Thursday, October 8, 2009

Siakap Stim/Kukus Ala Nyonya


Hari ni letak entry menu hari selasa kelmarin dulu eh..Semalam x jadi nak masak2, anak2 suh akak belanja makan kat Pizza Hut la pulak..hehe..Ada ke, birthday mom kena belanja..huhuu..^_^ So layan dulu menu orang yang dah kebah demam, selera makan ada sikit laaa...pergi kedai nmpak ikan siakap ni..mula la terfikir2 nak stim/kukus...puas dah jamah rendang segala..hehee...Resepi ceduk dari dapur Shima Fotopages Memang kena dengan tekak, masam2 pedas bunga kantan tuh! Sedap, thanks Shima...

SIAKAP KUKUS ALA NYONYA
Resepi: Shima Fotopages
Dirujuk: Ummi@HomeSweetHome

Bahan A (dikisar halus):-
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai
  • 7 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 100 ml air

Bahan B:-

  • 1 sudu teh stok serbuk pati ayam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar pes asam jawa
  • 2 sudu besar air
  • 1 sudu besar jus limau kasturi
  • 1/8 sudu teh garam
  • 1 sudu makan nampla
  • daun ketumbar - dihiris untuk hiasan

Cara Memasak:-

  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan ikan ke dalam bekas tahan panas
  3. Satukan bahan A dan B, tuangkan rata ke atas ikan.
  4. Kukus hingga ikan masak (lebihkurang 15 - 20 minit)
  5. Hidang dan taburkan daun ketumbar...makan panas-panas..Sempooiii gitu kan..

5 comments:

ain said...

ermmmmmmm....sedapnyaaa!!!!

blogresipi said...

Lama dah saya carik resipi ikan nyonya neh kak Ummi... tp kena guna bunge kantan la pulak.. kantan saya ado kat kampung umah omak...huhuhu

Anonymous said...

Namplak tu apa ek??

ella fifi said...

namplak tu apa ye?

Anonymous said...

nampla tu sos ikan