Assalamualaikum......mohon maaf lah semalam seharian x update....bz sangat dan terus keletihan...wat projek menyelongkar dan mengemas bilik Abanglong n Aiman tu ha....lepas jek siapkan sarapan pagi, sidai kain dan kemas2 sikit kat ruangtamu segala, terus jalankan aktiviti mengubahsuai kedudukan katil almari, meja study, n segala2 dlm bilik diaorang tuh...dah macam tempat ayam bertelor pun ada, xda masa sangat nak buang segala harta-harta karun ntah zaman bila.....so kasi clear semua...mmg rasa amat penat, tapi cukup puashati...Jadi bila malam tadi terus rasa flat jugak la, campur malas nk hadap blog...jalankan aktiviti lipat kain la pulak...huhuuuu...
Okay la akak nak habiskan dulu edisi review resepi dan simpan resepi dari Majalah Jelita hari tu kat dapur HSH ni pulak....kita tinjau resepi Cucur Badak Pisang ni pulak la eh....Resepi ni sangat mudah, senang, ala-ala nak buat cucur pisang jek, cuma letakkan inti cucur badak. Tapi AWAS! Adunan ni mmg sedikit lembik, so kena pandai-pandai nak melayan adunan masa nak letak inti tuh, dan kena digoreng terus sebiji-sebiji selepas dibulatkan dan diletak inti...tp memang sedap!!
K, layaaan....japgi akak nak gi kelas lak...Selamat Berhujung Minggu...
Okay la akak nak habiskan dulu edisi review resepi dan simpan resepi dari Majalah Jelita hari tu kat dapur HSH ni pulak....kita tinjau resepi Cucur Badak Pisang ni pulak la eh....Resepi ni sangat mudah, senang, ala-ala nak buat cucur pisang jek, cuma letakkan inti cucur badak. Tapi AWAS! Adunan ni mmg sedikit lembik, so kena pandai-pandai nak melayan adunan masa nak letak inti tuh, dan kena digoreng terus sebiji-sebiji selepas dibulatkan dan diletak inti...tp memang sedap!!
K, layaaan....japgi akak nak gi kelas lak...Selamat Berhujung Minggu...
CUCUR BADAK PISANG
Resepi : Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011
Bahan Cucur:-
- 6 biji pisang emas/berangan
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- minyak untuk menggoreng
- Dalam bekas, lecek pisang bersama gula hingga hancur.
- Masukkan tepung dan garam, gaul bancuh hingga sebati (x perlu guna air dan adunan pun memang sedikit lembik - agak2 boleh diketulkan)
- Basahkan sedikit tapak tangan dengan minyak dan ambil bancuhan tepung, buat ruang ditengahnya untuk diisi inti. Tutup kemas sambil dibulat-bulatkan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana perlahan, balikkan hingga kuning kecoklatan, angkat dan toskan.
Bahan Inti:-
- 1 cawan kelapa muda parut
- 10 ekor udang basah - dihiris halus
- 2 sudu besar cili kering kisar
- sedikit serbuk kunyit
- *2 batang serai - dihiris )
- *2 sudu kecil jintan manis ) ditumbuk halus
- *2 sudu besar udang kering )
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- Panaskan sedikit minyak, dan masukkan bahan-bahan tumbuk, kacau sekejap hingga cili masak.
- Masukkan serbuk kunyit dan udang. Kacau sebentar.
- Masukkan kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati hingga kelapa masak dan airnya kering. Tutup api dan biar sejuk sebelum digunakan.
11 comments:
hmmm....lain jer resepi ni..tak pernah nampakpun...ok ke pisang campur inti pedas tu?
Nazrah -
Sedap sangat2 pada akak...x caya cubalah! Janji intinya sedap..kan..kan..
Sedapnya tengok pagi2 ni!!! Blm brekpas lagi kak...hehe ;)
Akak, you have some awards. Pls do stop by ya ;)
memang lain dari lain la kak ummi..
boleh try nanti...he..he..
nampak pun sangat sedapp la...
nak 3 ketul plsss...kak ummi, kelihatan kuih itu sungguh menggoda...
sedapnya kak ummi..mcm nk buat skrg tp xda pisang.
kat JB ade jual takkk???!!! hik3
cucur badak pisang ni mengimbau nostalgia lama. sejak dulu lagi kami buat cucur badak pisang. pisang manis + inti pedas, memang sangat sedap.
Assalam kak,ni kuih org2 dedulu kat utagha kan pebret arwah ayah sy ,thanks kak kongsi rcp ni sy mmg dah lama mencarinya
Mmg sedap lg sedap dari keledek...masa sya kecik2 dulu kat penang ni cucur badak mesti pki pisang
Dulu2 setiap kali bulan puasa mesti arwah abah sy buat cucur badak pisang ni...sedapnya la haiii...dah 13 tahun x mkn🥺🥺
Post a Comment