Monday, September 28, 2009

Menjelang Syawal...

Ini je gambar yang diambil oleh anak akak menjelang Aidilfitri baru2 ni..pastu dia duk bz layan anak2 sedara yang kecik2 tuh..lupa terus nak ambik gambar akak merendang ayam dan daging...alahaiiiii, akak sendiri pun x teringat lgsung, bz sangat2 wat rendang dan masak untuk berbuka puasa malam terakhir tu...Apapun 5 kilo ketupat palas, 5 ekor rendang pedas ayam dan 3 kilo rendang daging lembu dan gulai daging rusa hampir liciiiinnn hingga petang raya pertama jek...tetamu pun ramai...Hidangan di pagi syawal pun terlupa nak snap gambor sebab terkejar2 bersiap untuk Solat Sunat Aidilfitri...
Gambar2 kegembiraan anak-anak buah di malam raya selepas mendengar pengumuman, beselaaahhhh..main bunga api segala...yang tua pun join selepas balik dari bertakbir dan bertahmid..hehee..sampai tengahmalam sakan...



No comments: