajak makan malam, tp masak sempoi je...pastu hari Jumaat bz seharian....taraaaa..teka siapa nak datang...orang tengah bercuti dari Jepun tu laaa..hehee...nnt nak letak gambar pertemuan paling best dgn budak Hana ni..K, layan resepi dari Minami@MYR ni eh..Akak nak C&P je ni..Thanks Minami..best sesangat mee jawa ni..
Bahan-bahan ( 8 org ):-
  • 1 kg mee kuning - dicelur
  • 4 biji telur rebus
  • taugeh
  • 2 keping tauhu - potong dadu
  • daun bawang & daun sup - dihiris halus
  • cili api @ cili jeruk (*akak xda cili jeruk ni)
  • lemon @ limau nipis
  • bawang goreng
*** utk kuah***
  • 500 gm ayam - dipotong kecil-kecil
  • 200 gm daging - dipotong kecil-kecil (*akak xda stok)
  • 200 gm udang
  • 3 sudu besar udang kering - dikisar halus
  • 1 biji bawang besar - dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 1 cm halia - dikisar halus
  • 1 cm lengkuas - dikisar halus
  • 1 batang serai - dikisar halus
  • 500 gm ubi keledek - direbus dan dikisar halus
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • minyak utk menumis
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 1/2 kiub ayam
  • garam & gula secukup rasa
  • air secukupnya
Cara-cara:-
  1. Kisar sehingga hancur bahan-bahan seperti udang kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai sekaligus.
  2. Cili kering direndam dgn air panas dan dikisar halus.
  3. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis cili hingga garing. setelah garing, masukkan bahan2 yg telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau.
  4. Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak.
  5. Masukkan ayam dan daging. Kacau dan masak sehingga ayam dan daging separuh empuk.
  6. Masukkan ubi keledek yg telah dimesin. Masukkan juga air mengikut kepekatan yg disukai. Jangan terlalu pekat kerana mee jawa cepat terasa muak.
  7. Masukkan udang. Masak sehingga mendidih.
  8. Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
  9. Hidangkan mee, telur rebus, taugeh dan tauhu. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup & bawang. Sedap dimakan ketika panas-panas bersama cili jeruk! nyam2...

Strawberry Yogurt Pudding

Sorry guys..gambar ni untuk cuci mata je la ya...dah licin pun..x sempat nk letak entry 2 3 hari ni, bz sikit...simple jek, ramai dah buat pun resepi Yani@MYR tu...saja2 nak menghabiskan baki yogurt tu, nnt kena masuk tong sampah lak...dessert tuk makan dgn mee jawa kat atas tu..Akak C & P je la yaa..
Bahan-bahan ( 4-5 ):-
  • 250g plain yogurt
  • 150g strawberry
  • 50-60g gula halus
  • 5g gelatin
  • 3 sudu besar air

Cara-cara:-

  1. Campur gelatin dengan air. Ketepikan.
  2. Blend plain yogurt, strawberry dan gula.
  3. Panaskan gelatin dengan microwave selama 20 saat.
  4. Masukkan gelatin ke dalam no.2 . Mix lagi.
  5. Akhir sekali masukkan puding ke dalam pudding cup dan sejukkan.

(*Note: Boleh juga dibuat dengan buah-buahan lain seperti manggo or banana.)

Thursday, March 26, 2009

Apam Marmar

Ni hasil meronda2 tengok resepi Mat Gebu kat MYR tu, terpikat tengok apam marmar dari Indonesia ni..wallaaaahhh..memang sedap, lembut, gebu,halus, mulus gitu...superb!!! Thanks Mat...ni nak C & P je la yaa...
Bahan-bahan:- ( Tin berukuran 10 inci ) - akak guna loyang 8 inci je
  • 250 gm tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan
  • 200 gm gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-Cara:-

  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Karipap



Ada masa senggang Ummi suka la nak buat apa-apa kuih..Tengok kat dapur ada lagi 2 biji kentang agak besar, terasa lak nak wat karipap....Resepi Jo@MYR jadi sasaran...dengan intinya sekali..Thanks Jo, memang sedap inti tu dan karipap pun rangup biarpun bermalam..Masa duk buat karipap ni family adik datang..Ummi bagi separuh yang belum digoreng untuk dia bawak balik...Bila adun resepi ni, dulu2 masa belum kawin Ummi duk dengan mak sedara, teringat dia selalu adun doh guna minyak panas gak..memang rangup..tapi masa tu, tolong je dia buat..tp xpenah nak mengadun sendiri pun..hehee..Dah kawin ada la jugak buat 1 tahun sekali kot..hahahaa..maleh eh! C & P je ya Jo...
Bahan (Doh Karipap - 20 - 25 biji):-
  • 4 cawan tepung
  • 3/4 cawan minyak- panaskan
  • 3/4 cawan air - atau lebih
  • 1 sk garam

Cara-cara:-

  1. Masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai.
  2. Masukkan air. Uli sampai rata sebati.
  3. Buat bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap.
  4. Bila dah siap tutup dgn plastik tak nak kasi kering.
  5. Menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim.
  6. Goreng dengan api perlahan.
Bahan Inti (untuk 60 biji) - ummi buat 1/3 dari bahan ni..
  • 600gm potato - potong dadu
  • 150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
  • 500gm bawang besar- potong dadu
  • 3/4 cwn daging - potong halus
  • 3/4 cwn minyak
  • 3 sb rempah kari
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 2 sb gula
  • 1 1/2 sb garam
  • 1 asam keping

Cara-cara:-

  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan potato & carrot. masak sampai lembut. Menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
  2. Dalam kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut.
  3. Masukkan rempah kari, daun kari jika ada dan masukkan daging., kacau kekejap.
  4. Masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  5. Masukkan gula, garam dan asam keping. bila dah rasa, tutup api. Sejukkan.

Tuesday, March 24, 2009

Pandan Swiss Roll

Weekend baru ni ada rasa terlebih rajin sikit..hehee...Dah lama x buat swiss roll, so duk explore sana sini nak cari resepi yang simple dan semestinya sedap...Nampak resepi ni kat dapur Gert ...layaaann...Gert, just C & P from you, thanks a lot dear...Really soft and moist...!! I ate a huge slice too..hehe
Ingredients :
  • 5 eggs
  • 1 cup of flour
  • 1/2 cup of sugar
  • 1 tsp of emulsifier (ovalet)
  • 3 tbsp of water
  • 1/3 cup of melted butter
  • 1 tsp of vanilla
  • 1/2 tsp of pandan paste
Filling :
  • Some Kaya (egg custard) or strawberry jam

Method:-
  1. Pre-heat oven t0 350 degree F. Light grease a swiss roll tin (10 x 14" ) and line with some parchment paper.
  2. Combined eggs, flour, sugar, emulsifier, water, vanilla and beat on high speed until mixture is white and fluffy.
  3. Turn off mixer and slowly fold in the melted butter. Mix thoroughly.
  4. Remove about 1 cup of mixture and add in the pandan paste.
  5. Pour the white mixture into the baking pan and spread it out evenly.
  6. Put a few dollop of the pandan mixture on of the white mixture and bake in the oven for 20 minutes or until lightly brown.
  7. Take out the cake and cool down for 5 minutes before turning it out on a parchment paper. Roll it up while its still warm and leave it to cool down completely.
  8. When is cool, unroll it and then spread some kaya or jam on it. Roll the cake up again, cut and serve.

Bubur Cacha Ubi Keledek

Weekend baru ni banyak jugak Ummi masak-masak, sebab anak2 sedara ramai kat rumah..then family adik pun ada..Ummi masak bubur cacha dengan ubi keledek ni..sedapnya..lama x makan..family adik stay sampai malam gak laa...so x sempat nak letak entry..sori laa, jamu mata je la yaa...dah licin nih..hehe

Bahan:-

  • 1 cawan bubur cacha kering
  • 500 ml santan
  • 2/3 cawan gula pasir/secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 biji keledek sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong kecil
  • secubit garam

Cara Memasak:-

  1. Basuh bubur cacha dan rebus dengan air biasa hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan ubi dan santan dan masak dengan api perlahan.
  3. Masukkan gula dan secubit garam dan biar mendidih dan ubi empuk.
  4. Masukkan bubur cacha tadi dan masak sebentar hingga mesra.
  5. Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk pun best..

Asam Pedas Daun Pegaga

Menu tengahari semalam...Dah bermacam-macam cara masak asam pedas belum pernah lagi la tengok kat mana-mana orang masak Asam Pedas Pegaga ni...Ummi terjumpa resepi ni dalam majalah Keluarga yang dah lama kelmarin...sedap rupanya letak pegaga ni...no hal punya dengan tekak family Ummi...try laa..
Bahan:-
  • 4 keping ikan tenggiri (*ummi guna ikan merah)
  • secekak daun pegaga

Bahan Kisar:-

  • 20 tangkai cili kering - direndam dengan air panas dulu
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 cm belacan
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/3 cawan air asam jawa
  • gula dan garam secukup rasa
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 8 batang kacang bendi
  • 1 biji tomato -belah (jika suka - ummi x letak pun)
  • Air untuk kuah secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik minyak. Letak sedikit air jika perlu dan masak atas api perlahan hingga cili benar-benar masak.
  2. Masukkan ikan dan bunga kantan. Kacau sebentar. Tambah air untuk kuah secukupnya.
  3. Biarkan kuah mendidih dan masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan bendi dan biar sebentar. Kemudian masukkan tomato dan daun pegaga. Tutup api. (Atau boleh juga tutup api dulu dan masukkan pegaga, kacau kejap)

Mix Vege With Tofu And Soy Sauce

Masak sayur sempoi je tengahari semalam...main campak-campak gitu ikut stok sayur dalam fridge..hehe...nak kena perabihkan sebelum layu...
Bahan:-
  • 8 keping tofu kecil (yg sejukbeku tu) - goreng dahulu dan potong dua
  • 1 paket snow peas
  • 8 batang asparagus
  • 1/2 batang karot - hiris bulat
  • 1 paket baby corn
  • red n green capsicum - dadu
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap cair
  • sedikit gula
  • sedikit garam secukup rasa (jika perlu)
  • sedikit air

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan segala sos dan sedikit air.
  3. Masukkan sayuran semua. Kacau sebentar.
  4. Masukkan tofu yang telah digoreng tadi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Monday, March 23, 2009

Pizza Sedap Datin El

Baru ni jalan-jalan kat dapur Datin El nampak dia tayang pizza nih! Kebetulan abanglong nak balik rumah pagi Sabtu tu..so Ummi pun start la menguli pizza..lagipun lama dah tak buat...Abanglong sampai rumah jam 11.00 pagi terus la tersenyum lebar, tibaii dua potong..hehe..Nasib baik adunan ni dapat 2 dulang besar..kiranya brunch la untuk hari tu...memang favourite seisi rumah laaa..Thanks Datin..Ummi ada adjust sikit kat tepung tu..ikut stok yg ada...memang sedap dan lembut sampai ke petang ni...

Bahan Base:- (2 keping sederhana besar)

  • 250 gm high protein flour (*ummi letak 300 gm)
  • 250 gm low protein flour (*xda stok ni - ummi letak 200 gm bread flour)
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu makan gula
  • 1 paket yis (11 gm)
  • sedikit garam
  • 1 mug susu segar yang disuamkan (*campurkan 1/2 mug air panas dengan 1/2 mug susu segar)

Cara Membuat Base:-

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering. Gaul rata.
  2. Masukkan butter dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan susu suam tadi sedikit-sedikit (secukupnya).
  4. Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
  5. Rehatkan selama 30 minit.
  6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
  7. Letakkan topping pizza.
Bahan Sos (Topping):-
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih
  • gula secukup rasa
  • garam, pepper dan oregano
  • 2 sudu besar minyak zaitun - utk tumis.
  • sedikit sos cili dan sos tomato - (*ummi tambah bahan di bawah ni)
  • 200 gm daging kisar
  • 7 - 8 biji button mushroom - belah 4 atau 6
  • 3 batang sosej - hiris kecil-kecil
  • 1/2 biji capsicum merah - tabur atas pizza
  • 1/2 biji capsicum hijau - tabur atas pizza
  • 1/2 tin kiub nenas - tabur atas pizza
  • mozarella cheese secukupnya - untuk tabur

Cara Membuat:-

  1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
  2. Masukkan bahan lain, kacau sebentar.
  3. Masukkan daging, button mushroom dan sosej. Kacau hingga masak. Seimbangkan rasa.
  4. Angkat dan sejukkan.

Cara Menyediakan Pizza:-

Sapukan base yang telah dicanai tadi dengan sedikit sos cili dan sos tomato. Ratakan dipermukaan base. Masukkan sebahagian topping. (Tinggalkan sebahagian untuk 1 keping lain). Taburkan capsicum merah dan hijau serta nenas. Akhir sekali taburkan mozarella cheese menutupi topping tadi. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 - 18 minit. Keluarkan dari ketuhar dan hidang panas-panas.

Air Jimmy Asmara

Hehe...ada ke sesiapa pernah minum air ni? Teringat lak kat citer Jimmy Asmara lakonan Allahyarham Hani Mohsin tuu..my favourite actor...huhuuuu...Meh la minum air ni, moga hilang rasa dahaga dan rindu padanya...hehee. Ceduk air ni bukan kat perigi tau, tapi resepi Kak Ann@MYR tu...sedap ni, biasa orang buat kat kenduri kahwin tu kan...pernah rasa tak, ala-ala minuman Fanta or Mirinda hijau tu tau....ingat lagi tak?
Bahan: ( 1 jug/ 4 - 6 orang)
  • 4 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar oren sunquick (jangan terlebih, nnt x jadi lak)
  • 1 sudu kecil esen pisang (banana essence)
  • beberapa titis pewarna hijau
  • Air masak putih secukupnya
  • Ais ketul
Cara Menyediakan:-
  1. Masukkan gula dalam jug. Larutkan dengan sedikit air panas.
  2. Masukkan oren sunquick, esen pisang, pewarna hijau dan air.
  3. Kacau sebati. Masukkan ais.
  4. Siap untuk diteguk...slurrrppp!!!....Errrkk!! Bestnyaaa...

Cheesy Toast

Menu simple untuk breakfast hari Sabtu kelmarin...Ummi wat ni tuk alas perut sementara menunggu pizza siap...Idea dari Che'Iza ni Ummi nampak kat MYR...My kids suka lah! Ummi lak rasa takut dah nak makan cheese ajee...Ummi wat roti bakar je laaa...
Bahan:-
  • 6 keping roti sandwich (*ummi guna aje Gardenia)
  • 3 keping unsalt slice cheese (Cheesedale)
  • 2 biji telor
  • sedikit garam
  • Basil herbs (optional)

Cara Membuat:-

  1. Buang tepi roti, letak cheese dalam setiap 2keping roti (macam sandwich tu),
  2. Potong roti kepada 2 bahagian menjadi 3 segi.
  3. Pukul telor, letak sedikit garam dan serbuk basil.
  4. Celup roti tadi dan bakar dalam kuali yang telah dilenser dengan sedikit butter (gunakan non-stick pan).
  5. Sesuai dimakan dengan sos cili, mayonis atau jem. (*ummi hidangkan dengan kacang panggang)

Friday, March 20, 2009

Oreo Cheese Cake Again..!!

Alahaii..camna leh terlupa nak posting nih! Agaknya sebab banyak sangat hal dan bz ke hulu ke hilir, x perasan dalam DGcam ada lg yang x posting..hehe..Buat weekend baru ni masa Najwa balik kejap..memang semata-mata dia nak suruh Ummi buat ciskek ni...banyak tul dia makan n bawak balik hampir half dari ciskek ni....dia tibaii sungguh..hehee...Ok, resepi ni dah pernah wat dah dulu...so sila klik kat Sini okaayyyyyy....seeeeddaaaapppp...lupakan sebentar inci yang akan bertambah di badan anda..wahahaaa..

Fearsome Fruit Salad

Salad ni Ummi sediakan untuk anak-anak buah semalam...ala-ala jeruk gitu..tapi jeruk moden laa..hehe..Resepi dari Kuali.com by Terry Tan. Sedap ni, budak2 suka...sedap makan sejuk-sejuk..
Bahan Dressing:-
  • 1/2 cup lemon juice
  • 1/2 cup air
  • 1/2 cup gula

Buah-Buah:-

  • 2 biji buah oren saiz sedang - kupas dan potong kiub (*ummi x letak ni)
  • 1 biji pisang saiz besar
  • 1 cawan anggur merah tanpa biji (*ummi letak hijau) - dibasuh
  • 1 1/2 cawan kiub tembikai - (*ummi xda ni, tukar epal n strawberi)
  • 1 biji kiwi - kupas dan potong

Cara Menyediakan:-

  1. Dalam mangkuk, satukan lemon juice, air dan gula. Kacau hingga gula larut.
  2. Kupas pisang dan potong agak tebal, dan masukkan terus ke dalam mangkuk dressing tadi agar pisang tidak bertukar lebam. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan buah-buahan lain dan gaul bahan hingga sekata.
  4. Simpan dalam fridge selama 1 - 2 jam sebelum dihidang.

Daging Masak Kerisik

Resepi asal dari Cranko21, tapi Ummi ceduk dari dapur Diana ni...Lauk tengahari semalam jugak ni..sedap betuii laaa..rasa ala-ala rendang tapi tidak menggunakan santan...Ummi masak half dari bahan asal ni..Thanks D.
Bahan A:-
  • 1 kg daging lembut - potong sebesar 2 inci, cuci dan toskan.

Bahan B:-

  • 15 tangkai cili hidup/cili kering (*ummi guna cili kering)
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras

Bahan C:-

  • 2 inci lengkuas - ketuk
  • 1 cawan kerisik
  • 8 sudu besar kicap manis
  • 1/4 cawan air asam
  • daun salam (optional)
  • garam dan gula secukup rasa.
  • 1/2 sudu serbuk ketumbar (*ummi tambah ni utk half bahan)
  • 1/2 sudu serbuk cili kering (*ummi tambah - rasa nak kasi pedas sikit..)

Cara Memasak:-

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali air asam, garam, gula dan kerisek) ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga daging empuk sedikit.
  2. Kemudian masukkan air asam dan kerisek. Gaul rata. Tambah sedikit air jika daging masih kurang empuk.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan masaklah hingga kuah agak pekat/kering. Tutup api dan hidangkan.

Blackpepper Prawn With Tofu

Semalam Ummi cuti sebenarnya, tapi pagi pergi ofis kejap ada keje last minute and urgent sikit nak kena setel...Balik tu terus je prepare tuk lunch..kebetulan ada anak saudara ramai kat rumah ni...puaslah Najiha duk melayan..hehe..Resepi asal dari Maklang kalau Ummi x silap..alaa lupa nak catit (*ampunnnn)..tapi Ummi tambah je tofu tu..
Bahan:-
  • 300 gm udang
  • 5 keping kecil tofu (yang sejukbeku)
  • 3 biji bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 tangkai cili merah - dihiris
  • 4 urat kacang panjang - hiris 2 inci menyerong
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 2 sb. sos tomato
  • 1 sb. sos tiram
  • 1 sb. kicap pekat
  • 1 sb. kicap cair

Cara Memasak:-

  1. Udang dibersihkan. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar dan angkat. Ketepikan.
  2. Goreng sebentar tofu hingga kekuningan. Angkat dan potong.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan kicap pekat manis dan cair, sos tomato dan sos tiram. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Kacau rata.
  5. Masukkan udang dan tofu yang digoreng tadi.
  6. Akhir sekali masukkan bahan yang dihiris tadi, kacau seketika dan biar pekat.
  7. Tutup api.

Milk Jelly


Resepi dari Yani@MYR ni..ramai yang dah buat rasanya...sajalah nak basah2kan tekak ni...
Bahan:-
  • 500 ml fresh milk
  • 5 sb air
  • 10 gm gelatin
  • jem secukupnya (*ummi letak strawberry jam)
  • daun pudina (0ptional

Cara Menyediakan:-

  1. Campurkan gelatin dengan air. Kacau dan ketepikan.
  2. Masukkan fresh milk ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan. Bila susu telah panas, masukkan gelatin tadi. Kacau hingga gelatin larut, tutup api.
  3. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan.
  4. Bila nak makan, letak jem kesukaan dan hias dengan daun pudina.

Thursday, March 19, 2009

Donut Mini

Resepi dari rumah Kak Nis @ Mak Daro..really tempting! Punya laa lembutnyaaa...Meh cepat uli donut...
Bahan:- (15 biji donut mini)
  • 200 gm tepung roti
  • 20 gm gula
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp yis kering
  • 140 ml susu segar
  • 20 gm butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • powder sugar/gula aising - untuk tabur

Cara Membuat:-

  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
  3. Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
  4. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
  5. Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  6. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  7. Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). *Ummi guna bahagian mulut gelas yang kecil jek..hehe
  8. Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
  9. Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
  10. Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising. Boleh juga dibuat aising donut seperti di bawah...ampuuuunn, Ummi mmg malas la nak buat ni..hehe, maybe next time..

Aising Donut:-

  • 4 sudu besar gula aising - ayak
  • 1/2 sudu besar air

Gaul gula bersama air hingga sebati. Sapukan pada permukaan donut dan taburkan kekacang atau hundred thousands.