Wednesday, April 25, 2012

Bingka Kraker Lagi..Kenapa?

 ASSALAMUALAIKUM....

Waduuhhh malam ni terkejut sekejap tgk Dashboard Post ni tertukar dengan sendirinya, walaupun selama ni kita saja malas jek lagi tekan new setting walaupun duk appear kat atas tuh...pastu mula la terkial-kial... Tapi xdalah susah apapun saja jek wat kita ngelabah sekejap...hehe, puas pulak nak cari tools dia untuk taip or letak gambar centralize kan dan sebagainya....mokcik ni dah la teraban-raban bab2 IT nih.... Tapi kalau bagi kita menaip 2 mukasurat, x dan 10 minit kita siap..kita mmg jenis menaip x pandang keyboard pun.... Kalau bagi buat column ni excel ke, data ke....kita handal laa... Bab-bab blogger punya isi perut ni kita x mahir habis pun lagik.  Tapi seronok jgk tengok appearance baru untuk Post ni, besar sikit nak mengarang..hehe

Okeh laaaa, akak pun just nak letak entry ulang tayang je laaa...kenapa??? Sebab kuih bingka ni sedap sesangat...so akak buat lagik...so tayang lagi laaa...x salah kan...janji ada entry you all kata...so nasib laa..kalau jemu, jeling je laa...x masuk sini pun xpa...hehehe... Untuk resepi, sila la click kat entry terdahulu di Sini yea...So selamat mencuci mata..... ^_____^

Sunday, April 22, 2012

Rainbow Marble Pudding (menu ulangan)

Assalamualaikum....

Terima kasih banyak buat kalian yang sudi mencoretkan takziah dan doa atas pemergian tokwan akak baru-baru ini. Hanya Allah Taala jualah yang membalas kebaikan kalian dan segalanya amatlah akak hargai....mohon maaf juga 2 3 hari ni x sempat menjengah blog dan membalas komen-komen....Ini pun baru sampai dari kampung tengahmalam tadi selepas majlis tahlil di masjid 3 malam berturut-turut.

Sebelah siang semalam akak, adik-adik serta kakak ipar bersama-sama memasak nasi tomato (8 kilo beras basmathi) dan setnya ayam masak tomato (8 ekor) dan acar mentah. Siap masak terus ke acara membungkus dan sebelum maghrib telah dibawa ke masjid oleh abah diikuti yang lelaki juga ke masjid. Sebahagian lagi diagihkan kepada jiran-jiran terdekat. Minggu depan barulah majlis tahlil akan diadakan di rumah parent akak, insyaAllah. Tetapi xdalah pun ambik gambar masakan, malasss...

Okehh laaa, sementara tu meh la jamu mata dengan entry tertunda dah seminggu lebih rasanya....maafkan akak sebab setiap kali korang masuk sini, semuanya entry yang dah jadi baja jer....huhuu... Apa nak buat....Sebenarnya puding ni akak buat masa kenduri anak saudara sebelah hubby di Jerantut tempoh hari....akak sedekahkan untuk orang2 yang buat kerja masak-masak pagi tu. Akak buat 2 adunan dari resepi asal.

Dah banyak kali sangat akak buat Rainbow Marble Pudding resepi Maklang nih...suka sangat, sebab mudah dan sedap la dimakan sejuk-sejuk.. x leceh nak dipotong dan dihidangkan...Untuk resepi boleh la click kat Sini yea....

jamu mata je la yeaaa...ya amppuuunn...

Friday, April 20, 2012

Tinggal Kenangan - Al Fatihah


ASSALAMUALAIKUM...

Selepas Subuh semalam, lebih kurang jam 6.20 pagi akak telah mendapat panggilan telefon emak dengan nada sayu dan teresak memaklumkan bahawa nenda (tokwan) akak Haji Abdul Rahman bin Ahmad yang dalam jagaan ibu bapa akak di kampung telah kembali ke Rahmatullah. Tersentap rasa bagaikan tidak percaya...namun air mata berguguran membuatkan akak sedar bahawa Allah lebih menyayanginya. Di usia 86 tahun setelah uzur yang teramat sangat lebih kurang 3 bulan dalam jagaan emak dan abah akak di Felda Kg. Awah, akhirnya arwah pergi jua di subuh hening 19 April 2012.

Selepas mendapat panggilan emak, akak pun teruslah sibuk membuat panggilan kepada adik2 akak yang lainnya serta saudara mara sambil bersiap-siap dan berkemas untuk balik. Mujur juga Aiman belum sempat ke sekolah lagi walaupun telah siap berpakaian sekolah untuk tunggu bas depan pagar rumah akak. Jam 7.30 pagi kami bertolak balik ke Temerloh dan alhamdulillah segalanya lancar dan arwah Tokwan selamat dikebumikan sebelum waktu zohor di Pusara Damai, Felda Kg. Awah.

Hanya tinggallah kenangan manis sepanjang hidup dilayan manja sewaktu kecil-kecil bersama Tokwan yang sangat2 akak sayang. Antaranya, teringat zaman kecil2 kalau balik ke Lurah Bilut mesti Tokwan akak bawak naik motor ke Kg. Baru Cina, Lurah Bilut untuk belikan akak bekas pensel, warna, bekas makanan dan botol air baru. Seronok Tokwan bawak pusing-pusing satu kampung lagik...Habis semua kawan-kawan Tokwan diperkenalkan kepada akak dan dapat banyak gula-gula la...duit laaa...hadiah laaa..sukanya hati....Tu belum hadiah duit raya yang banyak dan baju baru....huhuuuu.. Sehinggalah ke cicit-cicitnya (anak2 akak dan yang lain-lain), Tokwan tidak pernah berkira, duit raya dapat paling kurang pun RM50 seorang, cucu-cicit mana la yang tak sayang kan... Kita hulur duit kat dia, dia hulur pulak duit kat anak-anak kita pulak.... Namun itu bukanlah pokok utama, yang penting kasih sayang dan kemesraan melayani karenah cucu-cucu dan cicit-cicitnya yang buat arwah disayangi. Tetapi mulai sekarang, kisah-kisah indah dan kemesraan itu sahaja yang tinggal untuk untuk dijadikan kenangan.

Semoga roh Tokwan tenang bersemadi dan dicucuri rahmat Allah swt jua. Semoga Allah Taala menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....amiiiinnn..

Subb....Subbb..........Al Fatihah.......

Tuesday, April 17, 2012

Tart Telor

ASSALAMUALAIKUM.....

Yuhuuuu.....hahaha, baru setengah jam akak up gambar kat FB masa balik rumah jap lunch hour td, dah ramai yang duk Like2 nih....walhal entry gambar dan resepi kat blog dah siap, cuma xdan nak copy resepi je lagi....adeehh...ramai lak komen x sabar nak resepi, nak tengok entry..... Alahaaiii tart biasa2 jer la jgk...cuma dah lama sangat x buat....tu pasal la buat... Siap pulak yg hint kata mesti utk jamu mata jek....ha, mmg betul jamu mata je pun.....xleh mintak dah....sebab dah hantar ke rumah orang yang menjamu2 akak hari tuh....si bdk Hana tu laaa...

Sebenarnya akak dah pernah try resepi lama dulu...kebetulan baru2 ni masa plan nak pergi ke rumah mokcik Hana tu, terfikir gak la nak buat apa la tuk dia....dah la dengan kendurinya pulak hari Sabtu tu....hari Ahad kursus pulak...jadi ini je la yang sempat...sori la Hana yea....kalau x sedap pun ko kata la sedap eh...hehe

TART TELOR
Resepi Doh Tart: HappyHomeBaking
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Base :-

  • 40 gm mentega - biarkan pada suhu bilik
  • 30 gm gula kastor
  • 1 sudu besar (15 gm) telor - dipukul sedikit
  • 80 gm flour
  • 20 gm serbuk almond
Cara-Cara:-
  1. Ayak tepung dan serbuk almond bersama. Ketepikan. (jika serbuk terlalu kasar, xpa, terus je campurkan dengan tepung).
  2. Dalam bekas lain, krimkan mentega dan gula hingga gebu dan kembang.
  3. Masukkan telor dan pukul adunan hingga benar2 sebati.
  4. Masukkan tepung dan serbuk almond dengan 2 - 3 peringkat ke dalam adunan. Gaul dengan spatula.
  5. Gaul sebati dan adun menjadi doh. (jika doh terlalu lembut, masukkan dalam fridge dan biarkan selama 10 - 15 minit).
  6. Tekan ke dalam loyang tat dan biarkan dalam fridge selama 20 minit. (*akak guna loose tart pan)
  7. Cucuk-cucuk bahagian dasar dengan garfu. Sapukan sedikit dengan telor.
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 10-12 minit/sedikit kekuningan sebelum dituangkan filling.
Bahan Filling:-
Sumber : (zlinda@myresipi)
  • 1 cawan susu segar
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan:-

  1. Pukul telor dengan gula hingga sebati.
  2. Masukkan bahan lain kesemuanya. Kacau hingga sebati.
  3. Tuang ke dalam acuan tart tadi.
  4. Bakar dalam oven hingga masak. (*ummi set oven agak-agak je pada suhu 175C selama 45 minit untuk loyang besar dan 20 minit untuk acuan-acuan kecil). Hasil memuaskan..

Yang loyang besar ni je la akak bawak sebagai buahtangan masa pergi makan-makan rumah Hana tempohari..... Pastu masa sampai je rumah Hana, duk passing kat tuan rumah dah la terjatuh terhentak atas lantai lak..mujur tuan rumah kata xda kecacatan sgt berlaku...ya ke ntah...hehe..cuma akak dapat mesej katanya tart ni rangup dan sedap....hehe

Yang ini adalah lebihan dari doh yang telah ditekankan dalam loyang besar....jadi kita buat x berapa comel dah...malas je dah...pastu sempat snap gambar 3 4 ketuiii jek..yang lain dah kena songlap dengan abanglong n aiman....x nyabor-nyabor...hehehe

Tart yang kecil-kecil ni kulitnya akak buat pastrinya ternipis sikit, so kalau nak tuang filling lepas bakar sekejap tu, biarkan pastri sejuk betul2 yeaa....nnt pastri mudah nak lembik...x rangup..

Saturday, April 14, 2012

Ayam Paprik Makyung

ASSALAMUALAIKUM..... Weee dah tengah malam baru sempat nak hadap blog... Ni pun baru jek lepas wat operasi sikit dalam rumah sekangkang kera ni...hehe.. Sakit badan pulak rasa, ni sambil lepak kat blog, jeling2 gak la tgk Cerekarama...citer ntah x berapa faham dah jadinya...hehehe. Okeh la malas nak bebel panjang...xda idea...yang akak tau, badan penat nih...japgi nak meregang2 urat jer dpn tv...

Resepi ni akak buat bila ntah x ingat.... Ceduk dari dapur Mas Duniaku...terliur tengok Mas tayang lauk ni hari tu...kebetulan akak pose sunat, balik jer terus cari ayam segala bahan, sempatlah masak dan berbuka dengan hb....berselera sungguh makan panas2...ratah lauk yg lebih2 je akak ni...Tq Mas sebab berjaya goda akak...Akak mohon C n P dan share sini lak yea...tqqqq muaaahhh...! ** psstt - Mas teringat lak Mas kan tengah makyung tu...kebetulan ni resepi Makyung MyR eh...hehehe...jgn mare eh, akak gurau..


AYAM PAPRIK MAKYUNG
Resepi :
makyong@Myresepi

Sumber: Mas @ Duniaku


Bahan :

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2 - Mas guna daging (akak guna ayam)

  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk

  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk

  • 1 labu bawang besar - dimayang

  • 2 batang serai - dititik

  • 2 biji buah tomato - dipotong 4

  • 5 biji cili padi - ditumbuk

  • bunga kobis, kacang buncis @ panjang, karot dan jagung muda

  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

  • bahan2 perasa - Mas letak kiub ikan bilis

Cara memasak :

Panaskan kuali. Gorengkan ayam ( agak2 sampai masak, jangan terlalu garing ).

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk, kacau sekejap.

Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis dan Mas letak 1/2 kiub ikan bilis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut, ayam yang digoreng tadi dan sayur-sayuran.

Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Biarkan seketika dan boleh tutup api.

Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


Wednesday, April 11, 2012

Kek Coklat Puding Karamel Lagi - Yang Diidam-idam

ASSALAMUALAIKUM....Salam sejahtera...

Mintak maaflah yea...kot ada yang jemu bila tengok entry ulang-tayang jer semenjak dua menjak ni....dah lah tu...dah habis punyer baru tayang...nasib la, apa akak nak buat...masa memang x pernah cukup.... Hari ni pun akak bz ada projek sikit...adeehh, termengah-mengah rasanya.... Mula-mula tu ralit jer tengok siaran pertabalan SPB Yang DiPertuan Agong, pastu kebetulan air paip lak stop tetiba jerk...terus sambung tengok sampai habis majlis sambil mengemas-ngemas sikit...tp xnampak kemas pun rumah...hahahaha....sebab sikit2 je kot, kalau beriya2 baru nampak perbezaan agaknya...ekekekee... Lepas tu, baru la mula masak-masak ^___^

Okeh laaa, meh layan Kek Coklat Puding Karamel lagi eh....sanggup ke lagi tengok...bosan ke...dah buat ke belum..? Hahaa...gasak laaa.. Ni kes adik akak yang mengidam nak makan....so terpaksa rela lah si hakaknya membuat, walaupun kebizian melampau selalu....adeeh sabauu jek laaaa... Puas hati dah dapat makan, baru senyap...kalau x duk tanya bila nak buat, bila nak buat, kadang2 naik fenin tebuan hakaknya...hehehe.. So keknya xlah di potong yea...sebab biar yang mengidam tu potong sendiri nak makan... ^___^

Ni pun gara-gara akak tayang resepi kat Sini la niii.....terus laaa adik akak kasi order....order!!! Ceehhh....hehe

Telangkupkaaaaannn......

Tadaaaaaaaaaa.... ^__^...sila santap..!

Sunday, April 8, 2012

Cocoa Strawberry Marble Cake

Assalamualaikum..........weee jenuh nak dapatkan angin rajin nak pilih gambor2, nak mengedit, letak watermark bagaaaiiiii....banyak koje tul la....tp mengenangkan masih melambak jer menu dan gambar2 dalam folder x langsai lagi....terpaksalah menggagahkan diri jugak walaupun penat berkenduri anak sedara di Jerantut semalam, jadi tukang layan di mana patut, haha....Ni pun mcm kena telan pil kuda ke ni kasi laju dan rajin nih...hahahaha... Sori la yea..entah menu baking bila ntah ni...akak x ingat betul dah...tp sempat lah bagi kat jiran di area rumah baru sana merasa, saja bagi kat anak2 kecik dia masa akak pi siram rumput karpet laman masa tuuu.... Jadi xyah la nak ngendeng eh, nak merasa mmg kena buat sendiri....senang sangat pun...

Resepi kek ni akak ceduk dari buku koleksi akak Lovely Butter Cakes, akak suka buku ni sebab mengenengahkan resepi yang simple2 dan sedap2...antara yg dah sempat akak buat ialah kek pisang nih, oat crunch cake... Kek yang ni mmg best, rasa lemak2 dan sedap baunya semasa membakar, aroma marjerin pun naik.... Kek ni mmg lembut, peroiii...tengoklah gambar tu, berserdak kek peroi jatuh...hehe....Okeh jom layan resepi...

COCOA STRAWBERRY MARBLE CAKE
Sumber: Koleksi Buku Lovely Butter Cakes
Dicubarasa dan terjemahan: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 180 gm mentega
  • 120 gm marjerin
  • 180 gm gula kastor
  • 3 biji telor (akak guna size B)
  • 2 biji kuning telor
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh esen strawberi (akak letak pes strawberi)
  • 100 gm jem strawberi
  • 4 sudu besar coklat kiub yang dicairkan
  • 1 sudu besar esen coklat

Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega, marjerin dan gula hingga kembang.
  2. Masukakn gelor dan kuning telor sebiji demi sebiji, pukul sebati.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 bahagian dimasukkan dengan esen strawberi dan jem strawberi, 1 bahagian lagi dimasukkan dengan esen coklat dan coklat yang dicairkan tadi, gaul rata setiap bahagian agar warna sekata. 1 bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.
  5. Secara berselang, tuangkan adunan ke dalam loyang (*akak guna 8x8x3 inci) yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. *Setelah dituang berselang seli, akak gunakan chopstick untuk memarblekan adunan.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C (*oven akak set 170C) selama 50 - 60 minit/hingga kek masak.
  7. Sejukkan di atas redai sebelum dipotong. Selamat Mencuba...

Friday, April 6, 2012

Red Velvet Marble Cheese Brownies Again - Upon Request!

Assalamualaikum

Salam Hari Jumaat penghulu segala hari....selamat sejahtera kepada semua yang masih sudi mengintai-ngintai dapur suram akak ni....eh dah suram ke...? Huhuu...sian kaann... ^__^ K, xpa laaahh, dah tuan dapur bz dan malas jer nak update sekarang walaupun x lekang di dapur...bab nak snap gambar pun mcm ikut mood..hehe. Ni just nak masukkan satu lagi entry tertunda....

Atas permintaan adik akak tersayang Norizamin yang dah hampir 3 bulan melalui tempoh berpantang di kampung dan akan kembali memulakan tugasnya sebagai Staff Nurse di Hospital Selayang maka dia request la.....dia pun nak menambah lemak jugak..hahaha, org lepas bersalin nak slim...hehe. Ni gara-gara tengok akak tayang Red Velvet Marble Cheese Brownies hari tuu....Ni la kan...kita masak2...adik beradik dan anak-anak menjeling dan menjengah blog dari jauh..pastu kasi order...hahaha...adeeiii...so masa balik kampung baru-baru ni, akak buatkanlah....layan sungguh2 diaa...haha


Kali ni buat nampak lebih moist, maybe sebab akak adjust penggunaan telor gred B tu agaknya...dan tekstur kek lebih padat lembut gitu... Lagi sedap makan sejuk-sejuk...Nak resepi sila click Sini la yeaa... ^__^ Warnanya sedikit gelap sebab akak lebihkan pes coklat dan gunakan pewarna merah pekat... yang dulu tu akak guna bright red colour...

Berlaku kerekahan sikit di tepi brownies ni masa nak angkat keluar dari loyang tu...adeeeii

Hari ni akak bercuti, ada nak baking-baking sikit untuk kenduri kahwin anak saudara sebelah hb esok di Jerantut.... Till then....muaaahhhh!

Wednesday, April 4, 2012

Ikan Jaket Belah Belakang ^__^ Sekssiiisss

Assalamualaikum....Salam sejahtera....salam sayangggg sangat-sangat buat kalian yang masih sudi singgah di teratak Home Sweet Home biarpun tuan dapur x menjamu entry terbaru untuk setiap hari....apa boleh buat kan, diharap-harap juga moga masih ada masa dapat akak luangkan untuk update biarpun 4 5 hari sekali.... Andai itu takdirnya untuk dapur akak ni...akak harus pasrah je laaa... xkan terkejar semuanya kan...perlu ada ruang untuk apa yang akak impikan untuk akak buat dan laksanakan....insyaAllah.

Sementara itu jamu mata je laaa dengan ikan jaket yang tiba-tiba akak seksisss kan... Tau kan ikan jaket camne kan...ikan cencaru tu laaa...hehee.. Dulu2 masa duk hostel ITM, akak suka time menu lauk ni...lawannya dengan sayur labu lemak kuning + ikan blilis gitu...memang dah cukup menyelerakan.....Lauk macam ni makan dengan nasi panas-panas, gaul-gaul jer tanpa kuah pun xpaa...janji sambalnya mantopss!! Apapun ni resepi sempoii jer akak buat...


IKAN JAKET (CENCARU) BELAH BELAKANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan cencaru (ikan jaket..hehe) - belah belakang dan bersihkan, gaul garam dan kunyit, ketepikan....
  • 2 helai daun pandan (agak lebar) - boleh jugak guna daun kunyit
  • sedikit minyak untuk bakar atas kuali
Bahan Sambal:-
  • 3 sudu besar cili kering (yang telah ditumbuk lumat)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • 1 cm belacan bakar - ditumbuk
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga cili masak sikit. Tutup api dan masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa....gaul sebati (jangan terlalu cair sambalnya).
  2. Masukkan/Sumbatkan sambal ke dalam belakang ikan cencaru tadi, penuhkan dan tutup dengan daun pandan/daun kunyit.
  3. Panaskan kuali melengkung sikit di bahagian tepinya, letak lebihkurang 3 sudu besar minyak dan bila minyak panas, letakkan ikan dalam kuali (*sendengkan sedikit, jangan sambal terkeluar). Masak bakar ikan hingga masak kedua-dua belah.
  4. Hidangkan dengan nasi putih.

Amboiiiihh ternganga sungguh molot hang ikan ooiii...lapor mcm tuan dapur jer...hehhee
Sori jugak gambar kurang memuaskan, dah nak makan sangat, posing bawah lampu ikut dan jerk...hehe

Sunday, April 1, 2012

Puding Roti Karamel dan 24 Tahun Bersama Si Dia

ASSALAMUALAIKUM... Salam sejahtera jugak buat semua yang masih sudi berkunjung dan intai-intai resepi di dapur akak yang hampir bersawang tebal ni....xda ke sapa volunteer tolong sapu sawang ni...nnt akak upah puding eh....hehe. Tapi jangan mintak puding ni la yea...dah habis minggu lepas lg ni... Akak bawak balik kampung, pastu gambar2 ni pun semua snap kat kampung laa..menggunakan segala props dan peralatan pinggan mangkuk yang terbatas... Tapi nak bagi tau laaa, mangkuk kilat2 oren tu memang nostalgia....pinggan mangkuk set tu adalah digunakan semasa makan beradab perkahwinan akak dulu....hehehhehe..

Apasaii tiba2 citer bab nostalgia lak ni kan... Ya laaa, sebab hari ni anniversari akak... Alhamdulillah bersyukur masih diberikan kebahgiaan yang mewah sehingga saat ini dan diharap selamanya hingga ke akhir hayat akak dan suami....amiiinn.. Tiada yang lebih membahgiakan, bila hati berdetik bahagia yang semakin mewah dirasakan.... Adalah seseorang itu tidak dapat membahgiakan orang lain jika dia sendiri tidak bahagia... X nak lah akak mencurahkan rasa hati yang berlebihan di sini...cukuplah akak dan suami yang memahaminya...kan.

Dan hari ni jugak terasa lebih bererti dirai bila bertamu ke rumah Hana, seorang blogger femes yang lama tenggelam, pastu sekejap timbul sekarang...harap2 dapat timbul terus selamanya...Seronok jugak dapat bertemu muka buat pertama kali dengan Ros @Jintan Manis dan suami yang kebetulan baru sampai ke Malaysia pagi semalam (Gambar-gambar telah akak upload di Facebook) Banyaklah yang disakat, diusik, dicerita, x menang mulut nak bercakap masing-masing... Terima kasih banyak Hana atas juadah laksa/mihun sarawak yang mantopss...dengan puding roti marble mu yang terkenal, kek lumut dan bingka kraker mu ituuu... X larat nak ngabisnya...Terima kasih jugak buat suami Ros yang sudi bawak balik kuih2 dari jepun...dapatlah akak dan hb merasa, puding kacang merah, puding sakura dan kek lapis jepun...hehe...Lebiiuuu both!!

Apapun jom layan puding yang dah selamat jadi baja dah di kampung minggu lepas ni eh...heheee.. Terima kasih kepada Kak Hanieliza hasil perkongsian dari buku 1 Hari 1 Resepinya.... Cuma akak olah sikit dengan meletak cincangan buah pic ke dalam adunan....hehe. Pastu masa nak posing kat kampung, baru perasan lebihan buah pic nak buat hiasan tertinggal dalam esbok rumah akak...adeeeii

PUDING ROTI KARAMEL
Resepi: Chef Hanieliza (Buku 1 Hari 1 Resepi)
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Karamel)
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
Cara Menyediakan:-
  1. Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat hingga kekuningan.
  2. Masukkan air dan kacau hingga gula larut dan mendidih.
  3. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai (*akak guna silicon mold) dan ketepikan.

Bahan B (Puding):
  • 10 keping roti putih (dikoyak2 kecil)
  • 1 tin susu cair (400 ml) *akak guna susu sejat Ideal)
  • 1 cawan air
  • 1 tin air buah pic (ambil airnya)
  • 2 biji telor
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan tepung kastad (akak guna tepung jagung)
  • Buah pic (untuk hiasan) * akak tertinggal masa balik kampung, so xda hiasan...hehe
Cara Menyediakan:-
  1. Gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar.
  2. Panaskan kukusan hingga mendidih.
  3. Masukkan bancuhan ke dalam loyang karamel tadi, ratakan. (*akak tambah buah pic cincang dalam bancuhan)
  4. Kukus selama 35 - 40 minit.
  5. Keluarkan dari kukusan, sejukkan dan terbalikkan perlahan-lahan ke dalam pinggan yang sesuai.
  6. Hiaskan dengan buah pic, sedia untuk dihidangkan. (*buah pic tertinggal...so posing kosong je laaa...hehe)
Sedap lagi bila diletak cincangan buah pic dalam puding ni..