Sunday, September 6, 2009

Mee Goreng Mamak

Menu berbuka hari Jumaat baru ni...kebetulan adik Ummi dari Kelantan ada singgah subuh tu, dia on the way nk balik Temerloh...sbb suami dia mengantuk sgt so khamis mlm Jumaat tu dia smpai rumah Ummi kul 1 pagi gitu...pastu hari Jumaat dia g shopping then terus berbuka dulu kat rumah Ummi, pas berbuka baru dia balik ke rumah mak di kampung...Aiman duk sibuk nak makan mee goreng mamak! Resepi dari blog Kak Liza nih! Thanks k.Liza...Sempoi, tp kena buat cucuk udang dulu baru boleh goreng mee mamak nih..hehe...mcam lipas kudung akak dibuatnya..hehe
Bahan:-
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging - *ummi rebus sebentar biar lembut
  • 100 gm fish cake - hiris nipis
  • 100 gm fish ball - belah dua
  • 4 keping kuih cucur udang - (*resepi memasing la ya)
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi - potong kecil
  • 3 s/b cili kisar - nk pedas leh tambah
  • 1 s/b rempah kari
  • 3 s/b kicap pekat
  • 2 s/b minyak masak
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 3 biji telor ayam
  • 3 biji cili hijau (hiris serong nipis)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang, cili dan rempah kari. Kacau biar garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan fish cake, fish ball dan kuih cucur udang. Kacau sebentar.
  4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata
  5. Masukkan taugeh dan sawi.
  6. Ketepikan mee di tepi kuali, pecahkan telor di tengah2 kuali.
  7. Biarkan telor tu masak sikit, barulah dikacau dan digaul rata.
  8. Masakkan mee biar kering sedikit.
  9. Hidangkan dan tabur cili hijau potong.

2 comments:

ain said...

ni fav saya ni. sedapnyaaa!!!!!

♥MAMASYAZA♥ said...

mak aiii sodapnya...meleleh air liur