Thursday, September 10, 2009

Roti Jala - Resepi III

Aih dah lupa menu berbuka ari apa nih? Petang selasa la kot..sebab ari Isnin akak wat kari ayam, so ada lebih lagi kuah n ayam sikit...so akak wat roti jala la pulak nak menghabiskan kari ayam tuh...kari tu pulak kan, makin dipanas, makinlah sodap lepas dibiar semalaman kan, kan..hehee...perasan jek...x perasan, mmg hb cakap..hehee...dah dia yg suka sangat dengan kari tu..Sebelum ni penah gak buat dengan Resepi I dan Resepi II ni. So kali ni, akak layan resepi dari dapur Noreen tu...Noreen makan dengan kuah durian rasanya...akak tibai dengan kari ayam kelmarin..wahahaaa..jangan membazir kan....Kena dengan roti jala ni..akak lalu sikit la nk tolong hubby sapu bersih kuah kari ayam tuh..hehe..Thanks ya Noreen...semua resepi pun sedap, yang penting "guunya" tu..kan, kan..

Bahan:-(akak buat half dari adunan di bawah ni)
  • 750 - 850 ml air
  • 410 ml susu cair (*akak guna fresh milk)
  • 600 gm tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 3 - 4 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan - untuk merenjis

Cara-Cara:-

  1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
  2. Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
  3. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
  4. Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
  5. Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.
  6. Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.

*Nota - bila letak adunan dalam acuan, kalau adunan keluar x laju, tambahkan sikit air dalam adunan dan kacau adun semula.

8 comments:

Lee said...

Hello Ummi, wow! Saya da lama ta'makan ni. I love this.
Saya tengok your last picture, I think lapan rolls no problemos, ha ha, plus iced kopi.
Ada lagi ke? Saya duduk bus datang, ha ha.
You have a nice day and keep asong dalam hati, Lee.

Lee said...

Ummi, Ooops, saya lupa, that ikan sambal previous posting sure going to torment my sleep tonight....especially as saya suka ikan cincaru with sambal stuffing.
Ummi....women like you very dangerous to bachelors...dapat makan both these dishes, habis cherita, nak lari pu tidak boleh, perut da kenyang, arhaaa ha ha. Lee.
ps, love your ronggeng music. Now saya pulak nak menari ronggeng, ha ha.

ain said...

roti jala mkn ngan kari ayam yg dah overnite...mmg sedapppp!!!!

Anonymous said...

Sedapnye roti jala kak ummi... orang berpantang boleh curi2 makan tak? hehehhe

geraugebang said...

betullah cakap ain tu. Kalau kari dah pekat sedap makan ngan roti jala.Banyak cik ummi kita menjala. Banyak dapat ikan?

MamaFaMi said...

Psstt... cantik teko!

ummi said...

Uncle Lee -
Hello..haiiii..Welcome U.Lee, Waaahh..What a great day seeing you here..always read ur comments elsewhere..hehe..That roti jala finished already, but I don't mind to prepare some more for you..hiiikss! Yeah, yeah, cencaru sumbat also my favourite..miss it! Wahahaa...me? dangerous to bachelors? Wakakaa..no laaa..I just pursuade them to be a good woman, wife and mum with their own style and enjoy cooking! Haha..Do you really know how to ronggeng..bole sekaligus chacha dance eh! Enjoy yourself and have fun...thanks for visiting and do come again ^__^

Ain -
Betuiii, betuiii..betuiii.. :D

Ijan -
Boleh la kot..sian pulak meleleh air liur tuh..meh la rasa sikit..

Geraugebang -
Aah ya la..nk kata apa lg..hehe..Menjala kat air surut, xda ikan laa..hehe

MamaFaMi -
Hehe..teko hadiah dari Reader's Digest tu mama...dah a few years back dah redeem kupon tu..hehe

Cahaya permata said...

Salam,UMI

Haha,lama dah x makan roti jala niey,terliur plak..yummy...nak buat,x reti & malas...hahaha..waluapun dah ada resepi...yang gambar kat atas,UMI mmg wat sendiri ke??Pandainya..tq sbb tunjuk gmbr roti jala tu...membuatkan perut berbunyi...mmm,Thank u very much....