Wednesday, September 9, 2009

Kari Ayam Kerisik

Menu hari Isnin yang teramat bz..heheee...sebab akak duk menggentel kuih raya la kononnya..So, hubby kata masak kari ayam je laaa..lama dah dia x makan...rindu kari ayam dari air tangan kita laaa...muahaahaaahhhh...Pastu goreng je sayur...buat pun x banyak, separuh ekor ayam jek! Dia mmg makan sungguh2 la kari nih..hehee..Akak pun kepenatan dari kul 10 pg - 2 ptg duk membakar kukis, x byk..2 jenis jek..tp nk menghabiskan adunan sorang2..alahaaiiii, banyak gak! So layan kari ayam berkerisek khas untuk hubby nih..hehe..Kari macam biasa2 akak buat lah sejak berumah-bertangga dengan hubby ni...Xpalah akak letak je lah resepi wpun rasanya dah ada dlm entry lepas2... ^__^

Bahan:-

  • 1/2 ekor ayam (dibersih dan dipotong2 kecil)
  • 2 biji kentang - dipotong kecil
  • 3 sudu besar rempah kari daging/ayam ) *dikacau
  • 1 1/2 cawan santan pekat )* sebati
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 - 4 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 3 sudu besar kerisek
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 4 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa (optional)


Bahan Tumis:-

  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 2 batang serai - dititik/diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan bahan2 tumis dengan api perlahan hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan rempah bersama santan tadi, kacau rata.
  3. Masukkan cili kisar, serbuk jintan, serbuk ketumbar dan air asam jawa. Masak hingga terbit minyak (Pastikan api sederhana sahaja biar rempah benar2 masak).
  4. Masukkan ayam dan kacau sebati. Biarkan ayam separuh masak.
  5. Masukkan kerisek, santan cair, garam dan kentang. Biarkan mendidih dan kentang empuk.
  6. Seimbangkan rasa dan perlahankan api dan reneh sebentar (dalam 5- 8 minit) hingga santan naik minyak. Tutup api.

2 comments:

Kak Am said...

ummi, cik abg kita pun antu kari-kekari tau, bab kari2 ni mmg dia gemar betul! suka tegok dia makan kus smangat..! penat masak pun jadi hilang kan ummi, bila apa yg kita masak licn selicinnya! ummi dah wat sekut raya ya? am hari2 butter tu asyik kluar masuk esbok je, x jadi wat gak! bila dah trasa penat sgt tu yg butter masuk balik esbok. he..he..

ain said...

ramai yg dah buat kari ayam kerisik ni. x leh jd..kena gak buat bila mood rajin dtg nati.hehehe

psst...dah siap kukis2 akakk???