Sunday, December 30, 2007

Apple Cake


Beselah kat rumah ni bila school holidays, kena sedia kudapan gak....pergi mari, ketengah ke dapur, lalu kat meja makan, ada je benda makan yang dijenguk atas meja...nak ngap je memanjang. Ni resepi oleh yani@MR, senang nk buat, sedap di makan..Cubalah!

Bahan:-
1 biji epal merah (besar)
100 gm mentega - suhu bilik
80 gm gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telor
100 ml fresh cream/whipping cream
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara Membuat:-
Bersih dan kupas epal, potong kecil2 lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu besar gula. Kemdian masak sehingga epal jadi lembut. (*Ummi masukkan aje dalam microwave selama 3 minit). Kemudian dalam bekas lain, pukul mentega hingga jasi bentuk krim. Masukkan gula, pukul hingga jadi putih. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul. Kemudian masukkan fresh cream/whipping cream, kacau sebati. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati. Akhir sekali masukkan epal bersama airnya (yg keluar dari epal). Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang (*ummi guna loyang 4 x 8 in) yang telah dialas dengan baking sheet dan disapu mentega dan ditabur sedikit tepung. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180 deg. celcius.

Rendang Daging

Rendang ni memang lah antara rendang ummi selalu buat bila raya or bila makan dgn pulut kuning..original from me..hehe...nak tau sedap ke tak, try leee...xkan kecewanyaaa.. hehe..promote la pulak! Ni lawan dengan pulut kuning kat bawah tu..

Bahan:-
1 kg daging - potong nipis dan kecil
3 cawan santan pekat
1 paket serbuk rempah daging Adabi
1/2 paket serbuk rempah kari daging Adabi
3 sudu besar kerisik
1 cawan gula melaka
2 batang serai - ketuk
garam
5 helai daun purut - hiris
2 helai daun kunyit - hiris/ikat simpul

Goreng dan tumbuk:
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Bahan kisar:-
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 1/2 cm halia
1 1/2 cm lengkuas
5 batang serai

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis serai ketuk dan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan semua serbuk rempah dan bahan goreng-tumbuk, kacau-kacau sebentar. Masukkan daging dan kacau-kacau rata lbh kurang 5 minit. Masukkan santan dan kacau-kacau selalu. Bila hampir setengah pekat, masukkan gula melaka, kerisik dan garam. Bila agak pekat, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Siap.

Pulut Kuning

Semalam tanya anak2 nk breakfast apa pg ahad, Aiman dulu2 lagi jawab (*dah agak dah..), mak buat pulut kuning lehhh taaaakk...Hehe..baguih jugak, daging korban ari tu ada lagi, beras pulut pun ada...Alah hb pun suka pulut, so layaaannn...

Bahan:-
1 kilo beras pulut
(*rendam semalaman/selama 4-5 jam dengan serbuk kunyit dan 2 keping asam gelugur)
2 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
2 sudu kecil garam halus

Cara Memasak:-
Masak air dalam periuk kukus biar didih. Sementara itu, buang air rendaman pulut dan basuh sekali lagi pulut. Masukkan perlahan-lahan dalam periuk kukus (berlubang) dengan di alas daun pandan bersilang-silang. Kukus pulut selama lebih kurang 30 minit/hingga pulut kelihatan kembang. Balik-balikkan pulut satu kali semasa pertengahan kukus. Sementara itu, dalam bekas lain, masukkan santan dan garam, kacau rata.
Bila pulut telah kembang, perlahankan api dan angkat pulut, tuang dalam bekas besar, masukkan santan tadi sedikit demi sedikit, kacau rata. Masukkan sekali lagi dalam periuk kukus berlubang dan kukus sebentar (-+ 5 minit). Angkat dan ratakan pulut dalam periuk lain, dan letak sebentar atas api paling kecil selama -+ 10 minit.

*Bila menghidang, ceduk dan tekan-tekankan dalam bekas caserol.

Saturday, December 29, 2007

Pau Kacang Merah

Kuih ni ummi buat pagi tadi, saja je nak menghabiskan tepung n inti kacang merah tu...Resepi dari mana niii..dh lama salin dulu..x tulis la pulak sapa pnya, maaf ye..

Bahan:-
300 gm tepung gandum
(*kalu guna tepung hongkong lebih cantik)
6 gm baking powder
2 gm garam halus
162 gm air suam
6 gm yis
30 gm gula
18 gm (1 sudu besar) shortening

Cara Membuat:-
Ayak tepung gandum dan baking powder. Campur garam dan ketepikan. Dalam mangkuk lain, campurkan air, yis dan gula. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Uli sebati. Masukkan pula shortening dan uli lagi hingga adunan licin dan x melekat di tangan. Tutup dengan cling film dan biarkan naik sehingga dua kali ganda. Bila telah naik, tumbuk2 adunan tadi untuk keluarkan angin. Bentuk tepung tadi bulat2 kecil (+- 30gm) dan masukkan inti kacang. Letak atas kertas yang dipotong2 empat segi kecil dan letak dalam loyang. Buat hingga habis dan biarkan lebih kurang 10 minit. Kukus dengan api kuat lebihkurang 15 minit. (Balut penutup loyang dengan kain agar air tidak menitis atas kuih dan jangan buka penutup sehingga agak2 masak, takut bentat).

Ikan Cencaru Sumbat/Belah Belakang

Hehe...mana satu nama yang betul x tau lee...seksi le ikan cencaru ni kena belah belakang baju dia..emm, mcm2...antara hidangan tengahari tadi gak ni..

Bahan:-
2 ekor ikan cencaru
(*belah belakang dan tarik keluar isi perutnya dari belakang perlahan-lahan, cuci bersih, toskan. Gaul garam dan serbuk kunyit.)
3 helai daun kunyit

Untuk sambalnya:-
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
5 sudu besar cili + bawang kisar
2 sudu besar perahan air asam jawa
1 sudu kecil belacan
2 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit minyak

Cara Memasak:-
Tumiskan dulu bahan-bahan di atas, masak biar sampai kering sikit. Bila agak sejuk, masukkan ke dalam belahan ikan cencaru tadi. Sumbat belahan dengan helaian daun kunyit. Kemudian lilit daun kunyit pada badan ikan dan menutup bahagian belahan ikan. Dalam kuali leper, tuang sedikit minyak dan goreng ikan tersebut dengan api perlahan. Balikkan perlahan-lahan dan biar hingga ikan masak. Sedap bau daun kunyit tu bila masak...
(*Ikan ni boleh juga dibakar, tapi ummi suka buat goreng camni, lebih manis rasa ikannya.)

Sayur Campur Masak Lemak

Ni antara hidangan tengahari tadi...Bese je, rasa lama dah x makan sayur lemak putih ni...Lagipun ada lagi saki baki sayur jiran bagi ari tu, nak perabih kan..

Bahan:-
200 gm bunga kobis
1 paket kacang bilis (selalu ada kat cameron highland tu..)
1 biji carrot - potong nipis
1 labu bawang besar - hiris tebal sikit
2 ulas bawang putih - racik/tumbuk kasar
1 biji cili merah
10 ekor udang basah
1 1/2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam

Cara Memasak:
Dalam periuk masukkan santan cair dan semua bahan kecuali santan pekat. Bila mendidih dan sayur 2/3 masak, perlahankan api dan tuang santan pekat. Kacau sekejap dan tutup api. Kacau-kacau sekejap sebelum tinggalkan agar santan tidak berkepala (*pecah minyak).

Bingka Ubi Kayu


Ari tu ronda2 rumah Mat, tengok dia punya bingka ubi, terliuq semacam..tekad nak buat gak nnt, so semalam beli la ubi kayu (*sian akak Mat, kena beli ubi..kalu cam Mat kan senang, cabut je belakang rmh). Hb tnya nk buat apa, rebus ke, eekk tak le, nak buang bingka, dia kata ok xpa, dia tolong sagat nnt...wallahh cantiiikk, betul dia tolong sagat niii...Tapi Ummi bakar x secantik macam mak-mak kita bakar le..diaorang guna dapur arang/kayu, ummi suka bila jadi berkerak nak hangus tepi tu...xpa lah, ini moden pnya stail, bakar dlm oven (*tp mat pnya cantik je..) hehe..dah anta sikit kat fmly adik petang tadi..dia kata sedap je..Apapun tk byak kat Mat bg resepi..(*kalu tnya mak, dia susah nk bg sebab main agak2 je bahan..)

Bahan:-
1400 gm parutan ubi kayu
225 ml air (disatukan dengan parutan ubi)
3 biji telor gred A
5 camca teh tepung jagung
150 gm gula melaka (potong kecil2)
300 gm gula pasir
635 ml pati santan
1 1/2 camca teh esen vanila
1 camta teh garam
1 camca besar mentega

Cara Menyedia:-
Parutan ubi yang telah dicampur dengan air, diperah (dengan kain bersih), tadah airnya dalam bekas lain. Biarkan air perahan ubi tadi sejat selama lbh kurang 20 mnt, biar sagunya mendak ke bawah. Keluarkan ubi dalam kain tadi masukkan dalam bekas lain dan campurkan sagu tadi dan kacau rata. Ketepikan.

Dalam periuk, masukkan gula melaka, gula pasir, garam, tepung jagung dan esen vanila. Kacau dengan whisk biar sebati. Masukkan santan dan mentega, gaul rata. Jerang adunan ini atas api perlahan sambil terus dikacau hingga gula melaka dan mentega cair (*x perlu mendidih). Angkat dan tapis serta tuang ke dalam parutan ubi tadi. Gaul rata.

Tuang dalam loyang berukuran 8x8x3 inci yang telah dialas dengan kertas minyak dan dilenser dengan mentega serta ditabur sedikit tepung. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan kepada 130C dan bakar selama 1 jam 15 minit. (*ummi bakar lagi 10 minit guna api atas sj). Bila telah masak, keluarkan dari oven, biar sejuk 10 minit dan keluarkan dari loyang. Potong bila benar2 telah sejuk.

Thursday, December 27, 2007

Puding Sagu Gula Melaka

Buat puding ni sebab terliur tengok kat blog Mat Gebu ari tu...Lagipun sari dua lepas tekak ummi ni perit je, terasa nak makan yang sejuk2 gitu...Ni ummi buat kelmarin, tapi dah ramai2 kat rumah ni x sempat nak posting sini...Apapun, tk byk2 Mat ya..

Bahan:-
300 gm biji sagu (warna putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya

Untuk sirap gula:-
1 ketul gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
*boleh ganti dengan susu sejat (*ummi guna ni)

Cara Menyedia:-
Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
Cara Hidangan:-
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat tadi.

Kari Ikan Masin Dengan Nenas (Tumis Darat)

Ni memang one of my hb's favourite...Ummi biasa masak cara tumis darat ni, style orang Utara...Ni lah cara yang ummi belajar dari mak sejak dulu2 lagi...Selera sungguh makan nasi malam ni dengan kari ni...

Bahan:-
8 - 10 keping ikan talang yang dikerat2
(*rendam 1/2 jam untuk kurangkan sikit rasa masin)
1 paket rempah kari ikan
2 cawan air
3 cawan santan pekat
5 keping nenas potong bulat nipis dan kerat 2
(*boleh juga potong serong nipis2)
1 sudu kecil halba
garam (kalau perlu - seimbangkan rasa ikan masin dulu)

Untuk tumis darat:-
3 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris kecil
1 tangkai daun kari
1/4 cawan minyak masak

Cara memasak:-
Bancuh rempah bersama air dan masak atas dapur dengan ikan. Masukkan halba. Masak lebihkurang 10 - 15 minit hingga rempah kari benar2 masak. Masukkan santan dan nenas. Biar nenas agak lembut, tutup api. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis, kacau agak kekuningan dan layu. Tuangkan kesemuanya ke dalam periuk kari ikan tadi. Kacau rata, tutup periuk...Emmm..bila cedok, memang naik bau, buka selera... !

Ikan Kerapu Sweet Sour

Ni lauk dinner bersama family abang dan anak2 buah ummi malam ni. Balik kerja tadi terus je siang ikan kerapu beli di pasar malam semalam. Masak ni je lah yang boleh cepat sikit..Sori le x sempat nak hias or tabur daun2 pun, diaorang sema dah lapar...hehe

Bahan:-
1 ekor ikan kerapu sederhana besar(ikan bawal/ikan lain pun bole)
(digaul garam, kunyit dan 2 sudu besar tepung jagung - goreng 2/3 masak)

1 1/2 biji bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - tumbuk sikit
1 1/2 cm halia - tumbuk sikit
4 sudu besar - cili kisar
1/2 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
sedikit nenas - potong halus-halus
(*kalu x letak nenas bole letak 1 sudu besar cuka)
garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan semua sos, perlahankan api dan kacau. Masukkan nenas biar sebentar. Tutup api, masukkan ikan dan ratakan bahan tumis atas ikan. (Boleh juga tuang je atas ikan di dalam pinggan, ummi suka letak ikan dan balikkan sebelum hidang dalam pinggan).

Nasi Goreng Senaaannggg

Nasi goreng ni memang senang, ummi buat pagi tadi untuk anak-anak sedara, sekuali penuh buat, balik keje liciiinn...x tau sedap sgt ke, or diaorang yang kemaruk makan..hehe..ramai nak makan tu, ummi buat 2 kali ganda bahan, sayur free byk dlm fridge tu, byk le sayur jadi rencah!

Bahan:-
5 mangkuk nasi putih
15 ekor udang
1 ikat sayur baby kailan
1 paket kacang bilis (yg cameron highland tu)
1 biji carrot - hiris halus
2 labu bawang besar - dadu
5 biji bawang putih - racik
1/4 cawan cili + bawang kisar
2 biji cili merah - hiris nipis
3 sudu besar kicap pekat
garam

Cara Menyedia:-
Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan udang, kacau sebentar, masukkan sayur carrot dan kacang bilis. Masukkan kicap, cili merah dan sayur kailan. Akhir sekali letak garam dan masukkan nasi. Goreng lebihkurang 15 minit. Angkat hidang.

Roti John in Burger Bun

Sebenarnya resepi tuna ni dah ada ummi buat sebelum ni..Ni ada anak-anak sedara ramai kat rumah so, buatlah lagi untuk breakfast diaorang pagi tadi sekali dengan nasi goreng...Cek resepi kat title roti tu ya..Tinggal je kat meja tu, pandai2 lah diaorang makan nanti..emak sedara nak gi keje ni...

Wednesday, December 26, 2007

Anything Can Happen In Just A Few Minutes !! Issh Issh..

Semalam cuti Xmas, Aiman duk main sorang-sorang je petang tu sebab abang long kesayangan dia keluar jumpa kawan n beli barang sikit....Ummi pun ajak dia posing tuk amik gambar, suka lah dia...pastu ummi g dapur kejap buat keje sikit, Laaahh! at last.....

tengok bawah tu...!!dia tertidur kat atas wing chair tu...kesiannya.....rasa x caya lak! Baru kejap tadi duk posing..emm kekenyangan sama kot..hehe..!!!
Emmm...dah dibuai mimpi di siang hari agaknya tuuu...

Tuesday, December 25, 2007

Hazelnut Chocolate Cake

Resepi asal dari noreen tapi ummi tambah sikit serbuk hazelnut..emm memang sedap, makan suam2 gitu! Buat petang tadi buat bekal untuk abang long balik kolej...choc cake memang le favourite dia..

Bahan (A):-
60 gm serbuk koko
125 gm air panas
180 gm fine sugar

Bahan (B):-
130 gm butter - suhu bilik
35 gm gula
130 gm self-raising flour (*ummi kurangkan jadi 110 gm)
20 gm serbuk hazelnut (*ni ummi pandai2 tambah)
3 biji telor
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanila

Cara Menyedia:-
Satukan bahan A dan biarkan sejuk. Pukul butter dan gula hingga gebu dan putih. Masukkan garam dan esen vanila. Pecahkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian tuangkan bahan A tadi dan gaulkan adunan hingga sebati sambil dimasukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tuang ke dalam loyang bulat bersaiz 7". Bakar pada suhu 170 deg. celcius selama 50 minit. Taburkan icing sugar sebagai hiasan.

Potato Bun

Satu lagi resepi roti sedap...dari Lilydvalley. Memang sedap...petang semalam ummi buat dua kali ganda dari adunan ni so dapatlah hantar kat family adik sikit malam tadi.

Bahan:-
* 300 gm tepung roti/protin tinggi (ummi guna semua tepung roti)
* 60 gm gula
* 1/2 sudu teh garam
* 3 sudu besar susu tepung
* 2 sudu teh yis segera

** 1 biji telor - dipukul sikit
** 130 ml air/air rebusan kentang/susu segar
(abaikan susu tepung jika menggunakan susu segar)

***70 gm kentang lenyek
***60 gm mentega/merjerin/shortening (ummi guna shortening)

Sedikit kismis
parutan keju

Cara-cara:
Gaul sebati bahan bertanda (*). Masukkan bahan bertanda (**) dan uli jadi doh. Kemudian masukkan bahan bertanda (***) dan teruskan menguli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Tutup dengan cling plastic dan biarkan naik 2 kali ganda selama lebihkurang 45 min. - 1 jam di tempat panas. Kemudian tumbuk2 doh supaya keluar angin dan bahagikan doh kepada bola2 kecil (40 gm) dan rehatkan lagi selama 10 minit. Bentukkan bola2 doh ikut citarasa dan taburkan kismis. Rehatkan lagi selama 45 min. - 1 jam. Taburkan parutan keji dan bakar pada suhu 200 deg. celcius selama 20 minit/hingga masak.

Lempeng Arab

Ni breakfast ummi pagi semalam, xnak yang berat sangat, so ummi try this recepi cedok dari Yat. Thanx Yat, sedaaapp!! Betul cakap hang..hehe.
Bahan:-
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan fresh milk
1 1/2 sudu besar fresh yogurt
3 sudu besar olive oil
secubit garam
2 biji bawang besar - cincang halus
spread cheese
2 biji telor - dipukul sikit
air secukupnya
sedikit butter

Cara-cara:
Campurkan tepung, fresh yogurt, fresh milk, olive oil, garam dan sedikit air. Kacau sebati sebagaimana hendak membuat lempeng. Jangan terlalu cair. Panaskan pan, letak 1 sudu kecil butter kemudian sendukkan adunan ke dalam pan. Tebarkan kuali agar tepung rata dan leper (seperti membuat kuih ketayap). Letak bawang, cheese dan 2 sudu besar telor. Kemudian lipat lempeng menjadi half bulatan (boleh juga dilipat lagi jadi suku bulatan). Bila agak kekuningan, angkat. Ulangi hingga adunan habis.

Buah Tangan Dari Cameron Highland











Petang ahad kelmarin, jiran depan rumah ummi bagi sayur-sayuran sebagai buah tangan beliau balik bercuti dari Cameron Highland. Emm...baiknya adik ni...alhamdulillah, rezeki..Byk gak sayuran, kekacang, pea sprout, timun, kailan, bunga kobis, buah strawberry dan fresh dried strawberry pun ada...Sedang elok, sayur2 pn dah licin dalam fridge tuh!! hehe..

Pea Sprout Campur

Ni pun sayur tengahari ahad ari tu, x sempat nk posting, sori la ek, ni pun guna hp je amik gambar...blur sikit..

Bahan:-
250 gm sayur pea sprout (*bahasa melayu apa ek? jenis kekacang ke rumpai?..hehe)
10 ekor udang
sedikit bunga kobis
1 batang lobak (sederhana besar) - hiris nipis
1 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - racik halus
1 biji cili merah
1 sudu besar sos tiram
garam

Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili. Goreng sebentar dan masukkan udang. Masukkan sos tiram, kobis bunga dan lobak. Kacau biar setengah masak, masukkan pea sprout dan garam. Kacau rata hingga masak.

Sotong Goreng Berempah

Ni lauk tengahari ahad ari tu, sori le gambar blur sikit sbb pkai hp je, dgcam ada kat anak dara ummi di kampung...

Bahan:-
8 ekor sotong sederhana besar (x perlu kerat)
2 labu bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
2 biji lada merah - belah 4
1 sudu kecil rempah kari daging
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
1 sudu besar air asam jawa
garam sikit
1 sudu kecil gula

Cara Masak:
Gaul sotong dengan garam dan kunyit. Goreng sebentar. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan halia. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kemudian masukkan kicap, sos cili, serbuk ketumbar, jintan manis, serbuk rempah, air asam jawa dan gula. Bila agak kering, masukkan sotong. Kacau sekejap saja, angkat.

Monday, December 24, 2007

Frosted Chocolate-Buttermilk Cupcakes

Resepi ni dari Martha Stewart dan nak buatnya pun senang...tu la pasal...hehe..

Bahan:

3/4 cawan tepung serbaguna

3/4 cawan gula castor

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh soda bicarbonat

1/4 sudu teh garam

6 sudu besar serbuk cocoa

3 sudu besar air panas (*ummi adjust 6 sudu)

3 sudu besar butter - dicairkan

6 sudu besar buttermilk

1 biji telor - saiz A

1 biji putih telor - saiz A

Cara Membuat:-

Panaskan dulu oven pada suhu 180 deg.celcius. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking powder, soda dan garam, gaul rata. Ketepikan. Campurkan serbuk cocoa dengan 3 besar air panas, kacau jadikan paste. Campurkan mentega, buttermilk, telor dan putih telor. Pukul hingga sebati. Masukkan campuran tepung dan kacau hingga rata. Scop adunan ke dalam muffin cup dan bakar hingga masak. Alihkan ke atas redai, biar sejuk.

Light Cream Cheese Icing (Frost):-

3 oz cream-cheese

1 cawan gula icing

- Pukul kedua-dua bahan hingga benar-benar sebati dan ringan. Gunakan pisau dan spread on cupcakes. Taburkan hiasan yang disukai.

Strawberry Yogurt Pudding


Puding ni ummi cedok dari respi yani, sesuai gak untuk pisang, manggo or blueberry...

Bahan:-

250 gm plain yogurt

150 gm buah strawberry

60 gm gula halus

5 gm gelatin

3 sudu besar air

Cara Membuat:

Campur gelatin dengan air, kacau dan ketepikan. Blend plain yogurt, strawberry dan gula. Panaskan gelatin dengan microwave selama 20 saat. Masukkan gelatin ke dalam adunan yogurt tadi dan blend lagi. Akhir sekali tuangkan puding ke dalam loyang ataupun pudding cup dan sejukkan.

Carrot Cake


Sebab aidil adha ni ummi x prepare pn cookies, ada lah dua tiga jenis cookies adik2 bagi (*sayangnya diaorang kat ummi..hehe), so lepas siap kemas2 rumah tanpa anak2 daraku..penat oiih...ummi gagahkan juga membakar kek ni, resepi dari lilydvalley@MR, sedap rupanya...x sesia tangan ku penat menyagat carrot...sempat le family adik singgah anta anak2 dara ummi merasa kek ni, suam2 lagi..

Bahan:-
3 cawan lobak merah - diparut
1 cawan golden raisin
1 cawan walnut - bakar dan cincang
2 cawan tepung
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis (*ummi letak secubit je..x berapa suka)
1 sudu teh garam halus
4 biji telor
1 1/4 cawan minyak sayur
2 cawan gula (*ummi guna 1 1/2 cwn gula castor + 1/2 cwn soft brown sugar)

Topping/Glazing:- (*ummi x buat pun..kek ni dah cukup manis n moist)
1 1/4 cawan gula icing
3 oz cream cheese
1 sudu makan corn syrup (boleh ganti dgn golden syrup)
1 sudu teh esen vanila

Cara Menyedia Kek:-
Ayam tepung bersama baking powder, soda dan serbuk kayu manis. Masukkan pula parutan lobak, walnut, kismis dan garam ke dalam tepung tadi, gaul rata. Ketepikan. Dalam bekas lain, pukul telor, minyak sayur dan gula hingga sebati. Masukkan adunan ini ke dalam campuran tepung dan gaul rata dengan spatula. Alas dulang 10" dengan baking sheet/digris, tuang adunan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 50-60 minit dengan suhu 175 deg. celcius atau sehingga masak.
Untuk glazing/topping - campur semua dan pukul sebati..Bila kek telah benar2 sejuk, boleh lah diletak glazing..


Daging Dendeng


Telah siap dalam bekas untuk ku bawa balik kampung...!

Ni salah satu favourite fmly ummi, x kira raya ke, x raya ke, memang laku sebab memang sedap, try lee...Dah berpuluh kali ummi buat, ni resepi orang Kampar, Indon ni...Ummi buat ni bawak balik kampung gak untuk raya baru ni...2 1/2 kilo daging je dapat duk berebut kat kedai..pun liiciiinnn..Actly, daging ni memang boleh tahan sampai 3 -4 hari...tapi kalu di rumah ummi, xdan 2 hari dah bersih...memang anak2 ummi ganas bab makan nih!

Bahan:-
1 kilo daging fresh

(Daging dipotong besar2 dulu, rebus dan toskan. Kemudian potong kecil dan nipis. Tumbuk2 daging. Setelah siap menggoreng bawang, gunakan minyak bawang untuk menggoreng daging yang telah ditumbuk)

20 - 25 tangkai cili kering ] kisar
20 biji bawang merah ] bersama
1 cawan hirisan gula melaka
1/4 cawan air asam jawa pekat
3 sudu besar kicap pekat manis
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
1 kilo bawang merah - buat bawang goreng

Cara Membuat:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili dan bawang kisar. Masak hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa. Masak hingga kering sikit dan naik minyak lagi, baru masukkan daging tadi. Kacau rata. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan kacau rata. Sedap dimakan dengan lemang/pulut/nasi/roti.

Sunday, December 23, 2007

Rendang Ayam Minang


Tuang dalam periuk besar, hampir penuh ooiiih...!

Sebelum Aidiladha hari tu, ummi masak rendang ni kat rumah ummi je, malas nak susah2 kat rumah mak...so, 3 ekor ayam telah terkorban...hehe..Sampai rumah mak di Temerloh, ummi relax sakan...Resepi sapa ha? X igt lak, cedok dari rumah jun kot...ummi adjust dan ganda 3 le resepi ni untuk 3 ekor ayam tu..
Bahan:-
1 ekor ayam
2 cawan santan pekat
2 batang serai - diketuk
5 helai daun kunyit - hiris halus
2 sudu besar kerisik
garam
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:-
15 - 20 tangkai cili kering + cili padi
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai -
1 inci halia -
1 inci kunyit - tumbuk
1 inci lengkuas - tumbuk
Cara Menyedia:-
Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan serai yang diketuk hingga wangi. Masukkan bahan tumis dan kacau agar cili pecah minyak. Masukkan ayam dan balikkan perlahan-lahan biar rata. Masak sampai air ayam agak kering. Masukkan santan dan garam. Masak hingga rendang agak pekat. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. (*Jangan selalu sangat dikacau rendang tersebut, takut ayam akan hancur sebelum kuahnya pekat).

Tuesday, December 18, 2007

Tiramisu Ice Cream


Ni dessert yang sempat ummi buat semalam, sebab senang sangat bahan-bahannya jadi rajin lah nak membuatnya.. Actly resepi asal dari Kak E dan dimodified oleh Niziela@MR. Pastu ummi pulak modified dengan bahan yang ada kat my pantry tu..hehe..sedaaaappp, try le...

Bahan:-
1 bungkus biskut marie perasa coklat
250 gm cream cheese
1 liter whipping cream - ummi ada 1 kotak kecil je
(*ummi substitute 200 ml whipping cream + 150 ml fresh milk + 150 gm plain yogurt)
180 gm gula castor
3 sudu besar koko - bancuh pekat dengan air
serbuk koko untuk hiasan

Cara Menyedia:-
Satukan cream cheese, whipping cream dan gula. Pukul hingga kembang jadi krim. Ketepikan. Kemudian celupkan biskut marie ke dalam bancuhan koko dan susun dalam bekas. Kemudian letakkan lapiskan dengan cream cheese tadi ke atas biskut. Ulangi proses melapis ini secara berselang seli sehingga 3 lapisan atau lebih pun xpa..Setelah habis, bahagian atas (lapisan cream cheese) disapu rata. Hiaskan dengan taburan serbuk koko di atasnya. Simpan dalam peti sejuk beku.

Ikan Masak Taucu

Ni pun lauk dinner semalam, sempoiii je lah hujan-hujan nih..

Bahan:-
2 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh)
3 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
3 sudu besar tauchu
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili kering kisar
1/4 cawan air asam jawa
2 biji cili merah - belah 4
2 biji cili hijau - belah 4
1 biji tomato - belah 6
1 labu bawang besar - potong bulat
sedikit air
sedikit garam (taucu dah masin tau)
sedikit gula

Cara Menyedia:
Goreng ikan 2/3 masak, angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak menggoreng ikan tadi kepada 3 sudu besar. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan cili kering, kacau sebentar dan masukkan taucu dan kicap pekat. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan akhir sekali letak ikan. Sebelum angkat masukkan cili, tomato dan bawang besar.

Kangkung Goreng Belacan

Semalam balik kerja inilah hidangan untuk dinner...dah lama anak dara ummi mintak sayur ni..dia suka sangat...Xyah resepi lah ek, senang bangat, sambil lalu lalang je kat dapur, campak bahan hehe..

Monday, December 17, 2007

English Blueberry Poundcake CMG

Ni pun ummi wat malam kelmarin...Ari ahad ummi kena g ofis ada keje urgent boss..ish ish..sian kat kita x cuti kann..Kul 3 ptg baru siap...balik masak tuk dinner dan malam ummi pun putar kek ni pulak..walaupun x cantik dan segebuuuss seperti mat pnya (mungkin sb ummi guna telor gred B 5 biji, jadi terlembik sikit adunannya, betul ke mat?), tapi rasa memang best wooo....x rugi le ummi penat2 buat walaupun badan letih sgt..Tk byk2 Mat yaaa..my kids sume suka!

Bahan:-
225 gm butter - suhu bilik
1 1/2 cawan gula aising - diayak
1 biji lemon, diparut kulit dan perah jusnya
4 biji telor Gred A - asingkan kuning dan putih
(*ummi ada gred B je - so guna 5 biji)
2 cawan tepung berserbuk penaik (tepung kek) - diayak
1 cawan blueberry filling
secubit garam
Badam keping (flake almond) untuk hiasan (*ummi xda ni)

Cara Membuat:
Pukul mentega, gula aising dan parutan kulit lemon hingga putih. Masukkan kuning telor satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan paling tinggi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan blueberry filling hingga habis. Masukkan juga jus lemon. Gaul hingga rata dan ketepikan.

Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan putih telor dan secubit garam. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih telor menjadi kental. Dengan menggunakan spatula, kaup perlahan putih telor ke dalam adunan kek dan perlahan-lahan kacau rata. Masukkan adunan ke dalam tin kek yang telah disapu mentega dan ditabur sedikit tepung. Tuang 3/4 penuh, tabur dengan kepingan badam dan bakar pada suhu 175 deg. celcius selama 30 - 35 minit. Bila kek telah masak (uji kek dengan lidi sate, jika keluar bersih, itu tanda kek telah masak) Keluarkan dari oven dan sejuk sebelum dikeluarkan dari tin....Sedap dimakan suam2 gitu..Cubalah (*chewah, promote ni Mat..)

Daging Lada Hitam

Ni lauk dinner malam kelmarin actly....resepi dari Hanieliza..Ummi buat half je dari resepi ni.

Bahan:-
500 gm daging lembu (potong kecil dan nipis)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ] bersama
2 sudu besar lada hitam - tumbuk
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis (dimayang/dihiris):-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan hiasan:
2 tangkai daun sup - potong
2 tangkai daun bawang - potong 1 inci
1 biji tomato - belah 6
2 biji cili merah - belah 4
2 biji cili hijau - belah 4

Cara Memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu. Masukkan daging dan goreng hingga daging lembut (kalu perlu, masukkan sedikit air). Setelah lembut, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat. Masak hingga pekat dan letak garam secukup rasa. Masukkan bahan hiasan. Angkat.

Sambal Belacan Penang

Musim hujan ni, macam apa org penang sebut...segan jaa nak masuk dapuq..Ni sebenarnya dinner malam kelmarin, tp bese lah ummi xdan nk upload..sori lah ek..sempoii je masak..ada sambal belacan ni laju sikit makan, org utara kena tau la wat sambal belacan kan..ummi ulam dengan timun dan kobis mentah je..sedap...hehe..Kadang2 buat banyak2, simpan dalam fridge..Nak resepi gak ke? Bagi ja lah nooo..

Bahan:
5 biji cili merah
8 biji cili padi
2 cm belacan - dibakar
1 sudu besar gula
1 biji tomato - potong
1/2 sudu kecil garam
(*ummi kurangkan kerana belacan besenya dah masin)
3 sudu besar air asam jawa pekat

Blend aja sume2..siap. Emm baunya menyengat hidung, dan dan tu, rasa lapar...

Sunday, December 16, 2007

Apfelkuchen/Apple Pie


Resepi ni ummi dapat dari Retno..lama dh simpan, baru petang semalam leh wat...emmm, biasalah..cuti le masa nk try respi lebih sikit, kalau hari kerja ummi selalu je x cukup masa...tapi memang sedap sangat doughnya memang rapuh gebu gitu...semua suka, dah licin pun..Tq Retno..

Bahan:-
300 gm tepung serbaguna
100 gm gula castor
150gm butter + 20 gm butter
1 biji telor
1 sudu kecil baking powder
4 biji epal hijau - potong kecil2
(*ummi gaul epal dengan sedikit gula dan serbuk kayu manis)

Cara Membuat:-
Panaskan dulu oven pada suhu 180 deg celcius. Campur semua bahan kecuali epal. Gaul rata hingga tidak melekat di tangan dan jadikan doh bulat. Sementara itu, letakkan baking sheet dalam loyang pai. Bahagian doh kepada dua. Ambil satu bahagian, letak atas papan dan tekan dengan rolling pin biar bulat (biar lebih besar dari loyang). Letakkan/aturkan epal tadi dan letakkan cebisan 20gm butter tadi rata-rata. Tutup dengan sebahagian doh yang juga telah dicanai. Cucuk2 permukaan doh atas dengan garfu. Bakar selama 35-40 minit/hingga kekuningan.

Cara Mould Ball??


Ni kes takda mould untuk kaya ball le jadi lagu ni...tapi sebab anak2 nak makan jugak, wat ni petang sabtu semalam...emm acuan x penting kan, yang penting rasanya..(*memandai je ummi menyedapkan hati). Ummi letak filling lemon curd tu..ok what!

Bahan:-
1 biji telor
4 sudu besar gula
2 sudu besar butter (suhu bilik)
1 sudu kecil soda bikarbonat * ayak bersama
2 mug tepung gandum *
2 mug air

Cara Membuat:
Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan butter dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan tepung yang diayak tadi serta air. Bancuh hingga sebati dan tidak terlalu pekat. Panaskan acuan, letak minyak sikit dan tuang adunan. Paipkan filling dan tutup acuan. Bila kelihatan kekuningan bahagian bawahnya, bolehlah diangkat.