Sunday, March 24, 2013

Udang Sambal Bahtera Damai - Lauk Pengantin??


Assalamualaikum warahmatullah...

Salam sayang buat insan-insan yang sering mendambakan ukhwah buat akak di Home Sweet Home dan wall FB yang sentiasa meriah...Betapa bersyukurnya hati ini diulit ceria, disapa rindu oleh adik-adik dan rakan yang belum pernah bertemu muka mahupun yang pernah jua, bagai semangat kembali walaupun akak perlahan... Masa 24 jam tetap sama diberikan, harap-harap masih ada yang tersisa untuk Home Sweet Home ini... ^___ @.  Semoga kasih sayang ini kekal ke akhirnya... Ya Allah ampuni daku andai diri ini terkhilaf berbicara di ruangan yang tidak seberapa ini...Allahumma Ameen.

Dari Hasan, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:

"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim."


Sebenarnya tiada resepi istimewa yang akak masak sejak akhir-akhir ini, memandangkan masih sibuk, semuanya masak yang biasa-biasa sahaja.  Apapun akak teringat untuk berkongsi satu resepi (*bukan nak kongsi satu rahsia ^_^ ala-ala iklan coklat oreo tu).  Resepi sempoi sahaja tetapi deko agak beriya2 la kononnya sebab resepi ini pernah akak sumbangkan untuk Majalah Stailista suatu masa dulu...terlupa sungguh nak share.  Jadi memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah dan ramai yang nak jadi pengantin or nak jadi mak andam waima tukang masak pengantin ker....boleh la try.... 

Masak pengantin ni biasa-biasa jugak la sebenarnya, cuma kreativiti menghias tu yang boleh buat tetamu yang intai pengantin makan terlebih berselera...Yang jadi pengantin x berapa selera sangat hari tu kan... ^__^.  Xpa laaa...meh jenguk lauk udang ni dulu...

Kepada bakal pengantin akak doakan selamat melayari bahtera damai hendaknya, semoga perkahwinan diberkati dan menurut sunnah dan syariat sebaiknya.  Di harap majlis berjalan lancar dan jangan lupa bersyukur atas jodoh yang dipertemukan, semoga mendapat zuriat yang baik2 dan sihat2 jua hendaknya.  Buat mak-mak pengantin, boleh la mencuba sendiri salah satu lauk untuk dirasai oleh anak menantu di hari perkahwinan mereka...x susah pun lauk ni kan...Selamat Mencuba...!

UDANG SAMBAL BAHTERA DAMAI



Resepi:  Ummi @ Home Sweet Home
 

Bahan:-
  • 8 ekor udang galah sederhana besar
  • 2 tangkai cili merah *  )
  • 1 biji bawang besar *   )
  • 3 ulas bawang putih * )
  • 1 inci halia *               )
  • 1 inci kunyit hidup *   )  bahan * dikisar
  • 1 biji buah tomato *    )
  • 1 cm belacan bakar *  )  
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Udang dibersihkan dan biarkan kulitnya jangan ditanggal.  Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sekejap.  Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dengan api sederhana.  Kacau bahan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul rata sebentar.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Gaul sebati biar udang bersalut dengan bahan.
  6. Seimbangkan rasa, tutup api dan hidangkan dan hias mengikut kreativiti.


Biarpun masakan biasa-biasa, kreativiti menghias itu yang penting untuk satu2 hidangan pengantin kan....kan...amacam berselera tak, selera tak? ^__^

Sunday, March 17, 2013

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

 Bismillah....Assalamualaikum warahmatullah.....apa khabar?  ^___^

MasyaAllah, rasa macam dah tak reti nak upload, edit gambar dan link url segala....macam dah karatzzz jek....Ya Allah, permudahkan lah... Kita tengok nnt, jadi tak posting akak nih..!!

SubhanAllah, Alhamdulillah...Allahu Akbar....diberiNya juga masa untuk akak kembali berkongsi dan bersiaran di dapur alam maya ini setelah hampir 5 bulan menyepi diri semenjak balik dari Tanah Suci.. Di ruang blog ini sekali lagi akak ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga atas doa2 yang dipanjatkan semasa menunaikan haji tempoh hari....Tabarakallah, akak dipermudahkan dalam segala urusan ibadah.  

Pernah akak terfikir, inilah berkat doa kawan-kawan seperjuangan yang mungkin tidak terbalas rasanya.  Hanya doa yang akak titipkan agar kalian yang belum sempat menjejakkan lagi kaki ke Tanah Suci diberi juga rahmat dan kasih sayang Allah untuk merasai nikmatNya yang satu...tiada terucap dengan kata-kata...Hanya yang berpeluang sahaja akan merasai nikmat dan tarikan Kaabah itu sendiri {the power of Kaabah), bagaimana sayu hati ketika beriktiqaf di dalam Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram itu sendiri. Di saat mengenang dosa2 lampau, air mata berlinangan, sudah tiada masa untuk memandang ke kiri dan kanan rasanya...Ia tersimpan di lubuk hati sebagai hadiah hari jadi akak yang ke 46 dan paling manis.  Terima kasih Ya Allah.

Terasa juga ingin update cerita dan pengalaman dari sana, namun semenjak balik akak sibuk pula dengan urusan pindah rumah, packing and unpacking.....now barulah 80% selesai rasanya...masih byk barang yang akak tinggalkan di rumah lama tu...hajat hati nak jadikan Homestay...tapi x kemas-kemas lagi rumah tu...semoga ada ruang akak berkongsi sebagai panduan buat yang akan menjadi tetamuNya suatu hari nnt...insyaAllah...

Kepada yang masih sudi intai-intai dapur Home Sweet Home....Alhamdulillah hari ini akak diberi semangat dan ruang masa untuk bersiaran jugak setelah terlalu banyak kekangan masa yang menguji diri dan kata-kata semangat dari adik-adik yang sentiasa bertanya bila nak update blog dan mohon kembali segera...akak sangat-sangat terharu.. Buat teman-teman seperjuangan yang telah lama akak tak jejaki blog kalian tu, akak mohon maaf jua kerana proses transfer streamyx line baru sahaja dapat dilakukan petang Jumaat kelmarin...hampir sebulan menunggu... Itulah sebabnya masakan hanya akak update di Wall FB je laa, nak share kat group lain pun susah sikit... 

Ok lah, akak kongsikan aje lah sebagai permulaan selepas rehat yang panjang...hehe.  Kek ni dah lama sangat buat sejak balik dulu.... Najwa pun dah beberapa kali ambil tempahan dari kakak2 ofis dan rakannya... So yang ni versi untuk orang dalam rumah makan yeaa... Sebenarnya ambil gambar pun dah terketar2 pegang DSLR pertama kali sejak balik..macam x berapa menjadi jek...props pun dah hanyut ke laut... ^___^

Kalau tengok kek ni mesti tau resepi sape kan...hehe.. Terima kasih buat adik Yatie sayang...mmg sangat sedap...sangat umpphhh!  Dah beberapa kali buat sebenarnya... 

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
Resepi:  Yatie Sinar Kehidupanku

Diujirasa:  Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Terima kasih sejuta Yatie cayangggg....