Thursday, September 10, 2009

Ikan Masak Sambal

Ni lauk bila eh..lupa daaahhh...Sebenarnya akak masak untuk lauk bersahur sebab masa berbuka tu makan roti jala dengan kari ayam dan tapi hubby nak jugak nasi putih, so dia tibai lauk ni jugak masa berbuka...Hubby yang nak sangat ikan kembung nih..dah lama x makan, asyik makan ikan besau-besau jek la konon...hehe..Masak pun campak2 jek...tapi sedap la pulak hb kata...cukup rasa segala..eh ya kee? hehee...(*wat muka poyoo jek)...Em ok la tu...so akak berani la nk bagi resepi, walaupun campak2 jek...mmg ada kelainan dari yang akak bese2 masak tuh...bahan ada lebih sikit taruk...
Bahan:-
  • 2 ekor ikan kembung
  • 3 biji cili merah - dikisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 4 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 1 cm lengkuas - dikisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara-Cara:-

  1. Ikan dibersihkan, dikelar dan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan kisar serta serai hingga terbit minyak (guna api perlahan).
  3. Masukkan air asam jawa, gula, madu dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit.
  4. Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit, masukkan ikan. Gaul rata sebentar.
  5. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

4 comments:

ain said...

tengok ikan sambal akak, tiba2 teringat ikan sambal yg hubby tapau 3 hari lepas. tak berusik lg. ikan kembung gak.ada dlm freezer.hehe

ummi said...

Ain -
Looor ya ke? Awat biar lama2 dlm freezer tuh..nnt makin kembung la ikan tu..hehe..Cepat2 masak! ^_^

Sheila said...

I've tried this semalam. Best la kak.. my hubby suka. Kita baru baru jer masak.. thanks for your recipes!

Anonymous said...

nampak sedap sangat... Kak kalau takde lengkuas, can u recommend soemthing else tak? Susah I nak carik lengkuas kat Frankfurt.

Thanks a lot.