Saturday, October 31, 2009

Sup Ayam Hadnyai

Wallaaahhh...memang menjilat mangkuk hirup sup nih...hehee..Thanks to Nor Secubit Garam kerana promo baiiiikkk punya atas resepi sup ayam Pyhonda MyR tu...sedap sungguh! Ummi masak ni tengahari tadi..hubby baru balik dari Tioman petang tadi penat sangat, xda selera sangat nak makan. Katanya kat sana hujan dan laut berombak kuat jugak..dia naik pening2 pulak..jadi sup ni Ummi panaskan malam ni, hubby menghirup bersungguhnya..sedap katanya..So, nak tumpang C&P je lah ya Nor..x kuasa tul nak menaip..hehe..time kasih eh..Nak tau kan, akak sampai terlupa nk perah limau nipis masa hidang tadi..excited sangat nak makan..hehe
Bahan:-
  • Sebelah ayam dipotong-potong
  • 3 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia -ditumbuk lumat (akak blend jek)
  • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan. (akak ketuk pecah)
  • 2 sudu besar ketumbar ditumbuk lumat (akak kisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat (akak kisar jek)
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 ketul kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Cara-Cara:-

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit.
  3. Masukkan batang sadri
  4. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  5. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  6. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

6 comments:

K.Nor said...

haaaa... kan dah cakap mmg sodap! baru nak caya ya.. lain kali jgn lupa perah limau nipis tu.. lagi terangkat tau :)

Lee said...

Ummi, nasib baik under different circumstances our paths did not cross at Telok Chimpedak, bila bulan terang....otherwise, if jemput makan ni ayam Hadnyai, habis cherita, game over, tentu saya kena sangkut big time.
Got to say goodbye to all my other girlfriends.
They tanya apa pasal Lee chabut?
I say ada kawan boleh masak ayam Hadnyai!

I dapat the beautiful scent of that lemon grass disini pun....dancing saya pun lupa datang sini.
Ummi, I used to go to Betong, Hadnyai, Padang Besar makan Thai food....

If you can cook this, I am sure you can cook itu Thai ayam wrapped with daun pandan? Boleh ke? Silly question to ask, ha ha, tentu la boleh.

Okay, bila buat, tapa ayam kampong ke ayam Rhode Island no problemos, tiga pingan nasi standby, ha ha.
Have a beautiful Cherry pink apple blossom weekend.....Lee.

Anonymous said...

kite pon memang suke sup2 tambah2 kalo ayam lebih.. ni nak kena terai buat sup letak lengkuas ni..tang mana nak p gali lengkuas pon tak tau ni...hehe

MamaFaMi said...

Ummi... kita pun penat, kita pun tak de selera makan, hujan pulak.. errr.. semalam petang hujanlah. Hari ni belum lagi. Agak-agak, Ummi ada nak panaskan sup ni bagi kita hirup tak? :D

ummi said...

Nor -
Yoo laaahhh Nor, tq very muchhhh..mmg x nyesal buat..hehee...(aah, lenkali perah limau nipis dulu...*tepuk2 msuk dlm kpala dah ni)

U.Lee -
Lee..I never know that u got a big taste on Thai's food..no wonder you've been in Thailand just for makan2..hehe..Next time I'll wrap that Ayam Pandan for you..make sure when you come your stomach is ready for 3 pinggan nasi eh..or else I tapau balik for u ok. FYI, I don't eat ayam kampung laaa...(*don't ask why..hehe)

You too, have a great Tango weekend...!!

Ijan -
Alahaiii xda lengkuas lak eh..nnt kurang terangkat laaa kan...tp still boleh buat laa..rasa sikit je lari kot..

MamaFaMi -
Hehe..Ma kalu sudi yang dah bermalam apa salahnya, in fact makin sedap lah Ma..^_^

Liz said...

ummi..

seriously, i have to leave a comment about this recipe!

ok, saya cite panjang sikit la yer. hehe..

saya org negeri so mmg suka mkn pedas. hubby org kl. dia suka mkn pedas gak. tp family belah dia (kecuali ayah dia) mmg x mkn pedas. cili terlebih sikit je, dah x lalu mkn sbb x tahan pedas.

jadi bila nak kena masak utk diorg, mmg saya serba salah. saya x reti masak x pedas2 nie.

bila MIL bermalam kat rumah minggu lps, puas sy fikir nak masak apa. last2, saya pilih sup ayam ni.

hoho, guess what? MIL mkn sampai nasi bertambah-tambah and lastly, dia hirup kuah sup sampai licin! even my hubby pun terkejut.

but hubby pun puji, dia kata sup tu sedap.

ptg tu kami kena blk kg. so ada satu periuk sup x habis. hubby bg je kat jiran dgn periuk2 sekali (jiran tu kwn dia.. tu yg buruk perangai bg dgn periuk skali).

thanks kak!

highly recommended resipi nie. will update in my blog utk diberi pd org lain pulak. ni pun hubby dah suruh buat lg sbb dia x puas mkn!