Monday, September 7, 2009

Badak Berendam (My Version)

Taraaa...badak sapa la duk berendam x reti2 nak naik ke darat tuh? Hehee...Ni memang favourite family semua...kalau kat kampung pun memang favourite abah nih...sebabnya arwah Opah selalu duk buat...dan ini memang style arwah Opah buat dulu2, style orang Perak kot...Akak selalu tolong arwah prepare dessert ni bila puasa...kalau wat tepung pelita pun, lebihkurang camni gak..tabur gula dulu then baru tuang santan...now mak dan akak pun buat camni jugak laaa..pastu kan, tepung tu mmg kita orang buat mentuukkk kasi bertanduuuukkk gitu...keh keh...xpun xnama badak berendam...ada rupa badak tak??? wakakaaa..Letak atas daun pisang, sedap baunya semasa mengukus...Apapun siapa sudi nak try cara ni, meh salin...
Bahan A:-
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air/secukupnya
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu teh pes pandan/pewarna hijau
  • daun pisang secukupnya - dilayu atas api, dilap dan dipotong 1 keping bentuk loyang (lebihkan dari paras tuang santan nnt)

Bahan B:- (Santan/Bahagian Putih)

  • 3 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan gula pasir - untuk tabur

Untuk Inti:-

  • 2 cawan kelapa parut muda
  • gula kabung/gula merah/gula kerek secukupnya (ikut manis)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit air (optional)
(*masak inti hingga rata dan kelapa sedikit kering dari airnya...guna api perlahan)


Cara-Cara:-
  1. Bancuh bahan A dan uli gaul hingga lembut jadi doh.
  2. Alas daun pisang dalam loyang.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Buat bulat kecil di atas piring dan masukkan inti. (Tutup balik doh dan kalu rajin buat bentuk 3 bahagian mcm gambar bwh sekali. Xpun buat je bulat2)
  5. Letakkan di dalam loyang (jarak2 sikit). Buat hingga habis. (terpulang nak letak dalam loyang besar atau kecil2)
  6. Taburkan gula lebihkurang 1 atau 1 1/2 sudu besar rata-rata dalam loyang yang telah diatur doh tadi.
  7. Sementara itu, bancuh bahan B kecuali gula pasir. Kacau hingga sebati. Tapiskan.
  8. Tuangkan kuah santan ke dalam loyang perlahan-lahan sehingga 3/4 bahagian doh (jika doh macam akak buat tu, bentuk tinggi) ataupun separuh loyang (jika doh bulat2 je).
  9. Kukus selama 12 - 15 minit. Angkat dan sejukkan.
  10. Ceduk ke dalam bekas bila nak makan....bessshhhh!!

Tabur gula camni...then baru curah santan, pastu kukus...

6 comments:

MamaFaMi said...

Comey aa badak Ummi ni. Ummi kidnap dari zoo mana ni? Hihihi...

Suzi said...

macam 2 versi badak berendam ni kan ummi...kalau MIL saya buat, dia buat lubang dan letak gula...

Ella said...

Salam perkenalan, kuih badak berendam ni mengingatkan saya kpd arwah mak saya krn setiap kali bulan puasa kuih ini menjadi pilihan kami sekeluarga.Bezanya kuih kak berbentuk tanduk.Menarik.

hijriah-hidayad-hiwayat said...

salam kak ummi...nk tanya ni...nama kak ummi dalam MYR ummi_e ka?

kalo salah, bole tau dak nick kak ummi

ummi said...

MamaFaMi -
Hehe..badak pun comei ke mama? Haha..kidnap dari zoo Taiping, terlepas ke mari..haha

Suzi -
Aah macam2 versi, tp setau akak badak berendam mmg letak inti kelapa kan, yg letak gula tu dah ala2 buah melaka pulak..hehe

Ella -
Ya lah kan, ni kuih tradisi..orang2 tua kita mst tau kuih ni..Memang saja buat ala2 tanduk gitu..sbb tengok arwah Opah dulu wat camtu..so dah skima dgn bentuk tuh! Hehe..

Hijriah-hiyadad-hiwayat -
Amboiih pnjgnya nama...puas nak menaip, hehe..Akak ni ummi lain, xda letak resepi sgt kat MyR tu, x sempat la..dulu2 ada gak letak..Umi-E tu rakan seangkatan jugak laa, cuma dia femes la di MyR tu..hehe

Ummi Hanie said...

salam umi,
waduh2...terliur sy nengok badak brendam tuh..mmg sy dok carik2 mase preggy aritu tp xketemu sampai la ni dh brsalin...mujur anak xmeleleh2 air liur :)