Thursday, September 17, 2009

Kuih Lopes - Resepi II (My Style)

So ni kira entry masakan yang akhir la sebelum akak cuti raya ni...hari Ahad pnya kuih berbuka, pastu akak masak sempoi2 je minggu nih...maleh dah pun nk letak entry. hehee...Tpi masak tetap masak..Puasa tahun ni x melopes lg so akak try cara mak akak bese buat masa akak rajin2 tolong dia zaman remaja dulu..(hehe..rajin keee??) hiiiksss!! Eh, kita suka tau, wat kuih2 camni..kuih fav akak dan bila dah kawin pulak, hb n anak2 pun sakan gemar makan kuih ni...

Bahan Pulut Lopes:- ( 5 - 6 org)

  • 3 cawan beras pulut
  • *10 helai daun pandan - tumbuk/kisar halus ) kisar bersama
  • *2 cawan air )
  • secubit garam
  • Beberapa helai daun pisang - dilayu atas api
  • kelapa parut secukupnya + sedikit garam - dikukus sebentar

Bahan Air Gula:-

  • 2 keping gula kabung
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan - disiat dan disimpul
  • sedikit jintan manis (optional)


#Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga gula larut. Tapis dan biar sejuk.

Cara Membuat Lopes:-

  1. Basuh beras pulut, toskan dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Tuang air jus pandan secukupnya, masukkan garam. Kacau rata.
  3. Tanak pulut di atas api sederhana. Bila hampir kering airnya, kacau2 rata dan keringkan sebentar(lebihkurang 4 - 5 minit). (*xpa kalu pulut 3/4 masak, sebab akan dikukus pulak lepas tu).
  4. Sejukkan sebentar.
  5. Sediakan daun pisang (kalau boleh lagi lebar lagi bagus) dan potong agak panjang agar balutan boleh digulung 2 lapis takut pecah.
  6. Letakkan lebih kurang 12 - 14 sudu besar pulut tadi di tengah2 daun pisang.
  7. Gulungkan sambil dikemaskan gulungan jadi bulat memanjang. (lebikurang berdiameter 2 1/2 inci)
  8. Ikat satu hujung dengan tali rafia, kemudian padatkan pulut sebelum diikat di satu bahagian lagi. Buat hingga pulut habis.
  9. Susun dalam periuk kukus dan kukus selama lebihkurang 15 - 20 minit.
  10. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan. Potong bulat selebar 1 cm dan gaulkan dengan kelapa parut. Hidangkan bersama dengan air gula merah/kabung.

Sebelum dikukus

4 comments:

hana said...

k.ummiii.. bestnyer makan lopes bungkus daun pisang cenggini!! adussss rasa nk melopes lagik jerk! tp versi tk rajen la! :D :D

ain said...

bestnyaaaa. teringat anak kat N9 tu, dia memang hantu lopes!!!!

Salmia said...

salam kak.. serius sy sblum ni tak tau yg lopes ni kena bungkus n kukus then baru potong.. hehehe

ingtkn main roll n tekap pakai acuan.. hehehe
alahai..

Anonymous said...

cara ni mengingatkn sy pd arwah opah..cara yg sama..skrg mmg susah nak jmpa mcm ni lg..skrg kalo beli keras kejung je..aduiii...hihii