Friday, January 15, 2010

Ikan Bersos Mentega Herba

Minggu lepas akak ada beli majalah SAJI keluaran Januari 2010 sebab teringat hari tu Kak Liza (Chef Hanieliza) call borak2 dengan dia, kata nak gi shooting kat KL untuk majalah ni bagi keluaran Januari...Memang sibuk dan packed sungguh masa dia ketika tuh..sian akak dengar...Tp xpalah, berbaloi kan Kak Liza...So akak pun baru teringat majalah ni, nasib baik ada lagik...Ada keluaran khas untuk chef-chef tersohor tentang karier dan resepi masing2...Maybe ada bloggers yang sempat beli buku nih...hehe...Kalau teringat nnt, kak snap gambar citer Kak Liza ni eh...So akak terpikat satu resepi dari salah seorang Chef tersohor iaitu Chef Abu Khairi...resepi asal menggunakan ikan merah, tp akak layan dengan ikan tenggiri..hehe...mmg sedap!!

Bahan:-
  • 100 gm isi ikan merah (*akak guna tenggiri)
  • 2 sb. tepung jagung
  • 3 sb. minyak jagung
  • 50 gm mentega tanpa garam
  • 10 gm bawang putih - dicincang halus ( akak letak 2 ulas)
  • 10 gm bawang merah - dicincang halus (akak letak 2 biji)
  • 1 cm halia - dicincang halus
  • 1 sudu kecil lada hitam - dikisar
  • 1/2 biji jus lemon
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/2 kuntum bunga kantan - dicincang
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ikan dan perap dengan sedikit perahan lemon, garam, lada hitam dan sedikit minyak selama 5 minit. Kemudian salut dengan tepung jagung.
  2. Panaskan kuali, tuangkan minyak jagung dan goreng ikan hingga kekuningan dan toskan. Letak dalam pinggan yang sesuai.
  3. Dalam kuali yang sama, tambahakan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 yang dicincang serta daun bay hingga naik bau.
  4. Masukkan mentega, bunga kantan, tomato dan perahan jus lemon. Perlahankan api dan biarkan sos mendidih sebentar dan kacau selama 2 minit.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tuangkan ke atas ikan tadi dan hiaskan sebelum dihidang untuk menambah selera. (*akak xda hias2 dah la pun, mmg bau masa masak tu dah naik selera..hehe)

8 comments:

  1. Salam kak ummi,
    nampak sedap ikan nih. ada lemon, daun bay, bunga kantan. mesti sedap tuh, ala ala ikan bersos lemon,kan?

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Ummi...Cam sedap jee ikan masak cara ni..tgk pada bahan² taklah pedas sangat pahtu ikan pun main guna isi je..sesuailah tuk bagi makan anak² kecil....

    ReplyDelete
  3. salam kak ummi...sedapnya ikan tuu!! nak pi carilah majalah saji esok!!

    ReplyDelete
  4. Hello Ummi, ahaaa! This dish I have never seen or tried before.
    If my sebelum Merdaka bahasa is still in my otak, "ikan bersos mentega' means 'fish in sauce and butter'?

    Hmmm, it does look delicious. I think your hubby cannot wait to return home from work for your cooking.
    Lagi jauh sebelum berenti his Mercedes boleh dapat the beautiful smells of your cooking, ha ha.

    How's the weather there? You stay young, stay beautiful, Ummi and have a great weekend, Lee.

    ReplyDelete
  5. Mama ni kan, beli majalah, mengalahkan orang nak ambil periksa. Segala majalah resepi mama beli. Dah beli tu, doklah belek, ntah berapa kali khatam, tak tahulah, tapiiiiii... buatnya idak! Resepi dari blog masakan jugaaaa yang ku cuba! Hehehehe.... buang karan je kan!

    ReplyDelete
  6. Aduhh.. tengok ikan akak ni rasa nk makan nasi jer.. dah hampir sehari dok kat lab makan kek cekelat je.huhu... biru mata hitam ku ginie... hehehhe..dpt ngan air asam tomato kat bawah nun,nasi putih panas2 boleh habis 2 pinggan ni...huhu.. laparnye!

    ReplyDelete
  7. Hi Ummi, Ahaa! Belum masak lagi ke?
    First time saya datang belum masak, ha ha.
    Apa nak masak hari ni?
    Ikan Terbok steamed with daun pandan?
    Ikan masak nanas lemak?

    Okay, send me telegram da masak, ha ha, I bring my chopsticks, arhaaaa ha ha.
    By the way, senang datang, I will not make you cry again, come for a senyum....maybe ketawasikit.
    You keep well, have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  8. Salam ummi..waa...uniknyer resepi...mentega, suke2! Ade lg seketul ikn tggiri lam freezer,hehe..daun bay je tarak..daun bay pn sy xtaw ape...sadiss tul...camne nk msk..

    ReplyDelete