Sunday, October 11, 2009

Bilis Telor - Mood Masak Sempoiii Jek!

Ntah apa lah angin n mood masak akak balik raya ni...mood sempoi2 jek yang datang...tu pun nasib baik masak eh...hehee...Sian jugak kat org2 dalam rumah ni...hb mmg x leh telan lauk2 kat kedai tuh...kecuali ala-carte or roti canai la kot..Lagi satu resepi sempoi cilok dari dapur Kmal FP tu..Tapi cerewet jugak nak menyediakan bahan kena masak satu2 gitu..apapun, sodaappp jugak diratah..or makan dengan roti..
Bahan:-
  • Ikan bilis (dalam segenggam)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong dadu kecil)
  • 100 gm lobak masin/lobak asin (dihiris dadu)
  • 2 biji telor
  • 1 sk serbuk lada putih/lada hitam
  • sedikit garam (jgn letak byk, sebab dah letak lobak masin tu)
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 1 biji cili merah - hiris halus2
  • hirisan daun sup (akak letak daun sup n daun bawang)

Cara Memasak:-

  1. Ikan bilis digoreng dulu hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Dengan minyak yang sama, goreng pula kentang hingga agak garing sikit.
  3. Masukkan pula lobak asin, dan goreng lagi hingga garing.
  4. Kemudian masukkan bahan hirisan.
  5. Bila layu masukkan semula ikan bilis goreng dan kacau rata.
  6. Tolak ikan bilis ke tepi kuali, pecahkan telor dalam kuali tadi, biar sekejap. Kemudian kacau2 buat scrambled dan gaulkan kesemua dengan ikan bilis biar sekata.
  7. Akhir sekali masukkan serbuk lada dan sedikit garam. Kacau rata dan masukkan hirisan daun sup/daun bawang. Tutup api. Siap.

4 comments:

geraugebang said...

ni memang sempoi, tapi kalau makan, tak sempoi, harus bertambah-tambah.

Ummi Hanie said...

salam...

terima kasih utk resepi ni..biase makan mak mentua masak ... tp caranya lain sikit , xjauh beza,hasil pun sama... :)

blogresipi said...

kalau ratah, mau terlupo dok tgh pantang nie.hehehe

ummi said...

Geraugebang -
Aah ya laa..kadang2 yg sempoi tu lg menambah selera..hehe

Ummi Hanie -
Oy ya ke? Pasni leh la masak sendiri pulak kan..

Ijan -
Hehe..tau xpaaa..takut kentang tu angin kot eh.. :D