Sunday, September 13, 2009

Daging Black Pepper - Resepi II

Ni menu berbuka 2 3 hari lepas gak dah ni..hehee...sori lah baru letak..ntah apa la bz melanda, x tau laaa...Layan je yaaa..maleh nk celoteh banyak2 dah...Resepi dari Nor Secubit Garam tu ha...sedap sungguh, merbeles!! Nor, ummi nak kopipes je ya...Thanks ya Nor!
Bahan:-
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau (*ummi letak 1/2 capsicum hijau, 1/2 capsicum merah)
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus
  • 1/2 sb gula
  • minyak utk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada.
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
  6. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. (Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram )
  7. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air.
  8. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih.
  9. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
    ## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

1 comment:

Sky said...

Assalam..kalau saya guna kicap masin xblh kew? sbb rumah saya mmg x makan kicap manis...