Sunday, January 31, 2010

Classic Brownies

Kat rumah ni dah xda kudapan dah...been quite long not baking any cakes or brownies. Tekak pulak teringin nak makan brownies...so akak ronda2 cari resepi ni merata-rata...Last jumpa resepi ni kat dapur Hajah Retno di German sana...Very nice, bit spongy and not too sweet...suit to my taste!
Ingredients:-
  • 200 gm. all purpose flour
  • 75 gm cocoa powder
  • 300 gm castor sugar
  • 5 eggs
  • 200 ml cooking oil or margerine, melted
  • 50 gm almond flakes
Method:-
  1. Preheat oven to 180C. Line base and sides of 28 x 40 cm (*i used 9x9x3 inc.) baking pan with baking papaer.
  2. Put eggs and sugar into bowl of electrik mixer, beat on high speed until mixture is thick and creamy about 10 minutes.
  3. Fold cooking oil into mixture, beat until mixture just combined.
  4. Sift dry ingredients (flour and cocoa powder), gently fold into mixture, stir with spatula quickly or beat with low speed. Make sure that all flour is mixed in.
  5. Pour mixture evently into baking pan. Spread the almond flakes. Bake in oven for 15 - 20 minutes.

Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas

Ni menu malam jumaat kelmarin....bz melanda, ni baru sempat nak update...biasalah kan, cuti2 ni la nak mengemas, membasuh, mengemop segala...so jamu2 mata je la yaa...bahan pun menggunakan apa yg ada dlm stok aje...sekadar nak menghabiskan sekeping lg tenggiri yang kesepian dlm esbok tuh...hehe..cukuplah untuk dinner akak bertiga...Resepi campak-campak jek...beselah, wpun masak kicap, xkan jadi hitamnya sebab Aiman ni suka pedas2...merah jugak laa jadinya kan...layaaannn...

Bahan:-
  • 1 keping ikan tenggiri (sederhana besar n tebal)
  • 1/2 labu bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji cili benggala hijau - dihiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala merah - dihiris memanjang
  • 1/2 biji cili merah & hijau - dipotong serong
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sb. minyak untuk menumis

Cara-Cara:-

  1. Ikan dibersih, ditoskan. Gaulkan dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sb. minyak untuk menumis dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan cili kisar, kacau sebentar.
  4. Masukkan kicap dan semua sos. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Biar mendidih sekejap dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ikan dan biar kuah sebati pada ikan sebentar.
  6. Masukkan capsicum dan cili, kacau sebentar. Tutup api.

Friday, January 29, 2010

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Ni angkara "ter" tengok ayam panggang ni kat rumah budak Hana tu laaa...komain lg dia tayang...punyalah nampak sedap...Bila tanya hubby semalam, xyah masak nasi la ya...kita bakor2 ayam je ler, jimat beras...heheee...bukan apa yang, kita bertiga, ayam ni pulak sekor..ha, kalu masak nasi mesti x habis...kita kena habiskan sekor ayam ni..kalu wat setengah kang x cukup pulak...maklumlah Aiman x kesah tu boleh jadi kesaaahhh kalau tengok ayam camni..hehe..sabaauuu je ler..Ok lah, Hana akak dah terbakar dan terhanguskan pulak ayam ni..tp garing2 hitam camni la lg sodap pulak...perisa bahan perap tu mmg sungguh sedap...ada lebih, akak lumur2 lagi kat ayam tu....memang class ayam nih!! Rasanya sedap dari Kenny Rogers punya laa..x ingat la...akak pun makan ayam KR tu baru 2 kali je rasanyaa...hehe..Time kasih la Hana, sebab ko telah menyakitkan mata akak dengan tayangan amal ayam ni, terajin la nak membuatnya..hehe..tp adjust gak beberapa bahan yg xda dlm stok....Ok, resepi asal dari Hamidah (CheMid) FP ni. So akak C n P je ler dari dapur Hana yaa...Memang betul2 "finger linking good" yooouuuuu....Sape x try, mmg miss salah satu nikmat dunia...hehee


Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk "make up"(perap) ayam : -

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- Hana gune gula perang (*akak pun)
  • 2 sudu besar herba campuran (akak xda ni, letak campuran dried parsley, oregano + basil)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara:-

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (*akak perap 3 jam)
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )

Thursday, January 28, 2010

Cucur Badak - Resepi II

Ni mengikutkan tekak yang teringin nak makan cucur badak punya la lama dah..beli keledek kuning tu sampai seminggu lebih dah..x buat-buat lg...jadi petang semalam akak x masak beriya sangat, so sempatlah menggodek kuih ni...hehe...Tapi kali ni akak gunakan adunan doh dari Quinnie kat MyR tu...Tapi akak wat half je laa...tinggal ber3 je ni...hehe, x kuasa nk menggentel banyak2..hehe..So akak C n P je kat sini ya...


Bahan-bahan:- ( anggaran 16 biji )
  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji

bahan2 untuk inti:-

  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu gula
  • garam secukupnya
Cara-Cara:-

  1. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
    lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  2. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
  3. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

Cara Membuat Inti:-

  1. Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  2. Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.

nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh.

Wednesday, January 27, 2010

Hawaii Pizza

Hello, hello....echooooo...heheee...Jom makan pizza...sedap ni tau...Akak buat petang ahad baru ni...penggemar pizza or western food ada balik...so kenalah melayan...hehe..Abanglong n Najiha nak balik hostel semula petang tu...so diaorang siap tapau laa...Resepi dah berkurun simpan...hehe, cedok dari dapur Aunty Yochana. Sedap ke tak, u all tgk sendiri ler gambor tuh eh....the veeeryyy...the besssttt...ngeeeee. Ada lebih, pagi Isnin tu Aiman pulak bawak bekal ke sekolah...layaaannn...Akak malas la nak translate...C & P aje ler kat sini yaa..


Dough:

(A)
  • 200 gm. plain flour - sifted
  • 1 tsp. sugar
  • 1 tsp. Instant Yeast
  • 1/2 tsp. salt
  • 1 tsp. oregano

(B)

  • 110 ml. water
  • 1 tbsp. cornoil or olive oil

Toppings:

  • 2 Tbsp. Tomato Paste
  • 2 Tbsp. Maggi Chillie Sauce
  • 200 gm. Ham - cut into small pieces ( i used minced meat)
  • some sliced Hot Dogs (i used 3 sausages)
  • 200 gm. canned pineapple - cut into cubes
  • 1 Big onion - diced
  • 1 tomato - sliced
  • 1 capsicum - diced
  • 250 gm. Mozarella Cheese
  • 2 Tbsp. Garlic oil - fry some oil with some garlic
Method:

(1) For dough:
  1. Mix (A) ingredients in a mixing bowl. Knead into a pliable dough.
  2. Add in oil and continue to knead until very smooth.
  3. Leave to rise until it doubles in volume for about 40 mins.(
  4. Punch down dough and shape it into a ball and rest for 10 mins.
  5. Roll dough into a round shape - the size of your pizza pan. Use fork to prick holes onto the dough. Rest dough for 20 mins.
  6. Half-bake the pizza dough for 10 to 15 mins. then remove from oven.
  7. Spread tomato paste and chille paste onto the pizza dough. Sprinkle some mozarella cheese on top and place all the remaining ingredients on top.
  8. Sprinkle balance mozarella cheese on top and pour garlic oil over it.(7) Bake at 200C for about 20 mins. or till cheese turns golden brown.
  9. Remove from oven and serve hot.

* You can use any topping you desire like prawns, tuna, cuttlefish rings and clams.

fresh from oven...

Tuesday, January 26, 2010

Dine Out At Lebak Cafe Di Malam Minggu

Ni saja-saja lah nak letak gambar masa "dine out" malam minggu baru ni...kebetulan abanglong dan Najiha ada balik sekejap, so malam tu mengisi perut di Lebak Cafe, Bandar Indera Mahkota, Kuantan (di belakang bangunan Bank Rakyat) yang baru beroperasi 3 or 4 bulan lepas kalau tak silap. Hubby suruh ajak family adik akak sekali, hubby belanja...hehee...Owner cafe ni (suami isteri) kebetulannya adalah sekampung dgn hubby di Kg. Lebak, Temerloh iaitu Dato' Mufti Pahang. Kebetulan pulak malam tu dia ada, so dia berborak panjang ler dengan hubby citer hal kampung dan Datin pun siap datang kat meja kitaorang lagik sembang2...Sebenarnya hubby mmg dah lama nak makan sini sebab bila tengok nama cafe ni dia duk terpikir gak dan ada cakap dengan akak, mesti orang2 yang terlibat dalam pengenalian cafe ni berasal dari kampung tu kan..hehe...memang betul pun rupanya...
Okayyy nak cerita kat sini menu utama yang paling best adalah Mee Udang. Memang pergghhh betul, sebijik macam mee udang Sungai Dua, Pulau Pinang sana...Tukang masaknya pun bekas kawan sekolah dan sekampung hubby. Kuah udang disediakan di dalam periuk besar dan akan dimasak bersama mee dan tambahan udang lagi bila ditempah...wpun udangnya taklah sebesar di Sg. Dua, tp rasanya mmg class ala2 Mee Udang Sungai Dua, P.Pinang tuu jgk..Kali pertama datang dulu, kitaorang memang dah hentam mee udang (lupa nk amik gambor nk promote sini dulu) so baru-baru ni pergi, masing2 nak merasa makanan ala-carte yang lain pulak...so xda orang makan mee udang la malam ni eh....lain kali akak makan mee udang, akak tayang eh..hehe..Jom layaann..
tema merah putih yang cukup cantik...selera makan terbuka terus..


Antaranya, kuey teow tomyam, adik lelaki akak order...

Mee hongkong, my sis-in-law order ni..

Kuey teow kantonis...ni akak punyer..hehe

Dan antara yang istimewa di sini Nasi Goreng Lebak, hubby order ni....siap ada rebung la dalam nasi ni...hehe..akak pun rasa, sedap jugak..x mengecewakan.

Jus durian belanda, akak n hubby order..air org lain lupa nk snap gambar..hehe

My anak sedara, Aina dgn sirap bandungnya...


Tu dia, Najiha dgn cousins - Izzati n Aisyah duk makan, diaorang ni order apa eh..x tanya pulak..hehe, ada yg makan mee mamak jgk rasanya.

Aleeya...x banyak karenah, ummi dia duk suap makan..

Dua beradik yang sering jadi penghibur akak, hubby dan anak2 akak jugak...suka bergaya diaorang nih! Suka dengar Aleeya nyanyi..."nenek, nenek si boookoooqqq tiga"..hehe
Okaayy till then...

Lasagna/Lasagne

Hidangan ringkas tengahari sabtu, hubby dah makan kenduri, akak tinggal bertiga dengan abanglong dan Aiman...pastu lepas zohor Najiha balik pulak....so kitaorang tibai ni je lerr untuk lunch merangkap minum petang...hehee..malam hubby belanja makan kat luar sekali dengan family adik akak...nnt akak letak entry tu eh...So ni dia resepi lasagna dari dapur Za Journal Rasa yang telah lama tersimpan, baru ni nak buat...tu pun akak x dpt byk lapisan sebab guna bekas lebar dan besar, dpt 3 lapisan je dah habis bahan..hehe...tp itu small matter, yg penting sedap la eh..Thanks Za, ringkas dan sedap..! Akak mintak izin CnP je yaa...

Bahan-bahan:-
5-7 keping lasagna (akak guna jenama San Remo)
#Bahan Sos tomato:-
  • 2 ulas bawang putih-ketuk
  • 1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)
  • 4 biji tomato ( 300 gram)dipotong dadu
  • 100 gram tomato puree
  • 200 gram daging cincang
  • ½ biji lobak merah-disagat halus
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 sudu teh italian herbs
  • ½ sudu besar garam
    1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula

# Bahan Sos Putih:-

  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit serbuk lada hitam

Untuk topping:-

  • Keju mozzarella secukupnya
Cara-cara:-

Untuk sos tomato:-
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar.Biarkan sehingga layu.
  2. Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato,tomato puree dan air.
  3. Masukkan garam,gula,daun bay,serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.

Untuk sos putih:-

  1. Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk.kacau menggunakan whisker ballon.
  2. Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tutup api.

Cara menyediakan:-

  1. Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas.
  2. Susunkan sekeping lasagna ke atasnya.
  3. Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan lagi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5.
  4. Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.

# Kebanyakan lasagna yang dijual dilabelkan no pre-cooking required (tidak perlu direbus terlebih dahulu). Saya lebih suka rebus dahulu kepingan lasagna sebelum dilapiskan dengan sos kerana ia mengurangkan masa membakar. Selain itu ia memastikan tiada permukaan lasagna yang terkeras dan tidak masak. Jadi saya tidak perlu mencucuk lasagna dengan garfu untuk pastikan samada ia dah masak atau belum. Untuk merebus, pastikan lasagna direbus di dalam air mendidih yang banyak.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan dan jangan lupa untuk mengasing-asingkan kepingan lasagna sejurus selepas di angkat supaya ia tidak melekat antara satu sama lain. - (akak basahkan sedikit lasagna dengan merendam sebentar di dalam air panas)

Jemput-Jemput Bawang

Buat jemput ni sebab ada lebihan kuah kacang untuk nasi impit masa jamuan kat ofis hari jumaat tu...akak panaskan dan buat jemput2 bawang camni...weeee terangkat makan bekfes pagi sabtu tu...hubby lak gi kenduri kahwin member lama dia dengan geng ofis, akak x pergi sebab perut meragam sikit dari jumaat malam lg dah..entah apa akak makan macam2 masa jamuan hari jumaat tu ntah...campur segala..hehee...tp kuah kacang ni mmg sedap laa...senang kerja akak kan...jamu mata la yaaa...dah selesai..hehe


Monday, January 25, 2010

Mee Sup Daging Ringkas

Ni hidangan sempoi dinner hari jumaat aritu...actually, pagi jumaat tu ada jamuan kat ofis antara menunya mee kari, pastu sampai petang mee x habis sebab byk makanan lain lg...jadi budak2 ofis ni suruh la akak amik mee tu..buat goreng ke...ya la budak2 bujang ni xnak dah masak2 kat rumah, so akak pun amik lah sikit...jadi malam tu tanya la abanglong kebetulan ada balik dengan Aiman, nak digoreng ke disupkan...abanglong minta supkan sebab mee goreng selalu sgt makan kat mana-mana...So akak pun tengok daging lebih wat masak prun hari tu ada sikit, so akak pun buatlah sup daging sempoi jek...letak je sup bunjut, tumbuk bawang merah, bawang putih, halia tumis sekali dengan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan lawang..pastu masak ler...tambah kentang dan carrot sikit, celur balik sekejap mee tu..buat tauhu goreng...tabur le daun bawang, cili merah & hijo, daun sup segala..tabur bawang goreng, siaappp!!! Boleh la soruuuuu...yang penting supnya mesti terangkat..hehe...sempoi kan..


Masa snap gambor ni, lupa pulak nk tabur bawang goreng...hehe

Saturday, January 23, 2010

Daging Prun

Okay ni akak letakkan lauk daging prun yang dimakan dengan nasi beriani kat bawah tu ya...sori ler bz sikit, lambat letak lauknya..hehee...Lagi resepi dari buku Senangnya Memasak DAGING Bersama Chef Hanieliza tu...Memang sedap...Pagi tadi pun duk borak tepon dengan Kak Liza yang call Ummi pagi2 sebab tengok Ummi letak entry nasi beriani tu ha...ada ke nak suh kita masak tuk kenduri sambut menantu anak dia...wakakaa..x patut, x patut..hehe..thanks K.Liza atas resepi yang sedap dan sungguh senang ni...Kita tengah tunggu resepi PUDING pulak ni K.Liza yaaa..
Bahan A:-
  • 600 gm daging (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris):-

  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia

Cara Memasak:-

  1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
  5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani. (*akak makan dgn nasi beriani...ngeee)

Nasi Beriani

Okay pertamanya nak perkenalkan "cop jempol" akak ni haaa..amacam, cantik tak? Thanks to Jiya yang sudi memerah otak dan bertukar2 idea dengan akak yang banyak songeii sangat ni...ntah berapa pulusss ratuss kali tunjuk contoh eh...last2, sempoi jek yg akak suka pun...Apapun sangat puashati berurusan dengan Jiya ni..hehe...penyabar sungguh. So akak rasmikan laa kedua2 design cop jempol ni eh...satu empat semegi cam kat pineapple chutney tu...satu lg molaat camni..hehe...Jiya, sakit kepala ke tak tuh..? hehe..sabor je ler yaa...Akak jemput lah Jiya makan sekali nasi beriani ni eh..Resepi dari buku Kak Liza (Chef Hanieliza) lagi...makan dengan daging prun..nnt akak letak resepi daging tu ya..


Bahan A:- (akak buat 1/3 dari resepi asal ni)
  • 1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (dibelah dua)
  • 3 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 100 gm daun pudina (dipotong kasar)
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair (akak guna susu segar)
  • 4 sb. minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)

Bahan B:- (untuk tumis)

  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris halus)
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 bj. buah pelaga
  • daun kari

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
  4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  8. Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

Indian Style Pineapple Chutney

Ni acara masak-masak malam kelmarin...akak buat acar nenas masak ni untuk dimakan bersama nasi beriani dan daging prun sekali. Memang sedap dan ringkas je nak masak...tu lg akak suka..hehe...Resepi ceduk dari dapur Mat Gebu dan Mat ceduk dari FP Muna..Thanks to both for sharing this new style pineapple chutney...Akak c & p dari dapur Mat yaa..
Bahan:-
  • 2 biji nenas saiz sederhana@ 1 biji nenas saiz "king"
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca teh serbuk cili
  • 2 camca teh jintan halus
  • 2 camca teh biji sawi
  • 1/2 camca teh halba
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 camca teh minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji bawang merah, dihiris*
  • 1/2 inci halia, dihiris*(*yang ni tak letak dalam resipi asal)
  • 2 - 3 cawan air

Cara-Cara:-

  1. Kupas nenas, buang empulur dan potong kiub sederhana besar.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah/putih, halia dan biji sawi hingga harum dan biji sawi mula "meletop"...
  3. Masukkan nenas, serbuk kunyit, jintan manis, bunga lawang, halba dan air.
  4. Tambah sedikit garam dan gula. Masak dengan api sederhana hingga nenas lembut dan sedikit kering.
  5. Rasa dan jika perlu tambah garam atau gula secukupnya. Hidangkan bersama nasi minyak,nasi beriani atau nasi pilaf....

Friday, January 22, 2010

Kek Lapis Alwani (Kukus)

Lagi satu entry tertunggak sangat2 dah...buat ni untuk bawak ke KL weekend baru ni sebab nak tolong adik akak pindah rumah..hehe, kira ni wat kudap2 laa...Kek akak ni x cun sangat....lembut tp kurang gebu sebabnya ada 2 dari 5 biji telor yg akak guna tu akak keluarkan dari fridge agak sejuk gak lagi masa akak nak guna...tu pasal bila pukul kurang naik...tp kek ni still sedap, lembut dan adik2 akak suka bebenor rupanya...Resepi Dayangjack ni akak angkut dari MyR tu....Ramai dah yang try kek ni...thanks ya Dayang..dah lama simpan resepi, ni baru dpt buat..hehe
Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci ):-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin (akak guna mentega)
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit pewarna oren, hijau dan merah

Cara-cara:-

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
    Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  6. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  7. Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
  9. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya.
  10. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong.
***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas.


ni hasil potong2 dah nk masuk tupperware sebenarnya...ikut dan je ler..

Orange Butter Cake (Amy Heng's Recipe)

Salam pagi Jumaat...alhamdulillah "buah hati" dah discaj petang semalam...hehe..suka hati la sungguh kan, kan...xpun rasa cam x lengkap hidup x menatapnya sehari...Okay lah akak masukkan entry yang dah lama tertunggak ni...Resepi kek ni akak ceduk dari dapur MamaFaMi ku cayangg...kek yang sungguh sedap, lembut peroiii gitu...masa bakar tu berbau harum satu rumah dgn aroma orange, cuma akak tak letak pun kulit oren sebabnya akak guna buah oren jenis besar dan berkulit nipis yang dibeli di CH dulu...mmg sedap dan jusnya mmg manis....so xleh nk parut kulit la...kek ni pun bila bakar x merekah langsung...adunan yang sungguh cantiklah kiranya kan, dahtu senang sungguh stepnya, x byk karenah...Ma, thanks eh, nak C & P jek ni...xpa kan, kalu xlehpun nak wat gak...kalau nak saman...tunggu lain tahun la ya...hehee

ORANGE BUTTER CAKE

Ingredients :
  • 250g butter
  • 250g caster sugar
  • 4 eggs
  • 100ml fresh orange juice
  • some orange rind
  • 250g self raising flour
  • 30g ground almond
  • 1/2 teaspoon baking powder

Method :

  1. Sieve together self raising flour, ground almond and baking powder. Set aside.
  2. Beat butter and sugar till light and fluffy.
  3. Add in eggs, one at a time and continue beating till light and creamy.
  4. Fold in flour and orange juice alternately until well mixed. Lastly, add in orange rind.
  5. Pour into a 9" greased and lined tin.
  6. Bake at 160 C in a preheated oven for 55 to 60 minutes.

Wednesday, January 20, 2010

"Buah Hati" Masuk Ward

Salam semua...sori lah yaa..sehari dua ni xda entry..sebab "buah hati" akak masuk ward, x tau la tiba2 x mau wat keje dah...lepas anak akak Aiman guna jap wat homework dia petang semalam..pastu malam akak nk switch on jek dah gelap jek...xda apa2..puas dah membelek, memujuk...x mo gak..nak kena hantar kat Pakar jugak..hehe..Pakar kata nak kena masuk air glukos la kot...So sabar la ya...akak ni, lagi la sabauuuu jek...apapun "buah hati" akak tu dah beransur pulih...tunggu discaj jek..hehee...nak tumpang yang anak2 punya laptop, kebetulan pulak tiga2 orang tu xda pulak skrg...hehee..Ok, nnt dah ok, akak bersiaran kembali eh...maybe esok or lusa...muaaahhhhssss...

Tuesday, January 19, 2010

Baked Shrimp

Hi.., another simple dish that everyone will love as a perfect appetizer...serve it with your favourite sauce..The idea came from Gert's Kitchen...My youngest really like it...hubby too..Thanks Gert!! There are many more that catched my eyes...hehee...nanti nak gali lagi resepi you eh!
Ingredients:-
  • 20 large shrimp - peeled, deveined with tailes intact
  • 1/2 tsp. salt
  • 1/2 tsp. pepper
  • 1 egg white
  • 1 cup of panko bread crumbs

Method:-

  1. Preheat oven to 450 degree F. Lina a baking sheet with aluminium foil. Drizzle it with some olive oil.
  2. Marinate the shrimp with salt and pepper. Beat the egg white and pour it into the shrimp. Mix well.
  3. In a plate, combine the bread crumbs with 1/2 tsp. of salt. Mix well.
  4. Coat the shrimp with the bread crumb. Lay the shrimp on the baking sheet, drizzle a bit of olive oil over the shrimp and bake for 6 - 8 minutes until golden brown.

(*Note: if you like coconut, you can add 1/4 cup of it to the bread crumb.)

Ayam Gajus

Salam semua...rasa lamanya x update...weekend baru ni akak tutup dapur laa..hehe...busy betul akak, petang jumaat balik kerja terus ke KL sebab dah janji nk tolong adik akak Fazilah berpindah rumah, tolong2 kemas la kononnya...hehe..macamlah rumah akak ni dah xda apa nk kemas yaa...sajalah tolong kebetulan nak menziarah pulak adik akak Norizamin yang berkahwin tahun lalu dahpun selamat bersalin...dapat anak saudara baru lagi laaa...baby girl...tp baby masih duk dlm ward sebab ada masalah sikit...hanya mama dan papa dia je yg leh tengok...nampak gaya xda rezeki la akak nk tatap anak sedara baru nih...tgk gambor dlm henfon mama n papa dia je laa...macam nak kena dtg KL lg la pulak...hehe..Penat sungguh akak ni tau...Ahad malam sampai je kat rumah terus nak "tituuun" je...hehe...Meh la layan menu akak masak hari Jumaat tengahari tu yaa...Resepi dari buku Kak Liza (Chef Hanieliza) lagi...sungguh sedap!!

Bahan A:-
  • 600 gm isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B:-
  • 100 gm kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
  • 3 tangkai cili kering - dihiris
  • 2 biji bawang besar - dipotong dadu kasar (*akak letak 1 biji jek)
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • 1 biji lada benggala hijau - dihiris memanjang/dadu (*akak guna hijau dan merah)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili kering (*yg ni akak tambah nk pedas sikit)
Cara Memasak:-
  1. Gaulkan isi ayam bersama garam dan tepung jagung.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
  5. Masukkan lada benggala, isi ayam, sos tiram, sos cili dan sedikit air (*akak tambah serbuk cili kering).
  6. Biarkan kering dan tutup api.
  7. Masukkan kacang gajus dan kacau rata.
  8. Sedia dihidangkan.

Friday, January 15, 2010

Ikan Bersos Mentega Herba

Minggu lepas akak ada beli majalah SAJI keluaran Januari 2010 sebab teringat hari tu Kak Liza (Chef Hanieliza) call borak2 dengan dia, kata nak gi shooting kat KL untuk majalah ni bagi keluaran Januari...Memang sibuk dan packed sungguh masa dia ketika tuh..sian akak dengar...Tp xpalah, berbaloi kan Kak Liza...So akak pun baru teringat majalah ni, nasib baik ada lagik...Ada keluaran khas untuk chef-chef tersohor tentang karier dan resepi masing2...Maybe ada bloggers yang sempat beli buku nih...hehe...Kalau teringat nnt, kak snap gambar citer Kak Liza ni eh...So akak terpikat satu resepi dari salah seorang Chef tersohor iaitu Chef Abu Khairi...resepi asal menggunakan ikan merah, tp akak layan dengan ikan tenggiri..hehe...mmg sedap!!

Bahan:-
  • 100 gm isi ikan merah (*akak guna tenggiri)
  • 2 sb. tepung jagung
  • 3 sb. minyak jagung
  • 50 gm mentega tanpa garam
  • 10 gm bawang putih - dicincang halus ( akak letak 2 ulas)
  • 10 gm bawang merah - dicincang halus (akak letak 2 biji)
  • 1 cm halia - dicincang halus
  • 1 sudu kecil lada hitam - dikisar
  • 1/2 biji jus lemon
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/2 kuntum bunga kantan - dicincang
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ikan dan perap dengan sedikit perahan lemon, garam, lada hitam dan sedikit minyak selama 5 minit. Kemudian salut dengan tepung jagung.
  2. Panaskan kuali, tuangkan minyak jagung dan goreng ikan hingga kekuningan dan toskan. Letak dalam pinggan yang sesuai.
  3. Dalam kuali yang sama, tambahakan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 yang dicincang serta daun bay hingga naik bau.
  4. Masukkan mentega, bunga kantan, tomato dan perahan jus lemon. Perlahankan api dan biarkan sos mendidih sebentar dan kacau selama 2 minit.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tuangkan ke atas ikan tadi dan hiaskan sebelum dihidang untuk menambah selera. (*akak xda hias2 dah la pun, mmg bau masa masak tu dah naik selera..hehe)