Wednesday, September 9, 2009

Chocochips Almond Cookies

Dari malam tadi dah susahnya nk posting..xdpt line...Ni citer hari Isnin kelmarin bila akak merajinkan diri buat cookies sikit...memang dah lama peram resepi ni, igt nak buat bukan masa raya laaa nak wat minum petang or kudapan ke..hehe..last2 angin R nak mengukis ni dtg masa nak raya ni jek...Resepi yang simple dan sungguh rangup...sape ada anak2 kecik tu diaorang mesti suka tau..sebab akak tgk yang x kecik kat rumah ni pun suka...ngeeeee...Ok, resepi dari Yani akak cilok dari MyR tu..akak buat 2x ganda adunan ni..xpun mana cukup..hehe..tu pun dah luak kena makan dek Aiman..ntah2 kena wat semula cookies ni..hehe

Bahan-bahan ( 30-40 biji ):-
  • 100g butter-suhu bilik
  • 50g gula halus
  • 50g gula perang
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 100g almond powder
  • 150g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 120g chocochips

Cara-cara:-

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim.
  2. Masukkan kedua-dua jenis gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder dan juga almond powder. Kacau dengan spatula.
  5. Panaskan oven pada 180C
  6. Ceduk adunan dengan sudu kecil dan letak atas oven plate yg telah dialas dengan oven sheet.
  7. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180C.

2 comments:

ain said...

anak2 sy pun suka choc with almond ni!! rajin gak sy buat..buat beso2 pas tu tembam2..hehehe

cikmanggis said...

salam ummi,

nampak cam biskut femes amos gitu!! cm ambik resepinya ya!