Thursday, October 15, 2009

Mee Rebus

Sebenarnya minggu ni pun akak masak bese2 jek..maklum lah hb xda ni outstation ke Tioman dari hari Isnin lagi..Jumaat ni baru balik...mood masak2 yang memang kureengg sejak balik raya ni terus jadi lagi kureeengg...apasaiii ha? Bila hb xda jek, angin M tu menghembus2 jek...hiikss! Ya la, banyak kerja lain yang nak kena buat jugak, selalu wat sama2..hehee..akak masak, dia datang je tolong clearkan sink, akak sidai kain, dia rajin2 je angkat kain...Mana hal Aiman nak beli barang untuk projek sekolah dia ke, hb la yang layan gi kedai..Ni akak balik kerja, barulah Aiman sebut nak itu ini..alahaiii nak kena keluar balik tu laaa...penat adeeehhh...Jadi masak pun sempoi2 je, maleh nk letak entry..Eh merapu semacam je dah..
Ok lah seperti dijanji akak nak letak resepi mee rebus hidangan untuk tetamu hari tu..Meh salin, amat mudah nak buat..tp semua yang makan cakap sedap tauu..Resepi asal dari FP Aishah tp akak ceduk dari dapur Mamasya yang mmg closed dengan akak di alam maya ni...selalu YM dengan dia..Thanks Mamasya..
Bahan:- (utk. 5 orang)
  • 50 gm udang kering (dikisar)
  • 100 gm daging (dipotong halus) **
  • 30 gm rempah kari
  • 80 gm cili kering (dikisar)
  • 40 gm lada putih (ummi guna serbuk lada)
  • 3 biji bawang besar (dikisar)
  • 200 gm ubi keledek (dipotong halus, rebus dan kisar)
  • 1 liter air/lebih
  • minyak
  • garam dan gula secukup rasa (ummi guna gula melaka)

Bahan Hidangan:-

  • Mee kuning - dicelor dan toskan
  • telor rebus
  • tauhu digoreng dan potong halus
  • bawang goreng
  • daun sup
  • cili merah/hijau - hiris
  • keropok udang (*ummi xda ni)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing (api perlahan).
  2. Masukkan air, kacau hingga mendidih dan masukkan gula, garam, lada putih dan daging**.
  3. Masukkan ubi, kacau atas api kecil hingga pekat sedikit. Tutup api. Tuangkan ke atas mee dan hias/tabur dengan daun sup, bawang goreng, cili dan telor rebus.

** Daging direbus dahulu dengan sedikit air hingga empuk. Masukkan ke dalam kuah dengan air rebusan daging sekali.

7 comments:

ain said...

sedap kak ekh..???nak buat lah...bila ler tu ek..??hubby x de, lg ler mls nak kuntau2 kat dapur.hehehe

bintangku said...

perghh... sedap tu... pekat! mmg best!

MamaFaMi said...

Amboiii manjanya Ummi ada orang nak tolong wat keje rumah eh.. tu pasal naik lemak! Hehehe... acah je, jangan mare.

Anonymous said...

Nie kes rindu rinduan kat laling la nie ye kak Ummi... esok dah nak balik tue terus bawak balik mood rajin kak Ummi sekali. hehehe...

Anonymous said...

alahai ummi...sejak dok johor ni,mee rebus ni dah jadi kegemaran...kalau kat sini selalu makan mee rebus haji wahid...sedap!!!

dah ada resepi ni bolehlah cuba2 buat...insyaallah kalau rajin.

Ummi said...

Ain -
Memang sedap banget wpun nmpak caranya sempoi jek..mmg terasa udang keringnya tu..baru nama mee rebus! Hehe..sama lah akak, hb xda ibarat virus R dibawa pergi sekali..ahaakss!

Bintangku -
Memang pekat dan sedaappp!

mamaFaMi -
Ala bkn kita manja mama, orang tu manjakan kita lebih2 ahaaksss!! Memang dah naik lemak pun (lemak degil nii..huhuuu)

Ijan -
Hiish bkn kes rindu2an, kes malas2an laa..maybe dia bwk mood rajin akak sekali la kot..ni dia dah sampai rumah, tengoklah mood rajin tu ikut balik ke x..wakakaa

Ima -
Owh sedap ke mee rebus Haji Wahid tu..nak rasa gak laaa..bila ntah nk pi Johor..hehe..Ha, pasni buat, alamat x laku la mee rebus Haji Wahid tuh!

geraugebang said...

macam mana ni, nak tidur dah, tapi terhingin lak. besok beli mee.