Saturday, October 31, 2009

Sup Ayam Hadnyai

Wallaaahhh...memang menjilat mangkuk hirup sup nih...hehee..Thanks to Nor Secubit Garam kerana promo baiiiikkk punya atas resepi sup ayam Pyhonda MyR tu...sedap sungguh! Ummi masak ni tengahari tadi..hubby baru balik dari Tioman petang tadi penat sangat, xda selera sangat nak makan. Katanya kat sana hujan dan laut berombak kuat jugak..dia naik pening2 pulak..jadi sup ni Ummi panaskan malam ni, hubby menghirup bersungguhnya..sedap katanya..So, nak tumpang C&P je lah ya Nor..x kuasa tul nak menaip..hehe..time kasih eh..Nak tau kan, akak sampai terlupa nk perah limau nipis masa hidang tadi..excited sangat nak makan..hehe
Bahan:-
  • Sebelah ayam dipotong-potong
  • 3 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia -ditumbuk lumat (akak blend jek)
  • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan. (akak ketuk pecah)
  • 2 sudu besar ketumbar ditumbuk lumat (akak kisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat (akak kisar jek)
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 ketul kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Cara-Cara:-

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit.
  3. Masukkan batang sadri
  4. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  5. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  6. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

Ikan Selar Bersumbat Goreng

Kelmarin akak pergi Pasar Malam, nampak ikan selar besar-besar belaka..so akak rembat la 3 ekor..Terfikir nak wat ikan belah bersumbat camni laa..selalu duk guna ikan jaket (cencaru) jek...Tapi bila guna ikan selar ni lagi sedap pada tekak akak..Kali ni akak goreng pulak, selalu buat ikan cencaru tu akak bakar...Memanglah minyak naik hitam sikit, tp pada akak lagi sedap goreng dari dibakar ikan sumbat ni, sumbat lak daun kunyit kat cili tu takut terkeluar kan, memang harum bau masa digoreng...K lah, layan menu malam semalam....sorilah lewat posting..hehe...xyah resepi la eh...semua org tau buat kot....Kalu ada yg nak, baru akak letak laa eh..

Friday, October 30, 2009

American Chocolate Cake (Resepi II) - Best One!!

Sori ya kalu ada yang terliur sangat...saja2 suka2 hati akak la nak letak gambar ni banyak2...biar ramai yang buat lepas nih..hehe...kek2 ni yang nak berposing, hehee..akak ikut aje laa...Tengok2 gambar dulu la sebelum salin resepi kan...Memang marvelous I tell you....Buat ni malam kelmarin sebab Najwa nak bawak balik ke hostel after her study leave for a few days..Pastu akak bawak ke ofis sikit...semua kata sedap!! Najwa siap sms lg kata "sedapnyaaaaa..." hehe..

Resepi ceduk dari dapur Mamasya tapi sumber asal dari FP Zahara. Resepi yang mudah dan sedap...thanks to both of you! Akak copy-paste dari dapur Mamasya ya..Yummy, sungguh bercoklat....sangat puashati!!

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
  • 2 cups flour*
  • 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 eggs
  • 1 cup of milk (fresh)
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;:-

  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (oven akak - 165C sahaja)
Atau kalu nak try the other version, you can also click here. Untuk ganache, akak guna resepi di bawah ni..x igtlah amik dari mana...mintak maaf pada tuan punya resepi ya...
Bahan Topping/Ganache:- (Note: akak wat separuh dr bahan ni)
  • 1 tin susu pekat - boleh kurangkan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/3 cawan serbuk koko (akak guna Van Houten)
  • secubit garam

Cara:-

Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.

Honey Prawns

Semalam beli udang tapi x tau nak masak apa...tapi mmg tau kat mana kalu nak cari bermacam2 resepi udang kalu bukan kat dapur DayangJack kan, kan..hehee...tengok bahan2 semua ada, so akak layaannn laaa...Dayang, thanks eh..permisi akak CnP je la yaaa...
Bahan-bahan :-
  • 400 gm udang basah (digoreng sehingga masak)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sk rempah 5
  • 2 sudu makan sos cili
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sdt sos tiram
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • lain-lain bahan hirisan jika suka : cili merah, daun bawang, capsicum

Cara-cara :-

  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan rempah 5 hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan cili padi. Kacau lagi. Boleh tambah air sedikit.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan madu, jus lemon dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya pekat.
  4. Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan yang lain. Hidangkan setelah masak.

Wednesday, October 28, 2009

Chocolate Cheese Muffins

Dah lama x me"muffin" hehe...so malam kelmarin sambil BM tu me"roti" (ish, ish, perosak bahasa sungguh la sejak akhir2 ni) akak wat satu projek ni pulak...terasa tekak nak makan muffin bila tengok Zana tayang kat dapur dia, resepi asal dari dapur Along Roz,...alahaiii sedap la pulak tengok..rupanya lagi sedap makan...ekekeke...jemput minum petang semua...Akak mintak izin copy-paste je ya Zana..
Bahan:- (16 biji muffin spt cups di atas)
  • 80 gm mentega*
  • 60 gm gula halus*
  • 150 gm cooking chocolate*
  • 5 keping slice cheese /cheddar cheese*
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 2 sk baking powder**
  • 100 gm tepung gandum** (**ayak bersama)
  • hirisan badam utk hiasan

Cara-cara:-

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Satukan bahan * dan cairkan menggunakan kaedah 'double-boiler' sehingga cair n sebati. Angkat dan sejukan sebentar.
  3. Kacau telur + esen vanila sekadar meratakan putih n kuning dan masukkan ke dalam 2 dan kacau sebati (guna senduk atau wisk)
  4. Masukkan tepung n kacau secara kaup balik.. jangan over kacau ek..
  5. Masukkan adunan ke dlm paper cup n hias dgn badam
  6. Bakar selama 25 minit 180 C (*akak bakar selama 18 - 20 minit sj pd suhu 175C - ikut oven masing2 la ya..)

Bread Rolls - Penangan Sulung BM Ku

Ha, baru malam kelmarin la berasa ada mood nak meroti...dah cukup "haul" dah BM akak bertapa menunggu arahan kerja dari tuannya nih..hehe...Apa lagi, semalam BM ni pun tunjuklah keterrorannya (*eh ada ke ayat ni? ...perosak bahasa tul akak). Akak suh dia wat yang senang2 je lah dulu...hehe..excited gak tengok dia bekerja..hehe..sambil tu akak siap wat muffin lagik...anak2 pun pakat lah duk mengintai2 BM tuh..masing2 kata nk meroti gak la lepas nih..Hehe..Harus akak gi kerja, diaorang ni mengerjakan cik BM nih...aihh dah byk sangat tangan kang, ada masuk wad cik BM tu kang...wei la anak2, jangan nak main belasah jek..hehee..bkn senang nk dapat nih!! Puas "cepiirrr" (x paham pi cari dlm kamus, kalu xda gak meh tanya akak) kata orang, heheee..Asalnya kosong je, tp akak letak filling butter yang digaul dgn sedikit gula kastor...anak2 yg nak filling nih..hehe..so layaaannn bekfes pg smlm..

Resepi dari buku BM tu lerr...

Bahan ( 1 kg):-
  • 240 ml air
  • 1 biji telor
  • 450 gm tepung roti
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula kastor
  • 25 gm butter
  • 1 1/2 sk dried yeast

Topping:-

  • 1 biji telor dipukul sikit dengan 1 sb. air
  • sedikit bijan/biji poppy - untuk tabur

Cara Membuat:-

  1. Campurkan kesemua bahan mengikut turutan ke dalam bekas adunan.
  2. Set ke menu "dough" (program 8) dan tekan On. Biarkan ulian hingga siap.
  3. Bila doh telah siap dan naik 2 kali ganda, keluarkan doh dan letak atas papan canai yang ditaburkan sedikit tepung.
  4. Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin dan bahagikan doh kepada 12 bahagian.
  5. Bentukkan bulat2 dan isi filling jika suka...xpun kosong je laa..
  6. Biarkan doh naik 1 kali ganda (lebihkurang 30 minit).
  7. Sapukan permukaan doh dengan telor dan taburkan bijan/biji poppy sebelum dibakar pada suhu 175C (ikut oven masing2 ya..) selama 15 - 18 minit.

Fresh from oven..dpt 2 loyang nih (12 biji)

Ha, dah naik dah tuuu...bolehlah canai...hehe

Tuesday, October 27, 2009

Hidangan Untuk Emak Dan Family Adik-Adik Yang Berkunjung

Weekend baru ni akak mmg bz sesangat...dengan jemputan kenduri kahwin ke Muadzam Shah tu...balik pulak terus ke rumah adik lelaki akak sebab mak dan my adik n asben dia berkunjung ke Kuantan ni ada kat situ..Pastu, petang jalan2 bawak diaorang semua ke Teluk Chempedak..alahaiii akak sendiri pun dah lama x ke sana...Malam tu, berarak pulak ke Felda Bukit Sagu makan malam di rumah abang akak, kakak ipar siap tepon suh datang, dia dah siap masak2 semua..hehee...Rezeki jgn ditolak..Pagi Ahad, pekena nasi lemak bungkus ramai2 kat rumah adik..hehe..pastu diaorang gi shopping, akak balik ke rumah la masak2 pulak...Turn diaorang makan tengahari kat rumah akak pulak..so layan la lauk-pauk sempoiii jek nih..hehe...janji semua sendawa...eerrrkkk! Ikan merah kat atas tu akak masak berlada jek..
Masa balik dari kenduri dari Muadzam Shah, akak singgah kat area Paloh Hinai beli telor itik ni..RM6.00 = 8 biji...So masak gulai lemak cili padi berserai...liciiiinnn...hehe

Ni jelah hidangan ala kadar...ikan goreng x ketinggalan laa..buah nenas tu hubby yang kupas dan potong...ikut suka dia jek..kitaorang beli kat kedai jual telor itik tu jugak..Harga nenas tu RM10.00 = 3 biji...X tau la mahal ke murah ke..dah nak sangat..lagi pun puashati, manis sungguh rasanya..So akak bagi jugak kat mak dan adik bawak balik yang 2 biji lg tuh..

Sunday, October 25, 2009

Jalan-Jalan Makan Kenduri - Pengantin Serba Merah Yang Cukup Menawan..

Cantikkan bouquet fresh flowers tuh!!
Weekend ni akak mmg x masak2 sangat, cukup bz...Hari Sabtu akak sekeluarga ke Muadzam Shah bagi menghadiri jemputan kenduri kahwin anak ex-officemate masa akak kerja di sana dulu iaitu Encik Latif dan Puan Esah Ali...Ini merupakan perkahwinan anak perempuan ke 4 beliau, sebelum ni akak x pernah berkesempatan menghadiri jemputan kenduri anak2 beliau yang terdahulu...Hari tu jugak adik akak dan suaminya yang datang dari Klang dan bawak mak sekali datang ke rumah...tapi tdo di rumah adik lelaki akak..Malam tadi makan di rumah abang kat Felda Bukit Sagu, tengahari tadi makan nasi di rumah akak la pulak...lepas asar tadi diaorang balik ke Temerloh.
Ni nak citer gi kenduri laaa..hehee...Sebenarnya akak xdalah bawak camera pun semasa ke sana dan x bercadang langsung nak ambil gambar2 ni. Semasa sedang menjamu selera, pasangan pengantin diarak dan melalui kawasan khemah tetamu...Akak dan anak2 dara (Najwa n Najiha) sendiri terpegun dengan warna merah yang dipakai oleh pasangan pengantin ni...Cantik sangat2 pada kitaorang...So akak pun mintaklah Najiha snap gambar2 menggunakan hpnya...Dia pun teruja jugak sebab pada kami, ini adalah antara warna pakaian yang paling cantik di kalangan orang kebanyakan yang pernah kami lihat. MERAH TERANG!!....sungguh mengasyikkan!!..kebetulan kedua2 pasangan memang putih melepak...so sesuai sangatlah..Jadi kitaorng pun masuklah ke dalam rumah tersebut...waaaaaaahhhhhhh!!! Melihatkan pengantin duduk di pelamin dengan semua bunga2 segar dirias di keliling n belakang pelamin, termasuk bouquet bunga besar di 4 penjuru pelamin segalanya menggunakan bunga2 hidup/segar belaka...sangat cantik dan berpadanan dengan tema merah-putih yang digayakan di atas pelamin. Dalam bilik pun so sweet dengan rona pink n white with fresh flowers!! Bukanlah x biasa tengok orang menggunakan fresh flowers tu..tp tengok rona merah terang n putih tu yang jadi semakin berseri pengantin tu...Menurut salah seorang sahabat akak di situ, anaknya menggunakan khidmat Mak Andam dari Kuantan dan begitu jg dengan kakak2nya yang terdahulu..Okayy laayyaaannn...zaaassstttt!!
Memang naik sangat seri kedua2 pengantin ni dengan rona merah putih tu..Sarah Liyana dan suaminya (x igt nama pulak, kad tertinggal kat ofis)
Gambar dr hp ni mmg kurang sikit apa lg dlm rumah...tengok kat luar, mmg cantiiikkk


Bilik pengantin so sweet, bila tengok betul2 tau..Ni maklumlah guna hp jek, so kurang jelas....simple n sweet touch!!
Semua bunga yang kelihatan ni adalah dari bunga2 hidup jugak..
Najwa dan Najiha sempat bergambar dengan Shafiqah, kawan lama sebelah rumah semasa kami menetap di Muadzam Shah dulu..
serba serbi merah putih..

Friday, October 23, 2009

Nasi Mandhi

Hehe..ni bukan maknanya akak x mandi yaa...hehee...Awaiii2 lagi dah mandi sebelum masak nasi ni..tu jadi lg sedap tuuu..hehe...Mula2 nak ucap terima kasih kepada PuanRaidah dan Mamasya kerana berkongsi resepi nasi yang sedap sangat2 nih! Nampak aja bahannya biasa2, tapi masa masak nasi tuh..alahaiiii, bau wangi menusuk hidung jerk! Kalau x percaya, baik cuba...xkan nyesal...makan nasi saja je pun sudah enak banget tauu...Ish dah la senang, sedap pulak..tu pasal akak sukaaaa!! Hehe..

Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:-

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

(#) Step (4) ni tak buat sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit.


Ayam Bakar Untuk Nasi Mandhi

Malam kelmarin sempat buat nasi Mandhi dan Ayam Bakar Mandhi ni sekali...Resepi ceduk dari FP Mamasya dan resepi asalnya dari Puan Raidah..Ringkas dan sedap..terasa je air ayam bercampur bahan2 perap tu..bila bakar menusuk hidung buat perut lapar teruuuiihhh...hehe..Thanks a lot to Puan Raidah n Mamasya for sharing a simple yet very delicious recipes!!

AYAM BAKAR NASI MANDHI
Sumber: Mamasya & Raidah

Bahan-bahan :-
  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- Akak pn letak rempah kari mcm Mamasya gak..
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Aluminium foil.

Cara penyediaan :-

  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....

Thursday, October 22, 2009

Oreo Cheese Cake Dan Sekadar Mini Birthday Party

Citer dah 2 hari lepas dah ni masa besday Aiman, akak ingat nak masak2 tapi my SIL pesan xyah laa, dia nak bawak KFC untuk makan2 di rumah akak...My SIL ni guru sesi petang, jadi acara makan2 dibuat sebelah malam laa...Habis je waktu sekolah, dia terus singgah beli KFC. Akak pun suka lah sangat, balik kerja xyah masak2 kan..hehee..rehat je...Ni sekadar suka2 aja..x jemput orang lain pun, anak beranak jer....Jadi akak buat je Air Jimi Asmara tu, sbb my SIL n anak2nya suka air tu..So layan je lah ya..Resepi cheese cake tu akak dah letak link kat entry besday Aiman tu kan..


sebelum dingap!


Set Combo KFC ni cukup sangat2 tuk 2 family...tu pun x abis..

Aiman n his cousins...ada yg baru balik sekolah tu haa...x tukar baju lagi..


Ni lah rupanya lepas dipotong dan bakinya akak bagi fmly adik ni bawak balik separuh..Akak pun dah lama x makan..mmg sedaaaapppp!!! Lupakan kalori sebentar..hehe

Wednesday, October 21, 2009

Ayam Masak Merah Ala Maghribi

Ni masak dinner malam kelmarin dah actually, tp x sempat nk letak entry sebab duk bz wat ciskek tuk Aiman dan melayan makan2 dengan family adik semalam. Adik ipar siap bawak set Combo KFC la pulak n pesan kat akak x yah masak nasi dah semalam..hehe..rezeki jangan ditolak..so akak x memasak la semalam...kiranya wat mini party anak beranak je laa tuk Aiman tu haa...konon potong2 kek laa..(eh cheese cake..hehe). So terimalah persembahan yang dah licin pun, n kalau ada pun mesti dah basi..wakakaaa...Resepi asal dari Chef Wan tp akak ceduk dari dapur Noreen yang cantik dan rajin memasak tu..Thanks ya Noreen, Ummi C & P n ada adjust sikit bahan ikut apa yang ada kat dapur ni...sebenarnya igt nak wat nasi Harissa lawan dengan ayam ni, tp disebabkan daun ketumbar dah merata kedai cari xda, last2 makan dengan nasi putih jek..agaknya raya Deepavali ramai Indian masak guna daun ketumbar kot, xpun ladangnya habis diragut kambing, ntah laaa..hehe..lain kali la pulak wat nasi Harissa tuu..huhuuu

AYAM MASAM MERAH ALA MAGHRIBI
Resepi Asal : Chef Wan
Sumber: Noreen

Bahan-bahan:
  • 10 keping ayam
  • 2 cm halia - dicincang
  • 2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk halus
  • 1 sudu kecil saffron (*ummi x letak pun)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 tin (227gm) chopped tomato (*ummi cincang fresh tomato jek)
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah, nak kasi pedas sikit..hehe)
  • jus lemon dari 1/2 biji
  • segenggam daun ketumbar - dihiris (*xda ni..puas cari 2 3 kedai kat rumah ni..hampeehh xda belaka)
  • 15 biji buah zaiton hitam (*Ummi gantikan dengan kismis)
  • air secukupnya
  • minyak dan garam secukup rasa
Cara:-
  1. panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau
  2. masukkan ayam dan digorengkan sebentar dengan serbuk ketumbar dan lada hitam
  3. setelah ayam sudah agak garing sedikit, masukkan air, chopped tomato, madu dan saffron
    kacau rata
  4. masaklah sampai ayam betul2 masak dan empuk barulah dimasukkan garam, buah zaiton, jus lemon serta daun ketumbar
  5. angkat dan hidangkan dengan nasi pilaf, nasi tomato, nasi minyak atau nasi putih

note: jika di makan keesokan harinya akan bertambah sedap.

Tuesday, October 20, 2009

Happy Birthday To My Youngest..Posing Dengan Ciskek Pagi Tadi

Haha...saja la tukar gambar pulak...ni letak gambar amik pagi tadi sebelum dia gi sekolah, xdan lagi la makan..posing posing dulu eh..

Posing seround seblm gi sekolah pagi td..hehe

renung-renungkan dulu Oreo Cheese Cake ni eh..

Happy 11th. Birthday Aiman Hazwan, thousand kisses n big hug my dear!! Dah besar, lebar, tembam, gumuuukk anak emak ni...Doa emak dan abah sentiasa mengiringi dan semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah swt selalu dan membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat...Emmm...terasa cepat sungguh masa berlalu, rasa baru je lagi mengandung dan melahirkan...now dah malu2 dan xnak sangat dicium2 or dipeluk2...Aiman ni x suka sangat dipeluk2 manja gitu..lasak budaknya!! Hehe..

Tapi bab makan kalu dapat kegemarannya memang kena suruh berhenti makan, baru berhenti..Suka makan semua western food, nasi lemak, nasi minyak, ayam masak pedas/ayam goreng dan suka sangat nestlo ice!!! Suka tengok citer Spongebob tu haa...Kalau ada citer Mr. Bean, ha mmg dia layan habis..xkira lah dah tayang 1o kali pun! Dulu2 sibuk la duk melayan Spiderman l, Transformer la, pastu x ketinggalan citer Upin Ipin jgk la..Kalau kat pawagam tu ada citer2 best, dia dah sibuk pujuk abang or kakak2 pergi tengok...kadang2 layan jugak, kadang2 akak n abah dia ni sekat jugak...Ulangkaji mmg nak kena suruh memanjang..hehee...xda peksa x tgk buku le jawabnya...Alahaii, next year dah nak UPSR...Sekarang ni tinggal ber3 je kitaorang kat rumah ni sebab abang n kakak2 semua kat U..Dialah jadi bahan usikan dan tempat akak dan suami bergurau, bermanja la pulak...naik rimas dia..hehe.. Ni sibuk la pujuk n naik rajuk dah nk hadiah idaman dia...siap tengok dgn abanglong dia dah kat kedai masa ikut abanglong dia beli heli-remote baru2 ni..ish ish..Nak kete remote-control pulak...Memang dia ni apa yang abanglong suka, dia suka...Maleh nak melayan lagi la igtnya..dekat nak exam dah ni..kang melalut ralit je main...kan, kan..!

So untuk besday kali ni, dia dah siap request since 2 3 hari lepas dah..nak Oreo Cheese Cake yang dah banyak kali sangat2 akak buat...xnak yang lain darinya..yang ni jugak..so akak buat jugaklah malam tadi, tapi belum sempat nak letak gambar sebab kena msuk fridge dulu..Aiman pun sekolah pagi2 ni x sempat le nak bergambar...Nanti2 la kita layan sama2 eh..

Monday, October 19, 2009

Selom Goreng Belacan

Ni pun lauk dinner semalam...siang makan nasi minyak, so malam nasi putih ala kampung jek sayur ni....senang jek, daun selom tu masak je mcm kangkung goreng belacan...layan dgn ikan goreng bercili sangai kat bawah tu...layaaannnn...

Ikan Goreng Bercili Sangai

Cuti weekend duk bz makan kenduri je laa..sampai ke Rompin sana...Hari Sabtu tu mmg x masak beriya la pun...Hari Ahad pulak kenduri kahwin anak officemate ni...Jadi ni lauk dinner semalam.. ikan kembung yang digaul garam, serbuk kunyit, sedikit kari dan digoreng...Bila ikan dah diangkat, Ummi gaulkan dengan pes cili sangai yang duk ada stok dalam fridge tuh...memang bertambah sedaplah ikan goreng nih dan bertambah selera, hehe...!

Sunday, October 18, 2009

Hadiah Dan Tempahan Dari Blogger Tersayang

Posto...Posto...Tu dia sampai daahhh...Ni kes minggu lepas ni...x sempat nak msuk entry sini...bz dan kemalasan yang melanda...heheee...Tengok pengirim tu..mesti ramai yang kenal kan dan tau apa aktiviti dia...Ha betuii la tu.. Kak Intan yang pandai menjahit dan berseni dalam deco hiasan nih! Yeh, kita pun salah seorang yang dah jadi pelanggan bila terpikat dengan hasil kerjatangannya....di samping ingin mengeratkan silaturrahim...Ummi tempah langsir sebenarnya bukan nak pakai raya sangat pun..saja2 nak tukar langsir bilik...hehee..So YM dan borak2 dgn Kak Intan, terus bagi ukuran...contoh kain pun main tengok kot blog jek...terpulanglah pd Kak Intan nk jahit camne...Sangat cantik jahitannya...tp belum gantung lg laa..hehe..
Pastu Kak Intan ni selit pulak cenderahati masa hantar langsir tu...tengok lah ni...cantik kaan...buat susah2 pulak Kak Intan ni...Tapi kecil tapak tangan, besen la Ummi tadahkan (nyiru xdaa..) hehee...cantikkk...Tapi sayang dan geraaaaamm sungguh kat En. Posmen tu..tengoklah apa dah jadi...huhuuuuu...uwaaaaa...patah n pecah leher lampu ni bila Ummi dapat...erggghhhh!! Kak Intan, tengoklah apa En. Posmen ni buat..harus dicampak2 je dalam van agaknya...Apapun, thanks a lot Kak Intan atas cenderahati tu.....Tang langsir tu pulak, sangat puashati, x sabauuu nak gantung dalam bilik tu...dah lama sangat x berganti...rasanya 4 5 tahun dah...hehee


cantik kan, kaki lampunya.....

Tp tengok nih!!!! Apa sudah jadi...Camne leh jadi camni..??? Nak kena repair la nnt ni..

padahal, elok je duk bersalut dengan kain langsir masa buka, gambar ni Ummi dah angkat langsir yg menutupi atas lampu nih!..

cantik padanan kain dari corak Elyza nih...English style n hijaunya fresh jek....3 layer curtain..K.Intan dah siap letak cangkuk semua dah, tinggal nk sangkut je..senang kije..

Lebihan kain ni Ummi suh K.Intan buatkan cushion cover, dpt 2 pieces..

Better Late Than Never..Yeah, I Liiiikeeeee..

Last thursday when my dearest Najiha went out for a movie, she bought me this lovely gift..I was quite surprised and laughed at her...But she was smiled and said, please take it coz it's better late than never, right?? I know she got no time to go out and buy something on my birthday, no chance..hehee..it's ok la cayang..x kesaahhh...yeah, yeah off course I'll take it...soooo cute....she knew that I would love it...Well, a big hugs and thanks a lot dear!! Just wanna share it here...

Thursday, October 15, 2009

Mee Rebus

Sebenarnya minggu ni pun akak masak bese2 jek..maklum lah hb xda ni outstation ke Tioman dari hari Isnin lagi..Jumaat ni baru balik...mood masak2 yang memang kureengg sejak balik raya ni terus jadi lagi kureeengg...apasaiii ha? Bila hb xda jek, angin M tu menghembus2 jek...hiikss! Ya la, banyak kerja lain yang nak kena buat jugak, selalu wat sama2..hehee..akak masak, dia datang je tolong clearkan sink, akak sidai kain, dia rajin2 je angkat kain...Mana hal Aiman nak beli barang untuk projek sekolah dia ke, hb la yang layan gi kedai..Ni akak balik kerja, barulah Aiman sebut nak itu ini..alahaiii nak kena keluar balik tu laaa...penat adeeehhh...Jadi masak pun sempoi2 je, maleh nk letak entry..Eh merapu semacam je dah..
Ok lah seperti dijanji akak nak letak resepi mee rebus hidangan untuk tetamu hari tu..Meh salin, amat mudah nak buat..tp semua yang makan cakap sedap tauu..Resepi asal dari FP Aishah tp akak ceduk dari dapur Mamasya yang mmg closed dengan akak di alam maya ni...selalu YM dengan dia..Thanks Mamasya..
Bahan:- (utk. 5 orang)
  • 50 gm udang kering (dikisar)
  • 100 gm daging (dipotong halus) **
  • 30 gm rempah kari
  • 80 gm cili kering (dikisar)
  • 40 gm lada putih (ummi guna serbuk lada)
  • 3 biji bawang besar (dikisar)
  • 200 gm ubi keledek (dipotong halus, rebus dan kisar)
  • 1 liter air/lebih
  • minyak
  • garam dan gula secukup rasa (ummi guna gula melaka)

Bahan Hidangan:-

  • Mee kuning - dicelor dan toskan
  • telor rebus
  • tauhu digoreng dan potong halus
  • bawang goreng
  • daun sup
  • cili merah/hijau - hiris
  • keropok udang (*ummi xda ni)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing (api perlahan).
  2. Masukkan air, kacau hingga mendidih dan masukkan gula, garam, lada putih dan daging**.
  3. Masukkan ubi, kacau atas api kecil hingga pekat sedikit. Tutup api. Tuangkan ke atas mee dan hias/tabur dengan daun sup, bawang goreng, cili dan telor rebus.

** Daging direbus dahulu dengan sedikit air hingga empuk. Masukkan ke dalam kuah dengan air rebusan daging sekali.

Tuesday, October 13, 2009

Kunjungan Tetamu Beraya Lagi..

Hari Sabtu baru ni akak masih menerima kunjungan tetamu untuk berhari raya...So hari Jumaat malam tu bz gak la duk prepare untuk makan2 sikit n masak sempoi jek...hehe..sempoiii?? sikit ke? Hubby kata, boleh tahan gak beriya nya...Xpalah, sekali sekala..ya lah, suka kan orang nak datang..Kebetulan hari cuti bolehlah masak2 sakan sikit...Sempatlah buatkan nasi lemak hijau, sambal tumis dengan ikan bilis goreng, ayam goreng berempah serai, set mee rebus dan puding laici dangdut sebagai dessert...Nasi lemak hijau tu resepi CMG dah byk kali buat pun, puding laici dangdut pun. Mee rebus tu nanti akak letak resepi eh...Banyak menu sampai ke malam n pagi ahad pun boleh layan lg kuah mee rebus tu..hehee...Kiranya Ahad leh rest sikit laa, celor mee lain, layan lagik..hehe..jangan membazir kan...So laaayyaaannnn...




Monday, October 12, 2009

Butter Cheese Cake

Ummi wat kek ni hari apa ntah...petang khamis rasanya, baru ni dpt letak entry, biasalah tetamu bertandang raya kan, hehe...lama x bakar kek, raya haritu pun x buat kek pun sebab order kek lapis dengan Dayang je bwk balik kampung, xdan ke bz apa ke, adik2 Ummi pun pelik nape x buat kek pun raya baru ni..hehee....Ni hasil ronda2 kat dapur Jun yang rajin mencuba resepi dari seantero tu...baca gandingan bahan tu rasa cam sedap jek...so Ummi pun buatlah. Memang sedap, lembut, moist, sedikit spongy dengan rasa lemon...memang akak suka, so xda pun rasa muak cheese tu..lagi sedap dibiar semalaman, lebih lembab, thanks Jun! Hampir lupa nak snap gambar, ni jek yang tinggal...hb n anak2 pun suka jugak...Nak buat pun senang, memang recommended! Mintak izin C & P je ya Jun..

Bahan A:-

  • 225gm tepung
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam

Bahan B:-

  • 200gm butter
  • 175gm cream cheese
  • 1/2 sudu teh lemon zest
  • 175gm gula
  • 5 biji kuning telur

Bahan C:-

  • 5 biji putih telur
  • sudu teh jus lemon

Cara-Cara:-

  1. Pukul butter n cream cheese hingga kembang.
  2. Masukkan gula, pukul lagi.
  3. Masukkan kuning telur n kulit lemon, pukul lagi.
  4. Masukkan bahan A n gaul rata.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.
  6. Kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi n kacau rata.
  7. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas (ummi guna loyang 7x7 in) n bakar pada 180'c selama 30min.
Dah hidang kat tetamu, ni jek yang tinggal, hampir lupa nak snap gambar..

Sunday, October 11, 2009

Bilis Telor - Mood Masak Sempoiii Jek!

Ntah apa lah angin n mood masak akak balik raya ni...mood sempoi2 jek yang datang...tu pun nasib baik masak eh...hehee...Sian jugak kat org2 dalam rumah ni...hb mmg x leh telan lauk2 kat kedai tuh...kecuali ala-carte or roti canai la kot..Lagi satu resepi sempoi cilok dari dapur Kmal FP tu..Tapi cerewet jugak nak menyediakan bahan kena masak satu2 gitu..apapun, sodaappp jugak diratah..or makan dengan roti..
Bahan:-
  • Ikan bilis (dalam segenggam)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong dadu kecil)
  • 100 gm lobak masin/lobak asin (dihiris dadu)
  • 2 biji telor
  • 1 sk serbuk lada putih/lada hitam
  • sedikit garam (jgn letak byk, sebab dah letak lobak masin tu)
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 1 biji cili merah - hiris halus2
  • hirisan daun sup (akak letak daun sup n daun bawang)

Cara Memasak:-

  1. Ikan bilis digoreng dulu hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Dengan minyak yang sama, goreng pula kentang hingga agak garing sikit.
  3. Masukkan pula lobak asin, dan goreng lagi hingga garing.
  4. Kemudian masukkan bahan hirisan.
  5. Bila layu masukkan semula ikan bilis goreng dan kacau rata.
  6. Tolak ikan bilis ke tepi kuali, pecahkan telor dalam kuali tadi, biar sekejap. Kemudian kacau2 buat scrambled dan gaulkan kesemua dengan ikan bilis biar sekata.
  7. Akhir sekali masukkan serbuk lada dan sedikit garam. Kacau rata dan masukkan hirisan daun sup/daun bawang. Tutup api. Siap.