Thursday, April 29, 2010

Nasi Aswan

Salam, dah ada idea nak masak apa tengahari ni?? Meh masak Nasi Aswan ni..Hehee..baru nak letak resepi nasi ni...lauknya dah letak semalam..hehe..kiranya makan nasi hari ni berlaukkan yang semalam...boleh gituu?? Tapi one thing for sure, Nasi Aswan ni memang sangat sedap...makan camtu je pun dijamin habis sepinggan..betul nih! Tak tipu punyer...Rugi pulak masak sikit..hehe..Actually, akak masak nasi ni pun sebab nak match dengan Kurma Daging Tomato tu...Resepi asal dari Chef Asmah Laili ni dikongsikan oleh Aidah. Terima kasih banyak2 Aidah kerana sangat puashati memasaknya, ha berkelentung-kelentang akak masak balik kerja tu, walaupun akak terpaksa dah hadkan makan nasi ni, konon2 nk diet...3 sudu gitu, boleh? wakakaa..Akak masak nasi ni sikit je dari sukatan asal, sebab tinggal bertiga je...2 cawan beras dan adjust lah sekali bahan2 lain tu..So, langkah seterunsya adalah copy, paste and edit kat sini la pulak yea...Thanks Aidah! Rugi rasanya kalau tak cuba ni....

NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili)
Sumber : Aidah

Bahan-Bahan:
(yang bertanda * dalam column tu, sukatan bahan ikut 2 cawan beras)
  • 1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
  • Air mengikut paras beras (* akak masak 2 cawan beras, airnya letak 3 cawan)
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka (*4 ketul ayam)
  • 5 biji bawang besar - potong dadu (*akak guna 1 biji bawang besar)
  • 8 ulas bwg putih - dicincang (*akak letak 2 ulas)
  • 2 jari halia muda - dihiris (* akak letak 2 cm)
  • 10 biji tomato segar - dipotong dadu (*akak kisar 2 biji tomato sederhana)
  • 1 tin kecil tomato puree (*akak letak 2 sudu besar)
  • 10 biji buah pelaga -dipecahkan (*2 biji)
  • 5 kuntum bunga cengkih (*2 kuntum)
  • 5 cm kayu manis (* 1 inci )
  • 1 sudu teh serbuk lada putih (*1/4 sudu teh/secubit dua)
  • 1 cawan minyak conola - (*akak guna 2 sb. butter)
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar (* akak x hiris pun, letak je 2 3 btg gitu)
  • 1/2 caw daun pudina (* 1 sudu besar )
  • garam secukup rasa

Bahan hiasan untuk ditabur:

  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 caw hirisan badam goreng (* akak x letak, ganti raisins)
  • 1/2 caw gajus goreng (*akak x letak pun)

Cara-Cara:-

  1. Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
  2. Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
  3. Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
  4. Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).
  5. Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
  6. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
  7. Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
  8. Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
  9. Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.

Wednesday, April 28, 2010

Kurma Daging Tomato

Menu dinner kelmarin ni..Ada daging dalam esbok dah x reti nak masak apa dah...Kelmarin ronda-ronda kat dapur Mat Gebu ni...nampak la pulak Kurma Daging Tomato ni punya lah tangkap leleh tauuuu...akak pun tengok bahan semua ok, ada jek...walaupun cerewet sikit la nk mengisar segalanya dalam waktu akak yang amat terhad balik kerja, tapi memang berbaloiiii...Wallaaaahhh!! Hubby kata sedap, my kids pun, me too..hehe...kira masak spesel la sikit malam kelmarin sebelum dia pergi ke Tioman pagi semalam....pagi semalam pun sempat lg dia mencicah kurma ni dengan roti...alaahaaiii, gemar bebenorrr...hehee...Thanks Mat, so macam bese lah, agenda seterusnya adalah Copy n Paste ya Mat, mohon halal...hehe

KURMA DAGING TOMATO

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g daging batang pinang, potong kiub besar2, cuci dan toskan
  • 3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 2 biji cili merah, dibelah dua
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 1/2 camca besar rempah kurma
  • 1 camca besar kerisik
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar tomato paste
  • 1 liter air (*akak letak 600 ml jek, periuk penuh daah..hehe)
  • 1 cawan susu sejat
  • 1 camca besar bawang goreng
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 biji cili merah1 biji tomato
  • 2 camca teh lada hitam biji
  • 2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)

  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 biji bawang putih, dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato pes, bahan kisar dan rempah kurma, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit. Tuang air dan masukkan bawang goreng, gaum rata.
  3. Bila mendidih, masukkan kentang dan bawang belah. Masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan kerisik dan susu sejat tadi.
  5. Tambah gula melaka, garam, belahan cili merah dan asam gelugor.
  6. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga kuah pekat dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

Tuesday, April 27, 2010

Mango and Peach Panna Cotta

Jom main teka-teki nak....bukan cari barang tersembunyi, cari barang yang serupa tp tarak sama pnyer...tengok kat atas tu, kaler hampir serupa jek kan...tp rasa x sama tau....hehe...Alah semua orang dah buat pelbagai perasa panna cotta, akak jek baru datang angin, sebab x tahan cuaca panas now...amik nak, dua hari berturut-turut akak melantak dessert jek...bukan apa, pagi Ahad tu akak just wat burger jek...hubby pulak pergi hantar Aiman Seminar Motivasi UPSR balik rumah tengok bawak lontong pulaksss...oooo sedap punyerrrrr, dari satu restoran Padang kat bandar tuh...apa lgk..lungkup periuk lerr..hahaaa..Jom layan dessert yang asalnya dari Gert ni, dah ramai pun buat, tengok Nor, Mat, Hana dan ntah sapa-sapa lgk...Thanks to Gert and allow me to C n P the recipe right here....


MANGO AND PEACH PANNA COTTA

Ingredient:
  • 7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
  • 2 ½ cups full cream milk
  • 1/4 cup sugar
  • 1 tsp vanilla1 ripe mango – cut into small cubes or puree
Method:-

  1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
  2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
  3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
  4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.

yang ni hubby tengah bersantap...kita tumpang terliur tengok yang mango flavour ni...huhuu

Monday, April 26, 2010

Konnyaku Jelly Medley

Salam semua...apa khabar...sorilah lama sikit x update...weekend bz sungguh..masak sempoi2 jek..berturut hari sabtu dan ahad ke bandar...hehee..cari, tinjau dan sambar barang idaman hati dan shopping sikit lerrr....dah lama x buat kerja gitu..sonoknya gantung periuk..hehe...pastu now kan musim panas....2 hari berturut gak wat dessert....salah satunya yang paling senang ni...dari dapur Mat Gebu ni....dulu ada tanya Mat, sedap ke tak, emmm...betul Mat, memang best kalau buat lembut2 sikit, hajat hati nak letak sea coconut, tp xda, akak tibai longan jugak laaa....sejuk tul masuk ke tekak...Mat akak C n P jek share kat sini yee..thanks!


KONNYAKU JELLY MEDLEY

Bahan-bahan:
  • 1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g), boleh lihat contoh disini...
  • 150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
  • 800 ml air
  • 1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
  • 300 ml air (xtra)
  • Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna (mat guna kuning, merah, ungu dan biru)
  • Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris (nak masukkan apa2 jenis buah pun ok)

Cara Membuat:-

  1. Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata.
  2. Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
  3. Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih.
  4. Bahagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letakkan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.
  5. Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comel untuk membekukan jelly.
  6. Tuang no 3 tadi sehingga penuh. Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.
yang ungu ni macam terlebih kaler la pulak..hehee

Saturday, April 24, 2010

Ca Xot Ngot (Ikan Asam Manis)

Salam semua...duk buat apa tuh...mesti dah nk melelapkan mata bila perut kenyang or dah nak keluar pi shopping2 kan..hehee...Akak mcm bese laa..hari ni Aiman sekolah ganti..so mengemas rumah gak laa...pagi tadi goreng meehoon jek, malas nak letak entry, meehoon bese2 gak laa..japgi rasa macam nak ke dapur, tp x tau lg nk godek apa eh...bg idea sikit...Sementara tu meh la layan salah satu lauk akak masak untuk lunch semalam, pastu goreng sayur dan ikan makan dengan kari ayam perangat dah 2 hari, best lgk...Lauk ni terus ke dinner ler...panas2 kan dan pas kat family adik sikit...K, resepi dari i-resepi.com oleh Chef Dino dan ianya salah satu Vietnamese Cuisine nih...nak sebut nama pun kelakor jek, CA XOT NGOT.., pastu nampak cam cekodok jek ikan tu bila dah salut tepung pun ala2 wat cekodok kalu tengok..hehee...tp mmg best digandingkan dgn sos asam manis yang dah akak edit sikit resepinya tu..Akak buat 2/3 dari bahan asal nih...

CA XOT NGOT (IKAN ASAM MANIS)
Vietnamese Cuisine

Bahan:-
  • 750 gm daging ikan (fillet), potong kiub sederhana besar

Adunan Tepung:-

  • 150 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung kanji/ubi kayu
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang daun bawang - hiris halus2
  • 2 biji putih telor
  • 100 cc air (*akak adun agak2 jek)

S0s Asam Manis:

  • 2 sudu besar kicap masin (light soy sauce)
  • 5 tangkai cili merah , cincang (kalau nk pedas lg boleh tambah cili padi sikit)
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu makan gula merah - hiris kecil2
  • 150 cc pati ayam (akak letak 1 1/2 sudu besar + 1 cawan air)
  • 2 sudu makan daun ketumbar - dicincang (akak xda stok, letak daun pudina yg digoreng dulu sekejap)
  • 2 sudu teh tepung kanji - bancuh dengan 1/4 cawan air (akak letak tepung jagung)

Cara memasak:-

Adunan Tepung

  1. Campur semua bahan, adun hingga rata.
  2. Celup tiap potongan isi ikan ke dalam tepung dan goreng dalam minyak panas yang banyak hingga masak/berwarna kecoklatan.
  3. Angkat dan toskan. Letakkan dalam pinggan yang sesuai.

Sos Asam Manis

  1. Panaskan pati ayam dalam sauce pan, masak kejap hingga mendidih.
  2. Masukkan kicap masin, cuka, gula merah, cabai merah dan daun ketumbar/pudina. Kacau rata hingga didih kembali.
  3. Seimbangkan rasa masam manisnya dan masukkan bancuhan tepung kanji/tepung jagung. Kacau rata hingga sedikit pekat, Angkat dan tuangkan ke atas ikan tadi. Sedap dimakan panas2 dengan nasi putih.

Friendship Award dan Tag Dari CMG

Hari ni cuti..banyak kerja dan projek dalam rumah dah selesai...banyak hasrat pun dah tertunai jugak...heheee... Cuma hutang dengan Mat ni baru je nak bayorrr....Thanks selori dan sori selori jugak kerana akak lewat amik award dan langsaikan soklan2 cepumas ni...lomaah betuiii tauuu...Maklum dah lama x jawab2 soklan peksa nih...Tapi suka gak wat soklan camni..dapat setahun sekali cukup la eh...Okaayy ni baru ada masa lepas dah mengemas bilik abanglong yang macam tongkang pecah dah ni..tuannya xda, tp bilik kusss semangat...hehee..Okaayyy Mat...ko correct laa eh...markah tu kalau lulus cemerlang, akak antar ayam KR k..hehe


(a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD
Daaaahhh...

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
Dari sapa lagik yang kuat nyakat akak ni kalau bukan Chef Blogger Tersohor Mat Gebu

(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? KENA JAWAB 10
SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....


(1) FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU:
  • Ummi - panggilan dari emak, abah dan semua saudara-mara yang lebih tua dari akak dan rakan seusia. (Asalnya, masa akak kecik2 dulu, mak panggil akak Suriani sebab tu nama dia cadang nk letak memandangkan akak lahir di kala waktu matahari baru nak terbit, tp kalah dengan Tokwan akak yg nak sangat letak nama Ummi ni...lama2 dia sorang jek panggil nama ni...pastu mak akak pun stop sendiri la...akak sendiri pun xdan dengar mak akak panggil akak dengan nama Suriani tu..dan 3 4 bulan je kot..huhuuuu
  • Kak Ummi - gelaran dari kawan-kawan yang lebih muda dari akak.
  • Ngah - panggilan dari adik-adik dan saudara-mara yang lebih muda dari akak
  • Mak Ngah - off course la dari segala anak2 saudara sebelah akak (*sampai ada sorang anak saudara akak Aleeya ni kan, dia nyanyi lagu anak2 nabi kat Taska, ada ke mcm ni.."anak2 Nabi ada 7 orang, 3 lelaki 4 perempuan...yang last sekali nama anak perempuan Nabi tu dia sebut, Ummi Kalsom Mak Ngah, wakakaaaa...)
  • Mak Anjang - anak-anak saudara sebelah hubby la panggil nama ni..in fact, kalau balik kampung sebelah hb, akak dah jadi Wan Anjang pun....huhuuu...(xpa Wan Anjang vouge..hehee)

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:

  • Birthday Mak (27 Julai) and Abah (1 Oktober)
  • My Anniversary (1 April)
  • Birthday Hb (12 April)
  • Birthday Anak2 (Amirul Hazmi - 4 Jan, Najwatul Huda - 2 Jan, Najiha Elyani - 30 Mei dan Aiman Hazwan -20 Oktober)
  • Birthday akak dan ada beberapa lagi tarikh yang menjadi ingatan dan x perlu akak senaraikan laah...hehee

(3) FIVE THING YOU DONE YESTERDAY:

  • Keje laaa kat ofis
  • Masak tuk lunch (semalam Jumaat, lunch hour lama so sempatlah balik masak Ikan Asam Manis)
  • Petang singgah kedai baking and Tunas Manja beli barang sikit
  • Angkat kain, lipat kain...huhuuuu...penatnya..
  • Malam tadi kemas2 sikit bilik abanglong sebab ada cina nak datang fix aircond pg ni..

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY:-

  • Memasak dan menjamu selera
  • Dengar lagu sambil santai2...aiiihh ada masa ke...sambil2 wat keje lgk ada laaa..
  • Go shopping or window shopping
  • Suka usik hb dan Aiman
  • Dapat apa-apa barang yang diidamkan, x kira lah beli sendiri ke, orang hadiahkan ke..hehe

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES:-

  • Alaaa...akak bukan kaki wayang, rasanya 4 tahun sekali la tengok movie kat panggung tuh, tu pun melayankan Aiman ni...tengok tv pun jarang2, kalau yang bersiri tu byk yang tertinggal dari yang tengok..pastu sibuk2 tanya orang apa citer semalam, apa kesudahannya..wakakaa

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES:

  • Memasak
  • Blogging (setakat masa yang ada saja laa...)
  • Collect diningware (yang biasa2 aje untuk tukar ganti pakai kat rumah ni..)
  • Deco (hobi ni dulu no. 1, memasak no. 2, now teruk kan rating jatuh no. 4..hehee)
  • Membaca buku ilmiah bila ada masa atau malas nak masak....hehe...tu bermakna ada la buku yang sedang akak target nak habiskan.)

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE:

  • Suamiku dan anak2 tersayang
  • Mak dan abah tercinta
  • Adik beradik
  • Teman-teman yang ikhlas dan jujur
  • Suka orang yang berterus terang jugak

(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION:

  • Mestilah teringin nak pergi Umrah dan Ziarah, bolehkan (Haji xleh melancong la kan) insyaAllah, doa-doakan akak eh..
  • Terdetik jugak bestnya kalau dapat terbang ke Italy, France or Jamaica tu kan...aaiiihh byk tempat yang x tau la sampai ke idaakkk..
  • Suka tempat-tempat yang berhawa sejuk seperti di tanah tinggi, mcm Cameron pun ok dah.
  • Tempat pelancongan bersejarah dlm Malaysia ni seperti Melaka dan yang ada shopping complex..hehee
  • Mandi-manda di sungai mcm kat Pulau Santap, Janda Baik tu...sejukk ooooiii..

(9) FIVE REASON YOU ANSWER THE SERVEY:

  • Sebab dah kena TAG dengan Mat Gebu ni ha
  • Suka jugak bila tengok soklan tu...xdalah payah sangat, boleh skor A lg kot...hehe
  • Menunjukkan rasa penghargaan kepada orang yang sudi listkan nama akak nih...walaupun dia tau akak xdaaaaaaa masaaaaa...hehe
  • Boleh jugak mengenalkan diri dan sebahagian dari personaliti akak kepada blogger2 yang baru, mungkin! Yang lama, cam Mat ni mst dah tau akak ni camne...ekekee
  • Untuk menyuruh orang baca tag pulak selain dari menu2 ajeee..kan, kan...

(10) FIVE PERSON TO TAG:

Habis dah eh tang tag tu..rasa cam nak tag ramai lgk jeee..hehee, xpa lain kali laaa..

Thursday, April 22, 2010

Roti Saj

Pernah dengar tak nama Roti Saj ni...hehe..akak pun x penah dgr, x penah tgk, x penah makan...nama ala-ala hindustan jek...rasa ala-ala roti arab gitu...bau ala-ala capati jek...hehe..apapun mmg sedap dimakan dengan kari ayam....Ni dinner malam kelmarin sebenornya...malam tadi x masak...hubby belanja makan kat luarr..heheee...kebetulan ada nak cari barang sikit...Makan seketul rasa kenyang belahaakkk uuuuu...heheee...Memang bagus untuk orang yg nak diet (*mcm akak la konon2) hehee...Bersilat tunggang langgang menguli doh dan memasak kari ayam kelmarin, kebetulan nak menghabiskan sebahagian ayam lebih wat BBQ tu....Okaayy nak ucap terima kasih kedua-duanya kepada MaDiHaA yang berkongsi resepi asal dari Kak Rusnah FP. Akak C n P pulak share kat sini ya...muaahh!!


ROTI SAJ

Bahan:
  • 1 sb yis mauripan
  • 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ akak pun ikut sama)
  • 1 1/2 cwn air suam
  • 3 1/2 cwn tepung
  • 1/2 st garam
  • sedikit minyak

Cara membuatnya:

  1. 1.Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
  2. Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
  3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak spt gambar kat bwh).
  4. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....

Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.


setelah dibulat-bulatkan dan disapu minyak, pasni tekan leper2 sikit, goreng mcm capati or roti arab tu...

Wednesday, April 21, 2010

Ayam Madu BBQ

Tuan rumah anak beranak dah x mo makan nasi daaah...cuti2 la dulu nasi tu kan...meh pakat2 ratah ayam je ler...sedap niiiihhhhh! Memang berbaloi...hehee...lg berbaloi bakar je dalam oven..xyah kuarkan segala alat pembakar akak...duk DENDIAM dlm almari tuh..hehe...Pastu BBQ je la anak beranak...sambil tgk tv, ratah jangan sampai tercekik tulang ayam dah ler...K, jemput ambik seketuii sorang..Resepi C n P dr Kak Pah (Sherry Mz) kat MyR tu....Thanks Kak Pah..lama x dgr citer Kak Pah ni...dulu rajin gak YM dgn dia...


AYAM MADU BBQ

Bahan-bahan ( sekeluarga ):-
  • 12 ketul kepak/peha ayam
  • 4 sudu makan madu
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 inci halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan cili boh (klu nk pedas blh tmbh lg)
  • 1 sb sos Hoisin (*ni akak tambah)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:-

  1. Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
  2. Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.
  3. Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
  4. Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.
  5. Panggang/bakar seperti biasa. (*akak masukkan dlm oven dan bakar selama 20 minit api atas dan tambah lg 20 minit guna api atas n bawah - balik-balikkan ayam)
  6. Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.

Monday, April 19, 2010

Roti Mungerrr.. ^__^

Taraaaa....meh uli-uli, canai-canai n pintal-pintal roti bunga pulakssss....hehee...Ni kes terajin la kot malam minggu baru nih...kebetulan Najwa nak bawak balik ke Arau dan abanglong pun ada balik sekejap hari Ahad baru ni...Akak buat banyak gak la roti ni...menggunakan adunan resepi blueberry finger bun jugak sebab nak menghabiskan water roux tu, kali ni akak pintal pulak buat munger-munger (*bunga-bunga) and red bean stollen gituuuu...tu pun tercanai nipis sikit, so roti bunga pun naik comel2 jek...hehe...Kalau nak tengok cara-cara pintal roti bunga tuh, sila klik kat dapur Nor Secubit Garam ni yeaa..pepandai la memintal tu..akak ni pun x da la berseni sangat...keras tangan..hehe, tp bole laaa...kan, kan..Gambar roti ni pun akak snap sebelah pagi tu, so xdalah nmpak glaze/shining sangat sebab disapu butter sebelah malamnya selepas keluar dr oven... Thanks to Nor sebab share cara-cara memintal nih..xpun x tau pun...hehe
Abanglong bawak balik 4 ketul, Najwa bawak balik 4 ketul...lebihnya kitaorang 4 beranak la tibaiii wat minum petang semalam dan sarapan pagi td.....

Jemput makan....seketul sorang jek tau....

Nasi Goreng Sardin

Cuci mata dengan sarapan family akak di hari minggu semalam....Kali ni akak goreng hasil adaptasi dari majalah SEDAP dan dah ditokok tambah sana sini....Dan nasi ni sudah terlebih sardin sampai bersalut kat nasi...hehee...1 tin sardin besar tu akak amik isinya....sedap sungguh!! Najwa n Aiman yang mmg peminat sardin, makan banyak2 dan kata best nasi nihh! ^___^. Layaaannn..
NASI GORENG SARDIN
Bahan:-
  • 800 gm nasi putih sejuk
  • 300 gm isi ikan sardin - ambil isinya dan hancur kasar
  • 3 biji telor - goreng scramble
  • 200 gm sayur campur
  • daun bawang - dihiris
  • garam secukup rasa
  • 1 st serbuk lada sulah
  • 3 - 4 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis

Bahan Kisar/Tumbuk Halus:-

  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sb. cili kering kisar
  • 2 tangkai cili merah
  • 1/2 cm belacan bakar
Cara Memasak:-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan isi sardin, lada sulah dan kicap. Kacau biar agak kering2.
  3. Masukkan sayur campur dan kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi dan kacau hingga nasi nampak berasap.
  5. Masukkan scrambled egg tadi dan kacau lg biar rata. Tutup api.
  6. Hiaskan dengan daun bawang dan siap untuk dimakan.

SEGMEN GELEDAH DAPUR




SEGMEN GELEDAH DAPUR

Salam...Ni nak bagi tau laa ada satu Segmen Baru pulak akan dibuat oleh budak Ben Ashaari ni. Dan sebagai penghormatan blog akak dan CMG kena mulakan dulu segmen nih...SEGMEN GELEDAH DAPUUUUR.....Amboiiih, ada penghormatan pulak eh, mcm nk dapat pingat jek..hehe...Hai, habisslaaahhh lepas ni dapur akak kena geledah, berterabur le segala bawang, cili, rempah ratus semua...Tapi pinggan mangkuk xdalah yang mahal2 macam Mat tu..heheee...Kalau pecah yang dalam almari tu...mau mati beragan Mat..hehe..Tapi Ben, akak x tau laaa..betul ke tak cara akak ni...kalau salah tersalah prosidur Ben bagi tau eh...Okay, ni syarat-syaratnya dan soalan cepumas nya...hehee

(1) HEADER BEN ASHAARI perlu ada ( okaayyy, akak dah letak tuuuuu...)

(2) Keterangan ringkas mengenai blog anda:- (apa ek...gini boleh ke Ben)

  • Blog HOME SWEET HOME ini mula dipaparkan pada bulan Oktober 2007 dan di"manage" dengan masa yang begitu terhad sekali kerana tuan punya blog ini adalah "a 8-5 working woman". Sebahagian besar yang dipaparkan di blog ini adalah resepi masakan yang telah dicuba samada resepi sendiri, resepi Chef-Chef tersohor dan juga dari majalah dan teman seperjuangan (bloggers) jugak. Akak amat berharap kepada wanita-wanita bekerjaya seperti akak juga akan rajin memasak menu seringkas mungkin tetapi tetap sedap untuk seisi keluarga....Pada akak, memasak bukanlah sesuatu yang amat sukar walaupun kita bekerja, terdapat beratus-ratus ribu resepi yang mudah dan sedap untuk dicuba....Selain itu, ia juga adalah sebagai pemangkin semangat (bkn pemangkin pau or roti je tau...) kepada ibu2 di luar sana yang ketandusan idea, koleksi dan rujukan kepada semua suri rumah, sahabat handai dan anak-anak akak sendiri. Harap semua mendapat manfaat dengan adanya blog akak ni dan memeriahkan dunia cyber dan mengeratkan silaturrahim antara kita...

(3) Apakah menu istimewa yang ada dalam blog anda .. Berikan sekali linknya ..

  • Resepi paling istimewa yang akak rasakan mendapat sambutan hangat dan banyak menerima maklum balas sama ada di shoutbox, comment box or email adalah Oreo Cheese Cake yang telah beberapa kali akak buat seperti di sini dan sini dan ada lg rasanyaa...dulu setiap kali muncul ciskek ni..mst ramai yang teruja...now akak pun dah lama x buat...heheee, sebab badan dah tembam...

4 ) Dari mana anda tahu mengenai segmen ini .. Linkkan sekali pada namanya.

  • Emm dari BEN laaa yang telah mempelawa blog akak dan Mat Gebu sebagai yang terawal bagi segmen ini...terima kasih tak terhingga kepada Ben atas segmen seperti ini...

Okayyy kepada adik2 bloggers semua sila clik kat Sini jika mahu digeledah oleh Ben dan niat Ben ni sangat baik untuk menolong sesama kita menaikkan rating dan memfofularkan blog anda sekalian...Betul cakap Mat, dia bukan Along tp cuma nak tolonggg..hehe

Sunday, April 18, 2010

Siakap Tiga Rasa Dengan Epal

Menu makan tengahari semalam ni, rajin sikit ler sebab Najwa pun ada lg ni...Malam nnt dah nak balik ke Arau, huhuu....Actually resepi asal guna ikan kerapu, pegi memancing kat pasar semalam, tp siakap je yang ada masuk dalam jaring akak...hehee...Resepi dari ILUVISLAM.COM. Ada kelainan sebab menggunakan epal hijau tu...kalau dah masak macam ni...mmg licin la kat rumah akak ni...

SIAKAP TIGA RASA DENGAN EPAL

Bahan:-
  • 1 ekor ikan kerapu (anggaran 500 gm) - akak guna siakap - Ikan dibersihkan. (* Ikan digaul garam dan kunyit dan disalut dengan sedikit tepung jagung - Resepi asal x guna tepung jagung pun, ni cara akak goreng la yeaaaa, hehe)...Goreng terendam hingga garing. Angkat dan ketepikan. Letakkan dalam pinggan yg sesuai.
Bahan Kisar Halus:-
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/4 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1/2 biji tomato
  • 1 biji cili merah (akak letak 2 biji)
  • 2 tangkai cili padi

Bahan Sampingan:-

  • 2 sb. sos cili
  • 1 sb. sos ikan namphla
  • 1/2 cawan air
  • sedikit karot
  • sedikit bunga kobis
  • sedikit jagung muda (*akak x letak ni)
  • 1/2 biji epal hijau fuji - didadu kecil2 (akak letak epal biasa jek)
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak goreng ikan tadi dengan api sederhana, dan tumis bahan kisar hingga naik bau (lebihkurang 3 - 5 minit).
  2. Masukkan sos cili, air, sos ikan dan sayuran termasuk epal tadi. Biar mendidih dan sayur lembut dan kuah pekat sikit.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan tutup api.
  4. Tuangkan kuah ke atas ikan dan nikmatinya ketika panas-panas.

Sesame Honey Prawn With Asparagus

Lauk tengahari semalam....bz melanda la melayan anak2 ni haaa....jamu mata la yea...resepi campak2 ala-ala sticky caramel prawn...my kids suka sesangat...hehe

SESAME HONEY PRAWN WITH ASPARAGUS

Bahan:-
  • 15 ekor udang sederhana besar (dibuang separuh kulit, belah belakang dan bersihkan)
  • seikat asparagus (lebihkurang 150 - 200 gm) - dipotong 3 inci panjang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sb. sos tiram
  • 3 sb. sos cili
  • 3 sb. madu
  • 1 sb. kicap pekat
  • garam secukup rasa
  • 1 sb. bijan (dipanggang sekejap)
  • sedikit minyak utk menumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 sos semua, perlahankan api dan kacau sebentar.
  3. Masukkan udang dan kacau balik biar bersalut dgn bahan sos.
  4. Masukkan asparagus dan garam.
  5. Masukkan bijan dan kacau sebentar dan tutup api.

Friday, April 16, 2010

Sambal Udang Malbari

Okaayy ni pun menu masak sekali dengan ayam goreng madu petaling tu haa...cuma akak xdan nak entry sekali...Semalam balik x masak, sebab hubby nak belanja dinner dengan family adik akak sekali...pastu balik mcam maleh la pulak nk mengadap komputer....sori la eh...udah finished...hehee. Dah pernah buat dah ni....tp lama dulu. Xpa, akak tampal lg kat sini....sedap nih!


SAMBAL UDANG MALBARI

Bahan:-
  • 1 kg udang - dibuang kulit dan dibelah belakang dan bersihkan.
  • 3 sudu teh rempah kari ikan (*ummi guna kari daging Adabi)
  • 2 sudu teh biji sawi
  • 2 biji bawang besar - dadu
  • 2 senduk besar cili giling
  • 1 sudu makan tomato puree
  • 2 biji tomato - belah 4 (*ummi letak tomato cherry)
  • daun kari
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Cara Memasak:-

Gaul udang dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Goreng udang sekejap dan angkat. Ketepikan. Panaskan minyak lain, tumis bawang besar bersama serbuk kari, biji sawi dan daun kari. Masukkan cili giling dan tumis hingga garing. Masukkan tomato puree, garam dan gula. Masak hingga naik minyak dan masukkan udang tadi. Gaul rata dan biarkan pekat sikit. Akhir sekali masukkan tomato, tutup api.

Maggie Goreng

Ni menu pagi semalam sebenarnya....xdan nak letak semalam...jadi hari ni cuci mata la yea...xyah mintak dah habis...heheee. Aiman ni ha nk bawak bekal maggie lak pg semalam....Xyah resepi la eh....masak je ikut suka n citarasa sendiri...Tp kalau ada permintaan, akak letak ler..

Thursday, April 15, 2010

Ayam Goreng Madu Petaling

Satu resepi yang sangat sempoiiii!!! Tapi rasanya sangat sedap!!! Ni "akuan bersumpah" seisi rumah yang makan, hb, najwa yang balik "study leave" kejap, najiha yg memang dah habis Asasi TESL (now jadi guru ganti kat Sekolah Rendah Assunta Kuantan), Aiman dan hb....Memang berbaloi sangat2 masak ayam nih....Resepi akak cilok dari iresepi.com. Kat link ni memang xda gambar resepi ni pun, bila baca, xleh nak agak camne la rupa ayam ni nnt bila di masak...ni lah hasilnya...emmm rasa seindah rupa....heheeee, indah ke? Moh layaaannn...pasal apa nama Ayam Madu Petaling, agaknya apek petaling punyer restoran situ kot yang empunya resepi..bkn Apek pinggan mangkuk je ada...Apek ayam pun ada la Mat...hehe


AYAM GORENG MADU PETALING

Bahan:- (utk 2 orang, gandakan la kalau ramai nk makan eh)
  • 2 ketul peha ayam (atau lain2 bahagian) dibersihkan.
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 cm halia * (bahan * dihiris-hiris)
  • 3 camca besar serbuk kari daging/ayam
  • 1 camca besar madu

Cara Memasak:-

  1. Perap sekejap ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan hingga garing.
  3. Masukkan serbuk kari, perlahankan api, kacau sebati (jangan hangus lak, kejap jek)
  4. Masukkan madu dan kacau kejap.
  5. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga bersalut rata.
  6. Hidangkan dengan nasi putih ketika panas2.

Wednesday, April 14, 2010

Blueberry Finger Bun

Akak buat roti ni sebab teruja tengok kat dapur Nor Secubit Garam tu...Menggunakan Water Roux dan roti mmg terhasil sangat lembut dan gebusss...x perlu softner or bread improver dah....Tapi cerewet sikit laaa nak buat roti ni kan...nak kena gelek satu2 doh yang telah dibahagikan tu....pastu gulung pulak teeciiik-teecikkk..heheee, sabar2 la sikit ya...panjangnya pun lebih kurang je lerr...tp mmg puashati sebab kelembutannya berbaloi-baloii bila guna Water Roux tu...Sebelum ni pun dah penah guna, click Sini. Thanks to Nor sebab bg idea wat roti jejari nih..hehee, Ummi C n P kat sini pulak yea...woooo panjangnya method...hehee
BLUEBERRY FINGER BUN
Doh:
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur gred A
  • 100ml air
  • 30gm butter
  • 30gm shortening

Topping:

  • blueberry filling (diblend halus) atau custard filling

Filling kastad:

  • 1 cawan susu fresh
  • 2 sudu besar kastard
  • 2 sudu besar gula
  1. campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
  2. kacau supaya tidak berketul/hangus
  3. masak hingga sedikit pekat
  4. padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan
Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening. Biarkan proses menguli hingga selesai. (Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.) - akak wat sekali jek..cukup lembut dah...
  5. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  6. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  7. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  8. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  9. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  10. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  11. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  12. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard ke atas doh yg dah naik.
  13. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  14. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:

  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 6 di atas dan seterusnya.

Friendship & Top Blogger 2010 Award

Alahaaiii akak dah hampir terlupa nak angkut award ni dari last week lagi Sheila suruh akak ambil, ish ish.....terima kasih x terhingga kerana sudi menghadiahkan Friendship and Top Blogger 2010 Award ni kepada akak....mohon berbanyak maaf jua kerana akak terlewat gantung kat dinding dapur ni.....Apapun, akak berbesar hati menerimanya, wpun blog akak ni xlah ngetopsss mana pun...hehee...muaaahhh to Sheila..

Tuesday, April 13, 2010

Kuih Sagu Pelangi a.k.a Sagu Lapis

Pelik jugak kan, hujan xda, panas terik je sepanjang minggu...tiba-tiba pelangi keluar jugak eh..ni mmg pelangi silap enterframe kat sini nih...hehee...Okayy semua, jemput minum petang la eh...Maaflah ya, tuan rumah mmg xleh nampak sagu tau...masak aje lah apa kuih or letak dalam pengat ke, bubur ke...mesti x tolak punya...Kalau suka meh duduk sekali dengan akak, kalau x suka cuci mata je dengan kaler2 pelangi x cukup warna tu eh...
Resepi sempoi dan sedap la kepada penggemar kuih berasaskan sagu....Akak cilok dari dapur Citarasawan nih...Thanks banyak2 ya kak Wan.
KUIH SAGU PELANGI (SAGU LAPIS)
Bahan:-
  • 150 gm sagu halus
  • 130 gm gula pasir
  • 30 gm kelapa parut
  • 150 ml santan (akak guna santan kotak jek)
  • 1/2 sudu teh pewarna merah, hijau dan kuning

Kelapa untuk digaul:-

  • 200 gm kelapa parut
  • 1 sudu teh garam
Cara-Cara:-
  1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan.
  2. Adunkan sagu bersama kelapa parut, santan, gula dan kacau sebati.
  3. Bahagikan adunan sama banyak kepada 3 bahagian. Warnakan berasingan dengan pewarna merah, hijau dan kuning.
  4. Kukus selapis demi selapis hingga sagu kembang/masak. (lebihkurang 10 minit - dan untuk lapisan terakhir, akak kukus lama sikit lebih kurang 15 minit.)
  5. Biarkan sejuk baru dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sebentar 3 - 4 minit (agar tidak mudah basi).
Yang ni saja la letak dalam bekas kecik2, tp xleh byk2 lapis lerr...letak saki baki sikit2...

Monday, April 12, 2010

JELAJAH BLOG IBU Oleh Ben Ashaari


Okayy semua adik-adik bloggers terutama kaum ibu, x kira ibu lama ke ibu baru ke....ni akak nak war-warkan jika anda mahu blog anda diterjah oleh BEN ASHAARI, seorang blogger tegar yang tengah meletup-letup dengan sesi TERJAH BLOG sekarang ni.....sila maklum kepada beliau dan ikuti syarat-syarat yang tersangat ringkas, x kena bayar sesen pun...hehe

Budak Ben ni mmg tengah berkobar-kobar dengan kerja amalnya nih..heheee, eh betul apa...x caya pergi tengok dah berapa banyak blog dia terjah dan berapa ramai yang mintak diterjah...dan hasilnya mmg memuaskan hati!!! Jadi kali ini, Ben mintak akak hebahkan di sini...so sila klik DI SINI untuk cerita seterusnya...

Okayy Ben, selamat berjaya menceriakan dunia blogging dan mengeratkan silaturrahim di alam cyber nih....jangan ko sampai x tdo udah ler...dan kepada Azlina, bawak2 bersabar la dengan peel baru Ben ni eh...heheee

A Simple Peach Sponge Cake Just For You Dear!

Assalamualaikum...Today I would like to wish a very Happy Birthday to the one who's filled my life with so much love....!! Yeap, the best part of every day is sharing it with a husband like you...Happy Birthday Honeyyyy!!!! May Allah swt. bless you always and all your dreams come true...Here, I prepared this very simple cake for you dear!! Hope you'll like it...muaaahhh!!

Harap-harap dengan hidangan kek tak seberapa tp penuh ikhlas ni, akan sentiasa bertambah kasih sayang abang terhadap Ummi dan anak-anak....Ummi panjatkan kesyukuran kepadaNya dan didoakan juga semoga abang panjang umur, murah rezeki, sentiasa diberkati dan dilimpahi nikmat dan rahmatNya selalu., amiiinnn ya Robbal A'laminnn...


Sorilah ya bang, kek ni xda fresh cream topping, x cantik sangat laa, Ummi sembur aje dengan light cream....xpalah ikhlas dari Ummi ni, sedap bang kan, dah jamah pagi tadi dah...hehehee....Resepi kek ni akak cilok dari Kak Liza's Fotopages laaa..sebabnya sempoii sangat nak buatnya....tu akak suka tuh..Meh layan resepi pulak eh...Resepi asal kak Liza ni menggunakan fresh cream topping, tp akak xda stok la..maleh dah nk gi cari dah petang2 smlm.

PEACH SPONGE CAKE
Bahan:-
  • 250 gm tepung coklat sponge mix (*akak guna plain sponge mix je)
  • 3 biji telor ayam (akak guna saiz M)
  • 125 ml air
  • 125 ml minyak (akak guna minyak jagung)

Cara:-

  1. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 175C.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam mangkuk cake dan pukul pada kelajuan tinggi selama 8 minit.
  3. Masukkan minyak dan pukul lagi selama 2 minit.
  4. Masukkan adunan dalam loyang bulat 7" yang telah disapu mentega dan dialas kertas minyak.
  5. Bakar selama 25 - 30 minit. Biar sejuk dulu dalam loyang, baru dikeluarkan.

TOPPING (akak x buat topping pun)

Bahan:-

  • 1 tin buah peach - sedikit dicincang halus dan yg lain boleh dihiris.
  • 250 ml fresh cream separa sejuk (RICH or Topping Ace)
  • ceri merah (ikut suka)

Cara-cara:-

  1. Masukkan fresh cream dalam cake mixer dan pukul sehingga gebu. (bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak jatuh).
  2. Letakkan kek di atas "cake turn-table" supaya menyenangkan kerja sapuan cream.
  3. Kek dibelah dua dan basahkan permukaan lapisan kek bawah dengan sedikit jus peach.
  4. Sapukan cream dengan berhati-hati. Taburkan buah peach yang telah dicincang kecil disekeliling permukaan kek.
  5. Tutupkan semula lapiasan atas kek tadi dan basahkan lagi dengan sedikit jus peach.
  6. Sapukan cream di bahagian permukaan kek dan kelilingnya.
  7. Hiaskan buah peach mengikut kredibilit masing2.

Saturday, April 10, 2010

Sago and Peach Jelly

Okaayyy meh layan dessert pulak la eh....ni akak buat malam kelmarin dah...jadi balik kerja semalam baru boleh melantak nih...hehee...Akak memang suka sangat apa2 makanan yang berteraskan sagu ni tau...x kiralah, bubur ke, pudding ke, kuih ke....semua akak layan...bukan sikit2 tau...x makan nasi pun xpa...Ok ni akak terjah resepi dari Aunty Yochana yeaa...sedap dengan gabungan sago n peach tuh...sejuk2 lembut masuk tekak....Akak buat dua adunan dan ada adjust sikit bahan ikut apa yg ada dlm stok...x cukup satu adunan, cipuuuut sangat akak tgk bahan, dah boleh agak...hehee..jenis tamak akak ni eh! So macam bese, agenda seterusnya adalah Copy n Paste...hope you don't mind Aunty...




SAGO AND PEACH JELLY

Ingredients:
(1 adunan ni, akak guna ramkin bulat diameter 5 in.)

Mixture A:
  • 80 ml. Water
  • 30 gm. sugar
  • 1/4 tsp. agar agar powder
  • 1 blade pandan leaf

Mixture (B):

  • 50 gm. sago - wash and soak sago for 10 mins. Then put into a pot of boiling water. Cook till it turns transparent. Drain into a sieve and wash it over a running tap to remove the excess starch. Let it stand in the sieve for 10 mins then add a drop of pink colouring and mix thoroughly.

Mixture C:

  • 2 - 3 pieces of peaches - sliced
  • 2 peaches - blend

Mixture D:

  • 1 1/4 Tbsp. of Agar-agar powder
  • 110 gm. castor sugar
  • 600 ml. water (akak letak 550 ml je)
  • 130 gm. mashed peaches
  • 220 gm. Dairy whip cream (akak xda ni n tukar 200 ml fresh milk)
Method:
  1. Boil Mixture (A) till sugar dissolves. Remove pandan leaf. Pour half portion of the agar agar into a round tube pan. Arrange sliced peaches at the base of the tube pan and let it set a little (half set) then pour in the balance agar-agar mixture.
  2. Sprinkle the cooked pink sago onto the agar agar mixture. Let it half-set.
  3. Boil ingredients (D) together except the mashed peaches. When the sugar dissolves and the mixtures turns transparent, add in the mashed peaches, stir well.
  4. Off the heat, pour in the dairy cream with blended peaches and stir till thoroughly mixed. Turn on the heat and cook for another 3 mins.
  5. Pour the dairy cream agar agar mixture onto the pink sago agar agar slowly till mixture finish.
  6. Cool the agar agar and then place in the fridge to chill.
  7. Serve chilled.