Saturday, October 3, 2009

Rendang Pedas Perak n Pulut Kuning Untuk Tok Wan

Hari ni nak pergi menziarah tok dan wan pulak di Lurah Bilut, Bentong...dah janji dengan my parents hari raya aritu dah sebab x sempat langsung nak ke sana masa cuti raya tu..Lagi pun mak kata biarlah dulu sebab ada maklang akak n fmly time tu..xyah pergi serentak, nnt bila semua balik dah sunyi pulak..so minggu ni kitaorang pulak pergi, baru Tok n Wan seronok sikit ada je anak cucu datang...kan, kan..gilir2 gitu..next week adik2 akak yang dari KL pulak turun jenguk...
So pagi ni akak bz gak la wat Rendang Pedas Perak 2 ekor ayam dan kukus 1 1/2 kilo pulut kuning...ni baru je siap..letak sini pun panas2 lg tu...meh jemput2 makan semua...Tok n Wan suka sangat sesekali merasa air tangan anak cucu...hehe..Akak letak resepi rendang tu kemudian ya...resepi asal dari arwah Opah akak tu..dulu mak selalu buat, now turn akak pulak buat tiap kali raya...Nak siap2 dah ni, pas zohor nak bertolak..hantar sikit pulut n rendang ni kat Najiha kat hostel tu..pastu nnt akak singgah Kampung Awah amik my parents then terus ke Bentong...Okayyy...selamat menjamu...esok akak balik insyaAllah..Byeee...

Okay, ni resepinya ya...akak buat 2 ekor ayam, so kalu wat lebih or kurang pepandai la adjust eh..sempoooii jek!


RENDANG PEDAS PERAK

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 2 ekor ayam (potong sederhana kecil)
  • 1400 ml santan (dari 3 biji kelapa)
  • 6 batang serai - 3 diketuk, 3 batang lagi dikisar
  • 1 keping gula kabung (yang tebalnya 1/2 inci)
  • 1/3 cawan kerisik
  • 4 - 5 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 5 helai daun kunyit - dihiris halus

Bahan Kisar:-

  • 30 biji cili api (cili padi)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 20 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai

Cara-Cara:-

  1. Dalam kuali campurkan ayam dengan bahan-bahan kisar. Gaul rata dan letakkan kuali di atas api dan masak sebentar ayam dengan api perlahan. Biar air dari ayam tu keluar dan ayam mesra dengan bahan.
  2. Bila air ayam tadi telah surut hingga tinggal 1/3 lebihkurang, masukkan santan, asam gelugor dan serai ketuk. Masak dan gaul sekali sekala. Biarkan mendidih dan santan agak surut.
  3. Masukkan kerisek, garam dan gula kabung. Masak lagi sambil dikacau sesekali hingga kuah rendang pekat dan bersalut dengan ayam. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api. Gaul-gaul rata daun kunyit dengan ayam tadi. Angkat dan hidangkan.

dah siap masuk dalam bekas...

6 comments:

blogresipi said...

Alahai untung tok wan dapat makan best2... nak join tok wan jugak boley tak? hehehe... syoknye dpt mkn pulut ngan rendang tuh...hhuuhuhh

hazeleyed said...

Salam
Bertuahnye Tok wan dapat cucu yang penyayang dan pandai masak...

Ruziawati Bukhari said...

salam..

selamat hari raya kak..

sedapnya rendang + pulut kuning.. yum.. yum..

Noor said...

Salam. sedapnya dapat makan pulut kuning aritu saya cuba buat tp tak jadi dan tak cantik langsung pulut tu.Tak tau kat mana silapnya nanti kena praktis la..sebab terliur nie lihat gambar.

IMCurtain said...

Salam semua,

Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami. Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: Blog Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

NURANI said...
This comment has been removed by the author.