Wednesday, April 14, 2010

Blueberry Finger Bun

Akak buat roti ni sebab teruja tengok kat dapur Nor Secubit Garam tu...Menggunakan Water Roux dan roti mmg terhasil sangat lembut dan gebusss...x perlu softner or bread improver dah....Tapi cerewet sikit laaa nak buat roti ni kan...nak kena gelek satu2 doh yang telah dibahagikan tu....pastu gulung pulak teeciiik-teecikkk..heheee, sabar2 la sikit ya...panjangnya pun lebih kurang je lerr...tp mmg puashati sebab kelembutannya berbaloi-baloii bila guna Water Roux tu...Sebelum ni pun dah penah guna, click Sini. Thanks to Nor sebab bg idea wat roti jejari nih..hehee, Ummi C n P kat sini pulak yea...woooo panjangnya method...hehee
BLUEBERRY FINGER BUN
Doh:
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur gred A
  • 100ml air
  • 30gm butter
  • 30gm shortening

Topping:

  • blueberry filling (diblend halus) atau custard filling

Filling kastad:

  • 1 cawan susu fresh
  • 2 sudu besar kastard
  • 2 sudu besar gula
  1. campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
  2. kacau supaya tidak berketul/hangus
  3. masak hingga sedikit pekat
  4. padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan
Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening. Biarkan proses menguli hingga selesai. (Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.) - akak wat sekali jek..cukup lembut dah...
  5. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  6. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  7. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  8. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  9. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  10. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  11. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  12. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard ke atas doh yg dah naik.
  13. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  14. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:

  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 6 di atas dan seterusnya.

13 comments:

  1. Salam, kak Ummi.. banyak sgt roti tu, msti tak habis. Bak sini skit..

    ReplyDelete
  2. Sama mcm sari..bak sini sikit...byk tu, akak kan tinggal 3 puntung je kat rumah tu....

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ummi, yatie nak juga...mmng nampak lembut dan gebu betul roti ni...kecurnya...baklah 4 ketoi akak ku cayang...

    ReplyDelete
  4. Sari Yusa -
    Wkmsalam..Hehe..ada Najwa blk study leave and Najiha pun cuti panjang ni..kejap je dah nk licin..hehe..tp kalu nak 2 ketul tu bole laa..

    Mat Gebu -
    Hehe..Mat ko jgn x tau, ada anak2 dara akak kat rumah ni haa..sambil bertenet duk mengudap je kerjanya..xdan la nk hulur kat ko..Ko pun kalu bg seketul bkn cukup, wat lekat celah gigi jek..baik ko uli sendiri..hehe

    ReplyDelete
  5. Yatie -
    Wkmsalam..hehe..td tgk ada Sari dgn Mat jek..aleh2 publish tgk Yatie pun ada laks..hehe..Yatie, nak seketuii dua boleh...dgn Yatie ok, dgn Mat x cukup..kat dia kena bg seloyang baru cukup..dia kan montoqqqsss...(*ampunnn Mat, siap kena belasah la akak ni kang)hehee..

    ReplyDelete
  6. yeayeah2x...dpt roti gebu dari kak ummi... mekaceh kak...klakor je akak ni...Che Mat ni mmng montoqqqsss ya orngnya...nak kenal juga lebih dekat...leh ke...

    ReplyDelete
  7. Kita dah buat lama dah, tapi lom post kat blog je..

    ReplyDelete
  8. Yatie -
    Hehe...tu kena tanya or pasang spy la intip tuan pnya badan tu ..pi la ke Kulai..hehehee

    Mama -
    Loor awatnya x posting2 lg Ma..bz la buka class yea..hehehee...nnt org mintak, roti dah licin..x aci Ma ni..

    ReplyDelete
  9. oooo..tak pe lah kak, saya tau, saya ni sapa lah kann..tak peee. nanti saya buat sendiri, uli guna kaki!!!....

    ReplyDelete
  10. hahhaha..mat nk guna kaki lah ummi...lg cepat doh tu naik, hehehhee...sedapnyer nampak..wat bekpes ok lagi nih. ade lg x ummi? hehe

    ReplyDelete
  11. oh this is amazing! it's looking very softy :) really good job mashaAllah.

    ReplyDelete
  12. Mat Gebu -
    Hehe..alaalaaa..merajuk la pulak...dahlama la tu xda org nk pujuk2 dia, nk merajuk kat akak la konon..heheee...weeeee, guna kaki?? Belum penah dgr lgk tuh..betul cakap Jun, harus naik tinggi menggunung roti ko..hehee, siap2 jadi Giant Finger Bun..wakaka..Sape nk pujuk budak Mat ni Jun eh..alahaiii..hehee

    Jun -
    Aah sedap ni Jun, tp kalau Jun nak rasa yg Ummi xda dah, maybe Mat tgh bakar roti dia uli dgn kaki tu..boleh la Jun mintak sikit..ahaakss!! Dasat Mat ni kan Jun..sabor je laaah..hehe

    Jibek -
    Thanks for the compliments..hehe..yeap, this one really nice...why not give it a try ^_^

    ReplyDelete
  13. datang sini buat yatie gelak besau tau...K.Ummi dngn K.Jun kacau2 Che Mat....ada ke uli roti guna kaki...mmng naik mengununglah jawabnya....maaf ya Che Mat...gurau je...(nak gelak lagi ni...hah3..)

    ReplyDelete