ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera jugak buat semua yang masih sudi berkunjung dan intai-intai resepi di dapur akak yang hampir bersawang tebal ni....xda ke sapa volunteer tolong sapu sawang ni...nnt akak upah puding eh....hehe. Tapi jangan mintak puding ni la yea...dah habis minggu lepas lg ni... Akak bawak balik kampung, pastu gambar2 ni pun semua snap kat kampung laa..menggunakan segala props dan peralatan pinggan mangkuk yang terbatas... Tapi nak bagi tau laaa, mangkuk kilat2 oren tu memang nostalgia....pinggan mangkuk set tu adalah digunakan semasa makan beradab perkahwinan akak dulu....hehehhehe..
Apasaii tiba2 citer bab nostalgia lak ni kan... Ya laaa, sebab hari ni anniversari akak... Alhamdulillah bersyukur masih diberikan kebahgiaan yang mewah sehingga saat ini dan diharap selamanya hingga ke akhir hayat akak dan suami....amiiinn.. Tiada yang lebih membahgiakan, bila hati berdetik bahagia yang semakin mewah dirasakan.... Adalah seseorang itu tidak dapat membahgiakan orang lain jika dia sendiri tidak bahagia... X nak lah akak mencurahkan rasa hati yang berlebihan di sini...cukuplah akak dan suami yang memahaminya...kan.
Dan hari ni jugak terasa lebih bererti dirai bila bertamu ke rumah
Hana, seorang blogger femes yang lama tenggelam, pastu sekejap timbul sekarang...harap2 dapat timbul terus selamanya...Seronok jugak dapat bertemu muka buat pertama kali dengan
Ros @Jintan Manis dan suami yang kebetulan baru sampai ke Malaysia pagi semalam (Gambar-gambar telah akak upload di Facebook) Banyaklah yang disakat, diusik, dicerita, x menang mulut nak bercakap masing-masing... Terima kasih banyak Hana atas juadah laksa/mihun sarawak yang mantopss...dengan puding roti marble mu yang terkenal, kek lumut dan bingka kraker mu ituuu... X larat nak ngabisnya...Terima kasih jugak buat suami Ros yang sudi bawak balik kuih2 dari jepun...dapatlah akak dan hb merasa, puding kacang merah, puding sakura dan kek lapis jepun...hehe...Lebiiuuu both!!
Apapun jom layan puding yang dah selamat jadi baja dah di kampung minggu lepas ni eh...heheee.. Terima kasih kepada Kak Hanieliza hasil perkongsian dari buku 1 Hari 1 Resepinya.... Cuma akak olah sikit dengan meletak cincangan buah pic ke dalam adunan....hehe. Pastu masa nak posing kat kampung, baru perasan lebihan buah pic nak buat hiasan tertinggal dalam esbok rumah akak...adeeeii
PUDING ROTI KARAMELResepi:
Chef Hanieliza (Buku 1 Hari 1 Resepi)Dicubarasa :
Ummi @ Home Sweet Home Bahan A (Karamel)- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
Cara Menyediakan:-- Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat hingga kekuningan.
- Masukkan air dan kacau hingga gula larut dan mendidih.
- Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai (*akak guna silicon mold) dan ketepikan.
Bahan B (Puding):- 10 keping roti putih (dikoyak2 kecil)
- 1 tin susu cair (400 ml) *akak guna susu sejat Ideal)
- 1 cawan air
- 1 tin air buah pic (ambil airnya)
- 2 biji telor
- 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu makan tepung kastad (akak guna tepung jagung)
- Buah pic (untuk hiasan) * akak tertinggal masa balik kampung, so xda hiasan...hehe
Cara Menyediakan:-- Gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar.
- Panaskan kukusan hingga mendidih.
- Masukkan bancuhan ke dalam loyang karamel tadi, ratakan. (*akak tambah buah pic cincang dalam bancuhan)
- Kukus selama 35 - 40 minit.
- Keluarkan dari kukusan, sejukkan dan terbalikkan perlahan-lahan ke dalam pinggan yang sesuai.
- Hiaskan dengan buah pic, sedia untuk dihidangkan. (*buah pic tertinggal...so posing kosong je laaa...hehe)
Sedap lagi bila diletak cincangan buah pic dalam puding ni..