Thursday, September 3, 2009

Onde-Onde Kentang

Menu berbuka kelmarin nih...buat ni sebab nak menghabiskan jugak kentang lebihan buat potato croquette tuh...tapi memang sedap, akak n hb la yang makan banyaknyaa...hehee..Dah ramai yang buat..asalnya buah melaka, pastu dah diolah jadi onde-onde keledek oleh Nur Fiqah dan Mimi, dan lastnya Hana pulak mengolah jadi onde-onde kentang lak..so akak kopipes je lah dari dapur budak Hana tu lagikkk..hehee...Time kasih byk2 la semua yaa..
Bahan-Bahan:-
  • 350 gm tepung pulut
  • 250 gm kentang
  • secukup air - hana campur garam skit (*akak pun)
  • pewarna kuning
  • 200 gm gula melaka
  • 1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan

Cara-Cara:-

  1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
  2. Kentang direbus dan di lecek.
  3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
  4. Masukkan kentang dan air serta pewarna.
  5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
  6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
  7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
  8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
  9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.

3 comments:

ain said...

kak ummiiiii...nak sikittttt!!!!

QueenJah said...

salam ziarah..
e;eh..kat sini ada byk makanan sedap2 la..pasal apa dulu tak penah jumpa?

sori masuk tanpa izin...

cikgu_math said...

hmmm...sedapnya!
kalau masuk kentang, semuanya jadi sedap...agar-agar kentang pun best!