Assalamualaikum...
Alhamdulillah, akak masih diberikan ruang lagi untuk berkongsi dan bersiaran di dapur alam maya kesayangan ini...kalau dah minat, biarpun lama menyepi, rindu tetap menyapa dan terfikir bilakah ada ruang dan kerajinan lagi... Doakan agar perkongsian ini akan dapat akak tunaikan biarpun kekangan masa semakin sempit untuk hidup yang sudah melalui penghujung senja ini. Kehidupan yang berlalu sudah tidak sejauh kehidupan yang terpaksa dilangkah ke hadapan. Terasa semakin dekat masa mengejar. Semoga setiap perkongsian yang akak buat ini membawa manfaat dan segalanya hanyalah semata-mata niat ikhlas kerana Allah jua...insyaAllah.
Okey kali ni akak kongsikan resepi yang sangat sinonim dengan blogger masak-masak, dah ada yang mengambil tempahan dan membuat bisnes kecil-kecilan hasil perkongsian blogger masak2 di alam maya ini..Alhamdulillah, semoga rezeki bertambah dan Allah berikan balasan setimpal kepada tuan punya resepi yang sudi berkongsi rahsia. Barakallah! Kek Buah Kukus Mat Gebu ini memang tersohor, telah ramai yang cuba, telah ramai yang buat berniaga mungkin, telah ramai jugak yang jatuh cinta dengan rasanya. Terima kasih banyak Mat, itu sahaja yang mampu akak katakan. Terbaik!! Seisi keluarga akak menyukainya, nak-nak Najiha, siap suruh buat lagik...adeeii
Ini adalah kerajinan ketika menyambut Syawal yang tiba hari tuh...akak kukus 3 biji kek nih...adeeh berpoluuuhh ketiak den tunggu kat dapur...mujur piyuk kukusan akak tu mmg jenis dalam xyah tambah2 air dah masa kukus...tp cuma 3 - 3 1/2 jam je la setiap satu.. Ngukusnya lama kemain, makan sekali hadap xdan 3 jam pun, nak nak ramai2 di kampung hari raya aritu...semua keluarga suka..! Berbunga-bunga hati rasa berbaloinya Mat..! Hehe..tapi gambar sempat ambik tinggal secuit jek...hehe
KEK BUAH KUKUS
Resepi: Mat Gebu a.k.a CMG
Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan
Cara membuatnya:-
- Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
- Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.
- Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
- Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
- Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
- Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
- Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....
Pasti buat lagik Mat....insyaAllah