Friday, January 22, 2010

Kek Lapis Alwani (Kukus)

Lagi satu entry tertunggak sangat2 dah...buat ni untuk bawak ke KL weekend baru ni sebab nak tolong adik akak pindah rumah..hehe, kira ni wat kudap2 laa...Kek akak ni x cun sangat....lembut tp kurang gebu sebabnya ada 2 dari 5 biji telor yg akak guna tu akak keluarkan dari fridge agak sejuk gak lagi masa akak nak guna...tu pasal bila pukul kurang naik...tp kek ni still sedap, lembut dan adik2 akak suka bebenor rupanya...Resepi Dayangjack ni akak angkut dari MyR tu....Ramai dah yang try kek ni...thanks ya Dayang..dah lama simpan resepi, ni baru dpt buat..hehe
Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci ):-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin (akak guna mentega)
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit pewarna oren, hijau dan merah

Cara-cara:-

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
    Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  6. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  7. Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
  9. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya.
  10. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong.
***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas.


ni hasil potong2 dah nk masuk tupperware sebenarnya...ikut dan je ler..

11 comments:

  1. Salam Kak Ummi..
    Ish..nak nitis air mata tgk kek lapis akak ni..Hu hu hu..Baru last week buat tapi tak jadiiii...May be over beat kot pasal masa kukus tghnya bkn main menggunung lagi, bila sejuk terus ranap....

    ReplyDelete
  2. salam kak ummi..
    kek ni nampak sedap, lembut dan gebusss...nak try buat juga la...tak tau la pula telur sejuk blh buat kek kurang naik...tq for info. selalunya saya main belasah je..eheh..

    ReplyDelete
  3. cantiknya kek ni warna pelangi gitu hehe... boleh try nanti.. thanks 4 sharing..
    :)

    ReplyDelete
  4. pernah buat gak...sedap kan kak..??

    ReplyDelete
  5. Kak Ummi....alahai kek lapis...my weakness tu...sedapnya tgk..cantik2 pun cantik....

    ReplyDelete
  6. salam - baca resepinya mudah aje nak buat...nak cuba lah...mintak C&P resepinya...salah hemat simpan dulu resepi! TK for sharing

    ReplyDelete
  7. Hello Ummi, wow! This cake looks beautiful. I love the colours....agak2 5 pieces with iced coffee will be fine with me, ha ha.
    You sure one fabulous lady...a wonderful mother, a beautiful woman, great wife and ada 3rd Dan Black Belt in cakes and cooking, ha ha.
    You stay young and have fun, Lee.

    ReplyDelete
  8. Salam kak......

    Dah try, senang nak buat tapi saya punyer jadi kek marble sebab 2 nd layer tak keras lagi dah masuk...Thanks for sharing.....Orang memberi kita merase.....hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam kak ummi...cantiknya kek..mesti sedap nih...teringin nak cuba..hehe

    ReplyDelete